Teknologi penghasilan gaharu semakin maju. Namun jika kita tidak menanamnya, teknologi tiada makna.


Bila menyebut gaharu, ramai di antara kita yang membayangkan harganya yang begitu mahal sehingga ada yang mengatakan ia lebih bernilai dari emas. Harganya boleh mencecah sehingga RM14,000 – RM20,000 sekilogram untuk kepingan gaharu yang bermutu tinggi. Namun, semua hasil ini diambil dari hutan dan kini realitinya, pokok karas diancam kepupusan.

gaharuTanpa kesedaran untuk penanaman semula, negara kita mungkin tidak lagi dapat mengeksport hasil gaharu yang begitu tinggi permintaannya ke negara-negara Timur Tengah dan juga negara lain seperti Taiwan, Jepun dan sebagainya. Mungkin kita patut menoleh ke negara jiran yang lain seperti Indonesia, Thailand dan Myamar, mereka sudah jauh meninggalkan kita dari segi teknologi dan perladangan.

Mungkin, kekurangan sumber maklumat yang tepat dan juga permulaan modal yang tinggi untuk diusahakan secara komersil menjadi faktor ia kurang diminati. Wajar, agensi – agensi kerajaan yang ada memainkan peranan dalam menyalurkan fakta yang lengkap dan perkembangan teknologi harus dicapai dalam usaha menjadikan ia sebagai industri direalisasikan.

Ramai di antara kita yang tidak sedar, usaha penanaman pokok karas sudahpun dilakukan oleh beberapa agensi yang ada di beberapa tempat di negara kita, juga penyelidikan dalam penghasilan gaharu melalui kaedah suntikan dan inokulasi juga giat dijalankan.Namun, kurangnya pendedahan dan pengumpulan maklumat, ia kurang memberi impak dalam pelaksanaannya.

Untuk mereka yang berminat dalam penanaman pokok karas, mungkin ada berita gembira. Mulai tahun hadapan (2007), teknologi dalam penghasilan gaharu akan dibawa masuk ke negara kita. Usaha menjemput Prof. Blanchette oleh satu agensi kerajaan adalah sangat tepat pada masanya. Namun, jika kita tidak menanamnya, teknologi tiada makna.

Berbalik kepada usaha penanaman pokok karas secara ladang, beberapa faktor harus dipertimbangkan seperti pemilihan anak benih, jarak tanaman, kaedah tanaman, kaedah suntikan dan pasaran. Ia harus dinilai untuk meminimakan risiko yang ada dan mendapat hasil yang maksima selepas 7 tahun pelaburan.

Pertamanya, pemilihan anak benih sering menjadi persoalan. Ada yang mengatakan spesis A lebih baik dari spesis B dan ada yang sebaliknya kerana ia lebih cepat membesar dan lebih mahal. Seharusnya kita meneliti semula beberapa kajian, pokok karas sebenarnya mempunyai method yang berbeza dengan pokok lain. Pokok yang sihat dan membesar dengan cepat menghasilkan resin gaharu yang sedikit berbanding pokok yang sakit dan diganggu.

Ia sebenarnya selari dengan kejadian semulajadi gaharu di dalam hutan, pokok yang berada di kawasan berbatu dan mengalami tindakbalas kecederaan yang teruk menghasilkan gaharu yang lebih bermutu. Kita juga harus melihat kepada permintaan pasaran, spesis manakah yang menjadi pilihan pembeli dan mempunyai harga yang tinggi. Spesis Aquilaria Malaccencis adalah merupakan salah satu spesis yang mempunyai nilai komersil yang tinggi.

Manakala kaedah penanaman, jarak penanaman 6’x6′ atau 10’x10′ menghasilkan jumlah tanaman pada 430 pokok atau 1,000 pokok seekar. Penanaman secara intergrasi adalah lebih meminimunkan risiko, malahan memberi pulangan jangka pendek yang boleh menampung kos keseluruhan. Sulaman boleh dilakukan dengan tanaman herba dan tanaman kontang. Penjarakkan yang sesuai harus dilihat.

Selepas pokok karas mencapai usia 5 tahun, suntikan sejenis enzim dilakukan untuk penghasilan gaharu dan dibiarkan selama 2 tahun sebelum mendapat hasil. Perlu diingatkan, tanpa teknologi ini pokok karas tidak akan membentuk gaharu di dalamnya. Berbeza dengan semulajadi, gaharu terbentuk pada usia pokok 20 – 40 tahun melalui gangguan oleh fizikal atau microrganisme.

Banyak laporan di dada akhbar dan laman web, menyatakan setiap pokok menghasilkan gaharu bernilai sehingga RM14,000 – RM18,000. Tetapi, kita perlu menilai setiap aspek dan risiko. Mungkin tidak keterlaluan jika kita meletakkan RM1,000 sahaja untuk sepokok yang menghasilkan gaharu. Bayangkan anda menanam 1,000 pokok dan anda tentu dapat mengira angkanya. Malahan jika hanya 50% sahaja yang menjadi, jumlah pendapatannya masih tinggi!

Oleh itu, amat penting untuk kita semua memperolehi sebanyak mungkin maklumat untuk merealisasikan penanaman pokok karas secara ladang. Diharapkan ada agensi yang bertindak sebagai pemantau dan dapat menyimpan data semua ladang karas di negara kita. Maklumat sebegini amat berguna untuk rujukan dimasa akan datang.

-JASBEN PLANTATION@2006 .

Posted on 25 March, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: