Monthly Archives: July 2009

Merealisasikan impian dalam perladangan gaharu

Saya akan menulis semula mengenai walit bila masalah blog ini akan selesai sepenuhnya. Harap maaf

Merealisasi impian menjadi realiti bermakna menetapkan visi dan misi agar impian yang belum pasti akan menjelma sebagai sebagai kenyataan. Merencanakan wawasan ini hendaklah bermula seawal mungkin. Untuk menjadi jutawan gaharu seharusnya bermula dengan pemilihan spesis yang hendak ditanam ia itu pemilihan benih yang betul. Bagi penanaman secara komersial jangan tersilap membuat pilihan dari peringkat awal lagi kerana projek gaharu akan mengambil masa 5-7 tahun untuk mendapat keputusan sama ada pilihan anak benih yang dibuat tersebut tepat atau tidak.

Pilihan yang hendak dibuat hendaklah berdasarkan kepada rekod kejayaan penanam gaharu secara ladang yang telah berjaya menghasilkan produk damar atau resin gaharu dan minyak berkualiti yang diterima di pasaran antarabangsa dengan harga yang tinggi. Amatlah malang sekiranya spesis yang kita tanam masih lagi diperingkat percubaan atau belum ada rekod kejayaan samada untuk penghasilan resin gaharu atau minyak berkualiti. Sepertimana yang sedia maklum gaharu yang terbaik adalah dari hutan asli. Tetapi ia mengambil masa yang panjang untuk menghasilkan gaharu ia itu 30 hingga 40 tahun untuk menghasilkan gaharu. Spesis begini tidak praktikal untuk perladangan.

Bagi mereka yang ingin merealisasikan impian menjadi jutawan gaharu, pemilihan anak benih sering menjadi persoalan. Ada yang mengatakan spesis X lebih baik dari spesis Y dan ada yang sebaliknya kerana ia lebih popular dan murah atau lebih mahal. Seharusnya kita meneliti semula beberapa kajian. Pokok karas sebenarnya mempunyai method yang berbeza dengan pokok lain. Pokok yang sihat dan membesar dengan cepat menghasilkan resin gaharu yang sedikit berbanding pokok yang sakit dan diganggu. Ia sebenarnya selari dengan kejadian semulajadi gaharu di dalam hutan. Pokok yang berada di kawasan berbatu dan mengalami tindakbalas kecederaan yang teruk menghasilkan gaharu yang lebih bermutu. Kita juga harus melihat kepada permintaan pasaran iaitu spesis manakah yang menjadi pilihan pembeli dan mempunyai harga yang tinggi. Spesis Aquilaria Agallocha Roxb (AAR) adalah merupakan spesis yang mempunyai nilai komersil yang tinggi ( kajian pasaran:www.thechimhyang.co.kr/eintro.html).

Perlu diingatkan, tanpa teknologi ini pokok karas tidak akan membentuk damar gaharu di dalamnya. Berbeza dengan pokok semulajadi, gaharu terbentuk pada usia pokok 30 – 40 tahun melalui gangguan fizikal atau microrganisme. Kerana itu bagi tanaman gaharu secara ladang species A. Agallocha Roxb sahaja yang diketahui kini mampu menghasilkan gaharu dan minyak bermutu tinggi yang mendapat pasaran peringkat antarabangsa. Maklumat lanjut boleh didapati pada carian google “DO BAU HUONG”.

Pengalaman Syarikat Do Bau Huong menunjukkan setiap pokok menghasilkan gaharu bernilai di antara RM 4,000 – RM10,000. Mungkin tidak keterlaluan jika kita meletakkan RM2,000 sahaja untuk sepokok yang menghasilkan gaharu. Bayangkan anda menanam 1,000 pokok dan anda berpeluang menjadi jutawan, InsyaAllah. Malahan jika hanya 50% sahaja yang menjadi, jumlah pendapatannya masih lumayan! Akan tetapi kita perlu menilai samaada spesis yang ditanam dan kaedah suntikan yang di buat itu telah berjaya atau diperingkat percubaan.

Kami bukan along tapi mahu tolong. Kami bukan pembekal anak benih tetapi kami ingin berkongsi teknologi.

Pasaran hebat untuk produk industri asastani sarang burung walit dan gaharu

Apa akan terjadi sekiranya terdapat kepincangan dalam pemasaran ? Pasti projek yang begitu gah dan diwar-warkan sebagai projek mega, atau projek yang berdaya maju dan sebagainya. Panggillah dengan apa istilah sekali pun. Projek yang berimpak besar dan sebagainya, perkara yang paling penting adalah pasaran.

Dalam industri asas tani  aspek pengeluaran produk yang berasaskan pertanian tidaklah menjadi suatu bebanan yang besar berbanding pasaran. Jika tiada pasaran semua pengeluaran akan terbengkalai. Oleh itu dalam pemilihan projek yang hendak dilaksanakan sepatutnya perkara yang perlu diberi perhatian ialah pasaran. Produk yang akan kita keluarkan siapa penggunanya. sejauhmana kuasa beli pengguna, Keterbatasan penggunaannya perlu diambil kira. Ini penting supaya projek asas tani yang diceburi dapat bertahan lama.

Dua industri yang sedang saya kongsi pengetahuan dengan penjeguk jahaniwalit.com ialah burung walit dan kayu gaharu. Keduanya mempunyai batas sempadan yang sangat luas dan besar. Pasarannya setiasa berkembang dan bertambah.

Sarang burung walit pasaran utama ialah kaum China. Bangsa yang paling ramai di dunia ialah bangsa China dan ianya bertebaran diseluruh dunia. Dimana terdapat masyarakat China disitu akan wujud permintaan untuk sarang burung. Ini kerana kepercayaan masyarakat China terhadap sarang burung sejak zaman Dinasti Tang lagi sehingga kehari ini. Dengan itu kita dapat bayangkan terhadap  pasaran untuk sarang burung walit ini.

Hari ini terdapat dua orang pemborong sarang burung menghubungi saya untuk membeli sarang burung yang dihasilkan. Pemborong berkenaan memaklumkan bahawa beliau tidak dapat memenuhi permintaan yang diperlukan. Beliau meminta saya memaklumkan jika terdapat pengusaha yang ingin menjualnya walaupun berapa banyak sarang burung walit yang ada beliau sanggup membelinya.

Begitu juga pasaran untuk kayu gaharu ia nya melampaui sempadan agama, bangsa dan negara. Sedangkan bekalannya sangat terhad. Boleh dikatakan semua agama  menggunakan bauan dalam upacara keagamaan mereka. semua bangsa sukakan wangian dan dimana  sahaja ada manusia  pasaran untuk wangian akan wujud. Dalam menceburi industri asastani produk yang mempunyai pasaran begini yang perlu kita ceburi.

Pasaran untuk kayu gaharu lebih besar daripada produk asas tani yang lain. Jadi tunggu apa lagi .. cepat tanam gaharu untuk kebahagiaan anda dimasa akan datang.

merealisasikan impian menjadi realiti.

Apakah Appendiks l , ll dan lll

Senarai Appendiks mengikut CITES bergantung kepada senarai spesis yang dilindungi terhadap ancaman kepupusan atau ‘over-exploitation’.

Appendiks ini juga boleh dikatakan kategori spesis yang dipantau perdagangannya. Ia juga termasuk ‘look alike species’ contohnya spesis yang didagangkan itu seperti sama dengan yang tersenarai dalam senarai perlindungan.

Perdagangan secara komersial adalah dibenarkan tetapi harus melalui prosidur yang ditetapkan dan setiap contoh barangan perlu mempunyai sijil CITES sebelum penjualan dibenarkan. Sijil ini mesti menunjukkan secara terperinci tentang haiwan atau tumbuhan tersebut, sijil importnya dan sebagainya..

Permit atau sijil hanya diberikan jika pihak berkuasa yang bekenaan berpuashati setelah syarat yang sepatutnya telah dipenuhi tergantung kepada sesetengah negara itu.

Appendiks ini mengandungi spesis yang dilindungi sekurang kurangnya di satu negara yang telah meminta bantuan pihak CITES dalam mengawal perdagangannya. Negara tersebut akan berkolaborasi dengan pihak CITES dalam mencegah exploitasi berterusan dan perdagangan haram atas spesis itu.

Perdagangan antarabangsa hanya dibenarkan jika dapat menyatakan permit atau sijil yang berkaitan. Aquilaria spp. atau spesis gaharu telah dimasukkan ke dalam senarai CITES Appendiks II pada tahun 1995.

Mengapa Malaysia harus melaksanakan projek perladangan gaharu secara besar-besaran

Malaysia adalah salah sebuah negara pengeluar kayu gaharu yang terkemuka dirantau ini sejak dahulu lagi. Bekalan gaharu diperolehi dari sumber asli dari hutan-hutan Tropika. Penerokaan hutan mendapat kayu gaharu dibuat secara tidak terkawal oleh pengusaha yang tamak. Program pemulihan semula hutan untuk melindungi kayu gaharu tidak dilaksanakan.

Didunia terdapat beberapa badan antarabangsa yang mengawal perdagangan spesis haiwan liar dan tumbuhan agar tidak terancam kepupusannya, iaitu satu badan perjanjian antarabangsa antara kerajaan. badan tersebut ialah CITES iaitu : the Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora. Ia ditubuhkan pada tahun 1960 untuk mengawal fauna dan flora daripada pupus. Ciri-ciri perdagangan adalah termasuk dari hasil produk yang diekstrak dari haiwan liar dan tumbuhan seperti produk makanan, barangan kulit, alatan muzik (dari kayu) dan juga ubat-ubatan. Walaupun sesetengah spesis hidupan liar adalah tidak terancam akan tetapi ianya untuk memastikan kewujudan dan tidak berlaku kepupusan di masa hadapan.

Kayu gaharu adalah adalah salah satu bahan yang dikawal oleh badan ini. Cara CITES mengawal perdagangan kayu gaharu ialah dengan cara menetapkan bahawa perdagangan kayu gaharu memerlukan permit. Sijil keselamatan dan ‘stamping’ sering digunakan untuk permit-permit yang telah dikeluarkan bagi mengelakkan penipuan dan pemalsuan.

CITES meletakkan spesis flora dan fauna yang termasuk dalam kawalan melalui TIGA (3) kategori tergantung kepada status perlindungan dan risiko perdagangannya. Senarai spesis dalam setiap kategori itu dihimpunkan dalam appendix yang berbeza-beza di dalam Konvensyen ini iaitu CITES Appendix I, CITES Appendix II dan CITES Appendix III.

Appendiks I, II dan III di dalam CITES adalah satu senarai spesis yang dilindungi yang di kategorikan bergantung kepada tahap atau jenis perlindungan yang diberikan terhadap ancaman kepupusan atau ‘over-exploitation’. Jenis spesis yang dilindungi tersebut boleh ditambah atau dikeluarkan dari dalam senarai Appendiks I dan II atau dikeluarkan atau ditukar antara keduanya (Appendiks), hanya melalui persidangan CITES berdasarkan keputusan dari mesyuarat biasa atau melalui prosidur pos. (artikel XV CITES).

Akan tetapi, sesuatu spesis itu boleh ditambah atau dikeluarkan dari Appendiks III pada bila-bila masa oleh pihak CITES atau pihak negara yang terbabit.

Terdapat negara yang telah memulakan projek perladangan gaharu telah berusaha supaya kayu gaharu dimasukkan kedalam Appendiks III bagi menghalang kayu gaharu dari hutan asali tidak diperdagangkan. Ini akan merugikan Malaysia dimana Malaysia tidak dibenarkan mengeksport kayu gaharu. Hanya kayu gaharu yang diperolehi dari ladang sahaja boleh diperdagangkan. Jika Malaysia tidak memulakan perladangan gaharu ini apakah yang akan terjadi kepada negara ini pada masa akan datang.

Mengapa kayu gaharu sangat bernilai.

Gaharu berasal dari perkataan Sanskrit ia itu ‘agaru’ yang bererti kayu berat (tenggelam) – menghasilkan produk damar atau resin dengan aroma yang harum apabila dibakar. Kayu gaharu dikenali juga sebagai agar wood, aloes wood dan eagle wood.

Kayu gaharu mengandungi bahan agarospiral, jinkoholeremol yang menghasilkan aroma gaharu untuk kegunaan minyak wangi. Manakala komponen methoxypenylethyl chrome pula menghasilkan bahan yang harum apabila gaharu dibakar.

Pengguna gaharu merentasi sempadan negara, bangsa dan agama. Gaharu digunakan untuk tujuan keagamaan China, unanai, ayuravedik dan Tibet di timur tengah gaharu dibakar untuk mengharumkan rumah.Manusia menggunakan gaharu semasa hidup dan ketika berlaku kematian. Ia digunakan juga untuk tujuan perubatan dan juga kecantikan.

Daun, akar dan kulit gaharu digunakan sebagai ubat anti malaria sementara air sulingan penghasilan gaharu dimasukkan perubatan selepas bersalin, antibiotik, antikanser, penyakit kewanitaan, demam, sakit badan dan sakit perut.

Gaharu digunakan sebagai bahan kecantikan sejak berabad yang lalu kerana baunya yang eksotik, harum dan mewangi seperti bunga. Serbuk daripada batangnya digunakan untuk menghasilkan barangan kecantikan, sabun, lilin, ibat-ubatan dan minyak wangi.

Keharumannya dapat digunakan dalam bidang meditasi untuk mengurangkan stress. Ia juga penyakit kulit seperti kegatalan dan bengkak. Minyak gaharu dapat memberi ketenangan dan kerehatan minda. Ia juga dapat menyembuhkan kesan terbakar, menghalang pengeluaran peluh secara berlebihan serta membantu keseimbangan badan.

Pati minyak dan adunan kayu gaharu berkhasiat merawat penyakit kulit seperti jerawat, ulser dan ruam. Khasiat kayu yang pelbagai menyebabkan kayu gaharu digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk wangian, krim, ubat salap, loysen, barangan hias diri dan minyak urutan.

Apakah anda salah seorang pelabur yang bijak?.

Kejayaan dalam industri gaharu bergantung sepenuhnya kepada kejayaan inokulasi terhadap pokok karas yang ditanam. Kesan daripada proses inokulasi pokok akan kelihatan sakit atau stress. Inokulasi yang berjaya akan dapat dilihat dengan jelas selepas 3 bulan. Teknik yang digunakan juga penting untuk menentukan kejayaan. Hanya mereka yang pakar dan mahir sahaja yang tahu bagaimana teknik yang terbaik untuk menjalankan proses inokulasi ini.

Terdapat teknik mencucuk seperti menembak M16 atau peluru penabur kepada pokok karas ini. Apakah teknik ini yang terbaik atau ada kaedah lain yang lebih baik?. Apakah hasil daripada proses inokulasi. Apakah resin yang terjadi hanya dapat menghasilkan minyak sahaja. Atau akan terjadi teras gaharu yang berkualiti. Mana yang lebih tinggi nilainya dipasaran minyak kayu gaharu atau teras kayu gaharu. Apakah nilai yang boleh dihasilkan oleh satu batang pokok gaharu yang telah tersedia dengan ukuran lilit 15 cm untuk proses inokulasi. Soalan-soalan begini tentunya bermain dikepala anda sebelum terlibat dalam industri gaharu ini.

Apa pun cara mana yang terbaik bergantung kepada pakar yang menghasilkan bahan untuk inokulasi tersebut.

Apakah kaedah inokulasi yang anda hendak fikirkan. Sedang anda belum pun memiliki pokok untuk dibuat inokulasi. Jika anda belum memiliki pokok apakah wajar anda nak bincang tentang kaedah inokulasi tersebut. Saya percaya consultan yang terlibat dalam projek gaharu mempunyai jawapan bagaimana proses inokulasi yang akan dijalankan nanti..

Adalah penting sebelum anda terlibat dalam penanaman baharu ini maklumat yang tepat diperolehi terlebih dahulu. Jangan sekali-kali anda membuat keputusan tanpa maklumat yang tepat. Dengar cakap-cakap dikedai kopi anda pun memulakan projek penanaman gaharu ini.

Diantara maklumat yang harus anda tahu ialah tentang spesis yang terbaik. Anda juga harus bertanya kepada konsultan apakah jaminan yang boleh diberikan untuk kejayaan projek ini. Projek gaharu ini tidak seperti projek lain yang mempunyai skala ekonomi untuk dilaksanakan. Perladangan getah atau kelapa sawit tentu mempunyai skala ekonominya. Tetapi gaharu, anda boleh terlibat tidak bergantung kepada skala ekonominya. Anda boleh menanam sebatang pokok dihalaman rumah anda hinggalah kepada jutaan pokok diladang yang luas. Oleh kerana ia adalah pelaburan jangka panjang maka pulangan hasil agak lambat, kerana ia mengambil masa lima hingga enam tahun juga. Keputusan awal adalah penting. Nak tanam atau tak nak tanam. Mungkin anda boleh pejam mata untuk menanam 1 ekar tanah dengan kos anggaran RM20,000.00. Apabila masa enam tahun akan datang maka nilai pelaburan anda akan menjadi RM 1 juta. Atau jika tersalah buat pelaburan nilai pokok anda hanyalah RM5000.00 sahaja. Jika anda simpan RM20,000 hari ini ,adakah ia akan mempunyai kuasa beli dengan nilai yang sama lima enam tahun akan datang. Kejayaan anda adalah kebijaksanaan anda.

Apakah mungkin industri gaharu akan bertapak di Malaysia seperti industri getah dan kelapa sawit

Industri gaharu telah ramai yang tahu. Namun begitu ia merupakan industri yang baru muncul. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia industri ini masih belum matang lagi. Maknanya belum terdapat bukti ada pengusaha yang benar-benar telah berjaya. Berbanding dengan kelapa sawit dan getah ia adalah industri yang telah matang. Banyak syarikat perladangan yang telah berjaya. Industri kelapa sawit telah bertapak dinegara ini lebih dari 30 tahun yang lalu. Mengikut sejarahnya kelapa sawit berasal dari Afrika dan telah diusahakan dengan jayanya di negara ini. Begitu juga dengan getah yang berasal dari Amerika Latin telah menjadi industri yang cukup matang di Malaysia. Malah Malaysia adalah salah sebuah negara pengeluar minyak sawit yang utama di dunia.

Bagaimana dengan gaharu ? mungkinkah ia bakal menjadi industri utama di Malaysia seperti getah dan kelapa sawit. Rakyat Malaysia sebenarnya telah arif dengan kayu gaharu ini. Dahulu kayu gaharu dikenali sebagai kayu “candan”. Kayu candan di Malaysia di eksport ke Timur Tengah melalui Singapura. Bagi pedagang kayu gaharu di Timur Tengah pengeksport terbesar kayu gaharu adalah Singapura.

Bila industri  gaharu ini cuba diperkenalkan di Malaysia ramai yang tidak berani mengambil risiko untuk terlibat dalam penanaman gaharu ini. Biasalah orang kita dengan sikap tunggu dan lihat orang lain berjaya dahulu baru nak mula. Biasanya orang yang berani membuat perubahan itulah yang akan berjaya. Bagaimana jika dah tanam tunggu sehingga lima, enam tahun akhirnya gagal. Pokok yang ditanam bukan jadi gaharu tetapi jadi kayu api atau kayu kertas sahaja. Apakah  sebenarnya ibu kepada kejayaan industri gaharu ini. Pokok depu atau karas yang ditanam tidak akan mengeluarkan resin atau teras kayu gaharu. dengan begitu  sahaja. Gaharu terjadi dalam pokok karas adalah hasil tindakbalas antibody bila ada serangan bahan asing dari luar. Dalam keadaan semula jadi tindakbalas ini terjadi bila pokok sakit atau steres. Tetapi keadaan begini sukar terjadi dalam keadaan biasa.

Perkembangan R&D dalam bioteknologi telah menemukan kaedah untuk menghasilkan sejenis mikrob yang boleh dibiakkan untuk  bertindakbalas dengan antibody dalam pokok karas  bagi menghasilkan gaharu. Kejayaan dalam perladangan gaharu ini bergantung sepenuhnya kepada teknologi penghasilan mikrob ini, Jika anda berjaya menemui mikrob ini dan dibuat inokulasi (cucuk) kepada batang pokok gaharu yang di tanam maka pokok tadi akan menghasilkan gaharu. Dari mana anda boleh menemui mikrob ini ?.

Kaedah penanaman pokok karas

Maaflah kerana sehari dua ini saya nak tulis pasal gaharu. Sebagai bekas graduan perhutanan, gaharu adalah bidang saya. Walau bagaimana pun saya akan tulis juga berkaitan dengan walit.

Pemilihan spesis pokok gaharu yang sesuai adalah penting untuk menentukan kejayaan. Jika anda menanam anak pokok dari benih yang dikutip daripada hutan yang berhampiran anda mungkin penanamannya lebih mudah. Tetapi kualitinya belum tentu terjamin.

Anak benih gaharu dari spesis yang telah dikenalpasti berkualiti hendaklah ditanam dengan cermat diladang. Anak benih yang sesuai ditanam diladang adalah yang berukuran 3 kaki tinggi. Harganya mungkin agak mahal tetapi hasilnya berbaloi. Sebelum menanam lubang hendaklah disediakan terlebih dahulu. Saiz lubang ialah 1.5 kaki X 1.5 kaki X 1.5 kaki. Jika penanaman tidak pada musim hujan, penyiraman air diperlukan pada pangkal pokok. Padatkan sedikit tanah disekelilingnya. Proses pemindahan anak pokok dari polibag kedalam lubang yang disediakan hendaklah berhati-hati agar tidak mencederakan akar pokok.

Bagi mendapatkan hasil pertumbuhan yang lebih cepat, sebelum anak pokok ditanam, lubang hendaklah dimasukkan sedikit baja kompos dan baja rock phosphate serta digemburkan tanahnya.

Penjagaan pokok karas ini tidaklah serumit penjagaan pokok lain, kerana ia adalah tumbuhan liar dihutan. Walau bagaimana pun untuk mendapatkan hasil yang terbaik pembajaan hendaklah dilakukan dalam tempuh 3-4 bulan sekali. Sebaiknya semasa pembajaan tanah disekeliling anak pokok tadi digemburkan. Adalah dicadangkan pembajaan dilakukan dua kali setahun selepas pokok berumur satu tahun. Sekali setahun pada tahun kedua dan seterusnya. Adalah diingatkan bahawa pokok karas terutamanya anak pokok adalah makanan haiwan ternakan seperti lembu dan kambing. Keperluan kepada pemasangan pagar adalah penting sekiranya masalah ini berlaku. Walaubagaimanapun, selepas 4-5 tahun umur pokok, haiwan ternakan boleh dilepaskan di dalam ladang karas ini. Setiap pokok yang mati perlu diganti pada tahun penanaman yang sama bagi memudahkan pengurusan ladang dan sekiranya perlu dibuat pada tahun kedua. anak pokok yang hampir sama dengan saiz pokok yang ada di ladang perlu dipilih.

Jarak penanaman pokok karas untuk perladangan dan juga secara integrasi dengan tanaman lain

Jarak penanaman pokok karas untuk perladangan dan juga secara integrasi dengan tanaman lain

Pokok karas bagi menghasilkan gaharu adalah tumbuhan hutan. Projek perladangan karas yang akan memberi keuntungan yang lebih adalah apabila pengusaha membiarkan pokok karas tumbuh dengan lebih lama. Secara amnya, perladangan karas boleh dilaksanakan secara dua pendekatan iaitu:

a. Mengintegrasikan dengan tanaman lain yang boleh memberi hasil dengan masa yang lebih sing kat. Jarak penanaman adalah luas.

b. Menanam dengan jarak tanaman yang rapat dan penebangan dalam 2-3 fasa. Tuaian dibuat mengikut kaedah.

Penanaman pokok karas diladang sebaiknya ditanam pada musim hujan kerana pokok karas memerlukan keadaan yang lembab. Ini membolehkan jumlah pokok yang hidup tinggi. Masa yang paling sesuai untuk penanaman ialah pada bulan November hingga Januari.

Namun begitu pokok karas tidak dapat hidup dikawasan air bertakung, oleh itu elakkan penanaman dikawasan berpaya. Jika anda hedak menanam pokok karas dikawasan berpaya, sistem peparitan yang baik perlu disediakan.

Anak yang baru ditanam hendaklah. Enam bulan pertama anak pokok yang berukuran 3 kaki tinggi perlukan perlindungan 50% daripada cahaya matahari yang terik. Selepas enam bulan teduhan yang diperlukan 25%. Selepas satu tahun pokok ini akan didedahkan sepenuhnya kepada matahari dan ini akan mempercepatkan pertumbuhannya.

Jarak penanaman yang rapat adalah 6 kaki x 10 kaki dimana dianggarkan sebanyak 800 pokok boleh ditanam bagi setiap ekar dan selepas peringkat seterusnya selepas penuaian fasa pertama pokok akan berda pada jarak sekitar 10 kaki x 10 kaki dan jumlah pokok adalah sekitar 400 pokok. Sekiranya pendekatan integrasi dilaksanakan, jarak tanaman adalah 8 kaki x 10 kaki. Walaubagaimanapun jarak ini juga adalah bergantung kepada jenis tanaman yang digunakan.

Tanam jangan tak tanam pokok karas (gaharu)

Adalah dimaklumkan bahawa blog ini masih dalam proses baik pulih. Paparan akan lebih sempurna jika anda melayarinya dengan browser MOZILLA FIREFOX- harap maklum /jahaniwalit.com

Tanam jangan tak tanam

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, maksudnya “ Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (disebuah tempat). Orang-orang Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggalah apabila mereka bersembunyi disebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil ummat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok Gharqad, kerana ia adalah pokok Yahudi….”

Hari ini pokok ini telah ditanam secara meluas ditanah Palestin (betapa gilanya orang Yahudi ini menentang orang Islam dalam masa yang sama mereka percaya kebenaran hadith ini) anda boleh rujuk http://www.jnf.org Yahudi mempunyai satu dana kerajaan khas untuk menanam pokok tersebut. Mereka telah menanam lebih dari 220 juta pokok gharqab ini. Pokok gharqab ini dikenali juga sebagai pokok boxthom. Wallahualam…

Pokok gharqab bukan pokok gaharu. Cuma nama hampir nak sama. Betapa bernilainya pokok bagi mereka. Bagaimana dengan pokok gaharu juga bernilai bagi kita. Ia mampu mengubah nasib masa depan generasi kita. Hanya dengan keluasan tanah satu ekar , terdiri dari tanah kebun atau tanah terbiar anda boleh menanam pokok gaharu sebanyak 400 – 1000 pokok. Bayangkan jika pokok tersebut berukuran 15 cm diameter ia boleh dibuat proses inokulasi untuk menghasilkan kayu gaharu. Bayangkan jika satu pokok mampu menghasilkan gaharu dengan nilai RM1000.00 dan jika anda mempunyai 400 pokok bermakna anda mempunyai RM400,000.00

Species yang disyorkan untuk anda tanam ialah Aqularia Agallocha Roxb”atau Da Bao Huong ( ”dbh” ) ia berasal dari Vietnam. Kajian yang telah dibuat di India, Indonesia, Thailand,Vietnam, Malaysia dan Jepun didapati hanya Aqularia Agallocha Roxb”atau Da Bao Huong ( ”dbh” ) sahaja yang mengeluarkan hasil yang bermutu tinggi . Species ini cepat membesar, hanya dalam tempoh masa tiga hingga lima tahun sudah boleh dibuat inokulasi. Selepas inokulasi dibiarkan selama enam bulan hingga satu tahun ia sudah boleh ditebang.

Penanaman gaharu memerlukan penjagaan yang sangat minima dengan konsep 4T ia itu tanam, tinggal, treatment (inokulasi), tebang. Pokok gaharu tiada musuh seperti serangga serta binatang ternakan. Hasil daripada inokulasi ini kayu gaharu akan menghasilkan teras dan bahagian yang tidak berteras boleh diproses untuk dijadikan minyak. Kayu gaharu mudah tumbuh dan senang membiak dihutan tropika seperti di Malaysia. Kepupusan pokok gaharu asli dari hutan menyebabkan permintaannya tidak mencukupi dipasaran.

Gaharu oh gaharu!. Benarkah ia projek jutawan

Gaharu adalah projek jutawan. Sesiapa yang berhajat hendak menjadi jutawan tanamlah pokok gaharu sekarang. Ramai dah orang becakap tentang gaharu, tetapi bagaimana hendak bermula ?. Ini yang menjadi persoalan. Apakah benih yang hendak ditanam. Pokok gaharu atau Aquilaria banyak spesis, paling kurang terdapat 25 spesis. Apakah jenis spesis yang terbaik untuk ditanam. Nak tanam spesis tempatan atau spesis dari luar negara. Ramai pembekal anak benih yang mendakwa spesis yang dibekalnya adalah yang terbaik. Ada juga yang mengatakan boleh saje tanam spesis apa pun asalkan pokok gaharu. Gaharu adalah pokok jutawan, tetapi nama tempatan di Malaysia ialah pokok karas atau depu, English kata Agarwood kalau nak tahu lebih banyak search aje dalam google, Bersepah laman web yang cerita pasal agarwood ini. Bagi saya tak kisahlah apa spesis pun, asalkan saudara menanamnya. Mulalah tanam sekarang, jangan tunggu ada tanah seratus ekar baru nak tanam. Jangan juga tunggu kerajaan beri subsidi benih baru nak tanam. Mulakan projek anda sekarang mengikut kemampuan. Jika ada tanah sekangkang kera yang boleh tanam 10 pokok apa salahnya jika anda tanam gaharu untuk hiasan taman. Boleh juga beragan-agan untuk jadi jutawan.

 

Tentang harga benih pula bermacam macam. Jika nak free masuk kehutan cari sendiri tak payah beli. Orang Thailand cabut bawah pokok yang tumbuh meliar je! Kemudian mereka masukan dalam polly bag dan mereka jual demgan harga RM 2.00 hingga RM 15.00 sepokok.

 

Kata pakar motivasi, jika kita hendak berjaya kena ikut jejak-jejak orang berjaya. Kena tengok benih jenis apa yang orang berjaya telah tanam. Kalau boleh! pergi tengok sendiri. Sebab itu YB Exco Pertanian Terengganu En Rozi Mamat pergi tengok sendiri di Vietnam. Mereka telah ada pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang ini.

 

Tanam jangan tak tanam.

Perkara-perkara yang ada kaitan dalam pembinaan sebuah rumah walit

Pembinaan sebuah rumah walit hendaklah meliputi perkara-perkara seperti membina bangunan konkrit dan membuat pemasangan peralatan dalaman untuk rumah burung meliputi keperluan berikut dengan kos tertakluk kepada keluasan . Biasanya konsultan yang baik akan menawarkan perkara-perkara berikut :-

i) Khidmat nasihat design pelan bangunan

ii) Membekal pelan bangunan yg bersesuaian dan terbaik.

iii) Khidmat nasihat kedudukan bangunan

iv) Membina dan menyiapkan bangunan batu 3½ tingkat mengikut pelan yang ditetapkan berukuran 20’ X 50’ (3,360 kakipersegi)

v) Pemantauan pembinaan bangunan mengikut pelan

vi) Memasang dan menyediakan Sistem Pengudaraan

vii) Membina kolam air di dalam bangunan

viii) Memasang kayu sirip – meranti mengikut keperluan

ix) Membekal dan memasang pintu besi (keselamatan)

x) Memasang dan membekalkan peralatan Audio, MP3 Player

xi) Membekal Lagu Panggil Walet

xii) Membekal Lagu Walet Menginap

xiii) Membekal dan memasang Power Amplifier

xiv) Membekal Auto Digital Timer

xv) Sistem Stereo Pendawaian Kabel Tweter

xvi) Membekal dan memasang Tweeter dalam

xvii) Membekal dan Tweeter luar bangunan

xviii) Membekal dan memasang sistem Alat Penyembur Kabus Air berserta sistem Automatik

xix) Membekal Aroma yang sesuai.

xx) Khidmat nasihat, kepakaran, pemantauan dan penjagaan sehingga berjaya (burung bersarang).

Ular pemangsa senyap dalam rumah burung

Musuh senyap dalam rumah burung walt ialah ular. Kehadirannya sukar dikesan kerana ia jarang meninggalkan jejak. Walaupun terdapat ular didalam rumah burung walit. Namun burung walit tetap juga datang seperti biasa. Kepantasan pemangsa ini tidak dapat dihidu oleh burung itu sendiri kerana ular adalah pemangsa yang cekap.

Kehadirannya tanpa diduga oleh pemiliknya apa lagi suasana dalam rumah burung yang gelap dan tidak meninggalkan bau itu telah menyebabkan populasi burung berkurangan. Ular memakan mangsa dengan menelannya tanpa meninggalkan kesan dan tanpa disedari oleh burung yang lain.

Pemilik hendaklah membuat pemeriksaan yan teliti dalam rumah burung. Lubang-lubang yang mungkin boleh dilobosi oleh ular hendaklah ditutup. Apabila anda melihat populasi dalam rumah burung tidak meningkat mungkin sesuatu yang tidak baik telah berlaku. Dengan itu anda perlu mencari puncanya. Salah satu punca adalah musuh seperti ular tadi. Ular yang biasa ditemui dalam rumah burung ialah ular sawa tikus, ular jelutung dan sebagainya.

Jika anda menemui kulit ular yang bersalin dalam rumah burung, maka cepat-cepatlah bertindak mencari dimana ular tersebut bersembunyi

Apa yang anda perlu ketahui untuk memulakan projek gaharu

Apa yang perlu anda ketahui sebelum memulakan projek penanaman gaharu.

1. Apakah potensi pokok karas dalam menghasilkan kayu gaharu sebagai salah satu komponen industri asas tani yang bernilai tinggi

2. Anda memerlukan pendedahan pentingnya terlibat dalam industri gaharu.

3. Perlu mengetahui tentang pasaran dimana permintaan dan potensi yangg cukup tinggi

4. Pentingnya pemilihan spesis yg tepat.

5. Kenapa perlu pilih spesis AAR.

6. Bagaimana untuk mendapatkan kaedah inokulasi yang berkesan.

7. Jejak langkah mereka yang telah berjaya dalam industri ini.

Burung walit pun ada hotel lima bintang

x

Penanaman gaharu untuk projek rakyat.

Gaharu tidak asing bagi rakyat Terengganu. Gaharu diperolehi dari pokok karas atau candan ia dikenali juga sebagai pokok depu. Gaharu asli diperolehi dari hutan Tropika dan mempunyai permintaan yang sangat tinggi untuk industri minyak wangi. Namun begitu akibat daripada exploitasi hutan yang tidak terkawal spesis gaharu yang ada telah hampir pupus.


Penemuan kaedah baru dalam penghasilan gaharu dari dari negara Asia yang lain amat mengejutkan. Ini merupakan suatu peluang baru untuk diterokai di negara ini. Vietnam umpamanya telah berjaya menghsilkan kayu gaharu dari spesis yang terbaik dari pokok yang mereka tanam sendiri . Penanaman pokok gaharu mengambil masa yang singkat untuk diproses. Ianya mengambil masa 5 tahun sahaja untuk mengeluarkan hasil. Teknologi yang telah digunakan oleh Vietnam telah terbukti berjaya.

Terengganu mempunyai cuaca dan struktur muka bumi yang hampir sama dengan Vietnam dan potensi untuk spesis tersebut tumbuh dengan baik di Terengganu sangat tinggi. Memandangkan ia adalah spesis yang terbaik, maka ia sepatutnya dijadikan projek untuk sumber ekonomi baru  negeri ini. Oleh kerana teknologi bagi menghasilkan gaharu diperolehi melalui kajian dan penyelidikan yang lama dan ianya terbukti berjaya melalui teknik inokulasi. Teknik inokulasi ialah kaedah aruhan ia itu memberi sejenis suntikan pada batang pokok supaya ia mengeluarkan resin kayu gaharu .

Kesedaran dan pengetahuan mengenai potensi gaharu sabagai sumber pendapatan baru kepada Negeri Terengganu patut diberi pendedahan kepada rakyat negeri ini. Dimana penanaman gaharu boleh mendatangkan pendapatan yang lumayang kepada rakyat Terengganu khusus kepada penduduk diluar Bandar. Penanaman gaharu sangat sesuai untuk dijadikan sumber pendapatan tambahan kepada rakyat Negeri Terengganu. Rakyat yang terlibat dalam projek ini tidak perlu memberi tumpuan sepenuhnya untuk menjaga pokok gaharu dan dapat menjalankan kerja-kerja lain untuk pendapatan keluarga. Penjagaan dan pemeliharaan pokok gaharu sangat minima dan boleh dijadikan sebagai kerja sampingan sahaja.

Maaflah jika  pihak berwajib tidak menyetujuinya, ini hanyalah cadangan saya sahaja. Negeri-negeri lain boleh juga boleh memikirkannya sebagai projek PPRT. Saya percaya Kementerian Pembangunan Luar Bandar  (KPLB) boleh mengkaji cadangan ini untuk pembangunan rakyat luar bandar. Sesungguhnya projek PPRT ini kena berfikir diluar kotak sedikit, baru boleh berjaya ia itu kena lari sedikit dari projek biasa seperti bantuan pertanian yang telah biasa dibuat.

Jika anda berminat mengenai perkara ini anda boleh hubungi Encik Zabri (0199341226 atau  e-mail : zabri@yahoo.com ) untuk mendapat keterangan lanjut.

M

2 Julai 2009 jahaniwalit.com kembali beroperasi

Asssalammualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini 2 Julai 2009, jahaniwalit.com kembali menemui anda semula selepas kembali dari New Zealand pada 16 Jun 2009. Terima kasih tidak terhingga kepada saudara Junaidi dan Zabri yang berusaha membantu sehingga blog jahaniwalit.com dapat diaktifkan semula. Kepada semua pembaca kerana sabar menunggu. insya Allah saya akan terus menulis seperti biasa selepas bercuti panjang. Dari Kuala Terengganu saya akan terus menemui pembaca khususnya kepada peminat-peminat industri walit dan gaharu.

Sekian, terima kasih