Saranan untuk tanam gaharu dikawasan keliling rumah dan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sangat praktikal.


Sama ada anda percaya atau tidak, seseorang itu boleh menjadi jutawan hanya dalam tempoh sekurang-kurangnya tujuh tahun jika menanam pokok gaharu di kawasan seluas 1 ekar atau 0.4 hektar. Berdasarkan harga pasaran, setiap pokok gaharu yang berusia antara tujuh hingga sepuluh tahun mempunyai nilai antara RM5,000 hingga RM20,000 sepokok. Satu ekar tanah boleh ditanam sebanyak 400 pokok atau 1000 pokok berdasarkan jarak penanaman. Jika ditanam dengan jarak 10’ X 10’ bilangan pokok yang boleh ditanam ialah 400 pokok. Jika jarak penanaman 6’ X 6’ bilangan pokok yang boleh ditanam ialah 1000 pokok.

Sememangnya pokok gaharu mempunyai nilai yang sangat tinggi dan ia merupakan faktor utama
Pokok Karas yang menghasilkan gaharu boleh di tanam di kawasan sekeliling rumah dan tanah terbiar berikutan permintaan dan harganya yang tinggi.

Tahun lepas (27 April 2010 Sendayan) Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata pasaran gaharu dunia ketika ini mencecah RM200 juta, tetapi bekalan itu hanya memenuhi kira-kira 20 peratus daripada permintaan sebenar. Berikutan potensi pasaran gaharu yang besar, katanya, kerajaan negeri menggalakkan penduduk memulakan penanaman pokok karas secara kecil-kecilan di kawasan sekeliling rumah atau tanah terbiar yang sediaada.

“Saya yakin program merakyatkan penanaman karas mampu menjadi sumber pendapatan baru kepada penduduk negeri ini, terutama di luar bandar dan boleh dijadikan antara pendekatan kreatif untuk membasmi kemiskinan,” katanya selepas melancarkan Kempen Menanam 26 Juta Pokok peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sendayan, di sini.
Mohamad berkata, iklim tropika menyebabkan pokok karas sesuai ditanam di negara ini dan yakin penanaman pokok itu, terutama dilaksanakan secara komersial akan memberi kesan positif kepada ekonomi rakyat dalam jangka panjang. Katanya, pokok itu yang matang selepas tujuh tahun ditanam mampu menjana ekonomi penduduk pada masa depan berdasarkan faktor harga yang tinggi di pasaran dunia. Beliau juga meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama-sama memberi sokongan untuk memastikan program penanaman pokok karas berjalan lancar di daerah masing-masing bermula tahun ini. (BERITA HARIAN ONLINE 27 APRIL 2010).

Punca utama mengapa pokok gaharu amat bernilai tinggi adalah kerana ia boleh diproses untuk menghasilkan produk kesukaan ramai iaitu minyak wangi. Selain itu, ia juga boleh menghasilkan pelbagai haruman yang sentiasa mempunyai permintaan tinggi sejak zaman berzaman.

Pada masa yang sama, daun-daun pokok gaharu boleh dijadikan produk teh hijau yang kini menjadi kegemaran ramai kerana mempunyai aroma yang menyegarkan selain rasanya yang cukup lazat. Minyak kayu gaharu juga boleh dijadikan sebagai bahan menghasilkan kosmetik kecantikan. Tidak cukup dengan itu akar-akar kayu pokok gaharu ini pula boleh dijadikan produk ubat-ubatan.

Justeru itu cadangan untuk menanam pokok gaharu dikeling rumah dan dijadikan landskap sangat praktikal dan boleh dilaksanakan dengan jayanya.

Posted on 30 April, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a comment