Monthly Archives: June 2010

Perihal harta dunia. Bersediakah anda untuk dipersoalkan diakhirat nanti ?.

“Tukang Kapak, Mungkar dan Nakir……….Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat barang siapa yang dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti. Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.
.

Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata, “Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang kuhias indah seperti banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada harta ku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku.”
.

Adik-adiknya pun menjawab, “Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah. Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. Beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin ditemani di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya diuar-uarkan di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.
.

Akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali ke rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di dalam tanah yang mempunyai kemudahan harian selama 40 hari. Pada waktu yang sama seorang Tukang Kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.
.

Isterinya berkata, Wahai suamiku, apalah sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari dibandingkan kerja-kerjamu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu. Lagi pun makanan disediakan.Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.
.

Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya.
.

Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut. Si Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut. Terdetik di fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh Mungkar dan Nakir.
.

Tetapi sebaliknya yang berlaku, Mungkar dan Nakir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata. Apa yang kau buat di sini?Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya.Apa harta yang kau ada sekarang?
.

Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki. Dari mana kau dapat kapak ni? Aku membelinya. Lalu hilanglah Mungkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur tersebut. Hari kedua di tanya pula, apa yang kau buat dengan kapak ni? Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual.
.
Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni? Kat hutan mana ada orang punya pokok. Adakah kau pasti? Lalu hilang lagi Mungkar dan Nakir hari ke empat.
Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya sama untuk dijual? Aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata lalu hilang dan muncul Mungkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut.
.

Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan Tukang Kapak tersebut. Berkata Mungkar dan Nakir hari ini hari terakhir aku bersamamu buat seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini. Belum sempat Mungkar dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut. Lalu di perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut.

.
Si Tukang Kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan aku tidak menginginkannya lagi. Sesampai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut.
.

Maka jawab si Tukang Kapak. Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal Mungkar dan Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini. Apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku menjawabnya.

ROI juga tidak terlepas dari ketentuan Allah.

Zaman dahulu kelaziman orang tua-tua bila hendak mengada sesuatu kerja, akan pergi menghadapi ahli falak atau pun tuan-tuan guru untuk memilih hari dan tarikh yang sesuai. Mereka sangat percaya memilih hari yang tepat akan membawa tuah dan keberkatan. Bila ada tuah rezeki akan melimpah ruah.

Tujuan memilih hari dan hari bulan adalah supaya projek yang dibuat tidak terganggu dengan musibah dari yang maha Esa. Jika tidak akan dilanda mala petaka di luar dugaan dan ketentuan akal manusia. Itu amalan orang-orang dahulu yang kini sudah dilupai. Kalau tidak kena hari bulan dan pacak hari menyebabkan projek tidak menjadi dan kemungkinan berlaku petaka dan sebagainya.

Apa yang berlaku semuanya kuasa Allah taala belaka. Allah yang menentukan segala-galanya. Bagaimana pun kalau kita diawal lagi bermunajak kepada-Nya, yakin kepada-Nya dan bersih hati untuk mengharapkan rezeki darinya insya Allah semuanya akan menjadi.

Tetapi kerana manusia merasakan dia hero, dia wira, maka peringatan dan suruhan Allah agar berdoa dan memohon kepada-Nya dengan penuh berlapang dada dialpakan begitu saja. Jadi kalau Tuhan juga lupa kepada kita itulah keadilan namanya.

Projek Rumah Burung Walit yang dirancang juga tidak terlepas dari ketentuan Allah ini. Walaupun ROI (return of investment) yang diwar-warkan begitu hebat dan cepat berbanding denagn projek-projek lain. Kita kena ingat bahawa burung walit adalah milik Allah dan hanya dia yang mengawal pergerakan dan kemahuan burung ini. Faktor-faktor yang yang dibincangkan sebelum ini hanyalah sebagai asbab sahaja. Maka tidak mustahil walaupun terdapat sesetengah RBW didapati tidak memenuhi spesifikasi yang diperlukan tetapi sukses juga. Ada kalanya RBW memenuhi segala spesifikasi yang sempurna tetapi gagal.

Oleh itu jangan kita mudah kecewa dengan usaha dan ikhtiar. Penemuan-penemuan baru seharusnya dikaji dan dipraktikkan untuk mencapai matlamat yang diharapkan. Gunakanlah jaringan yang ada untuk kebaikan bersama. Persaingan yang sihat akan memberi faedah bersama.

ROI dalam pelaburan RBW

Mengapa sarang burung walit sangat digemari oleh masyarakat Cina ?.


Terdapat dua kategori sarang burung walit yang terdapat dipasaran. Sarang Burung liar (gua) dan secara ternak (rumah burung). Sarang Burung Liar dikatakan kurang berkualiti kerana sarangnya mengadungi bulu burung serta kotoran semulajadi. Manakala Sarang Burung Ternakan adalah Lebih berkualiti kerana sarangnya lebih licin serta bersih.

Sarang burung walit mengandungi 60% protein (protein larut air & protein aktif). Terdiri daripada 18 jenis asid amino penting, vitamin, serat, karbohidrat, kalsium, zat besi, kalium,fosforus & magnesium. Bahan yang paling penting ialah faktor perangsang mitogen-MSF dan faktor pertumbuhan epidermis-EGF yang dikenali sebagai “Gen Kecantikan”.

Dalam Masyarakat Cina sarang burung walit berada di tahap kedua selain Ginseng.Ia adalah pemangkin pertumbuhan sel dan kulit. Penggunaannya dalam janka panjang – Mencantikan permukaan kulit, menberi tenaga dan mengukuhkn ketahanan kepada golongan tua terhadap penyakit. Dalam Kitab Compendium of Materia Medica dicatatkan sarang burung walit adalah untuk kesihatan paru-paru, buah pinggang, perut dan ginjal.

Kandungan Kimia Sarang Burung Walit ( Sumber daripada Dr. Lim Chan Koon (2002), Swiftlets of Borneo ) ialah 9% moisture, 20% inorganic ash, 32.3% protein (Glycoprotein & 17 types amino acids) dan 38.7% carbohydrate (sialic acid, hexosamines, hexoses, deoxyexose).

Kebaikan Sarang Burung Walit

1. Kajian perubatan Cina di Beijing – Merupakan agen pemutihan kulit dan kesihatan mata.Bagi penghidap asma – merupakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru.

2. Hasil daripada penyelidikan yang dilakukan sarang burung bermanfaat sebagai:

• Zat kolagen yang melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.

• Dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga merupakan nutrisi bagi paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.

• Pengambilan semasa kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan setelah melahirkan anak.

• Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.

• Untuk golongan tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang, serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.

• Untuk kanak-kanak, dapat memperkuatkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru. Menggalakkan perkembangan otak serta menguatkan daya ingatan.

• Merupakan makanan yang amat baik kepada para perokok, serta dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin untuk mencegah serangan barah ( cancer ).

Kepentingan Kologen pada tubuh manusia adalah kerana ramai wanita merasa bimbang melihat kedut kedut halus yang muncul pada sekitar wajah pabila usia mula meningkat, biarpun berlaku secara semula jadi, ia tetap merisaukan kerana kedutan yang banyak mampu menjejaskan keyakinan diri seseorang. Pertumbuhan sel baru agak perlahan, lapisan dalam kulit (dermis) kian menipis menjadikan proses pembaikian kulit jadi perlahan.Selain perubahan hormon dalam tubuh, pelbagai faktor luaran seperti pencemaran dan sebagainya turut menjejaskan pengeluaran kologen. Apabila ia berkurangan, keanjalan kulit pun mula hilang. Selain masaalah kulit kekurangan kologen juga turut menjejaskan kesihatan rambut (rambut gugur) kuku jadi rapuh, dan tahap metabolisma menurun

Fungsi Kolagen :

1. Kolagen adalah komponen protein utama di dalam tubuh. Kewujudannya merangkumi 70% pada lapisan kulit, tulang, kartilaj (sendi), saluran darah, tendonas dan gigi.

2. Terdapat beberapa jenis kolagen seperti :

• kolagen 1 – Kulit dan tendon tulang kornea (mata).
• Kologen 2 – Tulang rawan dan tulang belakang.
• Kalogen 3 – Kulit fetal dan jantung.
• Kalogen 4 – Membrane dasar.
Kalogen disusun 3 rantai polipetida (monomer protein) yang dipilih membentuk triple helix ( pilihan ganda tiga ). Segman kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1 000-an.

Industri Burung Walit Jana Pendapatan Rakyat – BERNAMA

Oleh Syed Azwan Syed Ali

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) — Industri burung walit yang semakin pesat berkembang di negara ini mempunyai potensi besar untuk menyumbang kepada ekonomi negara sekaligus menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Ini kerana industri dengan nilai eksport mencecah RM1.5 bilion setahun itu mampu memberi pulangan lumayan kepada pengusaha dalam jangka masa singkat berbanding bidang pertanian lain.
Modal dilaburkan tidak tinggi selain masa menuai “hasil” juga tidak lama.

Pelaburan antara RM10,000 hingga RM30,000 diperlukan untuk membina sebuah rumah burung di atas tanah seluas 10 kaki lebar dan 15 kaki panjang, tidak termasuk kos membeli atau menyewa tanah terbabit.
Manakala RM250,000 hingga RM600,000 diperlukan untuk membina sebuah premis burung yang berskala besar atau apa yang dikenali sebagai “hotel burung” di kalangan pemain industri.

DANA PINJAMAN

Kebanyakan negeri termasuk di Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak, lot-lot rumah kedai diubahsuai menjadi premis rumah burung ekoran tarikan pulangannya yang lumayan.
Sup sarang burung dipercayai mendatangkan banyak khasiat antaranya “awet muda” dan melancarkan perjalanan darah, mendapat permintaan tinggi masyarakat tanah besar China yang menjadikan hidangan itu sebagai pengukur status individu.
Ia juga semakin diminati sebilangan golongan elit masyarakat Asia Barat.

Menyedari potensi industri burung walit kepada ekonomi negara, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Agrobank memperuntukkan dana pinjaman berjumlah RM67.7 juta untuk membiayai projek-projek berkaitan industri itu.

Pengarah Urusan Agrobank Datuk Ahmad Said berkata peruntukan itu sejajar dengan usaha kerajaan melalui Model Baru Ekonomi (MBE), dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bagi meningkatkan pendapatan rakyat daripada AS$7,000 kepada AS$15,000 setahun.

PENYERTAAN SEMUA KAUM

Ahmad berkata dana khas itu akan membolehkan sekurang-kurangnya 2,000 pelanggan membina rumah burung walit berskala kecil, antara RM10,000 hingga RM30,000 sebuah dengan kadar faedah serendah 3.75 peratus.
Pemerhati industri melihat dana pinjaman Agrobank itu akan membolehkan industri itu yang ketika ini dimonopoli “tokeh-tokeh Cina” disertai usahawan-usahawan dari semua kaum dengan kadar faedah rendah.

Ahmad berkata harga sarang burung yang tinggi iaitu sekitar RM3,000-RM4,000 sekilogram bagi sarang burung yang belum diproses dan mencecah sehingga RM12,000 bagi sarang burung yang diproses menyatakan kenapa industri itu berkembang pesat sejak akhir-akhir ini.
Dilaporkan, kini terdapat 50,000 premis burung walit di seluruh negara.
Dalam memastikan penyertaan golongan miskin dalam industri ini, kerajaan juga melancarkan geran berjumlah RM5 juta untuk membolehkan 500 keluarga miskin di seluruh negara mempunyai rumah burung walit.

1GP DIBAWA KE PERINGKAT MENTERI

Setiap keluarga yang dikenalpasti (pendapatan kurang RM450 sebulan) akan dibinakan sebuah rumah burung kos rendah bernilai RM10,000 yang diharap menjadi sumber pendapatan tambahan bagi keluarga terbabit.
Dalam laporan media pada 11 Feb lepas, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin berkata keluarga miskin itu akan dikenalpasti JPV negeri.

Namun ketika industri yang bermula dengan migrasi spesies burung dari Indonesia sejak 10 tahun lepas berkembang pesat, soal-soal regulasi industri itu dilihat masih belum diselesaikan.
Ini kerana garis panduan industri burung walit atau 1GP yang disediakan JPV selaku agensi peneraju industri burung walit negara, masih belum dikemukakan kepada kabinet untuk diluluskan di atas sebab-sebab tertentu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar sebelum ini berkata 1GP yang akan menjadi standard bagi industri burung walit itu telah selesai dibincangkan di peringkat pegawai kementerian terbabit dan akan dibawa ke peringkat menteri.

KEKALKAN STATUS PENGELUAR

Selain Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, tiga kementerian lain yang terlibat ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Apa yang pasti, sepertimana diharapkan pemain industri, 1GP akan segera dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah pembinaan premis burung di kawasan bandar yang dikaitkan dengan masalah bau, bunyi dan risiko penyakit.
Selain mengekalkan status negara sebagai pengeluar sarang burung di rantau Asia Tenggara, dana dan garis panduan itu tentunya akan menjadi pemangkin hasrat menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dalam tempoh kurang 10 tahun lagi.

Ketika ini, pasaran utama komoditi itu ialah China, Hong Kong, Taiwan dan Singapura dengan Malaysia dikenali sebagai pengeluar sarang burung walit yang berkualiti selepas Indonesia dan Thailand

Alfatihah untuk ayah. Jasa Mu akan dikenang sepanjang zaman.


Ayahda adalah idola yang tiada tolak bandingnya. Dia lah guru, pemimpin, pendorong, ketua dan segala ilmu yang ada semuanya bermula daripada ayah. Tanpa seorang ayah pastinya seorang anak tidak mampu melihat dunia. Pengorbanan seorang ayah ayah tidak mampu dibalas dengan harta didunia ini..

Ayah bercita-cita besar, ia mahu anaknya berjaya melebihi orang lain. Ayah tidak mahu anaknya mewarisi kesusahannya membanting tulang empat kerat mencari rezeki. Katanya biarlah rezeki itu datang tanpa bersusah payah dengan keringat yang ada. Biarlah rezeki datang sendiri.
Ayah seorang yang kreatif dan inovatif. Buatlah sesuatu yang baru, dimana orang lain tidak pernah buat lagi. Saya mula terlibat dengan ternakan walit juga dengan restu ayah. Walaupun pada ketika itu , ternakan walit begitu asing bagi kami. Ayahlah yang member semangat.

Hebatnya ayah, ia punya pemikiran yang jauh kehadapan melebihi pemikiran rakan-rakannya yang lain. Ayah juga tidak pernah mengalah dalam mengejar cita-citanya. Rakan-rakan seusianya banyak meminta nasihat daripada ayah.

Ayah adalah pakar dalam pentadbiran kampung. Lebih separuh usianya dihabiskan untuk berkhidmat kepada masyarakat kampong. Ayah bukanlah pemimpin besar tetapi ia tahu denyut nadi masyarakat kampong. Ayah tahu setiap inci tanah dikampung. Tanah milik siapa dimana perenggan dan sempadannya ayah tahu. Sejarah tanah tersebut semuanya dalam kepala ayah.

Bila musim padi tuan tanah hanya beritahu ayah bila untuk membajak atau menuai padi. Tuan tanah tidak perlu turun sendiri untuk tunjukkan tanahnya. Memadai ayah sahaja yang menguruskan jentera pembajak dan penuainya. Ayah tidak pernah menrungut. Pasrah segalanya.

Ayah tidak pernah membantah dan sentiasa terbuka dengan idea yang diajukan oleh anal-anak kerana ayah juga mempunyai wawasan tersendiri. Kalau boleh wawasan kita biar ingin menakluk dunia. Jika berada dihutan ketika menembak biarlah sasarannya adalah bintang dilangit. Jika itu tidak mampu dicapai biarlah pucuk pokok yang paling tinggi dihutan menjadi sasaran kita.

Kini ayah telah tiada. Tanggal 12 Jun jam 3.30 pagi ia menghembuskan nafasnya yang terakhir meninggalkan dunia pana ini dalam usia 72 tahun.Selepas 3 malam dimasukkan kehospital. Ayah meninggal akibat diabetis dan komplikasi jantung. Kami adalah jenerasi pewaris yang akan meneruskan perjuangan ayah. Kehilangan ayah amat terasa. Kerana itu blog jahaniwalit d tidak dikemaskini sekian lama. Harap pengunjung muslim dapat hadiahkan alfatihah untuk arwah ayah.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan. yang membantu semasa pengkebumiah ayah. Semuga Allah mencucuri rahmat keatas roh ayahda dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin

Konsep 1Malaysia dan usahasama membina rumah burung walit.


Lebih baik bela burung daripada bela anak. Bela burung tak perlu beri makan. Bela anak bukan sahaja perlu beri makan tetapi kena jaga segala keperluannya. Bertuahnya hidup ini jika ada anak yang mempunyai budi bahasa dan tahu mengenang jasa. Alangkah kecewanya ibu bapa bila anak yang diharapkan untuk menjaganya dihari tua tiba-tiba menjadi anak deraka.

Pandangan orang yang fikir materialislik begitulah hingga sanggup mengutamakan burung dari anak sendiri, Baginya bela burung walit seumpama membuka lombong emas. Membuka lombong emas susah juga kerana perlu kos operasi. Tenaga pekerja dan sebagainya. Tetapi kilang melombong emas dari ternakan burung walit amat berbeza sama sekali. Hamper tiada langsung kos operasinya.

Kos yang terlibat hanyalah modal untuk membina bangunan sahaja. Jika anda mempunyai tanah dan modal pastinya mampu melombong emas putih ini. Jika anda tiada tanah tetapi mempunyai modal apa salahnya anda menjadikan tuan tanah sebagai rakan kongsi anda.

Dalam Negara Malaysia yang bertuah ini apalah salah salahnya kita gunakan konsep 1Malaysia. Perpaduan kaum menjadi keutamaan. Cina dan Melayu boleh bekerjasama dalam konsep 1Malaysia dalam menjana Model Ekonomi Baru. Perkongsian dalam konsep win-win perlu dilaksanakan. Barulah jadi bangsa Malaysia Baru.

Untuk pengetahuan penjengok blog ini, kebanyakan tanah desa yang mempunyai keluasan kurang daripada 10 ekar adalah tanah rezab melayu. Tanah ini tidak boleh dijual kepada bangsa lain kerana ia dikawal oleh Kanun Tanah Negara (KTN).

Di Terengganu perkembangan terkini menunjukkan bahawa tanah dikawasan luar bandar seperti di Hulu Terengganu dan Hulu Chukai adalah kawasan yang sangat sesuai untuk dibina rumah burung walit. Terdapat sebuah rumah burung walit berhampiran dengan tanah saya di Hulu Terengganu kadar keberhasilannya cukup cepat. Selepas 6 bulan dibina khabarnya pemilik nya berjaya memungut hasil. Kina pemilik tersebut telah membina sebuah lagi rumah burung disitu.

Jika ada sesiapa yang berminat untuk membina rumah burung walit diatas tanah saya disana bolehlah menghubungi saya ditalian 0199539402. Tanah tersebut terdapat kawasan pamah dan ada juga kawasan berbukit. Satu lagi tanah saya adalah ditepi Lebuhraya Panatai Timur yang sedang dalam pembinaan.

Benarkah penggunaan peralatan berteknologi tinggi dan moden dalam perusahaan ternakan burung walet mampu mengatasi kegagalan lebih kurang 70% pengusaha.

Penggunaan peralatan berteknologi tinggi dan moden dalam perusahaan ternakan sarang burung walet mampu mengatasi kegagalan lebih kurang 70 peratus pengusaha industri itu di negara pada masa kini.

Ini kerana menurut kajian seorang konsultan penternakan burung walet, Phang Kam Wah yang juga merupakan pengasas Syarikat Nest Tech System Sdn. Bhd., melalui penggunaan peralatan berteknologi moden, ia membolehkan penternak sarang burung walet dijalankan secara semulajadi dan tidak mengganggu persekitaran.
Katanya, ia juga dapat meningkatkan hasil yang lebih baik berbanding menggunakan kaedah tradisional seperti yang dijalankan di Indonesia.

”Walaupun industri penternakan sarang burung walet dipelopori oleh Indonesia sejak 60 tahun lalu, namun mereka masih menjalankan penternakan secara konservatif dan tradisional.

“Ini menyebabkan hasil yang diperolehi tidak memberangsangkan malah sebanyak 80 peratus pengusaha mengalami kegagalan,” katanya pada Seminar Penternakan Sarang Burung Walet Berteknologi Tinggi di Wisma Seri Amar di Kuala Terengganu kelmarin
Turut hadir, Presiden Persatuan Perdagangan Burung Walet Negeri Terengganu, Datuk Tok Teng Sai.

Mengulas lanjut, Kam Wah berkata, peluang pengusaha dalam industri penternakan sarang burung walet amat cerah apabila teknik penternakannya di negara ini semakin berkembang dan berinovasi.

Katanya, teknik pengurusan rumah burung walet di negara yang semakin teratur menjadikan industri tersebut lebih baik berbanding negara-negara pengeluar lain.

“Melalui kaedah penternakan rumah burung walet berteknologi tinggi, pengusaha hanya terdedah kepada risiko kegagalan sebanyak 30 peratus sahaja dan sebarang masalah yang timbul lebih mudah dikesan dengan penggunaan alatan moden.
“Antara peralatan yang boleh digunakan ialah sistem kawalan kelembapan jenis ionizer, sistem penyejukan bumbung automatik, cecair penyingkir rumah walet, penguji kelembapan dan suhu, corong pembesar suara jarak jauh, sarang burung palsu dan papan walet sudut khas,” jelasnya.

Dengan adanya Garis Panduan Industri Burung Walet yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi, beliau yakin industri itu bakal memberi pulangan kepada negara amnya dan pengusaha tempatan khasnya.

Komen Penulis

Penganjur seminar seharusnya member penjelasan apakah teknologi tinggi yang dimaksedkan. Apa yang hendak dikawal sebenar. Nak jual peralatan yang berteknologi tinggi atau upah bayaran kepada konsultan yang berteknologi tinggi.

Pada saya peralatan yang digunakan sama sahaja. Dahulu memggunakan CD player untuk membunyikan suara burung yang dirakam. Hari ini menggunakan teknologi MP3 yang lebih murah dan mudah di edit suara burung.

Untuk control humidity pula menggunakan sensor. Apakah ini yang dikatakan teknologi tinggi itu.

Teknologi apa sekali pun yang digunakan sekiranya kawasan tersebut tidak ramai burung tidak jadi juga.

Benarkah 70% pengusaha rumah burung walit menerima kegagalan.
Saya tidak bersetuju pendapat yang mengatakan “ Indonesia sejak 60 tahun lalu, namun mereka masih menjalankan penternakan secara konservatif dan tradisional”.Sebenarnya mereka lagi cangih dari kita..

Sokongan anda sangat dihargai. Sila Baca dan tanda tangan Petisyen kami


Salam,

En Jahani,

Perberitanhu init adalah utk timbangan tuan supaya tolong post Petisyen ni kat blog tuan/puan utk maklumat pelawat dan orang ramai dan untuk mendapatkan sokongan. Kandungan blog tuan menunjukan tuan memang akan faham latar belakang Petisyen ini. Walau bagaimana pun, latar belakangnya memang dalam petisyen ini.
Harap dapat sokong tuan.

Perenggan di bawah hanya lah sebagai contoh, sila tukar yang sepatut.

Petisyen ini di dalam 3 bahasa.

Mula-mula di postkan kat LowYat forum

http://forum.lowyat.net/topic/1417034/+200

Sekian terima kaseh

Wahai Warga Malaysia,

Kami ingin menarik perhatian dan campur tangan tuan/puan untuk membantu mengelakkan tekanan keatas industri yang masih belum berkembang. Kesempatan yang diberikan Tuhan kepada warga biasa dianggarkan menjangkau 1 juta RM, berkeupayaan membantu masyarakat umum di dalam mengurangkan kesan negatif dari kegawatan kewangan yang meruncing.

Ekstrak Petisyen kami

“Ketidakadilan akan dibenarkan dan diperlembagakan, di mana kesemua peraturan-peraturan baru dengan tujuan yang tidak jelas akan diguna pakai. Ini akan mengekang majoriti pengusaha, bukan untuk menghukum mereka yang bersalah kerana melanggar undang-undang tempatan yang sedia ada.

Kami merayu agar industri walit dibenarkan untuk tumbuh secara organik dan tidak dikekang dengan sewenang-wenangnya. Hukuman yang berat yang disarankan hanya akan menyukarkan pengusaha yang tidak bersalah.

Dimasa keadaan ekonomi yang meruncing kini, kita perlulah meningkatkan kecekapan. Bukan dengan memburukkan lagi keadaan melalui sistem birokrasi yang sia-sia dan mahal. ”

Sokongan anda sangat dihargai.

Sila Baca dan tanda tangan Petisyen kami di sini.

http://www.PetitionOnline.com/YgWalet/petition.html