Foto

SEKITAR LAWATAN CONSULTANCY MZN KUALA TERENGGANU KE DUMAI, INDONESIA PADA 8-10 NOVEMBER 2008.

Penulis blog jahaniwalit.com mengikuti lawatan En. Mohd Zabri memberi khidmat consultancy kepada Haji Mansor seorang usahawan dan pemilik 2,500 ekar ladang kelapa sawit di Dumai. Haji Mansor kini terlibat dalam membudidaya walit, Kini memiliki 20 buah (pintu) rumah burung walit yang telah beroperasi dan beberapa buah lagi dalam proses pembinaan.

Kami dibawa oleh Hj Mansor meninjau pembangunan RBW dari Dumai ke Duri dimana terdapat seorang lagi usahawan melayu yang memiliki 100 buah RBW di kota Duri. Tinjauan saya di Dumai dan Duri cukup mengkagumkan, keduanya adalah kota walit. Sepanjang jalan di kota tersebut kiri dan kanan adalah rumah walit, ruangan untuk perniagaan adalah pada tingkat bawah sahaja. Rekabentuk RBW sangat cantik . Terdapat RBW yang lebih cantik dari hotel di Malaysia. Bahagian depat tidak lagi dicat tetapi dipasang dengan seramik. Terdapat pemilik memasang seramik luar dan dalam bangunan. Memiliki RBW adalah lambang status orang kaya disini.

Selama 3 hari disini kami adalah tetamu istimewa Haji Mansor dan anaknya Herman. Terima kasih diucapkan kepada keluarga Haji Mansor. Kekaguman dan kehebatan RBW disini saya tidak dapat catatkan dengan perkataan. Semuga gambar foto yang dipaparkan disini menceritakan segalanya.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: