Monthly Archives: April 2009

Apakah teknik aruhan inokulasi boleh dilakukan kepada pokok karas dari spesis yang banyak tumbuh di hutan Malaysia untuk menghasilkan gaharu yang bermutu tinggi ?

Penghasilan gaharu dari pokok karas atau depu tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia. Pokok karas dikenali dengan nama sainstifik sebagai Aquilaria spp. yang tergolong dalam famili Thymelaeceae. Di Malaysia, terdapat 5 spesies sahaja iaitu Aquilaria hirta, A. beccariana, A. rostrata, A. malacensis dan A. microcarpa. Teknologi penghasilan gaharu melalui kaedah aruhan atau inokulasi adalah teknologi baru bagi Malaysia. Terdapat beberapa agensi di Malaysia telah mejalankan penyelidikan berkaitan dengan perkara tersebut. Diataranya ialah MINT (Nuklear Malaysia ) dan Institut Perhutanan Mlalaysia (FRIM). Penyelidikan dan kajian tersebut masih dilaksanakan. Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah membuka ladang seluas 106 ekar dengan menanam 35,000 batang pokok karas di Merchang Marang sejak 2005. Manakala kerajaan Negeri Kelantan telah meminda enakmen perhutanan bagi membolehkan proses inokulasi dilaksanakan kepada pokok karas atau depu yang tumbuh dalam kawasan hutan simpan. Ini adalah langkah untuk meneroka sumber pendapatan baru bagi negeri-negeri berkenaan.


Namun begitu kita harus berhati-hati dalam memilih spesis yang baik untuk ditanam. Kerana spesis yang tidak sesuai hanya dapat menghasilkan gaharu yang bermutu rendah. Oleh kerana penanaman gaharu melibatkan pelaburan yang panjang. Maka sangat penting pelabur memilih spesis yang tepat untuk melaksanakan projek ini.

Pada pandangan saya kita tidak mempunyai banyak masa untuk menunggu hasil dari penyelidikan yang dilaksanakan oleh agensi berkenaan. Oleh itu langkah MZN Niaga bekerjasama dengan rakan niaga Vietnam adalah tepat kerana mereka telah berpengalaman selama tiga puloh tahun dalam bidang berkenaan. Konsep yang digunakan amat mudah ia itu konsep kontrak farming.

Secara ringkasnya menurut En Zabri mereka hanya membuat kontrak farming dengan penanam yang menanam benih dari spesis Aqularia Agallocha Roxb”atau Da Bao Huon (DBH) sahaja. Spesis telah terbukti menghasil kayu gaharu yang berkualiti tinggi. Penanam akan akan dibekalkan anak benih yang terpilih ini. Mereka wajib menjaganya hingga umur 5 tahun atau mencapai saiz lilitan tertentu. Syarikat akan membeli semula pokok yang belum dibuat inokulasi dengan harga RM500 –RM1000 sepokok. Pokok cukup saiz untuk dibuat inokulasi tadi akan menjadi hak syarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri Terengganu, YB. En. Rozi Mamat mengadakan lawatan ke Vietnam untuk meninjau potensi gaharu sebagai sumber pendapatan baru Negeri Terengganu.

Bersama Malaysia Auckland Postgraduate Student Association (MPSA) berlansung di Owairaka District school

Auckland City, Ahad 25 April 2009 merupakan hari kelima jahaniwalit.com berada di New Zealand. Saya rasa sangat bertuah kerana dijemput untuk hadir dalam perjumpaan keluarga dan ramah mesra pelajar-pelajar Malaysia di Auckland New Zealand, Perjumpaan yang dianjurkan oleh AJK Malaysia Auckland Postgraduate Student Association (MPSA) berlansung di Owairaka District school, 113. Richardson Road, Owairaka, Auckland. Gathering yang bermula pada jam 2.00 petang berakhir pada jam 4.00 petang.

Menurut En Anas Ibrahim yang juga Presden MPSA 2009/10 bahawa perjumpaan keluarga ini diadakan 3 bulan sekali . Hari ini telah dihadiri oleh 120 orang termasuk ahli keluarga mereka. Ia bertujuan untuk mengeratkan persahabatan dan saling membantu diantara satu dengan yang lain. Sambutan pada kali ini dianggap luar biasa kerana begitu ramai yang hadiri. Pemerhatian saya perjumpaan MAPSA Gathering cukup meriah dan bermakna dengan kehadiran lebih kurang 120 orang termasuk anak-anak. Pelajar-pelajar yang tinggal di Auckland City Central hadir lebih awal, untuk membantu terutamanya di bahagian dapur serta yang membawa makanan/minuman untuk disumbangkan semasa majlis tersebut. Dalam perjumpaan ini kami dijamukan dengan nasi afgan. Sedap juga!. .. Terima kasih diatas kemesraan anda semua. Semuga MAPSA bertambah maju  dengan ikatan kekeluargaan yang lebih kukuh.

Saya sempat berbual dengan beberapa orang pelajar disini dan mereka cukup seronok berada disini. Makanan halal tidak menjadi masalah kerana banyak kedai dan restoran menyediakan makanan halal. Restoran halal mudah dicara kerana mereka meletakan tanda halal . Bagi mereka yang mempunyai anak-anak bersekolah suasana pembelajaran disini sangat menarik. Penekanan yang diberikan ialah bagi membentuk sifat-sifat jati diri kepada kanak-kanak seperti independence, empathy, setting goals, organization, co-operation, talking responsibility, persistence,respect, confidence, honesty, leadership dan using inisiative. Manakala guru-guru yang mengajar anak-anak mereka sangat friendly.

Auckland City tiada jenayah tiada kemalangan jalan raya. Rumah penduduk disini tidak ada pintu pagar jika adapun tidak bertutup, gril tidak diperlukan dan kita akan berasa selamat berada disini. Kebersihan adalah kewajipan yang mana setiap penduduk disini menjaganya. Walaupun disini negeri orang bukan islam tetapi amalan yang sepatutnya orang islam lakukan banyak diamalkan disini.

Lawatan EXCO Pertanian Terengganu ke Ladang Gaharu di Vietnam bersama rakan niaga MZN Niaga di Vietnam

Potensi besar penanaman gaharu di saksikan sendiri oleh YB En. Rozi Mamat. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri Terengganu bersama  rombongan, semasa melawat projek perladangan gaharu di Vietnam pada 20 – 23 April 2009. yang lalu Lawatan tersebut diatur oleh MZN Niaga Kuala Terengganu bersama rakan kongsi di Vietnam , adalah untuk meninjau species yang bermutu tinggi untuk perladangan gaharu. Lawatan itu juga untuk meninjau sistem dan kaedah yang dilaksanakan oleh syarikat perladangan gaharu Vietnam melalui sistem kontrak farming. Melalui kaedah tersebut petani  menanam anak benih yang dibekalkan oleh syarikat. Petani bertanggungjawab menjaga pokok tersebut dengan baik. Apabila pokok mencapai umur 5 tahun syarikat membeli semula pokok tersebut dan akan melaksanakan proses inokulasi .

YB. Rozi dan rombongan dibawa melawat ladang dan kilang untuk nmemproses kayu gaharu di negara tersebut. Adalah difahamkan kaedah ini akan menguntungkan petani yang terlibat. Menurut Rozi system ini juga sesuai dilaksanakan di Malaysia. Di Malaysia terdapat banyak tanah-tanah kelompok yang terbiar dan tidak diusahakan oleh pemiliknya. Tanah-tanah ini merupakan tanah anugerah Kerajaan Negeri kepada rakyat yang tidak mempunyai tanah untuk diusahakan dengan dusun buah-buahan dan sebagainya. Memandangkan penanaman dusun buah-buahan tidak mempunyai daya maju, maka tanah tersebut terbiar dan tidak diusahakan. Adalah tidak menguntungkan jika tanah kelompok ini diusahakan dengan tanaman yang tidak berdaya maju.

Sebagai EXCO Pertanian inisiatif yang dilakukan oleh Rozi patut dipuji. Meninjau usaha yang dilaksanakan oleh Vietnam adalah satu usaha yang murni dan seharusnya diberi sokongan oleh semua pihak. Vietnam adalah Negara yang baru selesai perang dan cepat membangun. Projek perladangan gaharu yang dilaksanakan oleh Negara tersebut telah menunjukkan kejayaan yang amat cemerlang. Penyelidikan pembangunan yang dilaksanakan di Negara Tersebut telah meletakkan Vietnam sebagai sebuah Negara pengeluar kayu gaharu yang utama didunia. Apalah salahnya jika teknologi yang telah terbukti di sana kita gunakan untuk memberi nilai tinggi dan nilai tambah kepada sector pertanian di Malaysia. Tidak salah untuk kita meniru sesuatu yang baik. Itu adalah lebih baik dan menjimatkan kos daripada melaksanakan sendiri R&D dalam perladangan gaharu.

Saya percaya sekiranya kerajaan Terengganu dapat melibatkan diri sepenuhnya dalam projek gaharu ini, ia akan meletakkan Terengganu sebagai pengeluar kayu gaharu yang utama dinegara ini. Saya fikir dua kaedah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan negeri ia itu dengan memberi anak benih percuma kepada petani yang memiliki tanah kelompok yang tidak diusahakan. Petani dikehendaki menanam dan menjaganya dengan baik. Manakala kerajaan negeri sebagai pihak yang memiliki pokok yang ditanam oleh petani tadi membuat perjanjian kontrak dengan syarikat yang membekalkan anak benih tadi untuk membeli semula pokok tersebut bila mencapai umur 5 tahun untuk dibuat rawatan inokulan. Dengan ini kerajaan akan mendapat pendapatan dan pemilik tanah juga akan mendapat faedah.

Tiada burung walit atau pokok gaharu di Auckland City

Aucland City 24 April 2009 Hari ini adalah hari keempat jahaniwalit.com berada di New Zealand, ia amat berbeza dengan apa yang dialami di Malaysia atau di Negara Asia Tenggara yang lain. Cuaca sangat sejuk bagi saya . Hari pertama agak merunsingkan kerana pertama kali berada dibumi New Zealand. Tiada sahabat handai atau saudara mara disini. Orang yang bertama kali saya kenal ialah Brad, beliau adalah pemandu Van yang menghantar saya ketempat penginapan beralamat di 2/57 A Brikdale Rd. Aucland. Dia seorang yang peramah dan mencari alamat rumah tersebut melalui buku peta (buku panduan yang beliau miliki) . Saya fikir perancangan Bandar disini amat sistematik. Walau pun Auckland City sebuah bandaraya yang sibuk tetapi disini tidak berlaku trafficjem. Semuanya kerana sistem pengakutan dan sikap masyarakat disini menghormati pengguna jalanraya yang lain.

Bandar raya Auckland sangat bersih kerana warganya suka bersih. Tiada sampah yang dibiarkan merata-rata. Landskap nya cantik dan menarik , pokok-pokok menhijau ditanam dihalaman rumah. Sepanjang perjalanan dari penginapan ke Auckland City terdapat pemandangan yang indah terutamanya bila melintasi sungai Auckland, terdapat banyak perahu layar yang dilabuhkan di Marina berhampiran dengan pelabuhan Auckland.

Sistem pengangkutan awam yang cekap menyebabkan pengguna terutamanya pekerja dan pelajar tidak bimbang untuk berulang alik dari rumah ketempat kerja atau ke Universit menggunakan pengankutan awam. Walaupun mereka tinggal jauh diluar kota mereka tidak akan terlewat sampai. ketempat kerja Perjalanan bas mengikut jadual yang dipamirkan di perhentian bas. Menggunakan pengangkutan awam disini cukup selesa.

Tiada burung layang-layang disini apatah lagi burung walit. Yang saya temui hanyalah burung merpati. Bertuah sungguh negeri ku Malaysia yang kaya dengan sumber alam seperti burung walit dan kayu gaharu. Amat rugilah sekiranya kita tidak mengeksploitasi sepenuhnya sumber alam tersebut untuk memperkasakan ekonomi Negara.

Lapuran dari Auckland City, New Zealand 23 April 2009

Pemindahan teknologi dalam industri sarang burung walit dan gaharu

Perlaksanaan projek bernilai tinggi tidak dapat tidak memerlukan pemindahan teknologi. Perladangan Gaharu dilaksanakan melalui bioteknologi, ianya bermula dari anak benih sehinggalah memproses kayu gaharu menjadi minyak. Proses inokulasi juga melibatkan bioteknologi yang tinggi. Begitu juga projek membudidaya burung walit juga melibatkan pemindahan teknologi daripada perunding kepada pengusaha . Di mana teknologi membudidaya burung layang-layang ini sukar diperolehi dan menjadi rahsia perniagaan oleh taukeh-taukeh cina yang telah lama mengusahakan industri ini.

Projek membudidaya burung walit untuk sarangnya adalah satu projek yang teknologi tinggi dan memberikan nilai tinggi kepada sektor pertaniaan. Ia adalah sektor yang mempunyai nilai komersial yang tinggi dan sangat menguntungkan. Pendapatan dari sektor pertanian yang diberi nilai tambah dan nilai tinggi ini akan menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara hasil eksport sarang burung dan kayu gaharu yang mempunyai permintaan yang sentiasa meningkat melebihi daripada pengeluarannya.

Industri sarang burung walit adalah satu perusahaan yang bergantung sepenuhnya kepada sumber alam semulajadi. Oleh kerana Terengganu kaya dengan alam semulajadi yang masih belum tercemar potensi industri ini untuk dikomersialkan secara yang mesra alam sangat besar besar di Terengganu.

Bencana Tsunami yang berlaku telah merosakkan banyak habitat semula jadi dan rumah-rumah walit di Indonesia. Proses pemulihan semulajadi habitat burung ini dijangka memakan masa yang lama. Oleh kerana penawaran dalam pasaran antara bangsa semakin berkurangan. Negeri Terengganu boleh mengambil peluang daripada situasi ini untuk memajukan industri burung walit ini. Industri yang sedia ada di Negara ini termasuk di Terengganu dikendalikan secara haram di bangunan rumah kedai di pusat-pusat bandar, dan ada diantaranya telah diarah tutup oleh Pihak Berkuasa.

Cabaran perladangan gaharu di Malaysia.

Terdapat 20 negara yang terlibat di dalam perdagangan gaharu. Malaysia dan Indonesia adalah pengeluar atau pengeksport terbesar gaharu dari hutan Tropika. Menurut perangkaan dari tahun 1995 hingga 1997, Malaysia telah mengeksport sejumlah 340 ton (Semenanjung Malaysia) dan 530 ton (Sarawak). Dari jumlah ini sebahagian besarnya adalah dieksport ke Singapura dan sedikit ke Taiwan dan Negara-negara Timur Tengah. Walaubagaimana pun, jumlah ini dipercayai jauh lebih rendah  jika dibandingkan dengan jumlah sebenar hasil gaharu yang dikeluarkan dari hutan-hutan Malaysia.

Gaharu telah diketahui umum mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Harga kayu gaharu dipasaran adalah RM8,000.00 – RM20,000.00 /KG. Data (Cites, 1997) menunjukkan negara-negara Asia Tenggara mengeksport lebih daripada RM48 juta ke Arab Saudi yang mana dianggarkan 26% dari nilai tersebut adalah datangnya dari sumber Malaysia. Diseluruh dunia, pasaran gaharu secara sah adalah berjumlah RM200 juta

Walau bagaimana pun jumlah ini dianggarkan hanyalah memenuhi sekitar 20% daripada permintaan sebenar gaharu dunia. Adalah dijangkakan bahawa transaksi gaharu boleh mencecah sehingga RM3 billion sekiranya sumber yang secukupnya mampu dibekalkan.

Gaharu digunakan sebagai bahan wangian dan sebagai bahan asas dalam industry minyak wangi. Wangian dari kayu gaharu akan keluar bila ia dibakar. Asap putih yang yang keluar akan berbau wangi. Ia digunakan dalam majlis keagamaan mengikut pelbagai kepercayaan agama. Pengeluar minyak wangi yang utama di dunia seperti YSL juga menggunakan minyak gaharu sebagai rumusan wangian produk mereka. Gaharu juga telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati lelah dan sakit perut.

Cabaran utama di dalam industri gaharu di Malaysia adalah kekurangan maklumat dalam perladangan dan penghasilan kayu gaharu. Pengeluaran gaharu asli dari hutan tropika amat kurang sekali dan hampir pupus. Kepupusan ini jika tidak diatasi segeri akan merugikan generasi akan datang. Di Malaysia Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) amat kurang.

Malaysia terletak di rantau Asia Tenggara yang mengalami cuaca tropika yang sesuai untuk penanaman pokok gaharu. Langkah Jabatan Perhutanan Terengganu memulakan perladangan gaharu patut diberi pujian. Para penyelidik Malaysia perlu mempergiatkan kajian mereka untuk menjadikan Malaysia negara pengeluar gaharu yang utama di dunia.

Perladangan gaharu adalah sesuai dengan dasar bioteknologi kerajaan. Jika dilaksanakan dengan baik ia mampu menjana sumber ekonomi baru negara. Manakala program merakyatkan penanaman gaharu mampu member sumber pendapatan baru kepada penduduk luar bandar dan boleh dijadikan salah satu program pembasmian kemiskinan.

Memahami apakah kayu gaharu atau agar wood

Gaharu telah dikenali sejak dahulu lagi. Kebanyakan penduduk dunia sukakan wangian menjadikan ia sebahagian hidup mereka. Sebab itu pasaran untuk kayu gaharu sentiasa meningkat. Lain-lain nama yang digunakan merujuk kepada gaharu adalah : agarwood dan eagle wood (English); “Agor” (Bangladesh); “akyaw’ (Myanmar); “calambour (French); “adlerholz” (German); “alim” (Sumatran); “Kanakoh” (Vietnam); “Gh’lng Kui Hsiang” (Chinese).

Gaharu dihasilkan daripada pokok Aquilaria spp. yang tergolong dalam famili Thymelaeceae. Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 2O meter tinggj dan diameter sehingga 60 cm dengan batang berbentuk sederhana lurus. Dilaporkan terdapat 15 spesies dari genus Aquilaria yang mempunyai nilai komersil. Di Malaysia, terdapat 5 spesies sahaja yang ada nilai komersial iaitu Aquilaria hirta, Aquilaria, beccariana, Aquilaria, rostrata, Aquilaria malacensis dan Aquilaria microcarpa. Ia tumbuh di kawasan tanah pamah hingga ke ketinggian 750 meter dari aras muka laut. Kesemua spesies ini adalah penting dalam industri gaharu.

Keputusan daripada Inventori Hutan Nasional 4 (NFI-4) yang telah dijalankan pada tahun 2002 menunjukan taburan kayu gaharu atau Aquilaria species terdapat sebanyak 3.06 juta pokok dengan anggaran isipadu 1.83 juta metrit ton. Saiz pokok 15 cm diameter dan ke atas. Keputusan daripada inventori ini juga menunjukkan peratus yang tinggi pada pokok bersaiz diameter perepang 15 cm- 45 cm iaitu 95% bilangan pokok daripada kesemua pokok yang dibanci dan lebih kurang 66.8% jumlah isipadu pokok karas di keseluruhan Semenanjung Malaysia. Bagi kesemua negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Kelantan menunjukan jumlah stok anggaran bilangan pokok Karas yang tertinggi manakala negeri Pahang pula tertinggi anggaran dari segi isipadu pokok Karas. Negeri negeri lain juga species gaharu dapat tumbuh dengan baik.

Apakan perbezaan antara gaharu dan karas. Terengganu kayu gaharu dikenali sebagai pokok karas manakala Kelantan dikenali sebagai pokok depu. Gaharu dihasilkan daripada batang pokok Karas atau depu tadi. Tetapi tidak ramai rakyat Malaysia yang mengetahui bagaimana gaharu dihasilkan dari pokok karas. Ramai yang tidak faham bagaimana ia boleh dihasilkan.

Penghasilan gaharu adalah disebabkan oleh kecederaan yang berlaku keatas pokok karas sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. Apabila pokok karas tercedera ia akan berlaku tindakbalas supaya ia ‘immune’ terhadap cedera tersebut atau pokok mengalami stress. Kedua adalah disebabkan oleh serangan kulat . Dua keadaan yang berlaku ini adalah prinsip atau kaedah asas penghasilan gaharu dari species Aquilaria . Kaedah konvensional (melibatkan takikan parang). Kaedah bukan konvensional (melibatkan inokulasi buatan atau inoculant) .

Dari Aucland City 19/4/2009 jam 7.00 waktu tempatan

JIKA KERAJAAN HADIAH ANAK BENIH GAHARU KEPADA RAKYAT TERENGGANU

Perjalanan ke Auckland memakan masa 9 jam. Perjalanan yang lama itu amatlah memenatkan. Sementara bateri iPhone masih berfungsi dan ada ilham untuk ditulis.

Seandainya Kerajaan Negeri Terengganu menghadiahkan anak benih kelapa sawit kepada rakyat Terengganu untuk ditanam sekeliling rumah atau diatas tanah yang terbiar. Ia dilaksanakan untuk menambah pendapatan kepada golongan terbabit. Begitulah hasil mahsul negeri ini diagihkan sama kepada rakyat jelata. Walau pun anak pokok yang diagihkan tidak banyak tetapi cukup untuk menambahkan pendapatan sekurang-kurangnya RM300.00 sebulan tiga empat tahun akan datang. Sesuai dengan “Tag line” kerajaan negeri merakyatkan pembangunan dan pentadbiran.

Namun begitu pada pandangan saya adalah lebih baik kerajaan memberi dua option sama ada anak benih kelapa sawit atau gaharu. Sumbangan kelapa sawit kepada ekonomi Negara tidak dapat dipertkaikan lagi. Tetapi gaharu banyak persoalan yang belum terungkai lagi.

Zaman dulu-dulu dikala zaman kanak-kanak Tok Ki selalalu masuk hutan. Tok Ki masuk hutan mencari kayu candan (kayu gaharu). Kadang-kadang jumpa pokok sebesar pemeluk, bila ditebang tiada pun teras gaharu yang dicari, kadang-kadang pokok kecil sahaja tapi ada teras. Biasanya yang ada teras ini terdiri dari pokok yang sakit. Itu cerita arwah Tok Ki tiga puluh tahun yang lalu. Sekarang ini tiada lagi kedengaran orang kampong saya masuk ke hutan mencari kayu candan. Kata orang speciesnya dah pupus.

Hari ini pokok gaharu dalam hutan asli telah pupus, permintaan untuk kayu gaharu tetap ada dan semakin meningkat. Kajian dan penyelidikan terus dilaksanakan. Di Malaysia institusi yang aktif melaksanakan kajian untuk penghasilan gaharu ialah Nuklear Malaysia (MINT). Diantara penyelidikan yang dibuat adalah dengan Jabatan Perhutanan Terengganu yang telah pun melaksanakan perladangan gaharu ini sejak tahun 2005 seluas 106 ekar di Merchang, Terengganu. Species yang ditanam ialah terdiri daripada Aquilaria Malacensis

Oleh kerana potensi gaharu ini sangat besar maka saya cadangkan kepada kerajaan Negeri Terengganu supaya menghadiahkan anak pokok gaharu kepada setiap keluarga yang mempunyai tanah atau yang mempunyai halaman rumah. Pokok gaharu ini boleh dijadikan landscap atau pun ditanam ditepi pagar rumah sebagai tiang pagar. Bila pokok ini mencapai umur matang lima atau enam tahun ia boleh dirawat untuk menghasilkan kayu gaharu. Rawatan secara aruhan ini adalah melalui kaedah suntikan pada batang gaharu. Secara konvensionalnya pokok gaharu yang sakit akan mengeluar resin dan merebak menjadi teras gaharu. Teknologi semakin berkembang kaedah rawatan semakin maju, maka kejayaan dalam menghasilakan teras gaharu telah dapat dibuktikan oleh para penyelidik. Thailand dan Vietnam adalah negara yang telah berjaya menghasilkan kayu gaharu yang bermutu tinggi. Melalui teknik inokulasi ini telah membuka era baru dalam penghasilan kayu gaharu di dunia.

Di Vietnam species ini dikenali sebagai Da Bao Huong (dbh) Aqularia Agallocha Roxb. Ianya terbukti telah berjaya dan melalui pengalaman mereka selama 30 tahun dalam bidang tersebut. Seharusnya kerajaan tidak memandang sepi cadangan menghadiahkan anak pokok gaharu kepada rakyat Terengganu. Jika ini dapat dilaksanakan untuk rakyat Terengganu saya percaya Terengganu akan menjadi pengeluar kayu gaharu yang utama di Malaysia.

Bagaimana kaedahnya untuk merealisasikan projek ini ?. Jangan nanti anak benih yang dibekalkan terdiri dari species yang tidak mermutu tinggi. Species yang tidak bermutu tinggi bila dibuat proses inonokulasi tidak akan menjadi kayu teras gaharu tetapi untuk penghasilan minyak sahaja. Lebih malang lagi jika pokok gaharu yang ditanam itu hanya layak untuk dibuat pulpa dan kertas sahaja. Kegagalan begitulah yang ditakuti. Supaya projek tersebut tidak menerima nasib sepertmana pokok sentang dahulu, kerajaan harus berhati-hati dalam membuat keputusan. Paling tidaknya mendapatkan pembekal yang boleh membuat kontrak farming. Kerajaan dan pembekal atau syarikat perunding boleh bekerjasama dalam membekal anak benih gaharu untuk ditanam oleh rakyat negeri ini. Kos anak benih ini ditanggong bersama oleh kerajaan dan perunding. Rakyat atau keluarga yang dihadiahkan anak benih ini menanam dan menjaganya. Bila pokok ini mencapai tahap matang selepas 5 tahun ditanam syarikat perunding perlu membelinya semula mengikut harga pasaran.

Artikel ini ditulis dalam penerbangan ke Aucland, New Zealand jam 12.00 PM 19/4/2009

Auckland

Kuala Terengganu 18 April 2009. Penulis dalam perjalanan ke Auckland, New Zealand. Jika tiada apa-apa aral yang melintang blog jahaniwalit.com akan diaktifkan dari Auckland. Penulis akan berada disana selama dua bulan bermula 18 April 2009 dan akan kembali ke Tanah Air pada 20 Jun 2009. Walau bagaimana pun penulis berharap para pembaca dapat menghantar berita dan maklumat melalui e-mail : jahani@jahaniwalit.com .

 

Perkongsian maklumat penting jika kita ingin berjaya. Untuk kita menuju puncak jaya adalah penting kita menjayakan orang lain juga. Tiada maknanya kejayaan itu kiranya kita terpaksa memijak orang lain untuk kita naik keatas. Jika anda mempunyai wawasan untuk menjadi jutawan. Anda kena jadikan orang lain juga sebagai jutawan barulah anda akan menjadi jutawan yang berjaya.

 

Sehari dua ini saya terfikir bahawa blog jahaniwalit.com tidak hanya memberi fokus kepada walit sahaja. Saya juga akan berkongsi maklumat berkaitan gaharu juga. Tujuannya adalah untuk membuka minda kepada dua industri yang sangat berpotensi ini. Menyahut cabaran dan bersama YAB Perdana Menteri Malaysia untuk memberi nilai tinggi dan nilai tambah kepada sektor pertanian yang kurang berdaya maju.

 

Di Terengganu terdapat banyak tanah terbiar, khususnya tanah pertanian . Golongan petani banyak dianugerahkan tanah kelompok pertanian yang berkeluasan 2 ekar untuk diusahakan dengan dusun buah-buahan seperti duku, durian, rambutan dan lain-lain. Akibat daripada nilai pasaran buah-buahan merudum kebanyakan petani telah membiarkan dusun mereka begitu sahaja menjadi dusun terbiar. Jikalah mereka ini boleh dibantu dengan memberi nilai nilai tambah dan nilai tinggi kepada tanah yang terbiar tersebut. Langkah kerajaan Terengganu untuk menghadiahkan benih kelapa sawit kepada rakyat Terengganu untuk ditanam disekitar rumah atau kebun mereka patut dipuji. Berapa pokokkah bilangan anak pokok yang hendak diberi itu. Adakah bilangan yang hendak dihadiah itu ekonomik untuk diusahakan. Atau pun ada alternative lain untuk kita membantu mereka.

 

Artikel ini ditulis di KLIA sementara menunggu penerbangan ke New Zealand pada jam 9.10 malam

Penanaman gaharu untuk membuat wawasan diri menjadi jutawan

Produk industri asas tani yang bernilai tinggi adalah kayu gaharu. Hanya dengan keluasan tanah satu ekar , terdiri dari tanah kebun atau tanah terbiar anda  boleh  menanam pokok gaharu sebanyak 400 – 1000 pokok anda telah boleh meletakkan wawasan diri anda sebagai jutawan dalam tempuh 7 tahun akan datang. Jika anda seorang pegawai kerajaan yang akan bersara 7 tahun lagi, pasti anda pencen dengan bergaya sekali.

 

Species yang disyorkan untuk anda tanam ialah  Aqularia Agallocha Roxb”atau Da Bao Huong  ( ”dbh” ) ia berasal dari Vietnam. Kajian yang telah dibuat di India, Indonesia, Thailand,Vietnam, Malaysia dan Jepun didapati hanya  Aqularia Agallocha Roxb”atau Da Bao Huong  ( ”dbh” ) sahaja yang mengeluarkan hasil yang bermutu tinggi . Species ini cepat membesar, hanya dalam tempoh masa tiga hingga lima tahun sudah boleh dibuat inokulasi. Selepas inokulasi dibiarkan selama enam bulan hingga satu tahun ia sudah boleh ditebang.

 

Proses inokulasi adalah untuk menghasilkan produk  kayu gaharu atau  “Ky nam”  dalam bahasa Vietnam . Ky nam yang berkualiti tinggi akan menghasilkan aroma; masam, cengkih berangin,manis dan pahit.Bila dibakar dipenuhi minyak, harum semerbak dan asap kebiruan bergaris lurus.  Hanya benih pokok gaharu minyak “dbh” akan menghasilkan gaharu yang bermutu tinggi.

 

Penanaman gaharu memerlukan penjagaan yang sangat minima dengan konsep 4T ia itu tanam, tinggal, treatment (inokulasi), tebang. Pokok gaharu tiada musuh seperti serangga serta binatang ternakan. Hasil daripada inokulasi ini kayu gaharu akan menghasilkan teras dan bahagian yang tidak berteras boleh diproses untuk dijadikan minyak. Kayu gaharu mudah tumbuh dan senang membiak dihutan tropika seperti di Malaysia. Kepupusan pokok gaharu asli dari hutan menyebabkan permintaannya tidak mencukupi dipasaran.

Projek integrasi gaharu & walit

Pobia terhadap projek perladangan sentang ramai yang memandang sepi terhadap potensi pokok gaharu. 20 tahun yang lalu Kerajaan Negeri melalui Exco Pertanian ketika itu melancarkan kempen untuk perladangan pokok sentang. Projek ini berasal dari Thailand, bekalan anak benih berasal dari sana. Ramai juga orang Setiu yang ada tanah khususnya di kawasan Sungai Tong yang terlibat dengan projek ini.

 

Projek tersebut kini menjadi ingautan  ngeri kepada tuan tanah yang lain untuk terlibat dengan projek penanaman gaharu ini. Mereka takut pisang berbuah dua kali. Sifat berhati-hati itu memang bagus supaya kita tidak mudah tertipu. Sebab itu saya fikir anda jangan tanam pokok gaharu jika tiada maklumat yang cukup tentangnya.

 

Jangan sekali-kali anda terpengaruh dengan kempen. Buatlah penyeilidikan terlebih dahulu . Jika anda malas untuk membuat penyelidikan jangan salahkan orang lain jika tertipu . Dalam keghairahan orang ramai hendak tanam gaharu ada pihak tertentu mengambil kesempatan menganjurkan seminar lepas itu jual anak gaharu dengan harga yang mahal.

 

Begitulah keadaannya anda juga dinasihatkan jangan tanam pokok gaharu jika hanya dengan mendengar cakap-cakap dikedai kopi. Ditakuti nanti orang gapat teras gaharu anda dapat buat kertas. Terdapat banyak spesis gaharu yang terdapat di hutan Tropika. Tanyalah pakar untuk mendapatkan spesis yang benar-benar berkualiti

 

Mengapa gaharu ?. Bagaimana dengan walit ?. Walit pun buat juga integrasi dengan gaharu. Menyahut seruan YAB Perdana Menteri Malaysia untuk memberi nilai tambah dan nilai tinggi dalam sektor pertanian. Projek apa lagi jika tidak projek walit dan gaharu. Nilai pasaran kedua-dua projek ini bukan sekadar ribuan ringgit setahun tetapi ia bernilai jutaan ringgit. Jangan nanti kerana lambat membuat keputusan anda kerugian berjuta ringgit.

Rantau Asia Tenggara bumi bertuah – kaya dengan sarang burung walit dan gaharu.

Spesis burung walit hanya terdapat di negara  Asia Tenggara sahaja. Bermula dari kepulauan Andaman hingga ke Filifina. Indonesia merupakan pengeksport sarang burung walit yang terbesar di dunia, menyumbang kira-kira 80% permintaan dipasaran. diikuti oleh Thailand, vietnam, Singapura, Myanmar, Malaysia, India dan Sri Lanka.

 

Indonesia adalah pengekspot utama di dunia  80% daripadanya adalah dari sarang burung yang di budidayakan di rumah-rumah burung.  Selebihnya adalah sarang yang berasal dari habitat alam semulajadi digua-gua.   

 

Di Malaysia sarang burung walit semulajadi terdapat di gua-gua di Sabah, Sarawak dan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Pengambilan sarang burung tidak dikawal, telah menurunkan populasi burung tersebut. Pada tahun 1989 Kerajaan Sarawak terpaksa mengenakan larangan  memungut selama 3 tahun di Gua Niah. Gua Niah mempunyai koloni terbesar spesis burung layang-layang di dunia

 

Menurut sumber daripada Jabatan PERHILITAN spesis burung walit terdapat diseluruh Malaysia khususnya di pinggiran pantai dan juga pada kawasan yang terdapat sumber air dan sumber makanan semula jadi. Ia kawasan yang mempunyai banyak serangga yang berterbangan. Akibat daripada permintaan yang tinggi membuatkan para pelabur di Indonesa berlumba-lumba untuk membangunkan rumah-rumah burung dan membudidayakannya  Di Malaysia juga perlumbaan untuk melabur telah meningkat dari tahun kesetahun dengan mendadaknya.

Burung walit atau gaharu mana yang lebih berpotensi.

 

Permintaan untuk pasaran sarang burung walit ini begitu tinggi khususnya dari Negara China dan Hong Kong, malah dimana sahaja terdapat ‘China Town’ pasti ada permintaan untuk sarang burung ini.   Ini kerana masyarakat China mengamalkan pemakanan sarang burung ini sebagai amalan kesihatan sejak zaman berzaman lagi.  

 Pembiakan burung walit adalah satu-satunya aktiviti ekonomi yang melibatkan modal sekali sahaja. Ia itu modal menyediakan rumah burung. Burung tidak perlu diberi makan atau dipelihara. Ia hidup secara semula jadi dan mencari makanannya sendiri.  Usaha pembiakan (Cultivation) ini tidak melibatkan sebarang kos penyelenggaraan bulanan atau kos pengurusan ‘overhead’ atau ‘working capital’. Pengusaha hanya memungut hasil sarang untuk dipasarkan. Malah hasilnya juga dapat diwarisi hingga keanak cucu.  Usaha jenis ini cukup banyak dikendalikan oleh individu-individu yang kaya-raya  dan juga koperasi-koperasi yang berjaya.  

Bagaimana pula dengan potensi gaharu apakah ianya lebih hebat daripada burung walit. Pasaran untuk sarang burung walit hanya datang dari masyarakat China diseluruh dunia. Bangsa Arab dan Eropah tidak meminati sarang burung walit ini. Apa akan terjadi sekiranya orang China tidak mahu makan (boikod)  sarang burung walit lagi. Habis pengusaha burung walit akan gulong tikar. Berbeza dengan gaharu. Ia adalah bahan asas untuk industri minyak wangi. Permintaan untuk wangian melampaui batas bangsa , agama dan negara. Semua agama galakan wangian. Begitu juga bangsa, tiada bangsa yang tidak suka kepada wangian. Nilai pasaran gaharu terlalu besar berbilion dollar USD. Penawaran yang ada tidak mampu  memenuhi permintaan pasaran.  80% permintaan masih tidak dapat dipenuhi oleh negara pengeluar. Khususnya negara di Asia Tenggara.

Pokok  gaharu hanya tumbuh dihutan tropika seperti Malaysia. Bekalan semula jadi dari hutan asli telah hampir pupus. Teknologi inokulasi telah diperkenalkan melalui sistem aruhan menggunakan mikrob yang disuntik kedalam pokok karas atau depu supaya tindakbalas yang berlaku akan mengeluar resin gaharu dan menhasilkan teras kayu gaharu yang bernilai RM8,000.00 – RM20,000.00/kg. Bayangkan jika pokok yang mempunyai lilitan 10 in. mampu menghasil kayu gaharu sebanyak 5 KG. Maknanya nilai sebatang pokok gaharu dengan ketinggian 15 kaki mampu mencecah paling rendah RM40,000.00. Bayangkan jika anda hanya  menanam 100 pokok gaharu hari ini. Dalam masa 7 tahun akan datang nilai pokok gaharu anda akan mencecah RM4,000,000.00.

Pelaburan untuk masa hadapan anak-anak yatim Terengganu

Terengganu terdapat dua buah pertubuhan  untuk anak-anak yatim. Pertubuhan yang dimaksudkan ialah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Terengganu dan Persatuan Kebajikan Islam Terengganu (PERKASA). Diantara fungsi kedua-dua pertubuhan ini adalah untuk menjaga kebajikan anak-anak yang kematian ibu-bapa mereka. Pertubuhan ini menyediakan asrama bagi memastikan anak-anak yang kehilangan ibu-bapa ini terus terbela terutamanya dalam bidang pendidikan.

Kerajaan Negeri Terengganu telah menyediakan sejumlah peruntukan bagi menampung aktiviti pertubuhan tersebut. Selain daripada itu pertubuhan tersebut mendapat sumbangan derma daripada orang ramai dan syarikat-syarikat yang bermurah hati memberi sumbangan kepada mereka.

Kerajaan negeri juga telah menganugerahkan kepada pertubuhan ini tanah dan juga modal untuk pembangunan tanah tersebut. PERKAYA mempunyai tanah seluas 800 ekar manakala PERKASA pula mempunyai tanah seluas 1700 ekar. Kesemua tanah-tanah ini dimajukan dengan ladang kelapa sawit.

Bagi menentukan survible pertubuhan ini pihak pengurusan yang diamanahkan untuk menjaga harta anak-anak yatim telah bertungkus lumus melaksanakan perbagai projek untuk meningkatkan pendapatan mereka. Bagi PERKAYA mereka telah melaksanakan projek integrasi diladang sawit mereka. Projek ternakan lembu dan kambing prima telah member kejayaan yang sangat baik.

Pengurusan yang kreatif dan tekun telah menjamin kejayaan pertubuhan anak yatim ini. Justeru itu PERKAYA akan melaksanakan projek ternakan burung walit dan penanaman pokok gaharu. Kesungguhan tersebut telah terbukti pada hari ini apabila Pengerusi Esekutif Ladang Sawit Perkaya  Tuan Haji Harun Hasan telah memilih MZN Niaga Kuala Terengganu sebagai konsultan untuk membina projek rumah burung walit diladang integrasi PERKAYA di Kemaman. Ujian kesesuaian lokasi telah telah dilaksanakan oleh MZN Niaga pada hari ini 14 April 2009 di Cheneh Kemaman . Penyerahan dokumen persetujuan tersebut disaksikan oleh wakil PERKASA Tuan Haji Halim Muhamad dan En. Din selepas ujian lokasi diladang sawit PERKAYA.

Sarang burung walit palsu

Sarang burung walit ialah sarang yang dihasilkan oleh sejenis burung seperti burung layang-layang yang membuat sarang dengan menggunakan air liurnya (suliva) sendiri. Air liur ini mempunyai ciri-ciri istimewa. Masyarakat cina bahawa memakan sarang burung ini dapat memberi tenaga dan kesihatan. Amalan memakan sarang burung ini telah diamalkan oleh gulungan bangsawan sejak dahulu kala lagi .

Ramai  masyarakat cina percaya bahawa dengan memakan sarang burung dapat mempertingkatkan kualiti kesihatan dan menambah tenaga. Pemakan sarang burung walit juga percaya bahawa kesan memakan sarang burung adalah untuk awet muda ia itu sistem keremajaan sesaorang. Para penyelidik moden juga telah dapat menyakinkan masyarakat  khususnya yang berumur bahawa sarang burung walit mempunyai banyak protien , vitamin dan berbagai lagi bahan yang boleh memberi khasiat kepada mereka yang memakannya.


Namun begitu pengguna juga harus berhati-hati bila membeli sarang burung untuk dimakan kerana terdapat peniaga yang tidak bertanggungjawab menghasilkan sarang burung palsu yang hampir menyerupai sarang burung asli. Sarang burung palsu ini dapat dihasilkan dari sejenis resin, rumpai laut dan juga kulat putih atau “white tremella”. Kulat jenis ini boleh dicampur diantara helaian sarang burung tersebut. Pengguna boleh mengesan penipuan ini dengan memeriksa bahagian dasar sarang burung tersebut. Pada pandangan luar sarang burung palsu ini sama dengan sarang burung asli.


Pengguna juga harus berhati-hati dengan bahan pencuci yang digunakan untuk mencuci sarang burung . Bahan pencuci seperti yang digunakan untuk mencuci beras “beras wangi” supaya beras nampak berkilat kadang-kadang digunakan juga untuk mencuci sarang burung.

Penipuan yang dilakukan oleh peniaga yang tidak bertanggung jawab ini sudah tentu akan menjejaskan pasaran sarang burung dalam jangka masa panjang. Di Malaysia belum lagi terdapat lapuran terhadap penipuan yang dilakukan oleh peniaga sarang burung.

Saya juga kuatir dengan kaedah penghasilan sarang merah yang dihasilkan dari rumah burung biasa. Menghasilkan sarang burung yang bewarna merah melalui tindakbalas kimia yang berterusan. Penghasilan sarang merah mempunyai nilai pasaran yang tinggi .

Memberi nilai tinggi kepada perusahaan sarang burung walit melalui komponen teknologi.

Dengan teknologi tinggi kita dapat  meningkatkan nilai tambah dan nilai tinggi kepada suatau sektor yang kurang daya maju dan kurang daya saing, . Tanah-tanah pertanian yang kurang berdaya maju, dapat diberi  nilai yang lebih tinggi dengan rangsangan teknologi .

 

Dalam perusahaan sarang burung walit komponen teknologi telah terbukti dapat meningkat nilai tinggi industry ini melalui penemuan-penemuan terbaru.  Hasil penyelidikan yang dilaksanakan oleh berbagai pihak kaedah konvensional membudidaya walit telah berkembang dengan penggunaan teknologi terkini. Pengusaha rumah walit masakini tidak lagi bergantung kepada nasib semata-mata untuk berjaya memancing walit. Dengan bantuan teknologi bangunan yang digunakan untuk membudidaya walit akan menjadi lebih kondusif dari gua asli lagi. Sebab itu walit suka .

 

Perbagai system telah dicuba oleh pengusaha burung walit, bermula dengan penciptaan suara artificial, system audio, system penyejukan dan juga ventilasi dalam rumah walit. Terdapat pengusaha yang menggunakan system suara tanpa bunyi bagi mengelakan masalah dengan pihak berkuasa dan untuk disesuaikan dengan ketetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya kadar bunyi suara memanggil pada waktu siang tidak melebihi 55 desibel (dsb) dan pada malam hari tidak melebihi 45 dsb.

 

Demikian juga penggunaan teknologi dalam pemprosesan,. Secara tradisinya kaedah pemakan sarang burung oleh masyarakat cina yang paling popular ialah dengan membuat sup sarang burung untuk tujuan kesihatan. Dengan adanya  teknologi pemprosesan cara pemakanan sarang burung walit diubahsuai dalam berbagai bentuk mengikut kesesuaian gulungan pemakannya seperti kanak-kanak, kaum remaja atau belia, gulungan dewasa atau warga tua (warga emas). Pengubah suaian ini akan akan meningkatkan jumlah pemakannya yang tentunya akan meningkatkan permintaan untuk sarang burung.

Tabiat pemakanan sarang burung oleh satu kaum juga boleh diubah dengan bantuan teknologi tadi. Tidak hanya bergantung kepada masyarakat cina sahaja untuk pasaran sarang burung tetapi melalui dasar “Malaysia Halal Hup” pasaran Timur Tengah dan Eropah juga boleh diteroka melalui produk halal Malaysia ini. Dengan itu kaedah konsep tambah nilai dan nilai tinggi perusahaan sarang burung ini pastinya berjaya memacu ekonomi negara .

 

Terengganu seharusnya mengambil inisiatif segera dalam memberi nilai tambah dan nilai tinggi kepada perusahaan sarang burung ini dengan kelebihan dan pasarana yang sedia ada di negeri ini untuk menjadikan perusahaan sarang burung walit juga sebagai pruduk pelancungan. Kewujudan habitat asal burung walit di kepulauan persisir pantai Terengganu boleh diejsploitasi sebagai produk pelancungan baru di negeri ini. Dengan adanya Lapangan Terbang Antara Bangsa Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Pelancung dari Negara Cina Akan dibawa terus ke Kuala Terengganu. Pakej lawatan kerumah burung walit atau gua habitat asal burung walit dapat dilaksanakan. Dengan melihat kaedah pemprosesan dan penghasilan sarang burung akan memberi kesan yang mendalam kepada pelancung yang terbabit.

Apa Keistimewaan Burung Walet sehingga perusahaan sarang burung walit dapat memberi nilai tinggi dalam sektor pertaniaan.

Burung Walet membuat sarang dengan air liur (suliva) yang istimewa dan mempunyai nilai yang tinggi serta mahal.  Burung walit sangat  kuat dan dapat terbang selama 40 jam tanpa henti . Radius perburuan makanan sehingga puluhan kilometer dan boleh terbang dengan kelajuan 150 km per jam. Burung walet akan melakukan proses mengawan dengan pasangannya  di udara sambil terbang. Burung walit ini merupakan burung yang sangat mementingkan kebersihan  sarangnya dari kotoran dari sebarang kekotoran. Tiada kotoran yang tertinggal dalam sarangnya. Semasa proses pengeraman telour, bontotnya akan menghala keluar sarang sepaya kotoran yang dilepaskan tidak akan terkena sarangnya.. Ia merupakan burung liar yang tidak mahu dikurung tetapi atau diternak seperti ternakan lain namun begitu ia boleh dibudi daya.

 

Perilaku makan (fooding behaviour) burung ini adalah serangga terbang dengan kaedah menyambar. Ia juga mempunyai perilaku pulang sarang (homing behaviour) iaitu kerumahnya apabila keluar mencari makan seawal pagi (5.00 pagi) dan pulang lewat petang (7.30 ptg). Manakala perilaku dalam membuat sarangnya (nesting behaviour) pada papan (serpihan tempelan sarang) dan yang terakhir perilaku perkembangan biak (sexual behaviour) pada malam hari di papan sirip atau menyambar di udara.

(Sarang Merah )

Pembudidaya burung walit hanya 20% yang berjaya. Walau bagaimana pun yang tidak berjaya itu masih lagi lumayan

E-mail yang saya terima untuk diberi komen.

Tuan Haji,

Saya memang mengikuti blog tuan, sebelum tuan haji ke Mekah, dan pulang….  Saya akan membina sebuah rumah burung yang baru…. dan saya telah ada 2 buah rumah burung yg ada beberapa sarang sahaja….. sebuah di kg saya di kedah, dan ke 2 di manjung….  Tuan haji, saya ada design DIY rumah burung , sudikah tn haji beri komen…

 sekian,

HJ BADRUL BIN HJ BULAT
NO. 51-52, PERSIARAN VENICE SUTERA 1,
DESA MANJUNG RAYA,
32200 LUMUT,
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL : 605-6883997 / FAX : 605-6883990
MOBILE : 6019-5567893
email –
badrulbulat@yahoo.co.uk

Kepada pembaca yang budiman marilah sama-sama kita membantu Tuan Hj Badrul untuk membina rumah burung beliau yang saya kira rumah burung yang ketiga…… mengapa sahabat kita ini merancang untuk menambah lagi rumah burungnya walau pun telah ada 2 buah rumah burung. Kata beliau hanya ada  beberapa sarang sahaja. Ajaib sungguh perusahaan sarang burung walit ini. Walaupun belum berjaya sepenuhnya tetapi mahu menambah lagi bilangan rumah burung. Ini adalah kerana sahabat kita ini mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap industri  sarang burung walit. Dengan semangat dan keyakinan itu maka Tuan Hj Badrul terus melangkah kehadapan tanpa mundur lagi untuk mendapatkan pulangan yang lumayan satu hari ini. Saya doakan Tuan haji akan Berjaya.

 

Tetapi harus diingat bahawa dalam bidang apa sekali pun tidak ada yang akan berjaya 100%. Mungkin yang benar-benar berjaya hanyalah 20% sahaja. Namun begitu dalam bidang usahawan walit , baki yang tidak  berjaya itu masih lumayan. Mengapa ?. …..kerana tiada overhead cost. Sama ada hasil kurang atau atau gred yang dihasilkan rendah , tetapi ia tetap menguntungkan.

 

marilah kita sama-sama membantu Tuan Hj Badrul dalam merealisasikan impian beliau sudilah kiranya anda member komen terhadap rekabentuk  RBW Hj Badrul yang dikirim kepada saya sepertimana dibawah.

Nilai ekonomi pasaran perusahaan burung walit bagi memacu ekonomi negara

Sektor swasta dan institusi ekononi merupakan pemangkin dan jentera pertumbuhan pembangunan dan kemajuan ekonomi negara. Perbagai dasar dan strategi pembangunan ekonomi diperkenalkan untuk dilakasanakan. Selaras dengan itu tanggungjawab yang lebih besar turut diletakkan kepada sektor swasta untuk mencapai matlamat penyusunan semula masyarakat dan pembangunan sumber manusia .

 

Untuk mencapai hasrat tersebut sektor swasta harus terlibat dalam industri yang boleh memacu ekonomi negara sepertimana yang disarangkan oleh Perdana Menteri bagi meningkatkan nilai tambah perusahaan sarang burung walit . Namun begitu masih ramai masyarakat Malaysia yang tidak mengetahui tentang industri dan mengapa ia begitu berpotensi dalam pasaran.

 

Pasaran sarang burung walit sebenarnya telah terkenal di kawasan Asia sejak beberapa ratus tahun yang lalu . Ia adalah merupakan perusahaan tradisional yang mantap dan begitu stabil harganya dari dahulu sehingga sekarang . Kesetabilan harga kini disebabkan peningkatan ekonomi penduduk dirantau ini. Walaupun berhadapan dengan krisis ekinomi global , negara Cina lebih dahulu pulih dari kesan kejatuhan ekonomi global berbanding dengan Amerika. Memandangkan sarang burung adalah makanan yang dipercayai oleh setiap masyarakat cina sebagai makanan kesihatan sejak Dinasti Ming lagi . Dimana terdapat masyarakat cina di dunia ini , maka disitulah terdapatnya pasaran untuk sarang burung ini.

 

Dengan keadaan ekonomi yang semakin stabil dan mantap itu , adalah dipercayai business sarang burung walit ini bakal menjangkau tahap paling tinggi yang akan diperolehi oleh sesiapa yang terlibat dalam perusahaan sarang burung walit ini.

 

Memandangkan Malaysia telah ketinggalan dalam industri walit ini lebih daripada 20 tahun di belakang Indonesia  maka potensi pasaran tempatan masih belum banyak diterokai lagi . Maka perusahaan sarang burung walit membuka peluang yang cukup lumayan untuk mana-mana pihak samada sektor swasta atau kerajaan untuk mengeksploitasi keadaan yang wujud

 

Dengan kerjasama diantara sektor kerajaan dan swasta di Malaysia saya percaya kita boleh melangkah lebih maju kehadapan memintas Indonesia bagi mengembangkan perusahaan sarang walit.

 

Oleh itu antara lain  nilai ekonomi perusahaan sarang burung walit ialah industri pembinaan untuk bangunan rumah burung walit untuk dijual dengan harga yang sangat lumayan seperti projek perumahan untuk burung walit’ seperti projek walit eko park. Demikian juga dengan perusahaan membudidaya burung walit yang pastinya menghasilkan pulangan yang cukup lumayan.

 

Selain daripada itu perusahaan sarang burung walit yang boleh diberi nilai tambah ialah idustri pruduk makanan dan minuman untuk eksport dan juga pasaran tempatan. Peluang pekerjaan dalam industri pemerosesan dapat diwujudkan bagi memacu ekonomi negara.

 

Artikel ini ditulis dari Institut Integriti Malaysia. Menara Integriti Persiaran Duta Off Jalan Duta. Kuala Lumpur 6.00 petang 6/4/09

Perkongsian pintar konsep win-win membangunkan rumah walit di Hulu Terengganu.

Bidang usahawan masih tidak mendapat tempat dihati masyarakat , sebab itu peratus usahawan di negeri ini masih rendah berbanding dengan negeri lain. Bidang usahawan sememangnya mampu menjana pendapatan yang lumayan.

 

Masyarakat dinegeri ini masih suka bekerja makan gaji, sikap takut menanggung risiko harus dikikis dan mereka perlu berani mencuba dan merebut peluang yang ada.

 

Setiap orang yang ingin menjadi usahawan harus mempunyai wawasan. Dengan adanya wawasan usahawan akan berusaha membuat perancangan untuk memastikan wawasan yang dibuat mencapai kejayaan.

 

Menjadi usahawan walit tidak boleh dibuat secara kecil-kecilan macam menjadi usahawan air batu . Usahawan walit memerlukan tapak dan juga modal . Ia juga memerlukan ilmu, kepakaran dan juga kemahiran. Sekiranya anda berminat menjadi usahawan walit saya sedia membantu anda. Kita harus melaksanakan perkongsian pintar .

 

Apa itu perkongsian pintar ?. Konsepnya ialah win win situation . Tiada siapa yang rugi dalam perkongsian  ini. Sama-sama untung sampai bila-bila. Keuntungan juga boleh diwarisi hingga ke anak cucu. Apa lagi hendak ?. Anda duduk diam, saya sebagai rakan kongsi anda akan uruskan segalanya dari A – Z. Pihak rakan kongsi anda akan uruskan bermula dengan pembinaan bangunan membina dan menyiapkan sebuah bangunan untuk Rumah Burung Walit di atas tanah pertanian milik saya sendiri di Kuala Berang, Hulu Terengganu, pemasangan audio system untuk memancing burung walit, Pengelolaan RBW, memungut hasil dan seterusnya memasarkan hasil . Tempuh perkongsian seumur hidup, selagi ada bangunan disitu. Walaupun anda hanya sliping partner perkongsian kita pada nisbah 50:50 . Sebab kita gunakan konsep perkongsian pintar

 

Tanggung jawab anda hanya menyediakan modal untuk menyiapkan sebuah bangunan bersaiz 30′ X 50′ tiga tingkat setengah. Kos bangunan yang dianggarkan ialah RM65/kaki persegi keluasan lantai. Jumlah anggaran kos untuk saiz tersebut ialah RM292,500.00. Walau bagaimana pun saiz bangunan boleh dibincangkan lagi untuk mengurangkan kos.

 

Tapak tanah yang dicadangkan sangat berpotensi kerana projek walit yang dibuat di Kampung Pela ia itu dihadapan tanah cadangan tidak sampai satu tahun projek dijalankan telah pun mendapat hasil hampir satu kilo ,

 

Jika anda berminat boleh hubungi saya walaupun dimana sahaja lokasi anda berada pasti kita boleh bekerjasama untuk kebaikan bersama.

Langkah pertama memulakan projek membina dan menyiapkan bangunan rumah burung walit.

Langkah pertama untuk membina rumah walit ialah dengan menentukan  lokasi projek. Sebaiknya tanah milik sendiri. Tanah pertanian tidak  akan menimbulkan banyak masalah. Sekiranya tanah lot perumahan akan menimbulkan banyak masalah dengan jiran-jiran nanti . Maklumlah bukan semua orang suka dengan projek burung walit. Bagi mereka yang tidak suka macam-macam tomahan dan tuduhan akan dilemparkan.

 

Jika nanti jiran-jiran tidak suka jangan risau kerana bila dapat hasil nanti hadiahkan RM seratus dua kepada mereka. Pasti mereka tidak akan mengatkan bunyi burung walit bising dan wujud kacau gangu kepada mereka lagi. Malah jika suara walit tidak berbunyi mereka kata tak boleh tidur sebab rindu dengan suara walit, betul tak ?.

 

Bila hendak memulakan projek pilihlah kontraktor yang  berwibawa,mempunyai pengalaman dalam bidang pembinaan. pilihlah kontraktor yang berdaftar dengan pusat khidmat kontraktor (PKK) untuk membina bangunan rumah burung walit jangan pilih sebarang kontraktor yang tidak mahir dalam selok-belok bangunan  rumah burung walit. Buatlah perjanjian yang lengkap dengan kaedah bayaran mengikut progres kerja. Penyerahan projek pula hendaklah sehingga burung bersarang. Jika kontraktor boleh memberi jaminan begitu barulah dikatakan kontraktor dan konsultan yang hebat. Konsultan begitulah yang boleh anda harapkan.

 

Sebelum memulakan projek pastikan batu sempadan tanah anda telah ditemui.Jika batu sempadan tidak ditemui anda boleh minta tolong dengan pegawai ukur dan pegawai petempatan tanah yang berhampiran. Jangan letak bangunan sebarangan . Pegawai ukur akan mencari batu sempadan, tengok bearing dan jarak sempadan yang tepat.

 

Design bangunan kena lihat kedudukan matahari . Arah matahari naik dan jatuh kerana kedudukan bangunan yang banyak terdedah pada pancaran matahari akan mempengaruhi ventilasi bangunan. Jika bangunan melintang matahari secara memanjang kepanasan dalaman sukar dikawal berbanding dengan bengunan yang membujur.

 

Kedudukan bangunan juga harus mengambil kira kedudukan centra walit dari bungunan RBW anda. Kedudukan centra walit mempengaruhi arah terbang burung semasa keluar memburu makanan pagi dan petang.

Perusahaan sarang burung walit adalah dunia impian untuk menjadi jutawan

Sarang burung walit sememangnya telah terkenal diseluruh dunia. Ia telah dikenali  sejak Dinasti Tang lagi sebagai hidangan keluarga bangsawan. Malaysia adalah negara pengeksport kedua terbesar didunia selepas Indonesia. Namun begitu tidak ramai yang mengetahui mengenai perusahaan sarang burung walit ini.

 

Hari demi hari perusahaan sarang burung walit semakin berkembang dan bilangan mereka yang terlibat semakin ramai. Rasa ingin tahu rakyat Malaysia semakin tinggi bila pemerintah berhasrat untuk memacu ekonomi dengan memberi nilai tambah sektor pertanian melalui perusahaan sarang burung walit .

 

Selama ini pengetahuan perusahaan sarang burung walit hanya diketahui melalui warisan turun temurun . Informasi secara sistematik sangat kurang diketahui . Dengan sebab itu keyakinan terhadap industri walit amat kurang sekali . Sedangkan bagi keluarga yang telah mewarisi pengetahuan tersebut terus membesarkan perusahaan mereka yang lain masih lagi takut untuk terlibat walaupun mempunyai kemampuan dan modal.

 

Apakah sebenarnya perusahaan sarang burung walit itu ?. Ramai juga yang tidak mengetahui bahawa perusahaan sarang burung walit mendatangkan keuntungan yang begitu lumayan. Pada tahap populasi burung didalam rumah yang mencapai tahap maksima, kawasan siling 1 X 1 meter menghasilkan sarang sebanyak 1kg satu musim (1 sirkulas 45 hari). Dengan harga sarang walit yang diproses  RM4,000.00 hingga RM6,000.00 sekilo. Bayangkan kawasan 10 meter persegi atau 33′ X 33′ akan menghasilkan pendapatan sebanyak RM50,000.00 sebulan atau satu kali kutip sarang.

 

Namun begitu perusahaan sarang burung walit tidak sekadar penghasilan sarang walit mentah tetapi ia melibatkan kerja membersih sarang dan pembentukan semula sarang. Kerja-kerja pembungkusan dan pemerosesan menjadi berbagai jenis produk yang berasaskan sarang burung seperti pembotolan air minuman, gula-gula dan lain-lain.

 

Selain daripada itu perusahaan sarang burung walit juga melibatkan industri pembinaan untuk membina RBW. Industri music yang berkaitan penciptaan suara artifial. Perusahaan menghasilkan bahan aroma rumah burung atau bahan antistres. Industri kayu meranti merah untuk tempat burung bersarang.

 

Dunia walit sebenarnya dunia yang sangat besar dan sangat luas. Sesungguhnya bila anda membuat keputusan untuk terlibat dalam perusahaan burung walit, anda telah boleh memasang impian untuk menjadi jutawan. Tetapi ingat impian tersebut belum menjadi kenyataan. Namun begitu keputusan berani yang anda buat pada hari ini akan menentukan siapa anda dihari akan datang bila impian anda menjelma sebagai kenyataan

.

 

 

 

 

 

 

Menanggani isu operasi perusahaan walit di kawasan PBT ( bandar ).

Bangunan yang berada dalam kawasan bandar adalah bangunan komersial. Sekiranya bangunan yang ada merupakan bangunan kediaman sepenuhnya seperti bangunan flet ia tidak sesuai untuk menjalankan perusahaan burung walit. Bangunan komersial yang sesuai adalah pada tingkat atas (top floor ). Tingkat bawah tidak sesuai sama sekali untuk perusahaan burung walit. Ia akan mendatangkan kacaugangu kepada orang ramai menjalankan urusan harian mereka.

 

Namun begitu sekiranya terdapat bangunan yang terbiar dan tidak digunakan untuk urusan komersial ia adalah wajar digunakan untuk industri walit. Paling tidak dapat mengelakan berlakunya pembaziran sumber yang ada. Namun begitu jika memerlukan pembinaan bangunan baru ia lebih sesuai didirikan dalam kawasan pertanian.

 

Undang-undang yang ada kaitan dengan isu perusahaan burung walit dalam kawasan bandar ialah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 (Akta 133), Undang-undang kecil bangunan seragam 1984 dan juga ” Good Animal Husbandry Practice For Edible-Nest Swiftlets Aerodermus Species-Ranching And its Premis oleh JPH. Dalam mengawal perusahaan sarang burung walit, khususnya dalam kawasan PBT akta dan peraturan yang tersebut diatas perlu diambil kira oleh semua pihak yang terlibat. Pengusaha dan juga pihak berkuasa. Persatuan sepatutnya menganjurkan sesi penerangan kepada ahli hubungkait akta yang ada dengan perusahaan yang mereka jalankan. Dengan itu sebarang tindakan oleh pihak berkuasa tidak dianggap untuk menekan pengusaha. Dengan itu suasana harmoni dapat diwujudkan diantara PBT dan juga pengusaha.

 

Lain jabatan atau badan yang dianggap mempunyai kaitan secara langsung dengan perusahaan walit dalam kawasan PBT ialah Jabatan Veterina dan juga Badan Warisan Malaysia sekiranya bangunan tersebut telah diwartakan sebagai bangunan warisan yang perlu dikekalkan seperti bangunan di Kampung China, Kuala Terengganu.

 

Bangunan yang tidak harmoni dari segi reka bentuk sebenarnya tidak sesuai untuk perusahaan burung walit. Begitu juga struktur bangunan yang sedia ada tidak boleh diubahsuai untuk perusahaan burung walit. Jika terpaksa juga pengusaha perlu mendapat kelulusan dari PBT.

 

Isu perusahaan walit dalam kawasan bandar ialah isu kacaugangu dari bunyi tweeter yang dipasang untuk memanggil burung walit. Pemasangan tweeter pada pintu masuk hendaklah sekurang-kurangnya 60 darjah dari dasar lantai.

 

Kebersihan dalam bangunan hendaklah dijaga dengan sebaik mungkin. Takungan air seperti tangki atau kolam yang boleh berlakunya pembiakan nyamuk hendalah dielakkan . Jika berlaku wabak edes yang berpunca dari rumah burung. Kebimbangan tersebut adalah berita nakal kerana nyamuk tidak berpeluang hidup dalam RBW kerana ia akan dimakan oleh burung walit.

Penglibatan VIP dan Pertubuhan Kebajikan dalam perusahaan sarang burung walit.

Bila agensi kerajaan terlibat dalam industri sarang burung walit maka bermulalah satu gelombang baru . Jika dahulu tiada siapa yang mengambil peduli melihat burung walit yang berterbangan di udara. Sebaik saja keluar ucapan dari mulut presiden UMNO untuk memberi nilai tambah sektor pertanian melalui perusahaan sarang burung walit. Semacam bom yang meledak jadinya. Ramai yang becakap dan ramai yang bertanya. Bagaimana untuk terlibat, pada siapa untuk dirujuk bagi mendapatkan maklumat. Jika tiada potensi besar masakan Dato’ Najib menyebut dalam mengulung perbahasan di perhimpunan agong yang menjadi fokus seluruh negara.

 

Bagi kawan saya YB Alias Abdullah yang telah pun terlibat secara langsung dalam industri ini pada tahun 2008 pasti terseyum lebar kerana telah menyahut langkah Dato’ Najib lebih awal lagi. Perancangan awal yang dibuat untuk membina sarang burung walit berukuran 35’ X 75’ dengan ketinggian 5 tingkat sejajar dengan langkah kerajaan untuk memperkasakan industri  asas tani. Sesungguhnya penglibatan beliau memberi suatu motivasi dan semangat baru kepada orang-orang lain khususnya orang melayu untuk memartabatkan bangsa melalui ekonomi. Model yang ditunjukan oleh YB Alias ini boleh dijadikan contoh kepada pejuang bangsa yang lain. Perjuangan politik melayu bukan sekadar laungan tetapi dipraktikan melalui usaha yang bersungguh-sungguh untuk memperkasakan ekonomi orang melayu. Begitu juga terdapat dua  tiga orang lagi YB di Terengganu yang terlibat dalam industri burung walit ini.

 

Sekalong tahniah juga kepada En. Mohd Zabri bin Nawang yang telah terpilih menjadi Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Pengusaha Burung Walit Kemaman, walau pun keahlian orang melayu hanya 3 orang sahaja. Kepercayaan yang diberi itu hendaklah digalas sebaik mungkin agar kerjasama yang erat diantara pengusaha melayu dengan pengusaha cina yang telah lama terlibat dalam bidang ini. En. Mohd Zabri juga adalah Bendahari Persatuan Penternak Burung Walit Melayu Terengganu. Sebagai konsultan burung walit adalah wajar En. Zabri terlibat dengan persatuan-persatuan tersebut.

 

Persatuan Saudagar Burung Walit Terengganu yang di pengerusikan oleh Dato’ Toh Ten Sai bekas Exco Negeri Terengganu juga bertujuan membantu ahli dan kerajaan untuk mengembangkan industri burung walit ini. Persatuan persatuan ini ditubuhkan adalah menjaga kebajikan ahli dan penhubung diantara kerajaan dan pengusaha. Supaya berlakunya kerjasama erat untuk kebaikan bersama.

 

Saya juga telah dihubungi pihak Pertubuhan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA) yang juga turut berminat dalam industri burung walit ini. Begitu juga sebuah Sekolah Agama Rakyat di Batu Pahat Johor telah pun membuat lawatan ke Terengganu untuk melihat potensi projek walit di Terengganu untuk dimanfaatkan oleh mereka.

 

Saya cukup yakin bahawa apabila VIP dan pemimpin masyarakat, pertubuhan kebajikan dan koperasi turut terlibat, tentunya masa depan industri walit sangat cerah dan peluang untuk melaksanakan industri hiliran memberi momentum yang besar. Saya juga telah dimaklumkan oleh seorang GM sebuah agensi kerajaan yang turut berminat dalam industri ini.