Swiflet

PENGENALAN

Penuaian sarang burung walit dari gua secara komersial telah bermula lebih daripada 100 tahun yang lalu. Di Gua niah, Sarawak perusahaan ini bermula pada tahun 1878 dan diikuti oleh penuaian di Gua Mulu. Di Sabah Gua Gemungtung.

                                           Memungut walit di Gua Niah Serawak

Di Semenanjug Malaysia penuaian secara komersial dijalankan di lapan buah gua di Pulau Redang, Terengganu.

 

Terdapat 13 specis walit di Malaysia. Hanya dua spesis sahaja yang menghasilkan sarang burung yang boleh dimakan ia itu Aerodramus Fuciphagas (Edible Nest Swiftlet) dan Aerodramus Maximus (Black Nest Swiftlet) dari family Apodidae. Burung ini berada dalam order Apodiformus bermaksud berkaki lembik ia itu tidak berupaya berpijak di tanah. Burung ini mempunyai kuku yang mampu mencengkam dengan kuat.. Sais burung ini antara 7.5 cm hingga 23 cm. Burung walit hidup berkawan dalam kelompok besar  serta  mampu terbang dalam gelap menggunakan ekolokasi.

 

Aeradramus Fuciphagas (Edible Nest Swiftlet) mempunyai bulu hitam berkilat. Dibahagian atasnya bewarna hitam coklat sementara di punggungnya bewarna keputihan.. bersayap pendek 110 hingga 125 cm tapi mempunyai daya kepakan yang tinggi dan dapat meluncur di udara. Habitat asalnya di kepulauan di tengah lautan dan mencari makanan di daratan iaitu di atas kawasan paya bakau dan kawasan hutan

Sarang hitam (sarang bulu) Maximus dan sarang putih Aerodramus

 

Aerodramus Maximus (Black Nest Swiftlet) sukar dibezakan dengan Aerodramus Fuciphagas (Edible Nest Swiftlet) tetapi saiznya lebih besar.dengan bewarna kelabu kehitaman. Sayapnya berukuran antara 122 hingga 126 cm. Sarangnya bewarna hitam dan mengandungi banyak bulu. Habitat asalnya di pulau persisiran pantai dan mencari makanan di daratan iaitu di katas kawasan paya bakau dan hutan.

 

Selain daripada 2 spesis di atatas, collacalia esculante (sariti)  dan collacalia vanikarensis (seriti lumut) dapat mengeluarkan sarang yang boleh dimakan, namun seriti jarang dijumpai di Malaysia. Burung ini dikenali oleh penduduk tempatan sebagai walit bisu kerana mempunyai suara yang perlahan.

 

Makanan asas burung ini ialah serangga yang ditangkap semasa berterbangan di udara. Burung ini bersifat aerial dan meluncur dengan pantas.

 

 

MAKLUMAT AM

 

Keunikan Burung walit ialah selain daripada membiak di habitat asalnya dalam gua, dapat membiak dengan baik dalam premis yang telah diubahsuai menyamai suasana dalam gua serta rumah walit yang didirikan secara khusus dan memberi pulangan jutaan ringgit sekiranya dikendalikan dengan betul.

 

 

Penternakan walit merupakan satu perniagaan bernilai jutaan ringgit. Perjalananannya cukup mengkagumkan kerana pelaburan modal hanyalah sekali bagi membina rumah burung dan peralatan. Selepas itu hampir tidak memerlukan modal kerja dan modal pusingan. Dalam jangka masa 2 hingga 5 tahun pulangan modal yang dilaburkan akan didapati sepenuhnya. Selepas itu setiap bulan pemilik mengaut keuntungan dengan penjagaan yang minima. Disamping itu perniagaan ini boleh diwarisi hingga ke anak cucu.

 

Walaupun mempunyai nilai komersial yang besar tetapi ianya dijalankan secara rahsia oleh segelintir pengusaha yang mempunyai pengtahuan dalam bidang ini, terutamanya kerana industri ini dijalankan secara melanggar syarat tanah dan bangunan sebagaimana yang telah ditetapkan dalam syarat tanah. 

 

Dianggarkan terdapat lebih 50,000 buah rumah burung walit di Semenanjug Malaysia masa kini. Hampir kesemua bandar pesisiran pantai di Semenanjung Malaysia dibina rumah burung yang majoritinya terdiri daripada bangunan lama premis perniagaan yang diubahsuai. Bilangan rumah burung telah meningkat secara mendadak dengan anggaran jumlah 158 buah sahaja sebelum tahun 1999.

 

Semua keluaran walit mempunyai nilai komersial yang tinggi bermula dari sarang, air cucian memproses sarang hinggalah ke najisnya. Air cucian sarang walit diproses menjadi perfume yang digunakan bagi merangsang burung walit masuk dan bersarang dalam rumah walet yang baru dibina.

 

Burung layang –layang boleh diternak dalam bangunan yang tidak digunakan atau dalam bangunan yang didirikan khusus sebagai rumah burung. Bagi bangunan seluas 2,400 kaki persegi (20′ X 40′) 3 tingkat , penghasilan maksima ialah 120 kilogram sarang burung layang-layang setahun. Dengah harga pasaran RM4,000 hingga RM5,000 sekilogram dapat menghasilkan pendapatan RM 600,000 setahun. Utusan Sarawak edisi internet 30 Mac 2004 melaporkan bahawa di Negara China harga satu kologram sarang burung layang-layang putih besar boleh mencecah RM 26,000 ia itu sama dengan dua pertiga harga emas.

 

Sarang burung dihasilkan dari air liur (saliva) burung layang-layang. Ia merupakan makanan kesihatan yang di percayai dapat mengubati penyakit paru-paru, panas badan, menambah tenaga, melancarkan perjalanan darah dan lain-lain lagi. Sarang ini mempunyai nilai pasaran yang tinggi sehingga menyamai harga emas di China kerana ia merupakan amalan pemakanan masyarakat berkenaan di seluruh dunia. Kini masyarakat Eropah dan Arab mula meminati yang menyebabkan permintaan terus bertambah. Penawaran semasa sarang burung hanya mampu memenuhi 40 hingga 60 peratus sahaja dari jumlah permintaan.

 

Menyedari potensi industri ini bengkel dan seminar sering di adakan bagi mempromosikan potensi industri ini.

 

LOKASI SESUAI

 

Kawasan tanah rendah yang ketinggiannya tidak melebihi 1,000 meter dari aras laut. Lokasi ini hendaklah berhampiran samada dengan sawah, padang rumput, hutan, pantai atau sungai.

 

Tiga jenis lokasi dikelaskan bagi burung walit. Lokasi pusat merupakan pusat burung walid dihabitat asalnya di kepulauan dalam lautan atau habitat barunya di pusat bandar dan pesisiran pantai.Lokasi punca makanan pula merupakan tempat tumpuan burung walit mencari makan ia itu ditanah lapang atas kawasan paya bakau dan sebagainya. Manakala lokasi laluan merupakan tempat laluan antara kedua lokasi di atas.

 

null

 

PENGUBAHSUAIAN PREMIS PERNIGAAN DAN KEDIAMAN

 

Bermula sedekat yang lalu apabila burung walit berhijrah dari gua ke bandar menjadikan bangunan lama yang mempunyai suasana hampir sama dengan keadaan dalam gua sebagai habitat barunya Akibat mempunyai nilai pasaran yang tinggi banyak premis dalam kawasan bandar telah diubahsuai untuk perladangan walit.

 

Pengubahsuaian premis asasnya ialah menjadikan suasana dalamannya sama dengan gua. terutamanya gelap dan lembab. Antara ubahsuai utama dilakukan ia lah :-

 

Penutupan pintu dan tingkap

Pembinaan lubang pengudaraan

Penyediaan pintu masuk

Penyusunan bluti di siling sebagai tempat pembiakan

Sistem irigasi dalam dan luar bangunan bagi mengawal suhu

Memasang sistem audio

 Suasana persekitaran yang diperlukan dalam rumah burung ialah suhu yang setabil antara 25 hingga 28 darjah celsius, kelembapan antara 80 hingga 90 peratus dan kegelapan remang-remang. Bumbung bangunan hendaklah dibuat daripada bahan-bahan yang dapat menahan kepanasan matahari. Pembinaan persekitaran yang sesuai telah menyebabkan burung walit sesuai dengan habitat barunya dan memberi pulangan yang tinggi kepada pemiliknya.

 

PEMBINAAN RUMAH WALIT

 

Mengikut  buku Amalan Baik Untuk Perladangan Burung Walit Aerodramus dan Perumahannya” terbitan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, premis hendaklah dibina di atas tanah pertanian atau perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan kediaman. Disamping itu kelulusan daripada Pihakberkuasa Tempatan perlu diperolihi.

 

Reka bentuk bangunan perlulah berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung bagi menjamin burung walit akan menetap dan terus menetap. Rumah walit perlu disediakan roving room kerana semasa memasuki bangunan burung walit akam berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya. Resting room perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristerehat dan membina sarang. Lubang keluar masuk burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam bangunan. Antara ciri-ciri lain rumah walit yang perlu diambil kira dalam pembinaannya ialah ;-

 

Mengadakan tahap mikroklimat yang sesuai

Sistem ventilasi bagi mengawal suhu

Bahagian dalam terlindung dari cahaya matahari

Ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi

Penyediaan beluti untuk burung bersarang

Kalis tikus, ular, biawak dan pemangsa.

Pemasangan sistem audio

Notis amaran di lokasi sesuai.

 

Keluasan minima 20 X 30 kaki. Lebih ekonomik jika dibina bertingkat. Ketinggian dari lantai ke bumbung antara 6 hingga 15 kaki. Bahagian dalam bangunan diplaster dengan campuran pasir, kapur dan simen. Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen sahaja.

 

Tempat burung layang-layang berehat dan membuat sarang dibuat petak-petak daripada papan yang kuat serta dilekatkan di bahagian siling bangunan.

 

Sistem paip jaringan (sprinkle)  diletakan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan. Bila cuaca panas  paip dipasang bagi menjamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan tinggi.

 

Pintu keluar masuk burung berukuran 20 X 20 cm dibina dibahagian atas bangunan.

 

PEMASANGAN SISTEM AUDIO

 

Sistem audio dipasang bagi dimainkan suara burung pada waktu tertentu bertujuan bagi memanggil burung masuk kedalam bangunan , membuat sarang dan seterusnya meningkatkan pengeluaran. CD dengan suara burung yang berlainan digunakan untuk memanggil burung  , membuat sarang dan  meningkatkan pengeluaran.

 

Pada pintu masuk dipasang minima 2 buah tweeter dan dimainkan pada awal pagi dan petang bertujuan memandu burung masuk kedalam bangunan. Bagi bangunan berukuran 20 X 40 kaki, minima 10 buah tweeter dipasang pada bahagian siling bangunan secara tersebar bertujuan untuk mengundang burung  bersarang dalam bangunan.

 

Jika audio sistem dipasang secara yang betul mengikut nasihat perunding, kemungkinan burung akan masuk kedalam rumah walit dalam jangka masa dua hingga tiga bulan adalah tinggi. Audio sistem sebenarnya berfungsi untuk menarik perhatian walit menuju kearah sumber suara.

 

MUSUH DAN PENYAKIT

 

Mengawal bangunan daripada tikus, semut, cicak , biawak, burung hantu dan helang yang samada akan merosakan atau menakutkan burung untuk terus tinggal dalam bangunan.

 

MEMUNGUT HASIL

 

Cara rampasan iaitu sarang yang telah siap dibina tetapi belum sempat burung layang-layang bertelur diambil. Cara ini akan menyebabkan kepupusan burung walit kerana tidak dapat membiak.

 

Cara buang telur iaitu setelah burung layang-layang bertelur, sarangnya diambil sementara telurnya dipindah kesarang seriti atau incubator untuk penetasan. Kadar penetasan yang rendah dan kadar kehidupan yang rendah juga tidak menjamin perkembangan jumlah burung walit. Cara ini diamal di Indonesia kerana jumlah seriti banyak disana tetapi jarang kedapatan di Malaysia.

 

Cara penetasan iaitu sarang diambil setelah telurnya menetas dan anak burung layang-layang terbang.Ini merupakan cara yang terbaik menjamin populasi burung walit terus meningkat dan industri ini akan terus berkembang.

 

PELABURAN MODAL

 

Harta Tetap

 

Bangunan (20 X 40 kaki) dan kelengkapan  = RM 160,000

 

Modal Pusingan Setahun

 

Kos tenaga buroh                                            = RM 6,000

Eletrik dan air                                                   = RM 1,000                                                 

 

Anggaran Hasil Sarang burung (minima)

 

Akhir tahun 1, 0.5 kg  X RM 5,000                                 = RM 2,500

Akhir tahun 2,     7 kg X RM 5,000                                 = RM 35,000

Akhir tahun 3,   14 kg X RM 5,000                                 = RM 70,000

Akhir tahun 4,   20 kg X RM 5,000                                 = RM 100,000

Akhir tahun 5,   20 kg X RM 5,000                                 = RM 100,000

                                                                       Jumlah         = RM305,000 

Dalam masa 3 tahun modal yang dilabur dapat dipungut kembali sepenuhnya.

 

KUNCI KEJAYAAN 

Menghadiri kursus dan seminai untuk mendapat ilmu

Memahami teknik membudidaya walit. Strategi jitu memikat walit

Fahami saluran pemasaran

Sabar dan tawakkal menunggu dalam teknik yang betul

Khidmat nasihat atau perunding jika perlu

 

 

Leave a comment