Monthly Archives: March 2010

Model Ekonomi Baru (MEB) meningkatkan produktiviti dan merangsang inovasi bagi menjana ekonomi negara.


Sebahagian daripada ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia dalam membentangkan Model Ekonomi Baru. <br .
Kita tidak boleh hanya bergantung sepenuhnya kepada modal baru untuk menjana pertumbuhan. Sebaliknya, kita harus menggunakan modal ini secara lebih efektif untuk meningkatkan produktiviti, merangsang inovasi dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja. Jika kita tidak bertindak pantas untuk mengenal pasti halangan dan bertindak balas secara efektif terhadap perubahan persekitaran ekonomi, kita akan menghadapi risiko kehilangan daya saing. <br .

Kita tidak boleh lagi bergantung hanya pada beberapa sektor ekonomi untuk memacu pertumbuhan. Kita perlu mempelbagai dan memberi insentif kepada industri strategik yang baru di mana negara kita mempunyai kepakaran, kekuatan dan potensi untuk lebih berjaya. Selaras dengan perkembangan ini, kita juga harus memberi pertimbangan kepada manfaat yang boleh diperoleh daripada kompetensi tenaga kerja Malaysia yang berada di dalam dan di luar negara. Mereka – dengan sokongan bakat asing yang sesuai – mampu menyumbangkan kecerdasan minda, modal intelektual dan kemahiran untuk membantu merealisasikan matlamat kita dengan lebih bermakna. Saya menjemput kesemua rakyat Malaysia yang telah meninggalkan tanah air ini untuk kembali semula dan bersama-sama mengembleng tenaga dalam proses transformasi ini untuk mencapai potensi Malaysia yang sepenuhnya. <br .

Model Ekonomi Baru (MEB) merupakan tunjang penting kepada Malaysia yang sedang dibentuk, struktur yang akan berkhidmat kepada masyarakat kita pada masa akan datang. Sebagai metafora, fikirkan sebuah rumah yang disinari mentari Malaysia. Kita memerlukan bumbung – falsafah yang merangkumi kesemua bahagian binaan ini. Dalam situasi ini, 1Malaysia merupakan bumbung tempat kita sama berteduh. Program Transformasi Kerajaan (GTP) – satu program penyampaian dalam enam Bidang Keberhasilan Utama – merupakan satu tiang asas kepada rumah ini. Tiang asas kedua ialah Pelan Transformasi Ekonomi yang akan membangunkan MEB. Dan lantainya, asas di mana kesemua rakyat Malaysia terus bergerak ke hadapan adalah Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11. <br .

Dengan ini kita dapat mengumpulkan input dan memberi peluang untuk mereka terlibat sama dalam proses membuat keputusan bagi bulan yang mendatang. Hanya melalui konsultasi bersama Rakyat dan semua pihak lain yang berkepentingan, maka kita akan mampu mencapai perancangan yang kukuh, meyakinkan dan efektif dalam melaksanakan MEB. <br .

Saya telah menekankan dalam pelbagai majlis sebelum ini bahawa era ‘Kerajaan tahu segalanya’ telah berakhir. Rakyat – dan golongan-golongan seperti pemimpin perniagaan dan pelabur – ingin serta layak untuk melibatkan diri dalam proses pembuatan polisi. Kita perlu membangunkan pendekatan yang lebih konsultatif dalam melibatkan pihak berkepentingan paling utama. Hanya melalui proses tersebut, kita boleh meluaskan pandangan, mencabar pemikiran sedia ada dan membantu membina ketelusan dan keterbukaan semua ke arah yang betul. Inilah hala tuju yang akan kita ambil. Rakyat didahulukan.
Tiga prinsip yang jelas terhasil daripada laporan NEAC – pertama, berpendapatan tinggi, kedua, kemapanan dan ketiga, keterangkuman (inclusive). Ketiga-tiga prinsip ini akan memacu kemajuan ekonomi untuk kita menjadi sebuah negara yang membangun sepenuhnya; meletakkan kedudukan negara yang berdaya saing secara strategik di dalam ekonomi serantau dan global, persekitaran yang mapan dan kualiti kehidupan secara menyeluruh.
Ia bukanlah suatu tugas yang mudah, tapi ia menjanjikan pulangan yang lumayan jika kita mampu melakukan transformasi ini. Cabaran kita adalah bagaimana untuk melakukannya. Ini bermaksud, membangunkan sektor sedia ada dan memaksimumkan potensi sektor baru melalui inovasi. <br .
Ekonomi yang berasaskan pengetahuan, pelaburan dalam teknologi baru, kemahiran yang pelbagai, innovasi dan kreativiti, serta peningkatan kompetensi adalah pemacu kepada prestasi sektor awam dan swasta<br .

Kedua, MEB mesti bertunjangkan komitmen terhadap penjanaan pertumbuhan yang mapan, bukan sahaja dari sudut prestasi ekonomi negara kita, bahkan perlu mengambilkira kesan pembangunan ekonomi ke atas persekitaran dan sumber asli yang tidak ternilai. Tidak ada maknanya kita terlalu mengejar masa depan dengan kekayaan yang melimpah-ruah, sekiranya sumber alam dan nilai masyarakat terhakis yang bakal dihadapi oleh generasi akan dating

Bukan sahaja saya mahukan rakyat memperoleh pendapatan yang lebih tinggi, tetapi juga mereka turut menikmati kehidupan yang lebih sempurna. Meningkatkan kualiti hidup mestilah menjadi sebahagian daripada adunan MEB.

Isu perlesenan kekang industri walit.


DI sebalik kerancakan industri sarang burung walit yang kini mencecah RM1 bilion setahun, beberapa isu berbangkit dilihat akan mempengaruhi pembangunan industri ini di Malaysia.

Antaranya ialah masalah pelesenan premis burung walit yang dibina di kawasan bandar yang didakwa menggugat populasi manusia di sekitarnya terutama risiko penyakit.

Masalah pengurusan dan pemantauan ini juga dikatakan menyentuh sensitiviti penduduk terbabit selain menimbulkan dilema dalam kalangan pedagang sarang burung itu.

Masalah ini amat ketara di Sarawak di mana premis burung dilarang dibina di kawasan bandar namun pada masa yang sama negeri itu mempunyai lebih 1,500 premis burung ‘haram’, yang perlu ditangani secara bijak oleh pihak berwajib.

Namun sejauh manakah kebenaran andaian itu dan apakah jalan penyelesaian terbaik supaya hasrat kerajaan untuk memperkasa industri ini tidak berkubur di tengah jalan?

Isu pelesenan

Apakah ia relevan untuk dilihat dalam konteks kenegerian atau isu itu ialah masalah yang harus ditangani secara holistik melalui kerjasama dan persefahaman yang seiring antara agensi berkaitan dengan kerajaan negeri terbabit?

Isu pelesenan rumah burung bermula apabila pihak berwajib melakukan operasi bagi membersihkan premis burung walit di Mukah, Sarawak, Oktober tahun lepas, yang dilihat membuka mata umum kepada kewujudan industri sarang burung walit.

Turut dipersoal, cara operasi itu dilakukan di mana anak burung walit, iaitu spesies yang dilindungi di bawah Akta Hidupan Liar 1972, dibiarkan mati dari sarang yang dirampas seperti disiarkan di youtube.com.

Rentetan daripada operasi itu, bermula dengan Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit di Mukah diikuti Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit di Sibu dan Sarikei, meminta Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud campurtangan bagi menyelesaikan isu itu.

Pemilik premis burung walit dikatakan mahu terus beroperasi di premis sedia ada yang kebanyakannya ialah lot rumah kedai yang dulunya terbengkalai tapi kini membawa hasil yang lumayan.

Mahu dibangunkan secara terkawal

Sarang burung walit di negara ini dikatakan berkualiti tinggi dan mendapat sambutan menggalakkan di pasaran China dan Arab selain harganya dilaporkan mencecah RM10,000 sekilogram.

Namun di sebalik potensi itu, Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 Sarawak tidak membenarkan spesies itu diternak di kawasan bandar, kecuali habitat asalnya seperti gua. Dan ini menyukarkan lagi keadaan bagi industri ini.

Pengarah Jabatan Hutan Sarawak yang juga Kontroler Hidupan Liar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh menegaskan bahawa kerajaan negeri mahu industri sarang burung walit ini dibangunkan secara terkawal mengikut undang-undang yang ada.

Len Talif berkata, kira-kira 100 lesen diluluskan daripada antara 600 hingga 700 permohonan diterima sejak Mei lepas.

“Kebanyakan lesen diluluskan itu melibatkan pengusaha lama yang memenuhi syarat.

Perkembangan positif

“Selebihnya ditolak kerana premis burung di bandar,” kata Len Talif kepada Bernama ketika dihubungi di pejabatnya di Kuching baru-baru ini.

Beliau berkata penguatkuasaan akan tetap diteruskan sehinggalah isu itu selesai sepenuhnya.

Sumber industri melihat pemberian lesen itu sebagai perkembangan yang positif jika dibandingkan dengan keadaan sebelum Mei lalu dengan hanya dua daripada lebih 1,500 premis burung walit di negeri itu mempunyai lesen.

Pemberian lesen oleh Jabatan Hutan dan Kontroler Hidupan Liar Sarawak, melibatkan pedagang sarang burung dari Mukah, Bintulu, Kuching, Kota Samarahan dan Sarikei, yang meliputi kawasan pertanian dikenal pasti.

Ia juga perlu mendapat kelulusan daripada agensi berkaitan seperti Jabatan Tanah dan Survei, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) dan pihak berkuasa tempatan.

Satu berita baik ialah kKerajaan negeri juga akan membina tiga eko-park burung walit di Mukah,Sarikei dan Bintulu untuk dijual dan disewakan kepada pihak berminat.

Kelonggaran premis di kawasan bandar

Namun kesangsian terhadap jaminan burung akan singgah dan bersarang di eko-park yang dibina itu, selain faktor birokrasi, menyebabkan sebilangan besar pemilik rumah burung mahu kerajaan negeri memberi kelonggaran beroperasi di premis sedia ada.

Mereka juga berharap kerajaan negeri mengguna pakai garis panduan penternakan seperti Amalan Baik Penternakan Haiwan (GAHP) Burung Walit, yang membolehkan pedagang sarang burung tersebut di Semenanjung membina premis burung di kawasan bandar.

“Kami akan ikut garis panduan ini,” kata pengerusi protem Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit Sarikei Wong Hua Ting, menimbulkan situasi bertentangan di antara pihak kerajaan negeri, yang bertegas premis burung walit hanya boleh dibina di tanah pertanian atau di eko-park disediakan.

Keadaan ini tentunya akan menimbulkan situasi panik dalam kalangan masyarakat terutama hujah mengenai ancaman penyakit membabitkan spesies burung itu. Sehingga hari ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan daripada lebih 5,000 ujian dilakukan, mendapati spesies burung walit bebas daripada selesema burung dan penyakit sampar ayam.

Premis didaftarkan dengan JPV

JPV ialah agensi peneraju industri burung walit negara sejak status itu diputuskan Kabinet April lepas.
JPV sedang menyiapkan garis panduan penternakan burung walit yang akan dibawa kepada perhatian Jawatankuasa Pemandu Mengenai Industri Walit Negara, 14 Disember ini.

Garis panduan yang dikenali sebagai “1GP” ini mewajibkan setiap premis burung walit didaftarkan dengan JPV.

Namun sebelum garis panduan itu diterima pakai PBT di negara ini, ia akan dibawa ke perhatian Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka Mac depan.

“Garis panduan ini akan menjadi standard untuk semua PBT. Ia akan membantu para pedagang dan pemilik rumah burung untuk menceburi bidang ini dengan lebih teratur,” kata Pengerusi Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung walit, Datuk Beh Heng Seong.

Tiada lagi rampasan sarang

Mengenai garis panduan itu, Len Talif berkata kerajaan negeri Sarawak akan menerima garis panduan itu, selagi ia tidak bercanggah dengan ordinan negeri yang akan terus dikuatkuasakan.

Difahamkan juga operasi penguatkuasaan di Sarawak tidak lagi merampas sarang burung, bagi mengelakkan populasi burung yang ada bersarang di bangunan berdekatan, kecuali mengenakan kompaun dan merampas peralatan berkaitan.

Perkembangan ini dilihat indikasi positif dalam cara penguatkuasaan dilakukan namun ia bukan lesen untuk semua pihak terus membina premis burung tanpa kelulusan sah.

Apa yang pasti, hasrat kerajaan untuk mempunyai 100,000 ladang burung walit dengan pengeluaran 500 tan sarang burung setahun bernilai RM5 bilion menjelang 2020 tidak akan menjadi kenyataan selagi isu perlesenan tidak diselesaikan dengan segera.

Kerjasama semua pihak termasuk agensi berkaitan, kerajaan negeri dan pedagang sarang burung juga perlu untuk menjayakannya, sekiranya negara mahu menjadi pengeluar utama sarang burung walit setanding dengan Indonesia dan Thailand, negara pengeluar utama. – BERNAMA

Tasik Kenyir bakal jadi pulau bebas cukai. Manakala bandar dibawah tasik Kuala Berang adalah syurga bagi RBW.

Keyunik kan Terengganu sebagai destinasi perlancugan bakal mengubah landscap Terengganu menjadi negeri maju di rantau ini.

Banyak produk perlancungan yang belum dieksploitasi lagi. Keindahan persisir pantai yang terdapat merupakan khazanah paling beharga. Negeri yang mempunyai kawasan pantai yang terpanjang di Malaysia dipenuhi dengan pasir yang memutih menjadikan ia sebuah hamparan permaidani yang putih bersih sepanjang pantai. Keindahannya menarik minat pelancung dalam dan luar Negara.

Pasir yang terdapat disepanjang pantai Terengganu adalah silika yang berkualiti. Silika ini boleh digunakan untuk industri cermin. Begitu juga disebalik hamparan lautan yang membiru terdapat khazanah alam yang sangat beharga. Yang Amat Behormat Dato’ Ahmad Said mengumumkan pertemuan berjuta ton sulfur yang sesuai untuk industri simen adalah berita gembira bagi rakyat Terengganu. Bahan tersebut berada dibawah laut persisiran pantai Terengganu.

Suatu ketika dahulu Terengganu merupakan pengeluar bijih besi yang terbesar di Asia Tengara. Walau pun pada hari ini perlombongan besi telah lama dihentikan, terdapat usaha untuk membuka semula lombong besi yang dipercayai masih banyak diperut bumi yang belum dikeluarkan lagi.
Terengganu juga mempunyai tasik buatan manusia yang terbesar ia itu Tasik Kenyir. Tasik yang mempunyai lebih dari 300 buah pulau dan mempunyai keluasan menyamai Negeri Perlis adalah khazah yang tidak ternilai bagi negeri Terengganu.

Gua Bewah di Tasik Kenyir adalah gua pra sejarah. Disini telah ditemui rangka manusia yang berusia 16,000 tahu. Rangka manusia yang ditemui itu telah disahkan oleh pakar Amerika dan menjadikannya yang tertua di Malaysia. Pada awal tahun 90’an dahulu pernah memasuki gua tersebut untuk melihat operasi mengumpul najis tahi kelelawar. Saya tidak pasti gua Bewah ini dihuni oleh burung walit atau tidak . Tidak mustahil sekiranyanya burung walit juga telah mendiami gua tersebut, kerana ia adalah gua yang sangat unik. Jutaan walit kelihatan berterbangan di kawasan Tasik Kenyir menjadikan Bandar Kuala Berang bandar di bawah tasik syurga untuk burung walit.

Rakan-rakan yang mengusahakan rumah walit disana memaklumkan bahawa kawasan disekitar Kuala Berang, jika dibangunkan rumah burung walit dalam masa 6 bulan sahaja sudah mendapt hasilnya.

Bagi memacu Model Ekonomi Baru (MEB) yang akan diumumkan Perdana Menteri saya percarya Terengganu telah pun mengambil langkah yang proaktif mengenal pasti sumber-sumber ekonomi baru secara kreatif dan inovatif. Peluang peluang pasaran baru sedang diteroka.

Bagi menarik ramai kedatangan pelancung khabarnya kerajaan Terengganu akan menjadikan sebuah pulau di Yasik Kenyir sebagai Pulau Bebas cukai. Saya percaya peminat burung walit juga bersedia untuk mengambil peluang dalam perkembangan terbaru ini.

Ramai dikalangan usahawan yang memerlukan kepastian agar tidak tertipu lagi seperti projek menanam pokok teja yang tiada berguna


Perladangan hutan untuk pokok karas memerlukan masa yang panjang untuk menghasilkan gaharu yang bernilai dengan kaedah semula jadi. Ianya mengambil masa 20 – 30 tahun. Menunggu pokok sakit untuk menghasikan resin gaharu. Persoalannya ialah adakan ia benar-benar boleh dijadikan perusahaan yang bernilai tinggi sepertimana yang digembar-gemburkan atau hanya gimik atau kospirasi penjual anak benih pokok karas sahaja ? .

Ramai dikalangan usahawan yang memerlukan kepastian agar tidak tertipu lagi seperti projek menanam pokok teja yang tiada berguna, walaupun dulu ia didakwa projek cadangan ‘jabatan pertanian atau jabatan perhutanan. Begitu juga dengan tanaman pokok sentang dan jati emas. Ramai juga usahawan yang rasa tertipu dan telah menjadi phobia mengenai perkara ini. Tidak mahu pisang berbuah dua kali. Kan bagus kalau tanam pisang berbuah dua kali….

Banyak lagi persoalan yang berkaitan dengan perusahaan gaharu ini. Kebanyakan orang beranggapan penanaman pokok karas ini memerlukan masa yang panjang dan untuk mendapatkan gaharunyanya memerlukan kos yang tinggi dan rumit. Manakala keuntungannya lambat diperolehi dan kadangkala akan merugikan pengusaha.. .

Pokok Karas ialah salah satu daripada lapan spesies dalam genus Aquilaria yang berasal dari Asia Tenggara, khususnya di hutan hujan Tropika . Banyak terdapat di Indonesia, Malaysia, Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, dan India utara. Tergolong dalam famili Thymelaeaceae, nama botaninya Aquilaria malaccensis Lamk. .

Pokok Karas tumbuh sehingga 6-20 meter tinggi. Daunnya yang berselang-seli mempunyai garisan tepi yang penuh dan hujung yang pendek dan tirus. Saiznya 5 – 11 sentimeter panjang, dan 2 – 4 sentimeter lebar. Bunga Pokok Karas berwarna hijau-kuning, dan dihasilkan dalam umbel; buahnya ialah sebiji kapsul berkayu sepanjang 2.5 – 3 sentimeter. .

Pokok Karas paling terkenal untuk kayunya yang diisi tepu dengan damar. Kayu Pokok Aras merupakan salah satu daripada kayu yang termahal di dunia, Pasarannya merentasi sempadan agama, sempadan bangsa serta budaya, sempadan Negara. Malah ia digunakan oleh manusia yang hidup atau semasa berlakunya kematian. Ini adalah disebabkan oleh kewangiannya, dan digunakan secara meluas untuk bauan dan minyak wangi. .

Kekurangan Pokok Karas yang liar disebabkan oleh penebangan yang tidak terkawal telah menyebabkan pokok ini disenaraikan sebagai salah satu spesies terancam. Kini, projek-projek telah dilaksanakan di sebilangan negara Asia Tenggara untuk menanam Pokok Karas supaya dapat menghasilkan kayu dengan cara yang dapat dikekalkan.

Pembangunan tanah melalui tukar syarat dan pecah sempadan (pecah lot) untuk dijadikan lot untuk rumah burung walit.

Semalam saya dikunjungi seorang pemaju rumah burung walit. Mengaku sebagai konsultan rbw. Beliau menerangkan perancangan projek projek rumah walit yang cukup hebat. Katanya akan membangunkan suatu kawasan tanah untuk projek rumah burung walit di Kuala Terengganu.

Saya dah buka office katanya. Baguslah tu!. Tahu apa-apa mengenai burung walit dah mengaku jadi konsultan. Sebelum ini dah pernah sekali orang yang sama bila mempromosikan projeknya (jual nama jahaniwalit.com) yang konongnya saya menjadi penasihat projek tersebut. Dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Memang pernah beliau dating jumpa saya, walau bagaimana pun saya tidak member komitment apa-apa.

Kadang-kadang ada oaring yang mengambil kesempatan diatas kealpaan kita. Nak buat macam mana memang itu sifat manusia. Yang suka mengambil kesempatan bila ada peluang. Apa tah lagi bila melibatkan kepentingan diri sendiri.

Rancangan hendak membangunkan tanah dengan memecah sampan tanah untuk dijadikan lot-lot untuk rumah burung walit itu memanglah bagus. Mengaku konsultan itu tidak bagus kerana akan memerangkap pembeli yang percaya konongnya projeknya mempunyai daya maju. Tetapi hakikatnya adalah sebaliknya.

Setahu saya pihak kerajaan sendiri belum lagi membuat keputusan secara rasmi apakah status tanah yang akan dikenakan nanti apabila terdapat pemaju mengemukan permohonan untuk menukar syarat tanah dan memecah sempadan tanah untuk dijadikan lot-lot untuk rumah burung walit. Apakah akan dikekalkan dengan tanah berkategori pertanian , bangunan atau perusahaan (industri). Dikenakan syarat untuk ternakan burung walit. Saya juga difahamkan bahawa kartas cadangan yang diwar-warkan oleh akhbar untuk dibawa ke cabinet masih belum dengar cerita lagi. Kabinet dah buat keputusan ke belum.

Semua ini akan member kesan kepada pembangunan industry walit dalam jangka masa yang panjang. Garis panduan yang akan dikeluarkan nanti pasti akan member kesan kepada industry itu sendiri.

Menggunakan gadget-gadget yang sesuai dalam RBW untuk mengatasi masalah kepanasan dalam rumah burung.


Musim panas yang berlaku dikebanyakan tempat menjejaskan operasi rumah burung walit. Udara panas yang berlaku dikeliling rumah walit tidak dapat tidak akan member kesan kepada udara dalam rumah walit. Ventilasi yang disediakan tidak berupaya untuk mengawal kondisi udara diluar dari mempengaruhi uadara dalam.

Oleh itu dalam rumah walit perlu disediakan gadget-gadget yang boleh membantu untuk mensetabilkan undara dalam RBW tersebut. Peralatan yang sesuai digunakan adalah humidifier , kipas yang dipasang kepada kolam atau alat lain dalam rumah burung. Walau bagaimana pun alat-alat seperti ini ada juga keburukannya. Kesan dari penggunaan alat seperti ini selalunya akan menimbulkan suasana basah pada lantai.

Walaupun begitu pengeluaran kabus dari alat ini sangat bagus digunakan . Namun kabus yang dihasilkan itu akan jatuh ke lantai. Alat penyembur kabus yang digunakan terlalu lama akan banyak menyebabkan air membasahi lantai lebih dari yang mengruap ke udara. Dalam RBW yang menggunakan humidifier akan member kesan kepada pendinginan, dan kelembapan yang dihasilkan akan membantu untuk menjaga RBW mensetabilkan udara.

Lantai yang lembab dan basah tentunya tidak baik untuk kesihatan RBW. Tindakbalas kimia akan berlaku lebih cepat. Ia juga menjadi tempat pembiakkan serangga yang sangat sesuai. Lipas dan semut mudah membiak dalam najis burung yang lembab. Jangan nanti lipas-lipas ini menjadi pencuri yang amat bahaya kepada sarang burung anda.

Pemilihan humidifier yang baik adalah terdiri dari gadget yang tidak mengeluarkan bunyi yang kuat. Titisan kabus yang dikeluarkan tidak terlalu besar. Pengeluaran kabus seperti asap adalah yang paling sesuai.

Bagaimana cara untuk menentukan ketepatan unara setabil yang sesuai untuk RBW ?. Secara manual kita boleh menggunakan penyukat kelembapan untuk menentukan kelembapan yang sesuai . Namun begitu penggunaan yang berterusan sukar dikawal. Cara yang terbaik adalah menggunakan sensor udara.

Penggunaan sensor seperti “Jerman Swiftlet Humidistat Model: GH-02-HD” . Ia direka khusus untuk rumah burung walit. Bertujuan untuk mengatasi masalah lebihan atau kekurangan kelembapan. Alat kawalan kelembapan yang dikalibrasi secara digital dapat mengatasi masalah kebasahan lantai dan mengatasi kecacatan kecil pada sarang walit seperti masalah kerapuhan dan sebagainya.

Burung walit tiada di Phnom Penh, Cambodia.


. Selamat bertemu kembali.

Penerbangan ke Cambodia mengambil masa 2 jam. Lapangan terbangnya tidak besar. Jika dibandingkan dengan lapangan terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu lagi besar lapangan terbang kita. Namun begitu kemudahan kemudahan di Imigration nya agak cangih juga.

Menginap di New York Hotel. Hotel bertaraf tiga bintang tetapi menyediakan kemudahan wi-fi percuma. Persepsi saya terhadap Kemboja mulai meleset. Selama ini Kemboja digambarkan sebagai sebuah negara miskin yang dhoif serta ketinggalan dari segi teknologi dan pembangunan lainnya Lapuran yang mengatakan keadaan di Kemboja sepertimana Malaysia tahun 60′an atau 70′an. Rupanya gambaran tersebut tidak tepat sama sekali.

Phnom Penh adalah sebuah bandar yang sibuk. Jalan raya dipenuhi dengan kereta dan motorsikal seperti mana di Vietnam. Kereta yang berada dijalanraya adalah kereta mewah dan MPV. Kereta biasa tidak banyak kelihatan. . Pengankutan awam dipanggil Tok Tok. Bas dan van adalah transpot untuk pelancungan.

Apa yang memeranjatkan saya ialah Phnom Penh memiliki begitu banyak MPV dan. kereta mewah dari pelbagai jenama. Sebut saya apa model kereta mewah yang terbaru anda akan temui disini. Tentunya kehidupan di Phnom Penh adalah antara dua darjat. Pastinya pemilik kereta mewah adalah golongan hartawan. Pengguna pengankutan awam tok tok dan motosikal adalah golongan marhain.

Perkhidmatan pembiakian motosikal disediakan dikaki lima jalan . Tidak perlu kedai atau bengkel, duduk sahaja bawah pokok sediakan peralatan yang seadanya dah boleh cari makan. Perkhidmatan pum tayar pun dikenakan bayaran. Tiada yang buang masa begitu sahaja. Mereka rajin dan kuat bekerja.

Shoping complex di Phnom Penh juga menarik seperti di Vietnam dan China. Tempat shoping yang popular ialah Centra marked dan Rusian Marked. Disini perbagai barang dapat diperolehi dengan harga yang sangat murah. Jam tangan, batu permata, perhiasan untuk wanita dan pakaian adalah antara barangan popular pilihan pelancung.

Orang Kemboja menganggap negara mereka adalah Negara yang baru merdeka . Pembangunan semula selepas regim Pol Pot yang mereka anggap musuh kepada bangsa Cambodia (Kemboja). Kekejamam yang dilakukan oleh pol pot tidak dapat diterima oleh kebanyakan rakyat Kemboja. Pembunuhan terhadap rakyat sendiri tidak dapat diterima. Namun begitu di Kemboja seolah olah wujud generasi baru dengan budaya baru.

Semasa membeli belah seharusnya berhatiti. Sekiranya anda memecah barang dengan tidak sengaja, anda terpaksa mengangtinya dengan berlipat Kali ganda . Ini terjadi kepada kawan saya yang telah terjatuh btu permata yang bernilai $200 diminta ganti sehingga $ 1200. Terpaksalah kami buat pungutan untuk membantu nya.

Pada sebelah malam kami meronda sungai Mekong , lagi terperajat dibuatnya. Ia adalah syurga dunia di Phom Penh. Berhampiran dengan water front terdapat Casino , Bar dan restoran serta hotel yang sewanya mencecah USD 1000 semalam.
Cuaca disini agak panas antara 38 – 40 darjah celcius. Cuacanya tidak sesuai untuk burung walit.

Karas bernilai tinggi di Hutan Simpan Gunong Tebu, Terengganu


Hutan Simpan Gunung Tebu di daerah ini bukan sahaja kaya dengan kayu-kayan berharga tetapi mempunyai pokok karas atau gaharu yang bernilai tinggi.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Razani Ujang, atas sebab itu Jabatan Hutan Negeri Terengganu memilih kawasan tersebut untuk dijadikan petak kajian menerusi projek Kajian Karas In Situ.

Menurutnya, keluasan petak projek yang diwujudkan seluas 13.75 hektar mengandungi 31 pokok karas bernilai kira-kira RM1 juta jika cukup usianya.

“Petak kajian pokok karas liar untuk hasil kerjasama dengan Agensi Nuklear Malaysia dan beberapa agensi penyelidikan lain.

“Buat masa ini Agensi Nuklear Malaysia mencipta formula suntikan ubat (inducer gaharu) bagi menghasilkan karas yang lebih berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Projek Petak In Situ Karas Hutan Simpan Gunung Tebu yang turut disertai Pengarah Jabatan Hutan Negeri Nor Akhiruddin Mahmud.

Razani berkata, pemantauan dilaksanakan sekerap mungkin di petak kajian untuk memastikan kawasan itu selamat daripada diceroboh memandangkan kawasan ini berhampiran jalan besar dan kampung.

Menurutnya, pokok karas bukan sahaja boleh menghasilkan minyak wangi tetapi sekarang ada kajian mengenai keberkesanan gaharu untuk dijadikan ubat darah tinggi dan kencing manis.

“Petak kajian ini dilakukan bagi menghasilkan pelbagai teknik terkini penanaman karas untuk mendapatkan gaharu yang bermutu tinggi,” katanya.

Sementara itu Nor Akhiruddin berkata, kejadian menceroboh dan mencuri karas liar di kawasan Hutan Simpan di negeri ini masih terkawal.

MEGA KARAS

Dipetik dari MEGA – Utusan Malaysia 19 Mac 2010 oleh jahaniwalit.com

GAHARU JANA JUTAWAN

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD

GAHARU merupakan sejenis kayu dengan pelbagai bentuk jaluran warna khas serta memiliki kandungan damar wangian berupa aloe-resin yang akan mengeluarkan bau atau aroma khusus apabila dibakar. la sangat terkenal di negara-negara Arab dan sudah ala diperdagangkan kerana sering digunakan dalam industri pembuatan minyak wangi, produk perubatan dan majlis keagamaan.

Berasal dari perkataan Sanskrit iaitu Aguru yang bermaksud kayu berat (tenggelam) ia juga lebih dikenali dengan nama agarwood, aloeswood, eagleswood, Jin-ko (Jepun), oud (Arab). Gaharu diperoleh daripada sejenis pokok yang dikenali sebagai karas (Aquilaria spp.) yang telah disenaraikan dalam Jadual CITES Appendix II sebagai spesies yang sedang diancam kepupusan berikutan penuaian melampau di habitat asalnya.

Harga bagi gaharu gred tinggi mampu mencecah puluhan ribu ringgit dan kini ia menjadi satu fenomena di kalangan masyarakat apabila mereka mula menanamnya dengan harapan ia mampu memberi pulangan yang lumayan. Namun apa yang menjadi isu pada hari ini adalah pokok ‘duit’ yang dikatakan mampu menjadikan seseorang itu jutawan segera tidak membenkan hasil yang memberangsangkan. Ramai yang kecewa dan menganggap ia merupakan perusahaan yang sia-sia dan tidak mampu memberi keuntungan yang lumayan seperti diuar-uarkan.

Namun, rata-rata pengusaha tanaman karas ini mempunyai pengalaman yang cetek atau tiada pengalaman langsung berkenaan penghasilan’gaharu daripada pokok ini. Fenomena tersebut cuma berlegar di kalangan pengusaha dan hanya disampaikan dari mulut ke mulut tanpa melibatkan satu kajian terhadap proses penanaman serta tuaian secara mendalam terhadap sumber yang begitu berharga. Oleh itu, bagi pengusaha serta penanam gaharu yang benar-benar mahukan pulangan lumayan, mereka perlu mengkaji secara teliti segala prosedur sebelum melaburkan sejumlah wang terhadap perusahaan tersebut.

Terlalu banyak mitos dan pendapat mengenainya. Ada yang mengatakan ia lebih bernilai daripada emas kerana harganya yang mahal mampu mencecah ribuan ringgit telah membuatkan ramai orang tergila-gilakan hasil pokok ini.
Hakikatnya, taburan pokok ini di dalam hutan di kategorikan berada di ambang kepupusan kerana penuaian secara berleluasa tanpa pengawalan yang rapi.

Tanpa inisiatif dengan penanaman semula pokok ini, hasil gaharu negara tidak mampu lagi unjtuk dieksport ke negara-negara Asia Barat dan negara Asia lain yang meletakkan permintaan tinggi bagi hasil ini. Daripada segi perusahaan perladangan, Indonesia dan Thailand telah berada selangkah di hadapan kita namun kita masih teragak-agak dengan keupayaan hasil pokok ini. Kekurangan sumber maklumat tepat dan kekangan modal yang tinggi untuk dikormersialkan menyebabkan ia kurang mendapat perhatian usahawan di negara ini.

Agensi kerajaan yang ada perlu memainkan peranan dalam menyalurkan fakta yang lengkap dan perkembangan teknologi dalam usaha menjadikan ia sebagai industri, yang berkembang pesat. Penyelidikan dalam fenghasilan gaharu melalui kaedah suntikan dan inokulasi juga sedang gjat dijalankan.

Antara yang agensi kerajaan yang sedang giat menjalankan kajian berkenaan penanaman serta penghasilan gaharu adalah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Bermula pada sejak awal 1990 di FRIM, bagaimanapun, kajian yang lebih sistematik dijalankan dalam tahun 1992.

Komponen penyelidikan meliputi kajian seperti bahan tanaman, penanaman, pertumbuhan, suntikan tiruan, kimia, serta sosial ekonomi gaharu ke atas penduduk tempatan. Sepanjang jangka masa ini, agensi usaha sama lain yang terlibat adalah seperti Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Hutan Negeri Pahang dan swasta.

Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) FRIM, Datuk Dr. Abd. Rashid Ab. Malik berkata, kini institut berkenaan berjaya menyediakan teknik menghasilkan gaharu dengan lebih cepat dengan kos yang rendah.
“Jika penanaman gaharu secara biasa ia akan memakan masa yang panjang berbanding kaedah yang telah drternui FRIM kini.

“Pokok gaharu pada usia empat tahun sudah boleh melalui proses inokulasi dan setelah dua hingga tiga tahun hasilnya sudah boleh diperolehi. Bagi yang berminat boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada FRIM dan kita akan sentiasa membantu,” katanya.

Teknik inokulasi sebenarnya agak mahal, namun atas usaha yang bersungguh-sungguh, FRIM berjaya menghasilkan teknik menghasilkan gaharu dengan lebih murah dan berkesan. Jelas Abd. Rashid, pengusaha gaharu kini tidak perlu bimbang kerana negara memiliki teknologi terkini untuk menghasilkan gaharu setanding dengan negara-negara jiran.

Walaupun penanaman gaharu di Malaysia masih pada skala yang agak kecil dan ketinggalan berbanding dengan negara jiran kita seperti Vietnam, Thailand, Kemboja, India dan Indonesia namun kita masih mempunyai peluang yang cerah untuk perusahaan ini berikutan permintaan terhadapnya amat tinggi. “Di negara kita masih tiada badan khas bagi memantau serta membantu perusahaan ini, justeru semua pihak perlu memainkan peranan penting bagi menjayakahnya,” ujar beliau. Namun, kurangnya pehdedahan dan pengumpulan maklumat menyebabkan perusahaan gaharu kurang memberi impak dalam pelaksanaannya.

Penghasilan Minyak Gaharu

Untuk mendapat minyak dan berkualiti yang tinggi kualiti kayu gaharu perlu diambil berat. Terdapat tujuh kategori mutu gaharu namun, untuk mendapatkan kayu yang bermutu tinggi, terdapat lima ciri utama perlu diberi keutamaan dalam memastikan bahawa kayu gaharu tersebut mencapai tahap berkualiti yang dikehendaki atau tidak. la termasuklah corak atau warna pada kayu tersebut seperti warna coklat kehitaman, kandungan damar tinggi, serat padat, berat dan menghasilkan aroma yang kuat apabila dibakar.

Daripada ciri-ciri tersebut, gaharu digredkan kepada gred A, gred B, gred C, gred D, gred E, Iain-lain gred dan gaharu racik (kayu racik). Penghasilan minyak gaharu boleh dilakukan dengan dua kaedah; iaitu kaedah penyulingan stim dan kaedah penyulingan air.

Kaedah penyulingan stim adalah yang paling efektif dengan menghasilkan minyak yang banyak. Proses dimulakan dengan mengisarkan kayu gaharu sehingga halus kemudian direndam selama beberapa hari sehingga sel kayu (parenkima) dan kelenjar minyak hampir terasing. Kepingan gaharu ini kemudiannya akan disuling di dalam kelalang clavenger selama enam jam dan setiap peringkat penghasilan minyak yang berlainan warna akan diambil dan digredkan.

Sementara itu, kaedah penyulingan air adalah paling mudah tetapi penghasilan minyak gaharu adalah pada tahap minimum. Kayu gaharu tersebut akan dimasak selama empat hingga lima hari sehingga minyak gaharu terhasil.
Di Malaysia, perusahaan secara besar-besaran telah berubah menggunakan teknik penyulingan.stim daripada penyulingan air kerana proses yang lebih mudah dan kos yang rendah.

Rata-rata ramai pengusaha gaharu yang kurang berpengalaman didalam bidang ini namun tetap berminat untuk mempelajarinya. Justeru Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Fakulti Perhutanan akan mengadakan Seminar Kebangsaan dan Pameran Gaharu 2010 pada 22 hingga 23 Mac ini di Auditorium Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan UPM, Serdang.

Seminar tersebut bertemakan ‘Ke Arab Kelestarian Pembangunan Industri Gaharu’. Seminar ini akan di hadiri oleh pembentang-pembentang kertas kerja daripada pelbagai aspek termasuk Sumber dan Pengurusan Pokok Karas, Penuaian, Penyimpanan & Penyediaan Bahan, Pemprosesan Minyak Gaharu & Ciri-ciri Kualiti Dan Promosi, Pemasaran & Polisi.

Pembentang kertas kerja yang akan dijemput menghadiri seminar ini mempunyai kepakaran di dalam industri ini dari sudut polisi, penyelidikan, perusahaan, pemasaran dan pembekalan serta penggunaan. Mereka terdiri daripada ahli akademik, jabatan kerajaan, pemimpin organisasi, pengusaha ladang, ahli profesional dari industri berkaitan serta pengguna produk ini sendiri.

Bagi yang berminat mereka boleh mendapatkan maklumat di laman web nationalgaharu.blogspot.com atau http://www.forr.upm.edu.my dan http://www.introp.upm.edu.my.

Fakta harga Gred Gaharu Harga (RM) sekilogram

Gred A Super – RM 25,000

Gred A – RM 20,000

Gred B – RM 18, 000

Gred C – RM 15,000

Gred D – RM 8,000

Gred E – RM 3,000

Lain-Lain Gred – RM 500 – RM 1,000

Gaharu Racik – RM 5 – RM 100

TEKNIK PENANAMAN GAHARU

INI usaha penanaman pokok karas sedang giat dilakukan oleh beberapa agensi yang ada di beberapa tempat di negara ini. Pada umumnya terdapat dua spesies pokok yang menghasilkan gaharu iaitu pokok karas (Aquilaria spp.) dan cendana (Gyrinops spp.).

Proses terjadinya gaharu apabila pokok yang mengalami luka atau diserang penyakit dan kulat yang menjangkiti pokok tersebut merebak ke dalam jaringan pembuluh kayu (vesel). Untuk terus hidup, kulat tersebut akan menggunakan cairan sel dalam saluran pokok sebagai sumber tenaganya atau makanannya secara perlahan-lahan sehingga menyebabkan kurang atau terhentinya penghantaran makanan kepada daun. Sel-sel yang isinya sudah dimakan oleh kulat akan membentuk suatu kumpulan sel mati pada jaringan pembuluh kayu.

Hasil tindak balas kimia dalam kayu tersebut akan menghasilkan resin atau damar wangi yang dinamakan gaharu dan apabila dibakar akan mengeluarkan aromanya yang tersendiri.

Pokok karas yang mengeluarkan gaharu adalah dari famili Thymelaeceae yang mana terdapat 25 spesies Aquilaria dijumpai di seluruh dunia. Di Malaysia terdapat lima spesies utama iaitu; A. malaccensis, A. hirta, A. beccariana, A. rostrata, A. microcarpa.

Terdapat tiga spesies kurang dikenali termasuk A. brachyanta, A. cumingiana dan A. crassna. Mengikut Pensyarah Fizik Kayu, Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr. Mohd Zin Jusoh, beberapa faktor harus dipertimbangkan dalam usaha penanaman pokok karas secara perladangan. “Antaranya adalah, pemilihan anak benih, jarak tanaman, kaedah penanaman, kaedah suntikan dan pasaran. “la juga harus dinilai untuk Kita juga harus melihat kepada permintaan pasaran dan spesies yang menjadi pilihan pembeli dan mempunyai harga yang meminimumkan risiko yang ada bertujuan mendapat hasil yang maksimum selepas tujuh tahun penanaman,” katanya.

Pertama, dari segi pemilihan anak benih sering menjadi persoalan. Terdapat dakwaan bahawa spesies A lebih baik dari spesies B dan ada yang sebaliknya kerana ia lebih cepat membesar dan lebih mahal.

“Kita seharusnya meneliti semula kawasan penanaman kerana pokok karas memerlukan habitat yang unik berbanding dengan pokok lain,” katanya. Katanya, pokok yang sihat dan membesar dengan cepat biasanya menghasilkan gaharu yang sedikit berbanding pokok yang sakit, ‘sties’ dan cedera. “la sebenarnya selari dengan kejadian semulajadi gaharu di dalam hutan, pokok yang berada di kawasan berbatu dan mengalami tindakbalas kecederaan yang teruk menghasilkan gaharu yang lebih bermutu.

“Kita juga harus melihat kepada permintaan pasaran dan spesies yang menjadi pilihan pembeli dan mempunyai harga yang tinggi. Spesies Aquilaria malaccensis merupakan salah satu spesies yang mempunyai nilai komersia’l yang tinggi.

“Manakala kaedah penanaman, jarak penanaman 6 kaki x 6 kaki atau 10 kaki x 10 kaki menghasilkan jumlah tanarhan pada 430 pokok atau 1,000 pokok seekar” ujarnya.

Tambah beliau, penanaman secara integrasi adalah lebih meminimumkan risiko, malahan memberi pulangan jangka pendek yang boleh menampung kos keseluruhan. Jelas Mohd. Zin, boleh’ dilakukan dengan tanaman herba dan tanaman kontan dan jarak tanaman harus sesuai dengan keadaan tanah.

Selepas pokok karas mencapai usia lima tahun, suntikan sejenis enzim dilakukan untuk merangsang penghasilan gaharu dan dibiarkan selama dua tahun sebelum mendapat tiasil yang optimum. “Tanpa pendekatan ini pokok karas tidak mampu membentuk gaharu di dalamnya kerana dalam keadaan dengan semulajadi, gaharu terbentuk apabila pokok mencecah usia 20 – 40 tahun melalui kecederaan fizikal atau serangari mikro organisma,” katanya.

Menurut Mohd. Zin, pokok karas sesuai ditanam di kawasan dataran rendah dan pergunungan pada ketinggian antara 0 dan 750 meter (m) dari aras laut. “Purata taburan hujan kurang dari 2000 sentimeter (sm) setahun dan suhu paling sesuai adalah antara 27-32 darjah Celsius dan cahaya matahari antara 45-70 peratus.

“Pertumbuhan pokok mampu mencapai ketinggian antara 25 dan 40 meter dan diameter antara 60-80 sm pada ukur lilit,” katanya. Tanah yang sesuai bagi penanaman pokok karas adalah dari jenis lempung dan hat berpasir dan pH tanah antara 4 – 6 pH. Penanaman boleh dijalankan di tanah persendirian, hutan simpan dan tanah kerajaan melalui dua kaedahtanaman iaitu;

KAEDAH MONOKULTUR

Tanaman ini dilaksanakan dengan jarak tanaman 3 x 3m dengan jumlah sebanyak 1000-13000 pokok sehektar. Ada juga yang ditanam dengan jarak tanaman 2 meter x 2 meter dengan jumlah yang boleh mencapai 1600 batang pokok sehektar.

KAEDAH TANAMAN SELINGAN

Pokok karas jiaga boleh ditanam dibawah pokok-pokok yang lain yang berumur antara 5-8 tahun seperti di
ladang kelapa sawit, ladang getah,ladang Kopi, ladang Acacia secara tanaman berselang. ..

Berehat seketika.

Mulai hari ini jahaniwalit.com berehat seketika kerana lawatan ke Kemboja .

Kemboja merupakan sebuah negara di Asia Tenggara dan bersempadankan Thailand di barat, Laos di timur, Vietnam di timur dan Teluk Siam di selatan.

Negara yang mempunyai jumlah penduduk 13 juta ini beribu negara di Phnom Penh. Kemboja merupakan negara pengganti Kerajaan Khmer yang mengalami zaman kegemilangannya pada adab- ke-11 hingga abad ke-14. Pada zaman keemasannya, Khmer berjaya menguasai seluruh Semenanjung Indochina.

Agama utama yang diamalkan di Kemboja ialah agama Buddha Thevarada. Agama lain termasuklah Islam (penduduk Cham) serta animisme di kalangan kaum peribumi.

Antara badan air yang terkenal di Kemboja ialah Sungai Mekong dan Tasik Tonlé Sap yang merupakan sumber makanan serta pendapatan yang penting bagi penduduknya.

Pada 2005, simpanan minyak petroleum dan gas asli telah ditemui di bawah laut Kemboja. Perlombongan minyak yang bakal bermula pada 2009 dijangka akan menghidupkan semula ekonomi Kemboja yang banyak bergantung kepada sektor pelancongan.

Selamat bertemu kembali.
..

Jerman Swiftlet Humidistat Model: GH-02-HD untuk menjadi RBW sepertimana kondusi habitat asal dalam gua batu kapor.


Suatu alat khusus yang telah dikalibrasi untuk mendapatkan kelembapan relative maksimum 78 – 80% RH. Sistem akan active bila kelembapan turun kepada 77% RH dan terhenti bila kelembapan relative sekitar 83% RH. Sistem dibuat khusus untuk 10 am dan 240 V dan menggunakan 3 unit humidifire.

Jerman Swiftlet Humidistat Model: GH-02-HD . Ia direka khusus untuk rumah burung walit. Bertujuan untuk mengatasi masalah lebihan atau kekurangan kelembapan. Alat kawalan kelembapan yang dikalibrasi secara digital dapat mengatasi masalah kebasahan lantai dan mengatasi kecacatan kecil pada sarang walit seperti masalah kerapuhan dan sebagainya.

Pelaburan anda dengan alat kawalan kelembapan sangat berbaloi melalui hasil sarang dengan gred super. Humidistat Controller buatan Jerman ini mengandungi sensor mekanikal dan mikro-switch pada kadar 50,000. Pemasangan sensor yang flehsibel pada kadar 2 meter. Ketepatan bacaan adalah pada + / – 3% RH dan mempunyai jangkauan operasi 30% – 100% RH. Kelembapan yang konstan dalam RBW dikekalkan pada kadar 80% – 85% RH. Tetapan yang disarankan 78 – 80% RH. Ia nya sesuai untuk 3 tingkat RBW dengan 3 unit humidifier yang dipasang serentak.

Sensor diletakan jauh dari kawasaan kabus dari humidifier. Elakkan dari tiupan angin seperti kawasan ventilasi. Bila kelembapan relatif kurang daripada 77.5%, unit ini akan diaktifkan secara authomatik dan bila kelembapan relatif lebih dari 82,5%, unit akan OFF dengan sendiri.
Sesiapa yang berminat untuk menggunakan alat ini boleh hubungi saya.
..

Walaupun sarang merah artificial berharga , tapi tidak semua pembudidaya walit bersetuju dengan cara itu.

Berikut adalah kaedah menghasilkan sarang walit merah yang di petik dari Majalah Tribus kiriman Andy Chong yang saya tulis semula dalam bahasa Malaysia. Wallahualam.

Oleh kerana sarang merah asli jarang ditemui. Harga pasarannya amat tinggi diantara RP 20 juta . Manakala sarng biasa adalah RP13 juta- RP15 juta. Banyak pengusaha yang mencuba untuk menghasilkan sarang merah artificial.

Menurut Abeng Sapaan Akrab Ade untuk menjadikan sarang walit bewarna merah tidaklah sukar. ‘Tidak perlu menggunakan bahan kimia kimia lain. Katanya. dalam masa 1-7 hari sahaja, sarang putih boleh ditukar menjadi sarang merah. Boleh dilakukan hanya dengan menggunakan kotoran najis walit sahaja.

Caranya mudah, apa yang perlu disediakan ialah bekas (kolam) simen untuk merendam sarang yang berukuran 1M X 3M X 1M.

Yang pertama kali disiapkan adalah bak simen untuk memendam sarang. Bak (basin) berukuran minimal 1 m x 3 m x 1 m. Sebidang ruangan kosong dengan tinggi 20 cm dibuat di dasar tab itu. .

Tujuannya untuk tempat menampung air bekas merendam kotoran.
Di bahagian luar bilik kosong, dipasang kran (valve) pembuangan air. Di atas bilik kosong, diletakkan besi behel yang dilitupi kawat kassa (wire gauze). Setelah siap, tab boleh diisi kotoran walet setinggi 50-60 cm. Bahagian atas tab ditutup plat besi dengan ketebalan 0,2 mm. Tujuannya agar panas dalam tab tidak mengalir ke luar sehingga kelembapannya terjaga.
Kotoran Collocalia fuciphaga yang digunakan matang dan bersih daripada kotoran daun kering, ranting, plastik, atau sampah lainnya.

,
Taburkan kotoran walet setinggi kurang lebih 5-10 cm dari dasar behel. Sebagai gambaran tab berukuran 1 mx 3 mx 1 m bisa diisi 5 kuintal. Agar kotoran tercampur homogen, rendam dalam air. Setelah itu tambahkan soda. ‘Untuk mempercepatkan pematangan kotoran,’ Perkataan Abeng. Untuk 5 kuintal (5 × 100kg) kotoran butuh 50 g soda yang dilarutkan dalam air itu.
Larutan direndamkan semalam. Air rendaman lantas dikeluarkan melalui kran. .

Kotoran lalu diangkat dan dijemur. Penjemuran merupakan tahap penting kerana memakan waktu lama, hingga kotoran berkadar air 5-10%. Kotoran yang kering tampak kemerahan dan berbau seperti tepung. Saat musim kemarau, penjemuran dapat berlangsung sebulan; musim penghujan mencapai 3-4 bulan. Selama penjemuran kotoran perlu dibolak-balik agar semua bahagian merata keringnya. Selanjutnya kotoran matang itu boleh dimasukkan ke dalam tab.

Sarang putih yang akan dimerahkan ditaruh dalam bekas (container) plastik berukuran 40 cm x 60 cm. Bekas ini dilapisi kain kassa agar kotoran tidak dapat masuk. Selepas bekas disusun rapi di atas kotoran walit, tab ditutup rapat. Biarkan selama 1 malam, sarang putih akan jadi jingga atau kemerahan. Jika ingin lebih merah pemendaman boleh dilanjutkan.

Menurut Abeng ada 3 Warna sarang walet merah yang dihasilkan: merah sunkis alias golden nest, merah cerah, dan merah solid. Untuk memperoleh golden nest sarang cukup dipendam selama 1-2 hari dalam kotoran. ‘Warna ini sangat diminati di Macau,’ tambah pembekal sarang budidaya walit itu. Harga sarang walit sunkis mencapai Rp20-juta/kg. Sarang merah cerah perlu 3-5 hari pemendaman. Harga sarang ini Rp17-juta-Rp18-juta/kg. Sementara sarang merah solid perlukan waktu paling lama, sekitar 7 hari. Warna merah solid, banyak permintaannya di Kanada’ kata pria berumur 36 tahun itu. Harga sarang merah solid sekitar Rp15-juta-Rp17-juta/kg saat ini.

Meskipun sarang merah buatan berharga , tapi tidak semua pembudidaya walit bersetuju dengan cara itu. ‘Yang anda cari sebetulnya sarang walit merah semula jadi, bukan buatan,’ kata Harry K Nugroho, pembudidaya di Kelapagading, Jakarta Utara. Menurut Harry, memendam sarang putih dalam kotoran walet memang boleh menyebabkan sarang berubah warna: merah. ‘Itu kerana kerja amonia,’ ujar pemilik Eka Walet Center itu.

Lagi katanya perubahan warna dari putih menjadi merah belum tentu menambah khasiat. ‘Apalagi bird nest itu akan dikonsumsi manusia, jadi rasanya tidak beretika jika membuatnya memakai kotoran,’ katanya. Makanya meski sarang merah boleh dibuat dengan jalan pintas, sebaiknya anda cari yang semulajadi. (Lani Marliani)
..

Memproduksi sarang merah artificial


Karena produksi terbatas, harga sarang merah mencapai Rp20-juta/kg, sementara sarang putih Rp13-juta-Rp15-juta/kg. Sebab itu, banyak yang mencoba sarang merah buatan.
,

Kotoran .
,
Menurut Abeng-sapaan akrab Ade-memerahkan sarang walet tidak sulit. ‘Tidak perlu memakai bahan kimia,’ katanya. Dalam waktu 1-7 hari, sarang putih dapat disulap menjadi sarang merah. Yang pertama kali disiapkan adalah bak semen untuk memendam sarang. Bak (basin) berukuran minimal 1 m x 3 m x 1 m. Sebidang ruang kosong dengan tinggi 20 cm dibuat di dasar bak itu. .
,
Tujuannya untuk tempat menampung air bekas merendam kotoran.
Di bagian luar ruangan kosong, dipasang kran (valve) pembuangan air. Di atas ruangan kosong, diletakkan besi behel yang ditutupi kawat kassa (wire gauze). Setelah siap, bak dapat diisi kotoran walet setinggi 50-60 cm. Bagian atas bak ditutup plat besi dengan ketebalan 0,2 mm. Tujuannya agar panas dalam bak tidak mengalir ke luar sehingga kelembapannya terjaga.
Feses Collocalia fuciphaga yang digunakan matang dan bersih dari kotoran daun kering, ranting, plastik, atau sampah lainnya. .
,
Taburkan kotoran walet setinggi kurang lebih 5-10 cm dari dasar behel. Sebagai gambaran bak berukuran 1 m x 3 m x 1 m bisa diisi 5 kuintal. Agar kotoran tercampur homogen, rendam dalam air. Setelah itu tambahkan soda. ‘Untuk mempercepat pematangan kotoran,’ kata Abeng. Untuk 5 kuintal (5x100kg) kotoran butuh 50 g soda yang dilarutkan dalam 10 l air itu.
Larutan didiamkan semalam. Air rendaman lantas dikeluarkan melalui kran. .
,
Kotoran lalu diangkat dan dijemur. Penjemuran merupakan tahap penting karena memakan waktu lama, hingga kotoran berkadar air 5-10%. Kotoran yang kering tampak kemerahan dan berbau seperti tepung. Saat musim kemarau, penjemuran dapat berlangsung sebulan; musim penghujan mencapai 3-4 bulan. Selama penjemuran kotoran perlu dibolak-balik agar semua bagian merata keringnya. Selanjutnya kotoran matang itu dapat dimasukkan ke dalam bak.
,

(Dikutip dari majalah Trubus/ Sumbangan Andy)

,

(Bersambung…..)

.

Sarang merah terjadi kerana proses decompose yang terjadi keatas kotoran najis burung walit.

Andy Chong to jahani

My friend,

Attached please find the document about making red bird nests.

Saya amat tertarik dengan tulisan awak mengenai sarang merah. Sebenarnya, tidak banyak kaji selidik secara saintifik dalam hal ini yang telah dijalankan dan lebih jauh sekali sebarang penerbitanya dibuat.

Maklumat yang ada pada hari ini adalah sarang merah ini dihasilkan dalam rumah burung yang tidak dibersihkan tahinya dan sarang burung merah itu telah lama tidak dipanen. Oleh yang demikian, kandungan ammonia yang tinggi telah bertindak balas dengan sarang putih dan bergantung kepada tempuh, akan bertukar warna kepada kekunigan sebelum menjadi merah.

Saya sendiri tidak pernah lihat sarang merah ini tetapi pernah lihat dalam video rbw Medan. Jikalau ada peluang, saya juga ingin melihat dengan mata kasar saya sendiri. Pernah satu cebis sarang kecil saya jatuh dalam takungan air yang mengandungi tahi burung dan bahagian yang terkena air tahi itu memang menjadi merah!

Dalam beberapa hari lagi, saya ingin mengunjungi saudara kalau jadual mengizinkan.

Sekian,

Salam mesra.

Andy

Ini pula catatan oleh Pak Hendry Mulia, Pengarang buku “Strategi Memikat Walet Jitu”

Jaman dahulu orang sering menyebut sarangmerah sebagai sarang darah, pada kenyataannya dan sejak dulupun dimengerti bahwa sarang merah terjadi karena proses alamiah yang terjadi di dalam rumah burung walet, namun karena harga sarang merah ini lebih tinggi dibandingkan harga sarang putih, maka banyak orang merahasiakan proses terjadinya sarang merah.
Pada waktu itu saya katakan bahwa sarang merah bukanlah sarang darah atau dihasilkan oleh burung yang tua dan liur yang dikeluarkan mengandung darahnya, tapi hal itu terjadi karena proses decompose yang juga dipengaruhi oleh suhu dan kelembaban rumah burung walet.

Secara logika, bila darah tersebut kering tentunya warnanya tidak lagi merah tapi berubah warnanya menjadi coklat kehitam-hitaman dan bahkan hitam.

Pada awalnya sarang tersebut berwarna putih, karena adanya proses dekomposisasi atas kotoran burung walet/sriti dan suhu & kelembaban di dalam rumah walet akhirnya gas yang dihasilkan dari proses decompose tersebut mengenai sarang burung walet tersebut sehingga warnanya berubah dari putih ke putih kekuning-kuningan, orange dan akhirnya sarang tersebut berwarna merah dan bahkan berwarna merah darah. Proses ini memakan waktu sekitar 3 – 6 bulan.

Sarang warna merah dengan proses alami akan berbeda dengan sarang warna merah yang dibuat secara instan.

Banyak sarang merah yang dibuat di luar rumah burung walet, dalam arti kata prosesnya dilakukan secara sengaja dengan membuat kolam ukuran 1m x 1m dan memasukkan kotoran burung walet ke kolam tersebut dan seterusnya…. warna merah disarang tersebut rata, semuanya berwarna merah dan tidak seperti yang terjadi secara alami di rumah burung walet.
Oleh karena itu kita harus teliti dalam membeli sarang merah.

Sindikit pemalsuan sarang walit akan menyebabkan pengguna membuat tanggapan bahawa sarang walit telah hilang khasiatnya.

Harga sarang walit di pasaran antarabangsa mencapai RM12,000.00 hingga RM18,000.00 sekilo apabila sarang ini dibersihkan berbanding dengan sarang yang belum diproses. Harga yang tinggi ini menyebabkan pedagang-pedagang begitu ghairah untuk membersih sarang agar ia menjadi seputih-putihnya. Terdapat juga pengusaha yang menggunakan formalin untuk menjadikan sarang lebih putih. Formalin adalah sejenis bahan pengawit dan sering digunakan untuk mengawit mayat dll.

Terdapat juga pengusaha yang menggunakan H2O2 ia itu Hydrogen Peroxide, a strong reducing agent used in the bleaching of many food products. But the H2O2 untuk tujuan itu ialah Food Grade Hydrogen Peroxide. H2O2 juga boleh disalahgunakan dalam pembuatan bahan letupan, jadi eloklah ia diharamkan penjual terbuka di Malaysia. Bahan kimia H2O2 ini adalah bahan kimia yang amat merbahaya kepada manusia. Bila pengguna dapat mengesan perkara ini akan menyebabkan pengguna mengangap sarang walit sudah tidak berkhasiat lagi. Lantas menjadikan harganya jatuh mendadak suatu masa dahulu.

Lebih kejam lagi pernah dilapurkan terdapat sendikit yang mempalsukan sarang walit ini. Mereka menggunakan sejenis rumpai laut untuk membuat sarang walit secara tiruan. Sarang walit tiruan ini sekali imbas kelihatan seperti sarang walit yang asli. Sedangkan ia adalah sarang walit artificial yang langsung tiada khasiat. Lantas menguatkan andaian bahawa sarang walit memang tiada khasiat untuk kesihatan. Penipuan-penipuan seperti ini menjejaskan industry walit. Keadaan ini menyebabkan pengguna hilang kepercayaan kepada hasil pengeluaran sarang walit dari Negara yang terlibat dengan penipuan tersebut.

Sebab itu pengguna lebih percaya kepada sarang walit yang dihasilkan dari Malaysia. Undang-undang Malaysia tidak membenarkan formalin ini dijual dengan cara terbuka.Kalau tidak silap saya formalin adalah bahan pengawet manyat. Oleh itu sarang walit yang dikeluarkan dari Malaysia adalah mustahil mengunakan bahan tersebut sebagai bahan untuk membersih sarang walit berbanding dengan Negara lain. Dengan itu permintaan sarang walit dari Malaysia amat tinggi di pasaran.

Pengguna mula memilih dan berhati-hati bila membeli sarang walit. Ppengguna berhak untuk mendapatkan sarang walit yang cantik dan sempurna. Bentuk mangkuk yang asli dengan warna sarang yang putih cerah dan bersih tetapi mempunyai tanda keasliannya digemari oleh pengguna. Sarang yang bersih dari kekotoran najis walit .

Bagi meningkatkan pasaran sarang walit berbagai cara telah dilakukan termasuklah memberi nilai tambah kepada sarang walit itu sendiri. Ianya termasuklah menggunakan sarang walit untuk industry kosmetik. Kologen yang terdapat dalam sarang walit digunakan untuk dijadikan bahan kosmetik. Kapsul penyegar badan dan sebagainya.. Ia dipakai sebagai krim kulit, Sarang walit dijadikan ubat penyegar badan dan daya tahan tubuh. Kapsul awet muda dan berbagai lagi hasil sebagai end product.

Sarang walit diekspot ke China, Taiwan, Hongkong, dan Kanada. Tetapi pemakannya tetap merupakan warga Tionghoa . Bangsa Tionghoa tetap percaya bahawa sarang burung walit tetap berkhasiat. Mereka juga percaya keunitkan yang terdapat pada sarang walit. Mereka juga percaya bahawa sarang walit merah lebih berkhasiat dari sarang walit biasa.

Keghairahann seperti itu menyebabkan wujudnya sindikit yang memperdayakan pengguna dengan menghasilkan sarang merah secara tiruan. Saya akan cerita bagaimana kaedah menghasilkan sarang merah secara tiruan ini…

Pengusaha RBW di Marang Terengganu, terperanjat besar bila mendapati sarang burung walitnya ada yang bewarna merah seperti darah.

Sarang burung walit berbentuk melengkung, bewarna putih jernih atau warna kekuningan. Sarang burung walit dari spesies adrodramus maximus bewarna hitam kerana diselaputi oleh bulu dari badan burung walit itu sendiri. Amat jarang ditemui sarang burung walit bewarna merah darah. Sekiranya ia ditemui adalah sesuatu yang unit. Sarang bewarna merah lebih dikenali sebagai sarang darah. Ditemui dalam gua asli dalam habitat semula jadi. Pernah dilapurkan dijumpai di gua hutan Tropika Kalimantan. Pengkaji sendiri gagal merumuskan samada sarang merah ini terjadi akibat proses semula jadi atau sebaliknya. Mungkin terjadinya sarang merah ini hasil tindakbalas kimia yang terdapat pada dinding gua atau jenis makanan yang dimakan oleh burung walit.

Oleh kerana nilai pasaran sarang merah ini jauh lebih mahal daripada sarang biasa. Pakar dalam industri ini telah mencipta formula untuk menghasilkan sarang merah ini melalui tindakbalas kimia khususnya ammonia yang dihasilkan dalam RBW. Percubaan yang dilakukan telah berjaya menghasilkan sarang merah secara artificial dari RBW. Akibat daripada itu difahamkan bahawa nilai pasaran sarang merah ini telah jatuh . Menjadikan nilai pasarannya lebih kurang sama dengan sarang biasa sahaja. Kejatuhan ini berlaku kerana pengguna telah merasi tertipu dengan pembekal sarang walit. Keadaan ini sedikit sebanyak menjejaskan industri walit itu sendiri. Dalam jangka masa panjang

Namun begitu seorang pemilik rumah burung walit yang telah mengusahakan RBW sejak dua tahun yang lalu terperanjat besar apabila menemui sarang burung walit yang bewarna merah didalam kelompok sarang biasa. Bilangan yang ditemui itu dalam jumlah yang agak banyak juga. Bagi saya ini adalah suatu keajaiban. Saya yakin sarang merah ini terjadi sendiri kerana beliau bukan ahli sains atau seorang penkaji. Beliau orang kampong biasa. Pembinaan RBW beliau pun mengunakan khidmat konsultan.

Sebagai rekod RBW tersebut adalah berhadapan dengan Pulau Kapas, Marang Terengganu. Di Pulau Kapas sendiri terdapat beberapa buah gua kecil yang didiami oleh burung walit dari spesies adrodramus fuciphagus dan adrodramus maximus. Burng walit yang mendiami RBW dipersisiran pantai Marang, Terengganu adalah koloni burung walit yang terdapat di Pulau Kapas.

Walau bagaimana pun pemungut sarang walit secara haram dari gua-gua di Pulau Kapas tidak pernah menemui sarang walit yang bewarna merah dari Pulau Kapas. Penemuan sarang walit merah oleh pengusaha diatas adalah suatu keajaiban.

Saya akan membuat penyelidikan lanjut untuk mempastikan kebenarannya. Semoga penemuan yang begini akan menghasilkan impak yang positif terhadap industri walit itu sendiri..

Peribahasa tepuk dada tanya selera tidak sesuai digunakan oleh orang Islam.


Seorang sahabat lama daripada Marang, Terengganu dating bertemu . Beliau adalah bekas Pengetua Sekolah Agama Terengganu. Ustaz Ibrahim Abdullah Al Maranggi. Selepas bersara beberapa tahun yang lalu beliau menulis buku agama. Kitab yang beliau tulis diterbitkan sendiri dan menjualnya sendiri. Mengisi masa lapang dengan menulis agar ilmu dan pengalamannya dapat diwarisi dimasa akan datang. Ilmu yang baik jika diamalkan oleh pembaca tentunya menjadi sedekah jariah untuknya. Beliau minta tolong saya iklankan dalam blog jahaniwalit.com untuk jualan secara online. Andaikata terdapat penerbit yang bersedia menerbitkan buku beliau juga bersedia untuk berbincang. Saya berjanji dengan beliau unuk memasukan buku tersebut dalam posting akan dating. Saya meneliti kupasan yang beliau tulis agak menarik juga.

Dalam menceritakan minat masing-masing tidak ketinggalan tajuk burung walit menjadi perbualan. Katanya berapa kos yang diperlukan membina rumah walit. Saya beritahu beliau kos membina rumah walit adalah kos untuk membina bangunan. Bergantung kepada saiz bangunan yang hendak dibina.

Seorang sahabat lagi memaklumkan beliau mempunyai beberapa pintu bangunan 3 tingkat di Marang. Ada pihak yang mahu menyewa untuk membina rumah burung walit. Beliau belum bersedia untuk menyewakannya untuk tujuan tersebut. Saya beriatu beliau mengapa perlu sewakan kepada pihak lain. Adalah lebih baik, mengusahakan sendiri dengan industry burung walit yang bernilai tinggi. Jika saudara tidak mempunyai ilmu gunakan kepakaran pihak-pihak yang arif tentangnya. Saya sedia membantu untuk merealisasikan impian tersebut. Tepuk dada Tanya selera. Salah tu orang Islam tidak boleh amal tepuk dada tanya selera. Selera selalunya dikaitkan dengan nafsu. Bila ikut nafsu tiada lagi pertimbangan soal halal haramnya. Syurga atau neraka. Matlamat tentunya menghalalkan cara. Tak boleh tu…. Yang betulnya bagi orang Islam ialah tepuk dada tanyalah iman.

Sebenarnya burung walit merupakan burung yang istimewa. Sejak zaman berzaman menjadi makanan kaum bangsawan. Walit membuat sarang pada waktu malam. Kembalinya ke RBW bukan hanya berehat tetapi bekerja keras membina sarang. Bagaimana burung walit membuat sarang ?. Daripada rakaman CCTV yang dilihat rupanya burung walit membuat sarang bersama pasangannya. . Sarang walit tidak dibuat sendirian tetapi dengan kerjasama kedua-dua pasangan untuk menghasilkan air liur. Pada bahagian kerongkong burung walit terdapat sepasang kelenjar saliva (kelenjar air liur) yang dapat menghasilkan air liur dengan banyak. Proses untuk membina sarang akan berlangsung tanpa berhenti-henti setiap malam sehingga selesai. Sebab itu kondisi dalam RBW perlu sejuk dan lembab agar liur wali tidak kekeringan. Jika terlalu kering akan mengakibatkan burung walit tercekik dan mati. Sebab itu jugalah lokasi air sesuai untuk dibangunkan rumah walit.

Berapa lama proses pembikinan sarang ini dilakukan oleh pasangan walit hingga selesai. Saya akan ceritakan dalam posting yang akan dating.

Remang-remang cahaya lilin, kegelapan yang disukai oleh burung walit.


Pembudidaya harus membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk terlibat dengan industry walit. Jangan hanya mendengar khabar yang indah-indah sahaja, maka terus membuat keputusan untuk membuat pelaburan. Silap melabur jadi macam skim cepat kaya. Seorang sahabat memaklumkan kepada saya beliau telah menyertai pelaburan rumah walit secara syer sebanyak RM100,00. Oleh kerana pulangan yang diperolehi tidak seperti mana yang dijanjikan, beliau berhasrat untuk menarik balik pelaburannya itu. Malangnya syarikat yang mengendalikan pelaburan itu hanya mahu memulangkan wang nya sebanyak 60% sahaja.

Sebab itulah sebelum terlibat dalam industry burung walit pelabur kena kaji dari pelbagai aspek. Tidak susah untuk senang dan tidak susah juga untuk susah. Ilmu harus dicari. Ramai tukang bangunan boleh bina bangunan untuk rumah walit. Tetapi bila bangunan siap burung walit tidak mahu datang macam mana. Jika burung datang tetapi tidak mahu masuk macam mana nak buat. Jika burung masuk kedalam RBW tetapi tidak mahu membuat sarang, apa yang harus dilakukan. Ilmu harus dicari. Kenal pasti terlebih dahulu sifat dan cirri serta tabiat burung walit.

Burung walit menyukai kawasan yang gelap sekadar remang-remang cahaya lilin ( 2 batang lilin yang dipasang pada malam gelap ). Suasana beginilah yang disukai burung walit dalam rumah walit yang dibina.. Ini sesuai dengan habitat asal burung walit yang tinggal di gua yang teduh dan gelap. Tidak seperti mergastua yang lain, walit tidak mempunyai kesukaran untuk menghadapi kegelapan didalam habitatnya. Walit mempunyai keistimewaan untuk mengesan lokasi dalam kegelapan dengan menggunakan echolocation. Deria yang istimwa untuk terbang dalam kegelapan. Burung walit tidak menggunakan pancaindera matanya tetapi menggunakan echolocation, ia itu. Sistem ekolokasi merupakan isyarat yang terbentuk melalui pantulan bunyi atau suara yang akan alat pengukur jarak.

Biasanya, walit pulang setelah senja yang mana ketika itu kawasan gua sudah menjadi gelap gelita. Untuk mengetahui dengan tepat posisi sarang, walit akan mengeluarkan bunyi yang nyaring. Bunyi yang dipantulkan kembali oleh dinding sarang atau gua akan menentukan lokasi sarang burung tersebut. Itulah sebabnya burung walit dapat memasuki gua yang gelap pada waktu malam tanpa mengalami kesukaran.

Pembudidaya harus memahami tabiat ini dalam membuat design rumah burung walit. Masa bila burung walit datang dan masa bila burung walit pergi. Burung walit kembali diakhir senja dan pergi diawal senja. Oleh itu system bunyi yang dapat member tarikan khusus burung walit harus dibunyikan bagi menarik koloni burung walit dating menghampirinya. Bila ia sudah dating harus pula system bunyi yang dapat menariknya untuk masuk. Suara dalaman pula dibuat sebegitu rupa untuk memandunya mencari lokasi terbaik bagi membuat sarang. Teknologi banyak membantu pembudidaya untuk sukses dalam industry walit ini. .

Pembudidaya burung walit seharusnya mengenali sifat-sifat semula jadi burung walit.


Tidak susah untuk menjadi pembudidaya burung walit. Anda hanya perlu mengetahui sifat-sifat semula jadi burung walit. Termasuk juga cirri-ciri habitat semula jadi digua-gua batu kapor atau di kepulauan persisiran pantai.

Pada mulanya arang burung walit dijumpai manusia di gua-gua yang pendalaman yang menjadi habitat semula jadinya. Biasanya, gua tersebut . Gua-gua ini terletak di tebing-tebing yang curam berdekatan dengan laut. Umumnya gua tersebut dikelilingi oleh hutan tebal. Walit lebih suka membina sarangnya di kawasan yang memiliki kawasan perairan (sungai atau danau), padang rumput dan pokok-pokok yang tinggi. Di kawasan seperti ini, terdapat banyak serangga-serangga kecil yang menjadi makanan walit.

Burung walit terdapat banyak diMalaysia, la tidak menyukai kawasan yang tandus dan kering kerana tiada serangga untuk makanannya. Walaupun burung walit terbang tinggi tetapi ia tidak suka membina sarang di kawasan dengan ketinggian lebih daripada 1,500 meter di atas permukaan laut. Lokasi sarang burung walit memerlukan tempat yang lembap. Kelembapan ruang yang diperlukan lebih kurang sebanyak 85-95%. Suhu yang sesuai untuk walit ialah antara 25-29°C.

Walit menginginkan lokasi yang tenang,selamat dan tidak tercemar oleh pencemaran udara. Walit merupakan burung yang hidup secara berkelompok atau berkumpulan. Burung walit tidak akan berpisah daripada kumpulannya walaupun sering berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain. Jumlah anggota dalam setiap kumpulan berbeza-beza bergantung kepada luas kawasan habitatnya. Semakin besar tempat tinggal burung walit maka semakin besar anggota kumpulannya. Dalam satu rumah atau gua dapat didiami oleh beberapa kumpulan. Walit sentiasa berada dalam kumpulannya dalam melakukan segala pekerjaan seperti mencari serangga di hutan atau di kawasan-kawasan ladang.Setiap hari mereka akan keluar mencari makan pada waktu pagi dan balik pada waktu petang.

Mereka juga akan membuat sarang secara berdekatan antara sarang yang lain.Tidak pernah berlakunya perselisihan antara kumpulan-kumpulan ini. Walaupun mereka hidup bersama dan bersesak-sesak tetapi mereka tidak akan mengganggu kehidupan kumpulan-kumpulan walit yang lain.Burung-burung ini akan berehat setelah seharian mencari makan. Biasanya walit akan terbang terus ke hadapan semasa mencari makan tanpa membuat belokan.

Tetapi burung-burung ini akan terbang mengelilingi rumah ketika waktu pulang selepas mencari makanan. Pada musim membuat sarang dan bertelur, walit akan pulang lebih awal dari hari kebiasaannya. Burung walit memilik sifat ” pulang kandang”. Burung walit terikat pada tempat tinggalnya dan akan sentiasa pulang ke tempat itu selagi ia masih menyukai kawasan tersebut.

Sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian tidak berguna lagi. Oleh itu buatlah keputusan yang bijaksana.


.. Assalamualaikum,

Salam sejahtera Pak Jahani. Saya bernama Farida dari Johor Bahru. Suami saya Raja Hashim dan saya sangat tertarik dengan industri walit ini tapi memang tak berpengalaman langsung dalam bidang tersebut. Suami saya ada mengusahakan tanah untuk pertanian dan dalam masa dia berulang-alik mengusahakan kebun yang tak seberapa besar tu dia tersermpak dengan burung layang2. Suami telah ketemu dengan sarang burung tersebut tetapi lebih kepada warna hitam.

Bagaimana nak dipastikan yang species burung walit itu dari species yang sarang nya boleh dimakan?. Suami bercadang hendak membina RBW tetapi secara kecil-kecilan… maklumlah modal pun tak seberapa. Sekarang ni kami masih lagi dalam proses mencari maklumat. Sepertimana yang Pak Jahani ketahui industri ni di pelopori kebanyankannya oleh orang cina. Terkini suami mendapat peluang dari kawan berbangsa cina untuk ceburi bidang ini bersama memandangkan suami mempunya tapak untuk industri tersebut.

Saya bukan hendak bersikap tamak tetapi saya lebih suka jika ia dapat dikembangkan dikalangan melayu kita dan ahli keluarga. Bangsa cina sudah peka dengan industri ini menyebabkan mereka lebih berani dan yakin. Orang melayu ini kurang berani dengan cabaran, mereka lebih suka melabur bila dah nampak hasilnya. Bolehkan RBW ini di mulakan secara kecil-kecilan?.

Saya berbesar hati sekiranya dapat Pak Jahani memberi sedikit pendapat & nasihat.

Sekian Terima Kasih.

Catatan :-

Saya yakin sarang burung bewarna hitam yang suami puan temui itu bukan burung walit tetspi burung layang-layang. Sarang burung layang-layang dibuat daripada sampah atau lumut. Biasa ditemui ditempat terbuka . Sarang walit adalah seperti rupa lilin yang diperbuat daripada suliva (air liornya). Namun begitu kawanan burung yang ditemui itu ada kemungkinan burung walit.

Pada penglihatan biasa burung layang-layang dan burung walit agak sukar untuk dibezakan.Burung layang-layang selalunya ditemui berehat diatas talian letrik atau diatas objek. Burung walit melayang-lauang sepamjang hari dari pagi hingga ke petang. Burung walit hanya berehat didalam dalam gua atau RBW sahaja. Ini adalah perbezaan yang ketara antara keduanya.

Burung walit adalah adalah spesies yang berkaki lembik dan tidak mampu bertenggek diatas sebarang objek. Didalam RBW ianya sentiasa bergayut atau bergantung pada kayu sirip (plank). Mempunyai kuku yang tajam untuk bergantung pada kayu sirip yang dipasang dalam RBW.

Cara paling mudah untuk mengenal burung walit ialah dengan membunyikan suaranya melalui tweeter yang dipasang pada galah yang berketinggian 15 kaki. Bila suara dibunyikan melaui MP3 atau CD player. Burung walit akan datang mengelilingi tweeter tersebut. Burung laying-layang tidak akan dating.

Berbagai kaedah untuk melabur dalam industri ini. Buatlah mengikut kemampuan kita. Boleh juga untuk joint venture dengan orang lain. Perjanjian perkongsian mestilah kemas dan menguntungkan kedua-dua pihak. Wing-wing situation katakan. Projek burung walit ini adalah suatau bentuk pelaburan yang unit melabur hanya sekali. Manakala untung nya hingga ke anak cucu. Sesal dahulu pendapatan. Ssesal kemudian dah tidak berguna lagi. Oleh itu fikir-fikirkanlah untuk joint venture dengan siapa-siapa.

Lubang dinding atau lubang terjun yang paling disukai oleh walit untuk masuk kedalam RBW.


E-mail daripada :- Mi3 RaHiMi mscm.rahimi@gmail.com

assalamualaikum w.b.t

Terlebih dahulu saya nak ucapkan thank you atas usaha tuan mnyampaikan ilmu tentang industri walit ini… Agak lama juga saya ikuti blog tuan dan banyak juga info yang saya dapat begitu juga info dan ilmu yang saya dapat dari pengusaha lain.

Namun masih terdapat persoalan yang timbul dibenak fikiran saya ini.Jadi saya harap sudi kiranya tuan berkongsi ilmu dan pendapat bagi merungkai persoalan yang masih berlegar difikiran saya.

1) Dalam membina rbw..apakah bahan binaan yg sesuai dan jimat kosnya…??

2)Dalam membina rbw juga…banyak faktor yg perlu dberi perhatian bagi memastikan rbw itu berjaya dan walit buat sarang di dalamnya seperti suhu, kelembapan yg bertepatan, pengcahayaan, bunyi (adakah ia faktor utama???), design rbw itu sendiri dan apa yang menjadi tanda tanya ialah, apakah ketinggian minima yang paling berkesan bagi setiap floor?? adakah rbw 1 tingkat sesuai untuk dibina dan diduduki walit dan bersarang??

3) Adakah lubang masuk juga menjadi 1 faktor penting dalam menjayakan rbw ??apakah design yang sesuai…terjun atau dinding?? Berapa besar saiz yang dperlukan??

4) Berkenaan lubang masuk ….ada yang mengatakan perlu bertentang dengan terbitnya atau terbenam matahari…ada yang cakap perlu mengadap matahari terbit…so mana yang paling effisyen??

5) Adakah faktor arah terbang walit bperanan dalam menentukan lubang masuk ??

6) Speaker/tweeter dalam rbw…ada yang mengatakan lebih kurang 40 biji dalam keluasan 20×70..dan ada yang meletakkan hanya kurang 20 kebawah…so mana satu yang paling baik??

Terima kasih banyak kerana tuan sudi meluangkan masa bagi berkongsi pendapat dan merungkai persoalan yang kurang bijak dari saya. Thank You.

Catatan :

Ada ke sape-sape yang sudi menjawab persoalan yang dikemukankan oleh En Rahimi diatas. Tuan-tuan yang sudi boleh saja email kepada saya atau terus kepada En. Rahimi sendiri. Terima kasih.

Mungkin ramai juga penjenguk blog yang mempunyai persoalan yang sama. Secara umumnya tiada design yang spesifik untuk menentukan yang mana terbaik. Banyak factor penentu kejayaan. Namun begitu cirri khusus harus dipatuhi oleh setiap pengusaha. Ketinggian mana yang paling sesuai kena lihat banyak factor juga. Apa yang saya temui ketinggian lantai 6 kaki walit juga bersarang dan ketinggian 15 kaki juga walit bersarang. Namun begitu kena fikir juga ketinggian yang paling sesuai dan selesa semasa kerja-kerja memungut sarang nanti. Tentang penentuan lubang masauk sebaiknya mengikut dari mana burung dating dan pulang tidak semestinya ikut arah matehari. Lubang dinding atau lubang terjun bergantung kepada kebiasaan walit yang ada disesuatu kawasan. Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Setakat itu dahulu ulasan saya. Yang lainnya saya akan bincang kemudian. Terima kasih.

Bantuan kerajaan untuk membangunkan industri walit perlu mencapai sasarannya.


.Industri burung walit adalah industri yang paling menguntungkan. Operasinya paling mudah dan ringkas. Diantara Negara yang terdapat industri burung walit ialah Indonesia, Malaysia, Kemboja, Thailand Selatan, Burma, Vietnam dan Filipina ia itu jajaran kepulauan Andaman hingga ke Filifina. Kesemua negara ini adalah negara-negara Asia Tenggara.


Pada awalnya idea untuk menyediakan tempat untuk burung walit membuat sarang adalah idea gila. Ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak tahu tentang rahsia industri burung walit ini. Kesepaduan dan sokongan kerajaan telah membuka sedikit mata untuk penglibatan rakyat 1Malaysia dalam industri ini. .

Difahamkan bahawa kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM5 juta dana untuk tujuan tersebut. Tetapi malangnya peruntukan tersebut akan diagihkan dalam bentuk bantuan teknikal kepada pengusaha yang terpilih atau golongan berpendapatan rendah. Keadaan ini seolah-olah menurunkan taraf industri setaraf dengan bantuan projek kepada PPRT yang bernilai RM10,000 kebawah. Nampaknya tak kemana juga, Anggapan bahawa buatlah bangunan macam mana pun burung walit tetap bersarang juga. Macam buat rumah untuk PPRT itu. Jangan nanti kegagalan akibat daripada salah anggap ini akan memberi kesan yang negatif kepada mereka-mereka yang ingin terlibat .

Bayangkan kos untuk menghadiri seminar potensi industri walit mencapai kos lebih daripada RM500 tak kanlah projek rumah walit boleh dibuat dengan kos hanya RM10,000 sahaja. Nampaknya kesungguhan kerajaan untuk membantu industri tak ke mana juga. Bak kata orang ala kadar sahaja. Macam ternakan lain seperti ayam itik sahaja. .

Bagi yang bermasalah dalam menguruskan rumah walit mengharapkan bantuan kerajaan untuk memulihkan rumah walit nampaknya hanya tinggal harapan sahaja. Diantara masalah yang dihadapi oleh pemilik rumah walit yang sedia ada ialah kesalahan memilih lokasi. Rekabentuk rumah walit yang tidak kondusif. Kesilapan dalam menentukan lubang masuk burung. Kesilapan memilih suara yang baik untuk memancing burung walit masuk dan sebagainya. .

Kesungguhan kerajaan untuk mengembangkan industri walit sepatutnya tidak disalah tafsir sebagai hangat -hangat tahi ayam. Jangan nanti ia dianggap sebagai jumud dan kaku dalam perkembangan industri ini. Menteliti pelaksana bantuan (pegawai kerajaan) sekadar melepas batuk ditangga dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab perkhidmatan sahaja. Jika peraturan dalam industri walit dikuatkuasakan yang tidak membantu pasti akan menjejaskan industri walit ini. .

Peraturan seperti syarat tanah yang rigit tidak akan membantu. Sekiranya batuan yang akan diberi nanti mensyaratkan pemberian lesen atau permit perlu diperolehi terlebih dahulu pasti akan mewujudkan karenah birokrasi dalam urusan bantuan kerajaan. Begitu juga jika syarat lokasi tapak mesti mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan terlebih dahulu, pasti akan menyulitkan pengusaha baru kerana peraturan PBT agak ketat dalam soal pembinaan bangunan.

.

Konsep pembangunan tanah untuk industri burung walit.

Mengubah syarat tanah daripada tanah pertanian kepada tanah untuk industry burung walit akan meningkatkan nilai pasaran tanah. Dalam kontek pentadbiran tanah ia adalah pembangunan tanah.

Pembangunan tanah adalah mengubah syarat tanah daripada satu kategori kepada kategori yang lain seperti daripada tanah dalam kategori pertanian kepada kategori bangunan dan sebagainya. Atau pun mengenakan syarat-syarat tertentu keatas tanah tersebut. Umpamanya tanah kategori pertanian dengan syarat tanah untuk tanaman getah diubah syarat kepada tanaman kelapa sawit. Kategori tanah tidak diubah tetapi syarat tanah diubah.

Mengapa pengubahan syarat ini diperlukan ?. Tanah yang kategori atau syarat yang berbeza kadar cukai tanah juga berbeza. Kadar cucai tanah untuk tanaman getah berbeza dengan kadar cukai untuk tanaman kelapa sawit. Begitu juga kadar cukai tanah pertanian berbeza dengan kadar cukai tanah kategori bangunan atau perusahaan. Keperluan ini terdapat Kanun Tanah Negara dan Enakmen Tanah Negeri.Contohnya dalam Terengganu Land Rules. Kadar-kadar cukai tanahnya telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri (EXCO).

Kuasa untuk meluluskan permohonan tukar syarat ini mengikut keadaan yang terdapat dalam peraturan-peraturan tersebut. Diantaranya kuasa Pihak Berkuasa Negeri ia itu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) atau EXCO.. Pengarah Tanah dan Galian Negeri atau Pentadbir Tanah Daerah.

Pembangunan tanah juga akan melibatkan proses pecah bahagian atau pecah sempadan. Orang awam lebih mengenalinya sebagai pecah lot. Prosesnya lebih rumait kerana pemohon perlu mengemukakan permohonan melalui juru ukur swasta. Pejabat tanah akan memprosesnya untuk diangkat kelulusan nya oleh MMKN. Proses ini biasanya memakan masa 6 bulan atau setahun dan kadang-kadang lebih lama lagi. Bergantung kepada pemtadbiran tanah di negeri masing-masing.

Apa kaitannya dengan burung walit ?. Industri burung walit adalah industry yang bernilai tinggi. Walaupun dipanggil sebagai perusahaan atau industry, tetapi ia tidak melibatkan pemposesan. Memproses bahan mentah menjadi produk baru. Dengan lain perkataan memproses sarang burung walit menjadi endproduct. Ia hanya melibatkan pembinaan bangunan konkrit untuk burung membuat sarang. Sarang ini adalah bahan mentah untuk industri . Tetapi dalam industry sarang burung ini hanya melibatkan pengeluaran bahan pentah (sarang burung yang belum diproses). Sarang burung ini dipungut dan dijual terus. Jadi ia bukan perusahaan dalam erti kata sebenar.

Jika cadangan kerajaan untuk mengenakan syarat tanah sebagai “perusahaan burung walit’ seperti satu kes yang pernah dilluluskan oleh MMKN di Terengganu adalah tidak sesuai. Burung walit bukanlah ternakan seperti anggapan sestengah pihak. Jika menternak kita kena bermula dari induk (anak) dibiakan atau dibesarkan, diberi makan atau dipelihara untuk mendapatkan hasilnya. Itulah konsep ternakan. Dalam kaedah burung walit ini saya berpendapat istilah yang digunakan di Indonesia lebih sesuai ia itu MEMBUDIDAYA.

Jadi apakah syarat tanah yang sesuai perlu mengambil kira perkembangan dan kemajuan industry burung walit itu sendiri. Saya akan bincang dalam posting akan datang.
..

Kerajaan dicadangkan untuk meminda Kanun Tanah Negara (KTN) untuk membudidaya burung walit.


Beberapa persoalan yang timbul apabila kerajaan hendak mengadakan undang-undang dan peraturan mengenai kaedah membudidaya burung walit. Peraturan yang perlu difikirkan ialah mengenai tanah yang akan dijadikan tapak untuk rumah burung walit.

Di Malaysia tanah terdiri daripada beberapa kategori seperti:-

(i) Tanah Pertanian
(ii) Tanah Bangunan
(iii) Tanah Industri
(iv) Tanah Tiada Kategori Tetapi Ada Kegunaan

Jadi jika tanah tersebut hendak dijadikan tapak untuk projek burung walit apakah jenis kategori yang paling sesuai. Apakah ianya kategori pertanian. Projek burung walit digalakan dikawasan pertanian jadi ia sesuai dengan kategori pertanian. Tanah pertanian yang melebihi keluasan 1 ekar layak untuk mendirikan sebuah bangunan untuk kegunaan tuan tanah untuk tempat tinggal atau untuk tujuan pertanian yang lain. Dengan itu bagi tujuan untuk mendirikan bangunan bertujuan membudidayakan burung walit adalah sesuai dengan kategori pertanian.

Apa pula imlikasinya jika dikalkan dengan kategori pertanian. Tanah pertanian nilai pasaran rendah berbanding dengan kategori bangunan atau industri. Tanah dalam ketegori ini hanya dibenarkan mendirikan sebuah bangunan sahaja. Jadi jika dibuah sebuah rumah tempat tinggal dan sebuah bagunan untuk membudidaya burung walit itu bermakna telah melanggari syarat tanah. Ini telah melanggari undang-undang dalam Kanun Tanah Negara (KTN). Pejabat tanah berhak untuk mengambil tindakan undang-undang keatas kesalahan tersebut.

Kerajaan perlu mewujudkan peraturan baru dengan meminda Kanun Tanah Negara dengan mengekalkan tanah kategori pertanian dengan menambahkan syarat penggunaan tanah dengan syarat baru ia itu untuk kegunaan rumah burung walit. Pemilik tanah yang berhasrat untuk mendirikan rumah burung walit diatas tanah mereka perlu mengubah syarat tanah pertanian mereka terlebih dahulu. Biasanya pada tanah pertanian diletakan syarat penggunaannya sperti getah, kelapa sawit dan sebagainya. Pada masa sekarang tiada lagi tanah-tanah dikenakan syarat rumah burung walit. Namun begitu terletak kepada pihak berkuasa negeri masing-masing untuk menentukannya penggunaannya.

Sekiranya pemilik tanah hendak mengubah tanah mereka kepada bangunan atau perusahaan timbul pula persoalan lain. Kadar bayaran premium untuk mengubah kategori pertanian kepada bangunan atau perusahaan agak tinggi. Keadaan ini akan membebankan tuan tanah atau pembudidaya walit yang baru. Sekali gus membantutkan industry burung walit itu sendiri. Perkara ini terjadi kerana jika syarat ini dilaksanakn oleh kerajaan. Institusi pertanaian akan mengenakan syarat supaya diubah syarat tanah terlebih dahulu sebelum pembiayaan diluluskan. Ini adalah satu dilemma kepada industry burung walit sendiri.

Oleh itu adalah dicadangkan kepada pihak kerajaan supaya mengekalkan tanah-tanah untuk rumah burung walit dengan kategori pertanian . Syarat penggunaannya ialah untuk tujuan rumah burung walit sahaja. Tidak perlu ditukar kepada syarat bangunan atau industry…