Memperkasakan bumiputera dalam industri burung walit.

Sarang Burung walit adalah merupakan produk dari serabut-serabut ‘transparent’ (brittle) air liur Burung walit (Collocalia sp.). Permintaan produk  ini adalah amat besar di dalam dan luar negeri. Keadaan ini diaktifkan lagi dengan penawaran harga yang menarik dan tinggi, bergantung kepada saiz, warna, kebersihan, struktur dan kualiti sarang tersebut. Industri penternakan walit ini telah dimonopoli oleh masyarakat berketurunan Cina iaitu 95% dan hanya segelintir Bumiputera yang terlibat dalam Industri ini iaitu 5%.

Industri sarang burung walit merupakan satu industri yang amat menguntungkan pada masa ini. Berjuta-juta Ringgit Malaysia telah dilaburkan oleh peniaga-peniaga Cina dalam Industri Rumah Sarang Burung walit  seperti di Batu Pahat Johor, Port Dickson Negeri Sembilan, Barat Laut Selangor Selangor, Sitiawan, Pantai Remis Perak, dan kawasan Utara Semenanjung Malaysia. Mereka telah berjaya memperolehi pulangan RM 200,000.00 – RM 800,000.00 setiap tahun bagi sebuah Rumah Sarang Burung walit . Pelaburan ini juga telah memberi pulangan jutaan ringgit bagi setiap Rumah Sarang Burung Walit

Oleh itu suatu langkah perlu dilakukan untuk mewujudkan ‘Usahawan Bumiputera dalam Industri Rumah Sarang Burung Walit ’ ini. Bumiputera harus merebut peluang dalam industri ini, tambahan pula hanya 40% keperluan dunia dapat dipenuhi manakala selebihnya 60% masih belum dipenuhi. Sejak turun-temurun lagi sarang burung layang-layang menjadi makan berkhasiat tinggi bagi kaum cina untuk meningkatkan tahap kesihatan, mencantikkan kulit serta awet muda. Biasanya Sarang Burung walit di eksport ke China, Taiwan dan Jepun disamping untuk permintaan tempatan.  Tetapi permintaan dunia sekarang ini meningkat lagi dengan penemuan terbaru  saintis Eropah dan Barat yang mana menggunakan Sarang Burung Walit sebagai campuran dalam barangan kosmetik yang berkualiti, harga yang mahal dan produk bertaraf antarabangsa.

Pembangunan lapangan terbang baru Medan memberi kesan kepada populasi burung walit di Lubuk Pakam.

Lubuk Pakam dan masyarakat Cina tidak boleh dipisahkan ia sama sepertimana Kampong China di Kuala Terengganu. Rumah kedai robek telah meningkat harga begitu mendadak sehingga mencecah harga RM350,000. Semuanya angkara burung walit. Taukeh Cina yang kaya raya berlumba-lumba membangunkan rumah walit di Lubuk Pakam.

Namun begitu difahamkan bahawa populasi burung walit disini agak menurun  kerana burung tidak cukup makan. Difahamkan bahawa kerajaan telah membuat keputusan menebang ladang kelapa sawit seluas 1500 Hektar untuk membuat lapangan terbang projek ini telah pun bermula. Walau pun Lubuk Pakam kota walit tetapi burung agak menurun kerana burung berpindah kekawasan lain. Oleh yang demikian harus dibuat kajian bagaimana untuk meningkatkan populasi walit. Harga walit disini disini dijual dengan harga RM4700 perkilo. Dengan itu ia akan mengakibatkan kejatuhan pendapatan pengusaha.

Kerjasama yang erat diantara kerajaan dan pengusaha burung walit harus digiatkan bagi menjamin industry burung terus berkembang dan mampu menjana ekonomi untuk Negara. Ahli rombungan dimaklumkan bahawa garis panduan industry burung walit dan undang-undang yang berkaitan didalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan telah berada pada peringkat akhir untuk dilaksanakan.

Lubuk Pakam umpama syurga burung walit disebalik bandar yang ditinggalkan.

17 Jun 2011 Perjalanan ke Lubuk Pakam mengambil masa 2 jam. Dataran pamah ini adalah kawasan persawahan. Perjalanan kurang lancar kerana banyak kenderaan yang mahu keluar Kota Medan.  Tambahan pula jalan yang kurang baik berbanding dengan Malasia.

Lubuk Pakam dahulunya adalah pecan kecil yang didiami oleh masyarakat Tionghwa. Pekan yang sibuk dengan perniagaan kini telah bertukar wajah. Bermula dengan bangunan kedai setingkat kini menjadi gedung yang hebat. Anehnya disini tiada lagi kegiatan perniagaan yang sibuk. Sesekali pandang seolah-olah sebuah Bandar yang telah diserang oleh tentera bersekutu di Timur Tengah dimana penduduknya telah melarikan diri. Jika ada pun hanyalah rumah robek dengan sedikit perniagaan kecil di ground flour kedai runcit. Kedai telepon dan sebagai tempat tinggal penjaga gedung,

Itulah yang dapat digambarkan mengenai Lubuk Pakam ini. Ia adalah Bandar mati, tiada penghuni tiada kegiatan perniagaan tetapi punya bangunan yang hebat dengan ketinggian 5 atau 6 tingkat.Seumpama hotel emapat atau lima bintang. Tiada tetamu yang dating untuk menginap kecuali bunyi suara burung walit yang berkicauan hingga membingitkan telinga.

Kaget kagum itu lah yang mampu diungkapkan oleh anggota rombungan yang terdiri daripada Dato’ Dr Azahar Idris, Prof Dr. Mohamad Aziz Hj Taib, Prof Dr. Mat Zakaria dan Mr. Cornelius McAfee yang mewalili Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Kuala Terengganu. Manakala Pengarah Jabatan Veterina Negeri Terengganu Dr Ahmad Safri Hassan pula mendapat pengalaman secara langsung  dalam industry yang cukup hebat.

Bagi pegawai undang-undang pihak berkuasa tempatan pula terdiri daripada, Wan Marahakim (MBKT), Pn Sina Suria Ramli (MPK), Pn Mazlifah Mohamad (MPD)  dan Pn Wan Zulaini Wan Sulong (MDB) berpeluang mendapat gambaran yang jelas tentang industry ini bagi memasti garis panduan penternakan walit dan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan,

Apa yang diharapkan oleh Dato’ Tok Teng Sai selaku penyelaras rombungan bersama YB ir Rosli agar pendekatan yang terbaik dilaksanakan didalam PBT masing-masing agar setiap masalah dapat dirundingkan bersama bagi mecapai persefahaman dan penyelesaian secara win-win diantara pengusaha dan pihak berkuasa tempatan,

Lawatan ke Medan Indonesia untuk melihat pengalaman membudidaya burung walit dan memproses sarang

Jahaniwalit.com bersama Pengerusi Persatuan Saudagar burung walit Terengganu , wakil Persatuan Pengusaha Burung Walit Melayu Terengganu, Wakil Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu dan Pegawai-Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu yang diketuai  oleh YB Rosli telah mengadakan lawatan ke Medan pada 16 hingga 19 Jun 2011. Lawatan ini adalah memberi gambaran yang jelas khususnya kepada pegawai-pegawai PBT berhubung dengan industri burung walit.

28 orang  peserta menyertai meyertai lawatan ini yang diuruskan oleh Dato’ Tok Teng Sai Timbalan Presiden Persatuan Saudagar Burung Layang-layang Malaysia. Hari pertama lawatan ialah untuk melihat industri memproses sarang burung walit. Peserta ditunjukkan bagaimana kaedah membuang bulu yang terlekat pada sarang burung walit. Terdapat 70 orang pekerja disini semuanya wanita. Menurut pemilik pekerja wanita lebih tekun dalam kerja-kerja pembersihan ini.

Ramai peserta kelihat teruja melihat kerja-kerja pemprosesan ini. Ramai bersetuju bahawa industri seperti ini boleh dilaksanakan di Terengganu. Ia bukan sahaja boleh mewujudkan peluang pekerjaan di Terengganu malah ia boleh mengalakkan sektor pelancungan juga.

Industri burung walit bukanlah suatu ancaman kesihatan yang ditakuti oleh pengamal perubatan malah ia adalah peluang ekonomi dan pekerjaan juga.

Hari ini 17 Jun peserta akan dibawa melawat ke bandar burung walit di Lubuk Pakam untuk meninjau pembangunan rumah burung walit disini. Untuk makluman peserta rumbungan juga terdiri daripada YDP Majlis Daerah Marang dan Hulu Terengganu. Pegawai undang-undang di semua PBT Terengganu dan juga pegawai-pegawai dari Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Berita lanjut dan gambar disekitar lawatan akan menyusul selepas ini.

Saranan untuk tanam gaharu dikawasan keliling rumah dan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sangat praktikal.


Sama ada anda percaya atau tidak, seseorang itu boleh menjadi jutawan hanya dalam tempoh sekurang-kurangnya tujuh tahun jika menanam pokok gaharu di kawasan seluas 1 ekar atau 0.4 hektar. Berdasarkan harga pasaran, setiap pokok gaharu yang berusia antara tujuh hingga sepuluh tahun mempunyai nilai antara RM5,000 hingga RM20,000 sepokok. Satu ekar tanah boleh ditanam sebanyak 400 pokok atau 1000 pokok berdasarkan jarak penanaman. Jika ditanam dengan jarak 10’ X 10’ bilangan pokok yang boleh ditanam ialah 400 pokok. Jika jarak penanaman 6’ X 6’ bilangan pokok yang boleh ditanam ialah 1000 pokok.

Sememangnya pokok gaharu mempunyai nilai yang sangat tinggi dan ia merupakan faktor utama
Pokok Karas yang menghasilkan gaharu boleh di tanam di kawasan sekeliling rumah dan tanah terbiar berikutan permintaan dan harganya yang tinggi.

Tahun lepas (27 April 2010 Sendayan) Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata pasaran gaharu dunia ketika ini mencecah RM200 juta, tetapi bekalan itu hanya memenuhi kira-kira 20 peratus daripada permintaan sebenar. Berikutan potensi pasaran gaharu yang besar, katanya, kerajaan negeri menggalakkan penduduk memulakan penanaman pokok karas secara kecil-kecilan di kawasan sekeliling rumah atau tanah terbiar yang sediaada.

“Saya yakin program merakyatkan penanaman karas mampu menjadi sumber pendapatan baru kepada penduduk negeri ini, terutama di luar bandar dan boleh dijadikan antara pendekatan kreatif untuk membasmi kemiskinan,” katanya selepas melancarkan Kempen Menanam 26 Juta Pokok peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sendayan, di sini.
Mohamad berkata, iklim tropika menyebabkan pokok karas sesuai ditanam di negara ini dan yakin penanaman pokok itu, terutama dilaksanakan secara komersial akan memberi kesan positif kepada ekonomi rakyat dalam jangka panjang. Katanya, pokok itu yang matang selepas tujuh tahun ditanam mampu menjana ekonomi penduduk pada masa depan berdasarkan faktor harga yang tinggi di pasaran dunia. Beliau juga meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama-sama memberi sokongan untuk memastikan program penanaman pokok karas berjalan lancar di daerah masing-masing bermula tahun ini. (BERITA HARIAN ONLINE 27 APRIL 2010).

Punca utama mengapa pokok gaharu amat bernilai tinggi adalah kerana ia boleh diproses untuk menghasilkan produk kesukaan ramai iaitu minyak wangi. Selain itu, ia juga boleh menghasilkan pelbagai haruman yang sentiasa mempunyai permintaan tinggi sejak zaman berzaman.

Pada masa yang sama, daun-daun pokok gaharu boleh dijadikan produk teh hijau yang kini menjadi kegemaran ramai kerana mempunyai aroma yang menyegarkan selain rasanya yang cukup lazat. Minyak kayu gaharu juga boleh dijadikan sebagai bahan menghasilkan kosmetik kecantikan. Tidak cukup dengan itu akar-akar kayu pokok gaharu ini pula boleh dijadikan produk ubat-ubatan.

Justeru itu cadangan untuk menanam pokok gaharu dikeling rumah dan dijadikan landskap sangat praktikal dan boleh dilaksanakan dengan jayanya.

Google earth lokasi tapak cadangan ladang gaharu dan walit ekopark.

PEMBETULAN : NO H/P ZABRI (019-9341226 )
Siapa berminat kena cepat. unit terhad.

Keluhan rasa pemilik rumah burung walit yang disita MBKT, yang diminta saya siarkan dalam blog.


Email Pertama.

From: Che Hasim Wahab

To: Tn Hj Adanan bin Ibrahim Ketua Unit Direktorat Jabatan Veterinar K.TRG

Sent: Friday, April 15, 2011 15:37:33

Subject: PERISTIWA MBKT MEMUSNAHKAN 4 UNIT RUMAH WALIT DI KONDO RAKYAT

Assalamu’alaikum Tn Hj Adanan.

Saya, Che Hasim Wahab adalah diantara Pengusaha walit terbabit dimana pada 3 April 2011, MBKT telah memusnahkan rumah walit saya, merampas barang2 kelangkapan dalaman serta menyita premis tersebut.

Premis milik penuh saya di alamat 4-08 dan 4-09 (2 Unit disatukan menjadi 1 Rumah Walit), Blok Jelawat, Kondo Rakyat, Kuala Ibai beserta 3 Unit lain telah juga dimusnahkan. Kesemuanya 3 unit di Blok Jelawat dan 1 Unit di Tkt 4 Blok Kelisa.

Kami warga Malaysia, Umat Melayu Islam yang baru saja berjinak2 dan ingin menyahut seruan Kerajaan untuk meningkatkan ekonomi Ummah, telah kehilangan Wang simpanan dan Pinjaman Bank yang telah dilaburkan disini, apabila semua usaha kami hancur berkecai tanpa belas kasihan oleh pehak berkuasa, sedangkan pengusaha2 Bangsa Cina yang telah berkurun bertapak dan mengaut keuntungan dan hasil Jutaan Ringgit dibiarkan tanpa tindakan yang serupa.

Bersama2 ini saya sertakan gambar2 kelengkapan/binaan sarang walit kami yang telah dimusnahkan sama sekali, hingga tidak boleh beroperasi lansung.

Dalam beberapa emel yang selanjutnya saya akan sertakan koleksi2 terbaru rumah2 walit yang bebas beroperasi, disekitar Kondo Rakyat dan juga di Kuala Terengganu.

Saya/kami Pengusaha2 Walit MOHON campurtangan Kerajaan Pusat dan Keperihatian Pehak2 Berkuasa agar memberikan kemudahan dan kelonggaran bagi kami yang bermodal kecil2 ini supaya:-

1. Penggunaan Premis Kediaman sediada dibenarkan, beserta Syarat2 Khas disudut Kekuatan Bunyi Pemanggil, Masa, Kebersihan dan apa2 yang bersesuaian.

2. Premis2/Tapak/Bangunan Perniagaan juga di izinkan dengan Syarat2 yang sama.

Sekiranya peraturan sekarang diteruskan, Pengusaha2 yang dah kaya raya akan terus mengaut keuntungan, dan Pengusaha2 BUMI PUTERA MELAYU ISLAM akan TERUS TERBANTUT dengan pertumbuhan yang amat perlahan.

Kami akan terus ketinggalan dalam usaha untuk mempertingkat ekonomi ummah serta menyumbang kepada Aliran Wang Asing yang masuk ke Negara kita

Email Kedua

From: Che Hasim Wahab

To: Tn Hj Adanan bin Ibrahim Ketua Unit Direktorat Jabatan Veterinar K.TRG ;

Sent: Friday, April 15, 2011 16:03:35

Subject: RUMAH2 WALIT PENGUSAHA2 BUKAN MELAYU DI KAW KONDO RAKYAT

Assalamu’Laikum Tuan Hj.

Di Blok kedai 2 tkt Kondo Rakyat, terdapat kira2 6 Rumah Walit yang amat ketara kelihatan, Bunyi pemanggil walit dipasang kuat melebihi had masa dan didengar kuat di Surau Kondo semasa waktu Maghrib sehingga selepas waktu ISYA’. Saya selalu dengar suara Pemanggil walit masih berbunyi sekitar 10.00 mlm.

Penguatkuasa2 MBKT akan melintasi Bangunan ini dulu sebelum sampai ke Blok kami kerana ianya berada di laluan utama didepan. Saya yakin dan Pasti mereka nampak dan dapat mendengarnya sekiranya cermin kereta dibuka.

Beberapa Unit sudah kira2 3 tahun beroperasi…. namun hanya Bumiputera Malayu sahaja yang jadi mangsa Fitnah..

Pelaburan rumah walit dalam kebun gaharu.


Walit dan gaharu adalah pelaburan yang berimpak tinggi. Bina rumah burung Walit dalam kebun gaharu merupakan pelaburan yang amat menguntungkan.Kedudukan yang jauh dari penempatan penduduk dapat mengelakkan kebisingan dan tidak menggangu orang. Dengan mengoptimakan penggunaan tanah melalui pelaburan dua dalam satu ia itu tanam pokok gaharu dan dalam masa yang sama bangunkan dengan projek burung walit.

Industri Burung Walit ini merupakan satu industri yang dahulunya agak tidak diketahui ramai..hanya segelintir saja yang tahu khususnya kaum tiong hwa. Kini..ia tidak lagi menjadi satu rahsia.Bahkan hampir kesemua penduduk khususnya di Malaysia mengetahuinya akan kelebihan dan kehebatan yang tersembunyi sebalik industri ini.Pendapatan yang lumayan tidak perlu diceritakan lagi. Ia boleh diwarisi kepada beberapa generasi.

Begitu juga gaharu yang merupakan tanaman yang cukup lumayan. Pernah tak anda terfikir bagaimana anda boleh terlibat didalam kedua-dua industri yang cukup hebat ini. Anda mungkin tidak memiliki tanah dan berada jauh di ibu kota. Mana mungkin anda dapat memiliki kedua-duanya sekali. Itu juga yang saya fikirkan bagaimana boleh membantu anda semua. Anda mungkin tidak mempunyai kepakaran dalam dua bidang ini. Jadi saya percaya boleh membantu anda semua. Untuk itu saya telah mengenal pasti sebidang tanah untuk dipecah lot dengan syarat bangunan untuk tanaman gaharu dan sekali gus membangunkan rumah burung walit di Marang Terengganu. Nanti saya akan tunjukkan foto lokasinya dalam google earth. Kami bersedia untuk dilantik sebagai konsultan bagi kedua-dua projek tersebut.Foto diatas adalah contoh rumah burung walit dalam kebun gaharu.

Jika ada sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya : Jahani (0199539402) atau Zabri (0199341226) atau email:- jahani.ismail@gmail.com

Berikut adalah suatu sisipan kejayaan penyelidik dalam industry gaharu:-

SHAH ALAM 12 Jan. 2011 – Universiti Teknologi Mara (UiTM) maju setapak lagi dalam dunia penyelidikan apabila berjaya mencipta teknik perangsang pertumbuhan pokok gaharu dan penghasilan damar yang bermutu tinggi.

Hasil penyelidikan selama setahun yang diketuai oleh Timbalan Dekan Fakulti Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM, Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid antara lainnya mampu menghasilkan lebih banyak pati minyak gaharu berkualiti tinggi.

Kejayaan itu mendapat pengiktirafan Southern Farm Valley Johore Sdn. Bhd. apabila firma itu memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan UiTM hari ini untuk mengeluarkan dan memasarkan produk tersebut di dalam dan luar negara.

Ku Halim ketika ditemui selepas majlis itu yakin produk berkenaan mampu memberi pulangan hasil jualan lebih RM300,000 sebulan kepada syarikat terbabit.

“Walaupun hanya menggunakan laman web interaksi sosial seperti Facebook sebagai medium promosi, ia tetap menerima permintaan tinggi dari beberapa negara jiran seperti Vietnam dan Indonesia.
“Malah di Asia Barat yang terkenal dengan industri minyak gaharu turut menyatakan minat untuk mendapatkan produk tersebut,” katanya.

Menurut Ku Halim, pihaknya merancang mengeluarkan lebih banyak produk berasaskan damar pokok gaharu.
“Kami sedang melakukan penyelidikan untuk menghasilkan produk kosmetik menggunakan damar pokok gaharu menjelang pertengahan tahun depan,” katanya.

Harga teras gaharu yang berkualiti di Pasaraya ternama Saudi Arabia 50,000 RS/Kg.

Percaya atau tidak, Tanam gaharu boleh jadi jutawan. Seseorang itu boleh menjadi jutawan hanya dalam tempoh sekurang-kurangnya tujuh tahun jika menanam sebanyak 400 pokok gaharu di kawasan seluas 0.4 hektar atau 1 ekar tanah. Itu hakikat yang menjadi fenomena hari ini. Ramai orang bercakap pasal gaharu. Tidak kurang juga yang menafikannya. Mana ada tanaman boleh jadi kaya. Itu hanyalah dakyah pengusaha anak benih gaharu. Mana ada bukti hanya dengan menanam gaharu orang jadi kaya. Mustahil!.mustahil!…Ramai dah yang terkena.

Lantaklah nak percaya ke tidak. Memang begitulah orang kita, kena tengok orang lain Berjaya dahulu baru nak buat. Masih saya ingat diawal 2005 dahulu orang pandang sinih bila kita buat rumah burungwalit, kata mereka orang islam haram makan hasil jualan sarang burung. Nijis kata mereka… astaga… Hari ini sana sini orang buat sarang burung. Sarang banyak burung pulak tak berapa ramai. Entahlah tak faham saya sikap orang kita.

Apa tak kayanya orang tanam gaharu kerana khabarnya harga cukup mahal. Lebih mahal dari harga emas. Ini bermakna, berdasarkan harga pasaran, setiap pokok gaharu yang berusia antara tujuh hingga sepuluh tahun mempunyai nilai antara RM5,000 hingga RM20,000 sepokok.


Sememangnya pokok gaharu mempunyai nilai yang sangat tinggi dan ia merupakan faktor utama mengapa David Ho Kwan Meng dari Gopen sanggup berbelanja besar mengusahakan ladang gaharu pertama di negara ini. …. Dalam buletin utama TV3 hari itu ladang di Gopen itu mempunyai 20,000 pokok gaharu. Manakala dikatakan harga teras gaharu mencecah sehingga RM17,000 sekg.

Pada masa yang sama, daun-daun pokok gaharu boleh dijadikan produk teh hijau yang kini menjadi kegemaran ramai kerana mempunyai aroma yang menyegarkan selain rasanya yang cukup lazat. Menurut David, minyak kayu gaharu juga boleh dijadikan sebagai bahan menghasilkan kosmetik kecantikan. Katanya, tidak cukup dengan itu akar-akar kayu pokok gaharu ini pula boleh dijadikan produk ubat-ubatan.

”Sebab itulah pokok gaharu ini mempunyai nilai yang sangat tinggi. Malah nilai sebatang pokok gaharu boleh mencecah sehingga RM3 juta ringgit jika mempunyai minyak yang banyak. ”Namun kebiasaannya pokok gaharu yang bernilai jutaan ringgit itu berumur antara 20 hingga 30 tahun dan dari jenis baka yang baik,” katanya.

Siang tadi saya dikunjungi oleh seorang Dato’ , beliau pernah menjadi ahli Lembaga Pengarah anak syarikat Tabung Haji. Kini bergiat aktif dalam perniagaan. Beliau juga pernah menjadi EXCO Kerajaan Negeri Terengganu. Beliau baru pulang dari menunaikan umrah. Kedatangan beliau membawa buah tangan kepada saya, minyak wangi berjenama “ Aljefri Oud” Made in France. Melihat pada bungkusannya tentunya mahal. Beliau membelinya di pasaraya ternama di Jedah, Arab Saudi. Terima kasih diucapkan.

Rupa-rupanya beliau tidak tahu saya terlibat dengan industri gaharu. Saya sengaja tidak memberitahu beliau tentang gaharu. Dibiarkan beliau bercerita kepada saya tentang minyak wangi “OUD” ini. Oud adalah gaharu ia sememangnya digemari oleh orang Arab. Kata beliau wangian oud ini bukan sekadar wangian untuk pakaian, tetapi digunakan juga wangian untuk makanan dan minuman. Digunakan juga oud ini dalam teh dan juga kopi. Orang Arab memang mengemarinya. Cukup mahal katanya.

“ Awak tahu Jahani, saya tengok sendiri di kedai yang saya beli Aljefri Oud ini. Satu paket kayu gaharu yang dibungkus special harganya 50,000 sekilo (Rial Arab Saudi), “ Wau… kata saya terperanjat. Kalau kita ada 1 kg teras gaharu, pergi jual disana kaya kita Jahani . Sambung Dato’ itu lagi.

Keghairah beliau menceritakan kepada saya tentang oud menyebabkan saya tidak boleh berahsia lagi dengan beliau tentang keterlibatan saya dalam industri gaharu ini. Akhirnya beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada saya. Hebat-hebat katanya mengakhiri perbualan…… Menunggu masa untuk Dato’ menanam gaharu secara besar-besaran. Sememangnya beliau mempunyai tanah.

Berhati-hati bila anda ditawarkan lot-lot tanah untuk tanaman gaharu kerana kemungkinan tanah tersebut tidak boleh diluluskan untuk dipecah lot.


Permintaan terhadap minyak gaharu disebut cecair emas melebihi jumlah penawaran yang sememangnya terhad penghasilannya. Atas peluang ini maka banyak pihak yang mempunyai kepakaran dalam sektor penanaman Gaharu mengorak langkah aktif dengan meneroka tanah-tanah yang berpotensi untuk dimajukan sebagai ladang tanaman gaharu.

Pelbagai kaedah telah mula diperkenalkan supaya sesiapa sahaja dan dimana sahaja mereka berada boleh terlibat dalam industri bernilai tinggi ini. Terdapat syarikat yang memperkenalkan kontrak penanaman. Syarikat membekalkan anak pokok dengan harga RM100 sepokok untuk ditanam oleh pemilik tanah. Selepas 10 hingga 15 tahun syarikat tersebut membeli semula pokok tersebut dengan harga RM1000. Kos penanaman dan penjagaan akan ditanggung oleh pemilik tanah. Kaedah ini saya difahamkan telah diamalkan diselangor.

Terdapat juga syarikat yang menjual lot-lot tanah yang ditanam dengan pokok gaharu pada harga tertentu. Pembeli harus berhati-hati kerana ada kemungkinan proses pecah lot tanah tersebut tidak boleh diluluskan oleh pihak berkuasa. Sebagai contoh sekeping tanah di pendalaman yang yang tiada rezab jalan masuk sememangnya tidak dapat diluluskan sebagai lot untuk perumahan. Jika ada syarikat yang mendakwa boleh menjualnya sebagai lot perumahan. Lot ini boleh ditanam gaharu dahulu sebelum dibangunkan dengan projek perumahan. Pembeli akan terperangkap kerana jika tanah ini tidak diluluskan untuk pecah lotnya, bermakna pembeli hanya membeli pokok gaharu sahaja. Walaupun ada perjanjian namun perjanjian ini tidak dapat dikuatkuasakan dimahkamah kerana ia bercanggah dengan Kanun Tanah Negara (KTN). Jadi pembeli harus berhati-hati jika perlu semak dahulu di Pejabat Tanah yang terdekat.

Potensi yang begitu besar dalam penanaman gaharu ini sepertimana yang disiarkan dalam bulletin TV3 semalam telah membuka mata banyak pihak untuk melabur dalam bidang ini. Sambutan hangat daripada orang ramai yang membeli lot-lot Gaharu sebagai pelaburan mendorong syarikat tertentu untuk mengambil peluang ini. Kawasan baru telah dikenal pasti dalam perladangan gaharu bagi menampung permintaan yang mameningkat. Beberapa koperasi dan badan tertentu menunjukkan minat untuk membuat belian secara besar-besaran. Selain itu perniagaan ini juga mula mendapat perhatian daripada pembeli dan pelabur dari beberapa buah negara luar seperti Thailand, United Arab Emirates (UAE), Jepun dan sebagainya.

Justeru itu group jahaniwalit.com juga telah mengenalpasti beberapa keeping tanah yang boleh dimajukan sebagai kawasan perumahan. Rumah burung walit dan juga tanaman gahru. Tanam gaharu dahulu selepas 6 hinnga 10 tahun hasil daripada gaharu boleh digunakan untuk membina rumah. Boleh juga dibangunkan dengan tanaman gaharu bersekali dengan rumah burung walit. Kawasan tanah yang telah dikenalpasti ialah dikawasan Marang dan Hulu Terengganu.

Buletin Utama TV3 Malam ini, 17 April 2011 jam 8.00 malam.


Berita TV3 Ahad 17 April 2011. Buletin Utama. Pembaca berita menyebut ; Harganya mencecah RM1700 hingga RM17,000 sekilogram . Digunakan secara meluas dalam industri minyak wangi.

Namun khasiat gaharu tidak habis disitu. Dari akar hingga pucuk pokok ini banyak gunanya. Tumbuhan yang dikenali sebagaj aquilaria ini dikenali juga sebagai karas atau depu ia mempunyai potensi yang besar.

Potensi yang ada mendorong sebuah syarikat dari Gopen Perak melabur jutaan ringgit membuka ladang tumbuhan ini. Terletak di Kampong Sungai itik, ladang gaharu yang mempunyai teknologi tinggi ini mempunyai lebih 20,000 pokok gaharu.

Menurut pemilik ladang ini umur pokok berumur 6 bulan harga boleh mencecah RM1000 keatas. Lagi pun jika umur pokok 18 tahun keatas ia boleh beli sebuah bunglow. Lazimnya gaharu ditebang selepas 5 tahun.

Daun gaharu diproses menjadi serbuk minuman. Akar dijadikan ramuan ubat herba. Buah gaharu juga ada gunanya. Analisa daripada buah ini menjadi privent untuk kanser juga untuk orang yang menghadapi kencing manis. Selain barah gaharu juga untuk merawat kencing manis. Namun teras gaharu mendapat permintaan paling tinggi dalam industri minyak wangi. Harga mencecah RM1700 hingga RM17000 sekilo gram bergantung kepada usia. Tidak hairanlah, jadi tidak hairanlah hutan negara sering dicerobuh warga asing yang mahu mendapatkan gaharu. .

Inokulasi pokok gaharu yang ditanam untuk menghilangkan fobia terhadap perladangan hutan yang tidak berjaya pada pandangan masyarakat.


Perjalanan ke ladang karas mengambil masa 20 minit. Daripada persimpangan Merchang ke Durian Pahit melalui jalan bertar. Daripada jalan berturap kita melalui jalan ladang kelapa sawit dan kebun getah. Jika menggunakan kereta kita tidak mampu sampai ke Ladang Karas kerana jalannya curam dan berbukit. Lebih-lebih lagi bila lepas musim hujan jalan licin dan bahaya.

Hari itu En Wahab pegawai penjaga tunggu diluar simpang beliau membawa kami dengan pacuan empat roda (Landrover) Jabatan Perhutanan. Peralatan yang akan digunakan terpaksa dibawa dengan landrover.

Diantara peralatan yang diperlukan ialah mesin dril dan engine generator , bekas pengisi bahan inokulasi, tangga dan lain-lain peralatan yang mungkin diperlukan. .

Ketibaan kami diladang disambut oleh 10 orang kakitangan jabatan perhutanan. Kami dibawa keblok sampel yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari pejabat ladang . Jabatan Perhutanan Terengganu membenarkan kami membuat inokulasi sebanyak 5 pokok. Pokok pokok yang dipilih ini ditanam pada 2005. Umur pokok yang berusia 6 tahun ini belum lagi dibuat inokulasi.

Kebadiran kami adalah untuk membantu Jabatan Perhutanan menilai beberapa teknologi inokulasi yang boleh memberi kejayaan. Kami sangat berharap percubaan inokulasi kami berjaya dan ianya akan dapat berkongsi bersama jabatan dan rakyat.

Saya percaya bahawa jika teknologi ini berjaya ia akan dapat membantu masyarakat untuk terlibat dalam industri ini. Banyak tanah-tanah milik yang dibiarkan kosong bukan kerana tanah tidak subur atau kurang modal. Tetapi rakyat hilang keyakinan terhadap tanaman buah-buahan atau lain-lain projek pertanian yang boleh dikomersialkan. Menanam pokok buah buahan tidak berbaloi kata mereka kerana harga buah-buahan amat murah sehinggakan upah memetik buah lagi mahal daripada harga buah itu sendri. Sebagai contoh buah duku. Bila musim duku berbuah ramai pemilik kebun duku membiarkan sahaja buah duku memburuk dipokok. Begitu juga pimilik kebun durian, rambutan dan sebagainya.

Industri pertanian yang diyakini pada masa ini adalah getah dan kelapa sawit. Walau pun hasilnya tidak besar tetapi industri getah dan kelapa sawit telah cukup matang dimata masyarakat. Tidak siapa yang boleh mempertikaikan kejayaan kedua-dua tanaman ini.

Tetapi berbeza dengan tanaman gaharu secara perladangan hutan ini agak baru, masyarakat pula masih fobia dengan projek anjuran kerajaan sebelum ini seperti sentang, akasia, jati emas dan sebagainya. Langkah ujian inokulasi ini diharapkan dapat membantu masyarakat menghilangkan fobia tersebut.

Projek R&D inokulasi pokok karas di Ladang Karas Jabatan Perhutanan Terengganu oleh jahaniwalit.com

jahaniwalit.com bersama kakitangan Jabatan Perhutanan Terengganu di Ladang Karas Merchang untuk melaksanakan kajian inokulasi.

Lubang Masuk Burung – LMB Rumah Burung Walit


Lubang Masuk Burung – LMB Rumah Burung Walit

Agak lama saya tidak tulis perihal burung walit. Minat saya sekarang lebih tertumpu kepada projek gaharu. Keyakinan memuncak kepada projek gaharu apabila inokulasi yang dijalankan telah membuahkan hasil yang menakjubkan. Ramai juga dikalangan kawan-kawan yang tidak percaya. Tak apa kerana biasalah manusia nie bila tidak Nampak dengan mata sendiri sukar untuk percaya.

Kalau tiada aral melintang hari ini saya akan masuk keladang karas milik Jabatan Perhutanan Terengganu untuk melihat kemungkinan pokok diladang tersebut telah boleh dibuat inokulasi bagi menghasilkan gaharu.

Dua hari lepas menguruskan rumah walit disebuah Bandar kecil di Terengganu. Lama dah saya tidak berkesempatan kemari maklumlah kerana sibuk dengan tugas harian. Sesampainya disana agak terkejut kerana tiada bunyi twiter sama ada suara dalam atau luar. Namun begitu burung walit masih juga menginak disitu.

Pembiakian dan pembetulan terpaksa dilakukan disitu. Tambahan pula pemilik rumah burung jiran telah menaikkan dindig setinggi 10 kaki sebelah lubang masuk sisi. Keadaan ini menghalang kelancaran masuk burung. Dengan itu terpaksalah dibuka lubang masuk lain. Tiada pilihan melainkan lubang terjun.

Untuk memastikan sama ada tubing terjun ini member kesan atau tidak saya terpaksa menunggu didalam rumah burung ini sehingga lepas magrib. Bila saja menjelang magrib burung telah masuk berpusu-pusu luar biasanya. Yakinlah saya dikawasan ini lubang terjun sangat sesuai selepas adanya ganguan dilubang sisi.

Benarlah kata sesetengah penulis bahawa lubang terjun sangat sesuai kerana ketika masuk Walit dapat memerhatikan sekeliling samaada selamat atau ada predator. Kalau lubang monyet walit agak curiga untuk masuk.

Lubang terjun kita boleh pasang tweter dengan volume besar……kalau lubang sisi ia akan menjadi bising….kita dibenci jiran.

Musim hujan atau ribut tiada masalah mendarat / landing berbanding dengan lubang sisi.

Burung walit – MBKT sita empat rumah

KUALA TERENGGANU – 5 April 2011 Operasi selama tiga jam bermula pukul 11 pagi melibatkan 50 anggota itu dijalankan hasil aduan orang ramai tentang kegiatan haram berkenaan yang beroperasi sejak beberapa tahun lalu.

Pengarah Jabatan Kawalan Bangungan MBKT, Zakaria Abdullah berkata, ia merupakan sebahagian daripada 14 unit kediaman yang dikenal pasti digunakan untuk tujuan itu sehingga mengganggu ketenteraman penduduk.

Katanya, mereka telah diberi notis peringatan agar merobohkan kembali ubah suai haram yang telah dilakukan sebelum MBKT mengambil tindakan dalam tempoh 14 hari. “Untuk permulaan, empat unit telah disita manakala 10 buah lagi akan disita dalam masa terdeka,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi.

Sehubungan itu, kata beliau, mereka terlibat telah diminta mengubah suai kembali rumah tersebut sebagai tempat kediaman untuk mengelak dikenakan tindakan.

Dalam pada itu, seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Maimunah, 45, mengaku bahawa sejak kegiatan tersebut dijalankan beberapa tahun dahulu, penduduk tinggal dalam keadaan tidak selesa.

Katanya, ia ekoran bunyi bising setiap hari yang dikeluarkan oleh sistem pembesar suara bagi menarik burung tersebut bersarang menyebabkan pencemaran kawasan sekitar. Tambahnya, selain itu, najis haiwan berkenaan turut memenuhi bumbung dan ruangan pejalan kaki di perumahan itu setiap hari.

“Keadaan ini telah berlarutan sejak beberapa tahun biar pun telah beberapa kali aduan dibuat,” ujarnya

Teknik penanaman gaharu – Utusan Malaysia online 19/03/2010


Pada umumnya terdapat dua spesies pokok yang menghasilkan gaharu iaitu pokok karas (Aquilaria spp.) dan cendana (Gyrinops spp.). Proses terjadinya gaharu apabila pokok yang mengalami luka atau diserang penyakit dan kulat yang menjangkiti pokok tersebut merebak ke dalam jaringan pembuluh kayu (vesel). Untuk terus hidup, kulat tersebut akan menggunakan cairan sel dalam saluran pokok sebagai sumber tenaganya atau makanannya secara perlahan-lahan sehingga menyebabkan kurang atau terhentinya penghantaran makanan kepada daun.

Sel-sel yang isinya sudah dimakan oleh kulat akan membentuk suatu kumpulan sel mati pada jaringan pembuluh kayu. Hasil tindak balas kimia dalam kayu tersebut akan menghasilkan resin atau damar wangi yang dinamakan gaharu dan apabila dibakar akan mengeluarkan aromanya yang tersendiri.

Pokok karas yang mengeluarkan gaharu adalah dari famili Thymelaeceae yang mana terdapat 25 spesies Aquilaria dijumpai di seluruh dunia.

Di Malaysia terdapat lima spesies utama iaitu; A. malaccensis, A. hirta, A. beccariana, A. rostrata, A. microcarpa.

Terdapat tiga spesies kurang dikenali termasuk A. brachyanta, A. cumingiana dan A. crassna. Menurut Pensyarah Fizik Kayu, Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Madya Dr. Mohd Zin Jusoh, beberapa faktor harus dipertimbangkan dalam usaha penanaman pokok karas secara perladangan.

“Antaranya adalah, pemilihan anak benih, jarak tanaman, kaedah penanaman, kaedah suntikan dan pasaran. Ia juga harus dinilai untuk meminimumkan risiko yang ada bertujuan mendapat hasil yang maksimum selepas tujuh tahun penanaman,” katanya.

Pertama, dari segi pemilihan anak benih sering menjadi persoalan. Terdapat dakwaan bahawa spesies A lebih baik dari spesies B dan ada yang sebaliknya kerana ia lebih cepat membesar dan lebih mahal. “Kita seharusnya meneliti semula kawasan penanaman kerana pokok karas memerlukan habitat yang unik berbanding dengan pokok lain,” katanya.

Katanya, pokok yang sihat dan membesar dengan cepat biasanya menghasilkan gaharu yang sedikit berbanding pokok yang sakit, ‘stres’ dan cedera. “Ia sebenarnya selari dengan kejadian semulajadi gaharu di dalam hutan, pokok yang berada di kawasan berbatu dan mengalami tindakbalas kecederaan yang teruk menghasilkan gaharu yang lebih bermutu.

“Kita juga harus melihat kepada permintaan pasaran dan spesies yang menjadi pilihan pembeli dan mempunyai harga yang tinggi. Spesies Aquilaria malaccensis merupakan salah satu spesies yang mempunyai nilai komersial yang tinggi. “Manakala kaedah penanaman, jarak penanaman 6 kaki x 6 kaki atau 10 kaki x 10 kaki menghasilkan jumlah tanaman pada 430 pokok atau 1,000 pokok seekar,” ujarnya.

Tambah beliau, penanaman secara integrasi adalah lebih meminimumkan risiko, malahan memberi pulangan jangka pendek yang boleh menampung kos keseluruhan. Jelas Mohd. Zin, boleh dilakukan dengan tanaman herba dan tanaman kontan dan jarak tanaman harus sesuai dengan keadaan tanah.

Selepas pokok karas mencapai usia lima tahun, suntikan sejenis enzim dilakukan untuk merangsang penghasilan gaharu dan dibiarkan selama dua tahun sebelum mendapat hasil yang optimum. “Tanpa pendekatan ini pokok karas tidak mampu membentuk gaharu di dalamnya kerana dalam keadaan dengan semulajadi, gaharu terbentuk apabila pokok mencecah usia 20 – 40 tahun melalui kecederaan fizikal atau serangan mikro organisma,” katanya.

Menurut Mohd. Zin, pokok karas sesuai ditanam di kawasan dataran rendah dan pergunungan pada ketinggian antara 0 dan 750 meter (m) dari aras laut. “Purata taburan hujan kurang dari 2000 sentimeter (sm) setahun dan suhu paling sesuai adalah antara 27-32 darjah Celsius dan cahaya matahari antara 45-70 peratus.

“Pertumbuhan pokok mampu mencapai ketinggian antara 25 dan 40 meter dan diameter antara 60-80 sm pada ukur lilit,” katanya. Tanah yang sesuai bagi penanaman pokok karas adalah dari jenis lempung dan liat berpasir dan pH tanah antara 4. – 6 pH. Penanaman boleh dijalankan di tanah persendirian, hutan simpan dan tanah kerajaan melalui dua kaedah tanaman iaitu;

Tanaman ini dilaksanakan dengan jarak tanaman 3 x 3m dengan jumlah sebanyak 1000-13000 pokok sehektar. Ada juga yang ditanam dengan jarak tanaman 2 meter x 2 meter dengan jumlah yang boleh mencapai 1600 batang pokok sehektar.

Kaedah tanaman Selingan

Pokok karas juga boleh ditanam di bawah pokok-pokok yang lain yang berumur antara 5-8 tahun seperti di ladang kelapa sawit, ladang getah, ladang Kopi, ladang Acacia secara tanaman berselang

Kongsi kejayaan inokulasi pokok karas dari spesis dan teknologi tempatan.

Karas jahaniwalit.com di Kampong Pela, Hulu Terengganu

Ladang karas milik persendirian di Kampong Pak Madah, Terengganu

Petak kajian tanaman karas Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu

Spesis gaharu yang terbaik di Malaysia adalah Aquilaria Malaccensis.

Teknologi penghasilan gaharu semakin maju. Namun jika kita tidak menanamnya, teknologi tiada makna.


Bila menyebut gaharu, ramai di antara kita yang membayangkan harganya yang begitu mahal sehingga ada yang mengatakan ia lebih bernilai dari emas. Harganya boleh mencecah sehingga RM14,000 – RM20,000 sekilogram untuk kepingan gaharu yang bermutu tinggi. Namun, semua hasil ini diambil dari hutan dan kini realitinya, pokok karas diancam kepupusan.

gaharuTanpa kesedaran untuk penanaman semula, negara kita mungkin tidak lagi dapat mengeksport hasil gaharu yang begitu tinggi permintaannya ke negara-negara Timur Tengah dan juga negara lain seperti Taiwan, Jepun dan sebagainya. Mungkin kita patut menoleh ke negara jiran yang lain seperti Indonesia, Thailand dan Myamar, mereka sudah jauh meninggalkan kita dari segi teknologi dan perladangan.

Mungkin, kekurangan sumber maklumat yang tepat dan juga permulaan modal yang tinggi untuk diusahakan secara komersil menjadi faktor ia kurang diminati. Wajar, agensi – agensi kerajaan yang ada memainkan peranan dalam menyalurkan fakta yang lengkap dan perkembangan teknologi harus dicapai dalam usaha menjadikan ia sebagai industri direalisasikan.

Ramai di antara kita yang tidak sedar, usaha penanaman pokok karas sudahpun dilakukan oleh beberapa agensi yang ada di beberapa tempat di negara kita, juga penyelidikan dalam penghasilan gaharu melalui kaedah suntikan dan inokulasi juga giat dijalankan.Namun, kurangnya pendedahan dan pengumpulan maklumat, ia kurang memberi impak dalam pelaksanaannya.

Untuk mereka yang berminat dalam penanaman pokok karas, mungkin ada berita gembira. Mulai tahun hadapan (2007), teknologi dalam penghasilan gaharu akan dibawa masuk ke negara kita. Usaha menjemput Prof. Blanchette oleh satu agensi kerajaan adalah sangat tepat pada masanya. Namun, jika kita tidak menanamnya, teknologi tiada makna.

Berbalik kepada usaha penanaman pokok karas secara ladang, beberapa faktor harus dipertimbangkan seperti pemilihan anak benih, jarak tanaman, kaedah tanaman, kaedah suntikan dan pasaran. Ia harus dinilai untuk meminimakan risiko yang ada dan mendapat hasil yang maksima selepas 7 tahun pelaburan.

Pertamanya, pemilihan anak benih sering menjadi persoalan. Ada yang mengatakan spesis A lebih baik dari spesis B dan ada yang sebaliknya kerana ia lebih cepat membesar dan lebih mahal. Seharusnya kita meneliti semula beberapa kajian, pokok karas sebenarnya mempunyai method yang berbeza dengan pokok lain. Pokok yang sihat dan membesar dengan cepat menghasilkan resin gaharu yang sedikit berbanding pokok yang sakit dan diganggu.

Ia sebenarnya selari dengan kejadian semulajadi gaharu di dalam hutan, pokok yang berada di kawasan berbatu dan mengalami tindakbalas kecederaan yang teruk menghasilkan gaharu yang lebih bermutu. Kita juga harus melihat kepada permintaan pasaran, spesis manakah yang menjadi pilihan pembeli dan mempunyai harga yang tinggi. Spesis Aquilaria Malaccencis adalah merupakan salah satu spesis yang mempunyai nilai komersil yang tinggi.

Manakala kaedah penanaman, jarak penanaman 6’x6′ atau 10’x10′ menghasilkan jumlah tanaman pada 430 pokok atau 1,000 pokok seekar. Penanaman secara intergrasi adalah lebih meminimunkan risiko, malahan memberi pulangan jangka pendek yang boleh menampung kos keseluruhan. Sulaman boleh dilakukan dengan tanaman herba dan tanaman kontang. Penjarakkan yang sesuai harus dilihat.

Selepas pokok karas mencapai usia 5 tahun, suntikan sejenis enzim dilakukan untuk penghasilan gaharu dan dibiarkan selama 2 tahun sebelum mendapat hasil. Perlu diingatkan, tanpa teknologi ini pokok karas tidak akan membentuk gaharu di dalamnya. Berbeza dengan semulajadi, gaharu terbentuk pada usia pokok 20 – 40 tahun melalui gangguan oleh fizikal atau microrganisme.

Banyak laporan di dada akhbar dan laman web, menyatakan setiap pokok menghasilkan gaharu bernilai sehingga RM14,000 – RM18,000. Tetapi, kita perlu menilai setiap aspek dan risiko. Mungkin tidak keterlaluan jika kita meletakkan RM1,000 sahaja untuk sepokok yang menghasilkan gaharu. Bayangkan anda menanam 1,000 pokok dan anda tentu dapat mengira angkanya. Malahan jika hanya 50% sahaja yang menjadi, jumlah pendapatannya masih tinggi!

Oleh itu, amat penting untuk kita semua memperolehi sebanyak mungkin maklumat untuk merealisasikan penanaman pokok karas secara ladang. Diharapkan ada agensi yang bertindak sebagai pemantau dan dapat menyimpan data semua ladang karas di negara kita. Maklumat sebegini amat berguna untuk rujukan dimasa akan datang.

-JASBEN PLANTATION@2006 .

Industri Gaharu ; Tanpa ilmu yang cukup para pengusaha boleh diibarat belayar tanpa arah tuju dan apa yang pasti hasil yang diperolehi pastinya tidak seperti yang diimpikan.


Seorang pengusaha, petani, penternak, mahupun apa jua bidang yang diusahakan, ilmu yang berkaitan apa yang dilakukan adalah amat penting bagi memastikan kejayaan sentiasa berada di sisi kita. Tanpa ilmu kita akan terjebak dengan kegagalan. Tanpa ilmu yang cukup para pengusaha boleh diibarat belayar tanpa arah tuju dan apa yang pasti hasil yang diperolehi pastinya tidak seperti yang diimpikan.

Begitulah fenomena yang sedang berlaku di dalam perusahaan tanaman karas atau lebih dikenali sebagai gaharu. Justeru itu pengusaha gaharu hendaklah mencari peluang untuk memperbaiki segala kelemahan, kekurangan serta masalah yang sering dihadapi dalam perusahaan tersebut.

Maklumat yang lebih tepat daripada segi kajian saintifik serta aplikasi sains di dalam industri tersebut harus diteroka oleh mereka yang terlibat dalam industri ini. Semua pihak yang terlibat harus mendapat pendedahan mengenai teknik-teknik yang betul secara ilmiah mengenai gaharu.

Industri asastani yang mempunyai impak tinggi dalam ekonomi ini semakin berkembang khususnya dalam bidang bioteknologi. Justeru para pengusaha gaharu tidak lagi boleh berada pada takuk lama, dimana mereka juga perlu berubah ke arah yang lebih baik.

Ini bermakna setiap pengusaha gaharu perlu mempelbagaikan hasil serta produk mereka bagi memastikan kelestarian produk tersebut berkekalan sekali gus mampu membawa mereka ke arena global. Sehubungan dengan itu setiap daripada golongan ini (pengusaha, penyelidik dan pengguna) sebenarnya adalah saling memerlukan. Maka setiap daripada mereka perlu menggembleng tenaga dan kepakaran untuk menghasilkan teknik yang benar-benar boleh digunapakai.

Penulis sendiri pernah terlibat dalam seminar yang dianjurkan oleh pihak ANGKASA berkaitan dengan industri gaharu ini. Pendedahan awal yang dibuat telah mendatang kesedaran dan minat kepada pemimpin koperasi untuk terus terlibat dalam industri ini. Penulis percaya bahawa sasaran untuk menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama gaharu dunia akan menjadi kenyataan.

Oleh yang demikian semua pihak seharusnya bekerjasama untuk sebarkan maklumat dan ilmu mengenai gaharu ini kepada sesiapa sahaja yang berminat. Sesiapa sahaja yang ingin berkongsi maklumat, ilmu dan pengalaman yang berkaitan dengan industri ini bolehlah emailkan kepada penulis untuk diterbitkan dalam blog jahaniwalit.com.

Aroma gaharu kurangkan stres. Petikan dari majalah Mingguan Wanita September 2010


Dikenali juga dengan nama tengkaras (Melayu), agarwood, aloeswood, eaglewood (Inggeris), oud (Arab),chen-xiang (China), dan jinkoh (Jepun), spesies Aquilaria Malaccensis adalah spesies penghasil resin yang banyak terbaik. Spesies ini mempunyai taburan semula jadi di India, Myanmar, Malaysia, Indonesia, dan Filipina.

Pokok gaharu boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Kulit pokok gaharu licin dan warnanya hampir putih. Daunnya jenis ringkas dan terletak dalam susunan berselang¬seli. Daunnya berbentuk memanjang atau mata lembing. Bunga gaharu terletak dalam jambak di hujung atau ruas ranting dan ketiak daun.

Bunganya berwarna sama ada warna hijau atau kuning. Buah pokok gaharu berbentuk hampir bulat bebola atau memanjang. Pokok gaharu hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750m dari aras laut dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi.

Seluruh bahagian gaharu dikatakan mengandungi agarafuranoid dan ses kuiterpenoid jenis eudesman, eremofilan, valenkan dan vetispiran. Asap gaharu (dibakar) juga mengandugi kumpulan kimia yang sama.

Kayu gaharu pula mengandungi bahan agarospiral, dan jinkoholeremol yang menghasilkan aroma gaharu untuk kegunaan minyak wangi. Manakala komponen methoxypenylethyl chrome pula menghasilkan bahan yang harum apabila gaharu dibakar. Resin mempunyai sifat antijangkitan, antiseptik, antibiotik, pestisid, serta dikatakan mampu berfungsi menghentikan pendarahan dan mengatasi sakit.

Gaharu yang bernilai tinggi ialah bahagian kayunya yang tercedera yang telah dijangkiti kulat dan mengandungi banyak resin. Kayu yang baik berwarna putih atau kuning, lembut, ringan dan kurang berbau apabila dibakar. Kayu yang dijangkiti kulat menjadi keras, berat, berketul-ketul, berwarna hitam atau perang kehitam-hitaman dan sangat wangi apabila dibakar. Minyak gaharu diperoleh melalui proses penyulingan untuk penghasilan minyak wangi yang sangat mahal.

Gaharu banyak digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagamaan dan sebagainya. Gaharu digunakan sebagai bahan kecantikan sejak berabad yang lalu kerana baunya yang eksotik, harum dan mewangi seperti bunga.

Bekalkan antiseptik

Keharumannya dapat digunakan dalam bidang meditasi untuk mengurangkan stres. Minyak yang diekstrak daripada kayu gaharu dikatakan mampu dijadikan sebagai minyak aromaterapi dan mampu memberi ketenangan dan kerehatan minda.

Pengamal perubatan tradisional menggunakan daun pokok gaharu kerana kandungan astringen yang terdapat di dalam daun tersebut. Daun ini dikatakan mampu membantu mengurangkan masalah kulit berminyak dan menghentikan luka berdarah.

Ekstrak daun gaharu juga mampu dijadikan tonik kulit dan ia dikatakan mampu digunakan untuk mengembalikan semula pigmen terhadap masalah leukorderma atau vitiligo iaitu suatu keadaan apabila kawasan-kawasan kulit kehilangan pigmennya dan menjadi putih. Antioksidan dalam daun gaharu dikatakan membekalkan antiseptik yang lembut dan boleh digunakan untuk merawat masalah jangkitan mata, telinga dan luka. Daun yang telah ditumbuk halus dikatakan boleh dibuat ubat pupuk pada tangan dan kaki yang bengkak (busung).

Daun gaharu muda pula dikatakan boleh dijadikan sebagai teh dan diminum untuk mampu merangsang tubuh badan yang lemah jika selalu diminum. Khasiat lainnya adalah daun ini dikatakan mampu membuang toksik dalam badan, mengurangkan kadar tekanan darah tinggi, diabetes, sakit kepala, asma, memperbaiki fungsi buah pinggang, saluran dan peredaran darah dan oksigen serta meredakan ketegangan dan stres akibat tekanan. Selain daripada itu, ia juga dikatakan mampu membantu mengatasi masalah insomnia atau sukar tidur.

Kayu gaharu dikatakan boleh direbus dan kemudiannya diminum untuk merawat cirit dan muntah, demam panas, malaria, lumpuh, reumatisme, sakit perut, melawaskan pembuangan air kecil, dan penawar semasa ibu hamil dan selepas melahirkan anak.

Asap wangi daripada kayu gaharu yang telah dibakar dikatakan boleh dihidu untuk tujuan merawat kanser terutamanya kanser kelenjar tiroid, mengeluarkan angin dalam perut dan usus, melegakan asma, cirit, sakit perut dan juga sebagai afrodisiak.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat gaharu, namun begitu penggunaannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari. .

Gaharu sumber pendapatan alternatif

Penafian dan permohonan maaf.

Maaf jua dipinta kepada penjengok blog jahaniwalit.com kerana lama tidak kemaskini blog. Terdapat sedikit masalah teknikal yang menghalang kelancaran penulisan. Insya Allah masalah ini akan cuba diatasi secepat mungkin. <br><br>

Penulis juga ingin menbuat penjelasan disini bahawa saya tidak terlibat dalam mana-mana blog yang memuat turun dan publish artikel dari blog jahaniwalit.com dan seterusnya tidak bertanggung jawab terhadap ciplakan artikel dari blog ini. Sekian Terima kasih

Mengapakah masih terdapat banyak rumah burung walit yang gagal dan apakah kesilapan yang sering dilakukan?

Mengapakah masih terdapat banyak rumah burung walit yang gagal dan apakah kesilapan yang sering dilakukan?.

Sebab yang paling utama gagal ialah kerana kurang pengetahuan. Khususnya dari segi teknik-teknik membudidaya burung walit. Kesilapan dalam emilihan lokasi. Kajian terhadap teknik-teknik dan kesesuaian mengikut kehendak burung menyebabkan faktor utama kegagalan
sesebuah rumah burung walit. Ramai tukang atau seorang kontraktor yang boleh membina bangunan tetapi belum tentu mampu membina sebuah rumah burung walit mengikut kehendak burung. Rumah burung walit juga memerlukan penyelenggaraan yang berkala dan mereka yang berpengalaman mampu melaksanakannya. Rumah burung walit perlu diselenggara bagi mengekalkan suhu, kelembapan, cahaya, kebersihan, kualiti suara pemanggil, musuh-musuh dan sebagainya pada tahap maksima.

Mengikut pengamatan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu mendapati bahawa
“70 Peratus Pengusaha Rumah Burung Walit Di Terengganu Berakhir Kegagalan “ . Mengapa ?….

Rumah burung walit yang gagal kebanyakannya disebabkan kelemahan dari segi pengurusan,” kata bekas Pengarah JPV negeri Dr Azizol Mohd Sharun selepas melawat salah satu projek rumah walit yang gagal di Kampung Mengabang Telipot, Batu Rakit, Terengganu.

Kos paling rendah untuk membina rumah burung walit ialah RM100,000 dan kebanyakannya dimiliki orang perseorangan. Manakala pembinaannya dilaksanakan oleh kontraktor bangunan. Pemilik sendiri tidak mempunyai pengetahuan langsung dalam bidang ini. Semuanya bergantung kepada consultant. Terkena pula konsultan yang hanya pandai membina bangunan tetapi tiada pengalaman. Terdapat juga konsultan yang menipu pelanggan bila menggunakan suara burung untuk ujian lokasi dijadikan suara memanggil. Bulan pertama memang ramai burung walit yang datang selepas itu hilang entah kemana.

Perkara begini terjadi pada kawan saya, selepas bayaran untuk kontraktor dilunaskan kontraktor hilang , telepon surang datang pun tidak berjawab. Masa terus berlalu pinjaman bank terpaksa dibayar. Garu kepala dan gigit jarilah jawabnya. Oleh itu berhati-hatilah dalam memilih konsultan.

Saya nasihat anda gunalah khidmat mereka yang mempunyai trek rekod yang baik dan berpengalam. Selidik dahulu kejayaan beliau dalam bidang perwalitan ini. Paling tidaknya surat pengiktirafan daripada agensi yang diberi tanggung jawab khususnya Jabatan Veterinar.

Di Terengganu salah seorang konsultan yang di iktiraf oleh jabatan Veterinar ialah En Nik Zulkifli bin Nik Omar dari syarikat ADNIC Bird Nest Entrepreneur. Saudara NiK Zulkifli Omar berpengalaman luas dalam Industri Burung Walit dan telah bergiat cergas selama tujuh tahun dalam bidang tersebut. Mempunyai rangkaiaan perniagaan yang luas dalam dan luar negara. Hubungan yang erat dengan agensi – agensi kerajaan yang berkaitan. Khususnya Jabatan Veterinar. ADNIC Bird Nest Entrepreneur tetah mendapat pengiktirafan serta didaftarkan sebagai perunding pembangunan industri dan prasarana walit. (Pendaftaran No:JPV.TR./WALIT/04/2010

Bukan sahaja rekabentuk bangunan sahaja yang perlu diambil kira. Pemilihan lokasi juga memainkan peranan yang penting. Demikian juga bila kawasan baru dibuka, banyak pula persaing yang mengusahakan rumah burung ini. Perkara ini juga menjadi masalah kerana banyak rumah daripada burung, kacau juga.

Timbul pula persolan jika semakin banyak rumah burung didirikan setiap bulan, apakah kemungkinan terdapat lebihan penawaran sarang burung di pasaran dunia?.

Pengusaha burung walit diminta daftar perusahaan dengan Jabatan Veterinar.

PUTRAJAYA – Pengusaha industri sarang burung walit yang belum mendaftar kegiatan mereka dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) diberi masa tiga tahun dari sekarang untuk berbuat demikian bagi mengelak mereka daripada menghadapi masalah untuk mengeksport produk mereka ke luar negara. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata ketika ini hanya 10 peratus daripada kira-kira 50,000 pengusaha yang berdaftar dengan JPV.

“Apabila mereka mendaftar, JPV akan melihat di mana tempat dia buat, tengok premis, bagaimana prosesnya, kualiti dia bagaimana. Jika tidak memenuhi syarat, mereka tidak akan mendapat lesen kebenaran untuk mengeksport,” katanya kepada pemberita selepas melancar dan menyerahkan buku bertajuk Satu Garis Panduan Pembangunan Industri Burung Walit (1GP) kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan, di sini hari ini.

la boleh diperoleh di Ibu Pejabat JPV di sini dengan harga RM15 senaskhah. Untuk mendaftar pula, pengusaha perlu memuat turun borangnya melalui laman web JPV dengan bayaran sebanyak RM50 bagi setiap pendaftaran.

Noh beliau mengalu-alukan penglibatan mana-mana pihakyang berminat untuk menceburkan diri dalam industri tersebut kerana ia boleh memberikan pulangan lumayan dan membantu menambah pendapatan.

Katanya pelbagai pihak boleh memberi bantuan dalam bentukdana untuk menceburi industri itu termasuk oleh Agro Bank dan JPV sendiri. Beliau berkata nilai pengeluaran industri menternak sarang burung walit kini mencecah RM1 bilion dan boleh mencapai RM5 bilion menjelang 2020. Sumber: http://www.bernama.com.

Pandangan Penulis:

Apalah Pak Menteri ini. Sikit-sikit ugut. Sudah berpuloh tahun industri burung walit berjalan tak ada masalah pun untuk eksport. Baru dua tiga tahun kerajaan terlibat berbagai kerenah nampaknya. Berapa ramai pakar burung walit di JPV. Doktor yang mengaku pakar burung walit dan memberi ceramah burung walit disana sini tak ada pun rumah burung walit.? Maaf ya Pak Menteri bergurau je.

Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.

Peribahasa di atas jarang-jarang lagi kita dengar. Gaharu dan Cendana yang disebut dalam peribahasa ini mungkin terlalu asing bagi generasi sekarang. Bagaimanapun, sekarang ini Gaharu sudah mula menjadi buah mulut di kalangan ramai khalayak.

Gaharu, Karas atau Tabak dan lebih di kenali dengan nama saintifiknya Aquilaria malaccensis. Pada satu ketika dahulu pokok Gaharu ini banyak terdapat di hutan-hutan Malaysia. Oleh sebab kayu Gaharu ini berbau wangi dan dan harganya terdangat mahal, pokok Gaharu banyak yang ditebang.

Begitu juga pokok Cendana atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya Santalum album, yang berasal di Selatan India, terdapat juga di Malaysia pada satu ketika dahulu. Nasib pokok Cendana sama juga seperti pokok Gaharu.

Keunikan pokok Gaharu ini dapat menghasilkan kayu yang berbau wangi. Biasanya pokok yang sudah cukup besar, dijangkiti oleh fungus seterus menyebabkan kayunya berbau wangi. Nenek mayang kita zaman dahulu mengetahui tentang jangkitan pokok Gaharu ini dan seterusnya menebang pokoknya untuk mendapatkan kayu Gaharu yang wangi. Ahli-ahli saintis pula masih lagi tidak mengetahui dan memahami tentang jangkitan yang menyebabkan kayu Gaharu menjadi wangi.

Kayu Gaharu yang wangi ini amat mahal harganya mengikut gred-gred tertentu. Usaha untuk menanam pokok Gaharu ini sudah mula dipergiatkan dan kempen dari negara jiran diperhebatkan. Samalah seperti kempen menanam pokok Jati, Merawan siput jantan dan Sentang dahulu.

Kempen ini lebih menarik lagi dengan menawarkan teknik penjangkitan terhadap pokok Gaharu supaya lebih cepat menghasilkan kayu yang wangi. Teknik penjangkitan fungus ini telahpun diketahui tetapi dirahsiakan. Mereka yang membeli anak-anak pokok Gaharu melebihi lima ribu pokok atau lebih akan di bantu untuk menghasilkan kayu Gaharu yang wangi. Apabila pokok Gaharu yang ditanam berumur 5 tahun, pokok Gaharu ini akan disuntik jangkitan bagi menghasilkan kayu Gaharu yag wangi. Selepas dua tahun suntikan jangkitan dilakukan pokok-pokok Gaharu yang disuntik akan mati seterus menghasilkan 3 – 5 kilogram kayu Geharu yang wangi sepokok. Harga yang ditawarkan pula, dikatakan antara RM5000-RM10,000 per kilogram. Bayangkanlah jika anda mempunyai 5000 pokok Gaharu!

Anak-anak semaian spesies Gaharu yang mula diimport ke Malaysia ialah Aquilaria crasnna, iaitu spesies yang kecil dan berasal dari Kemboja dan utara Thailand. Perlu diingatka spesies ini tidak begitu baik hidupnya di Malaysia kerana ketiadaan cuaca dingin. Spesies yang terdapat di Malaysia ialah Aquilaria malaccensis, iaitu spesies pokok besar.

Sebelum menjalankan usaha menanam Gaharu ini perlu berhati kerana spesies Aquilaria crassna tidak boleh dihidup baik di Malaysia. Teknik jangkitan fungus kepada pokok masih diragui keberkesanannya.

Kayu Geharu kayu Cendana, Sudah tertipu apa gunanya./ Ismail Sudin. An Agri/Horticulturist and Botanist, Writer and Author.