Ramai dikalangan usahawan yang memerlukan kepastian agar tidak tertipu lagi seperti projek menanam pokok teja yang tiada berguna


Perladangan hutan untuk pokok karas memerlukan masa yang panjang untuk menghasilkan gaharu yang bernilai dengan kaedah semula jadi. Ianya mengambil masa 20 – 30 tahun. Menunggu pokok sakit untuk menghasikan resin gaharu. Persoalannya ialah adakan ia benar-benar boleh dijadikan perusahaan yang bernilai tinggi sepertimana yang digembar-gemburkan atau hanya gimik atau kospirasi penjual anak benih pokok karas sahaja ? .

Ramai dikalangan usahawan yang memerlukan kepastian agar tidak tertipu lagi seperti projek menanam pokok teja yang tiada berguna, walaupun dulu ia didakwa projek cadangan ‘jabatan pertanian atau jabatan perhutanan. Begitu juga dengan tanaman pokok sentang dan jati emas. Ramai juga usahawan yang rasa tertipu dan telah menjadi phobia mengenai perkara ini. Tidak mahu pisang berbuah dua kali. Kan bagus kalau tanam pisang berbuah dua kali….

Banyak lagi persoalan yang berkaitan dengan perusahaan gaharu ini. Kebanyakan orang beranggapan penanaman pokok karas ini memerlukan masa yang panjang dan untuk mendapatkan gaharunyanya memerlukan kos yang tinggi dan rumit. Manakala keuntungannya lambat diperolehi dan kadangkala akan merugikan pengusaha.. .

Pokok Karas ialah salah satu daripada lapan spesies dalam genus Aquilaria yang berasal dari Asia Tenggara, khususnya di hutan hujan Tropika . Banyak terdapat di Indonesia, Malaysia, Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, dan India utara. Tergolong dalam famili Thymelaeaceae, nama botaninya Aquilaria malaccensis Lamk. .

Pokok Karas tumbuh sehingga 6-20 meter tinggi. Daunnya yang berselang-seli mempunyai garisan tepi yang penuh dan hujung yang pendek dan tirus. Saiznya 5 – 11 sentimeter panjang, dan 2 – 4 sentimeter lebar. Bunga Pokok Karas berwarna hijau-kuning, dan dihasilkan dalam umbel; buahnya ialah sebiji kapsul berkayu sepanjang 2.5 – 3 sentimeter. .

Pokok Karas paling terkenal untuk kayunya yang diisi tepu dengan damar. Kayu Pokok Aras merupakan salah satu daripada kayu yang termahal di dunia, Pasarannya merentasi sempadan agama, sempadan bangsa serta budaya, sempadan Negara. Malah ia digunakan oleh manusia yang hidup atau semasa berlakunya kematian. Ini adalah disebabkan oleh kewangiannya, dan digunakan secara meluas untuk bauan dan minyak wangi. .

Kekurangan Pokok Karas yang liar disebabkan oleh penebangan yang tidak terkawal telah menyebabkan pokok ini disenaraikan sebagai salah satu spesies terancam. Kini, projek-projek telah dilaksanakan di sebilangan negara Asia Tenggara untuk menanam Pokok Karas supaya dapat menghasilkan kayu dengan cara yang dapat dikekalkan.

Posted on 24 March, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: