Monthly Archives: June 2011

Memperkasakan bumiputera dalam industri burung walit.

Sarang Burung walit adalah merupakan produk dari serabut-serabut ‘transparent’ (brittle) air liur Burung walit (Collocalia sp.). Permintaan produk  ini adalah amat besar di dalam dan luar negeri. Keadaan ini diaktifkan lagi dengan penawaran harga yang menarik dan tinggi, bergantung kepada saiz, warna, kebersihan, struktur dan kualiti sarang tersebut. Industri penternakan walit ini telah dimonopoli oleh masyarakat berketurunan Cina iaitu 95% dan hanya segelintir Bumiputera yang terlibat dalam Industri ini iaitu 5%.

Industri sarang burung walit merupakan satu industri yang amat menguntungkan pada masa ini. Berjuta-juta Ringgit Malaysia telah dilaburkan oleh peniaga-peniaga Cina dalam Industri Rumah Sarang Burung walit  seperti di Batu Pahat Johor, Port Dickson Negeri Sembilan, Barat Laut Selangor Selangor, Sitiawan, Pantai Remis Perak, dan kawasan Utara Semenanjung Malaysia. Mereka telah berjaya memperolehi pulangan RM 200,000.00 – RM 800,000.00 setiap tahun bagi sebuah Rumah Sarang Burung walit . Pelaburan ini juga telah memberi pulangan jutaan ringgit bagi setiap Rumah Sarang Burung Walit

Oleh itu suatu langkah perlu dilakukan untuk mewujudkan ‘Usahawan Bumiputera dalam Industri Rumah Sarang Burung Walit ’ ini. Bumiputera harus merebut peluang dalam industri ini, tambahan pula hanya 40% keperluan dunia dapat dipenuhi manakala selebihnya 60% masih belum dipenuhi. Sejak turun-temurun lagi sarang burung layang-layang menjadi makan berkhasiat tinggi bagi kaum cina untuk meningkatkan tahap kesihatan, mencantikkan kulit serta awet muda. Biasanya Sarang Burung walit di eksport ke China, Taiwan dan Jepun disamping untuk permintaan tempatan.  Tetapi permintaan dunia sekarang ini meningkat lagi dengan penemuan terbaru  saintis Eropah dan Barat yang mana menggunakan Sarang Burung Walit sebagai campuran dalam barangan kosmetik yang berkualiti, harga yang mahal dan produk bertaraf antarabangsa.

Pembangunan lapangan terbang baru Medan memberi kesan kepada populasi burung walit di Lubuk Pakam.

Lubuk Pakam dan masyarakat Cina tidak boleh dipisahkan ia sama sepertimana Kampong China di Kuala Terengganu. Rumah kedai robek telah meningkat harga begitu mendadak sehingga mencecah harga RM350,000. Semuanya angkara burung walit. Taukeh Cina yang kaya raya berlumba-lumba membangunkan rumah walit di Lubuk Pakam.

Namun begitu difahamkan bahawa populasi burung walit disini agak menurun  kerana burung tidak cukup makan. Difahamkan bahawa kerajaan telah membuat keputusan menebang ladang kelapa sawit seluas 1500 Hektar untuk membuat lapangan terbang projek ini telah pun bermula. Walau pun Lubuk Pakam kota walit tetapi burung agak menurun kerana burung berpindah kekawasan lain. Oleh yang demikian harus dibuat kajian bagaimana untuk meningkatkan populasi walit. Harga walit disini disini dijual dengan harga RM4700 perkilo. Dengan itu ia akan mengakibatkan kejatuhan pendapatan pengusaha.

Kerjasama yang erat diantara kerajaan dan pengusaha burung walit harus digiatkan bagi menjamin industry burung terus berkembang dan mampu menjana ekonomi untuk Negara. Ahli rombungan dimaklumkan bahawa garis panduan industry burung walit dan undang-undang yang berkaitan didalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan telah berada pada peringkat akhir untuk dilaksanakan.

Lubuk Pakam umpama syurga burung walit disebalik bandar yang ditinggalkan.

17 Jun 2011 Perjalanan ke Lubuk Pakam mengambil masa 2 jam. Dataran pamah ini adalah kawasan persawahan. Perjalanan kurang lancar kerana banyak kenderaan yang mahu keluar Kota Medan.  Tambahan pula jalan yang kurang baik berbanding dengan Malasia.

Lubuk Pakam dahulunya adalah pecan kecil yang didiami oleh masyarakat Tionghwa. Pekan yang sibuk dengan perniagaan kini telah bertukar wajah. Bermula dengan bangunan kedai setingkat kini menjadi gedung yang hebat. Anehnya disini tiada lagi kegiatan perniagaan yang sibuk. Sesekali pandang seolah-olah sebuah Bandar yang telah diserang oleh tentera bersekutu di Timur Tengah dimana penduduknya telah melarikan diri. Jika ada pun hanyalah rumah robek dengan sedikit perniagaan kecil di ground flour kedai runcit. Kedai telepon dan sebagai tempat tinggal penjaga gedung,

Itulah yang dapat digambarkan mengenai Lubuk Pakam ini. Ia adalah Bandar mati, tiada penghuni tiada kegiatan perniagaan tetapi punya bangunan yang hebat dengan ketinggian 5 atau 6 tingkat.Seumpama hotel emapat atau lima bintang. Tiada tetamu yang dating untuk menginap kecuali bunyi suara burung walit yang berkicauan hingga membingitkan telinga.

Kaget kagum itu lah yang mampu diungkapkan oleh anggota rombungan yang terdiri daripada Dato’ Dr Azahar Idris, Prof Dr. Mohamad Aziz Hj Taib, Prof Dr. Mat Zakaria dan Mr. Cornelius McAfee yang mewalili Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Kuala Terengganu. Manakala Pengarah Jabatan Veterina Negeri Terengganu Dr Ahmad Safri Hassan pula mendapat pengalaman secara langsung  dalam industry yang cukup hebat.

Bagi pegawai undang-undang pihak berkuasa tempatan pula terdiri daripada, Wan Marahakim (MBKT), Pn Sina Suria Ramli (MPK), Pn Mazlifah Mohamad (MPD)  dan Pn Wan Zulaini Wan Sulong (MDB) berpeluang mendapat gambaran yang jelas tentang industry ini bagi memasti garis panduan penternakan walit dan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan,

Apa yang diharapkan oleh Dato’ Tok Teng Sai selaku penyelaras rombungan bersama YB ir Rosli agar pendekatan yang terbaik dilaksanakan didalam PBT masing-masing agar setiap masalah dapat dirundingkan bersama bagi mecapai persefahaman dan penyelesaian secara win-win diantara pengusaha dan pihak berkuasa tempatan,

Lawatan ke Medan Indonesia untuk melihat pengalaman membudidaya burung walit dan memproses sarang

Jahaniwalit.com bersama Pengerusi Persatuan Saudagar burung walit Terengganu , wakil Persatuan Pengusaha Burung Walit Melayu Terengganu, Wakil Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu dan Pegawai-Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu yang diketuai  oleh YB Rosli telah mengadakan lawatan ke Medan pada 16 hingga 19 Jun 2011. Lawatan ini adalah memberi gambaran yang jelas khususnya kepada pegawai-pegawai PBT berhubung dengan industri burung walit.

28 orang  peserta menyertai meyertai lawatan ini yang diuruskan oleh Dato’ Tok Teng Sai Timbalan Presiden Persatuan Saudagar Burung Layang-layang Malaysia. Hari pertama lawatan ialah untuk melihat industri memproses sarang burung walit. Peserta ditunjukkan bagaimana kaedah membuang bulu yang terlekat pada sarang burung walit. Terdapat 70 orang pekerja disini semuanya wanita. Menurut pemilik pekerja wanita lebih tekun dalam kerja-kerja pembersihan ini.

Ramai peserta kelihat teruja melihat kerja-kerja pemprosesan ini. Ramai bersetuju bahawa industri seperti ini boleh dilaksanakan di Terengganu. Ia bukan sahaja boleh mewujudkan peluang pekerjaan di Terengganu malah ia boleh mengalakkan sektor pelancungan juga.

Industri burung walit bukanlah suatu ancaman kesihatan yang ditakuti oleh pengamal perubatan malah ia adalah peluang ekonomi dan pekerjaan juga.

Hari ini 17 Jun peserta akan dibawa melawat ke bandar burung walit di Lubuk Pakam untuk meninjau pembangunan rumah burung walit disini. Untuk makluman peserta rumbungan juga terdiri daripada YDP Majlis Daerah Marang dan Hulu Terengganu. Pegawai undang-undang di semua PBT Terengganu dan juga pegawai-pegawai dari Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Berita lanjut dan gambar disekitar lawatan akan menyusul selepas ini.