JIKA KERAJAAN HADIAH ANAK BENIH GAHARU KEPADA RAKYAT TERENGGANU

Perjalanan ke Auckland memakan masa 9 jam. Perjalanan yang lama itu amatlah memenatkan. Sementara bateri iPhone masih berfungsi dan ada ilham untuk ditulis.

Seandainya Kerajaan Negeri Terengganu menghadiahkan anak benih kelapa sawit kepada rakyat Terengganu untuk ditanam sekeliling rumah atau diatas tanah yang terbiar. Ia dilaksanakan untuk menambah pendapatan kepada golongan terbabit. Begitulah hasil mahsul negeri ini diagihkan sama kepada rakyat jelata. Walau pun anak pokok yang diagihkan tidak banyak tetapi cukup untuk menambahkan pendapatan sekurang-kurangnya RM300.00 sebulan tiga empat tahun akan datang. Sesuai dengan “Tag line” kerajaan negeri merakyatkan pembangunan dan pentadbiran.

Namun begitu pada pandangan saya adalah lebih baik kerajaan memberi dua option sama ada anak benih kelapa sawit atau gaharu. Sumbangan kelapa sawit kepada ekonomi Negara tidak dapat dipertkaikan lagi. Tetapi gaharu banyak persoalan yang belum terungkai lagi.

Zaman dulu-dulu dikala zaman kanak-kanak Tok Ki selalalu masuk hutan. Tok Ki masuk hutan mencari kayu candan (kayu gaharu). Kadang-kadang jumpa pokok sebesar pemeluk, bila ditebang tiada pun teras gaharu yang dicari, kadang-kadang pokok kecil sahaja tapi ada teras. Biasanya yang ada teras ini terdiri dari pokok yang sakit. Itu cerita arwah Tok Ki tiga puluh tahun yang lalu. Sekarang ini tiada lagi kedengaran orang kampong saya masuk ke hutan mencari kayu candan. Kata orang speciesnya dah pupus.

Hari ini pokok gaharu dalam hutan asli telah pupus, permintaan untuk kayu gaharu tetap ada dan semakin meningkat. Kajian dan penyelidikan terus dilaksanakan. Di Malaysia institusi yang aktif melaksanakan kajian untuk penghasilan gaharu ialah Nuklear Malaysia (MINT). Diantara penyelidikan yang dibuat adalah dengan Jabatan Perhutanan Terengganu yang telah pun melaksanakan perladangan gaharu ini sejak tahun 2005 seluas 106 ekar di Merchang, Terengganu. Species yang ditanam ialah terdiri daripada Aquilaria Malacensis

Oleh kerana potensi gaharu ini sangat besar maka saya cadangkan kepada kerajaan Negeri Terengganu supaya menghadiahkan anak pokok gaharu kepada setiap keluarga yang mempunyai tanah atau yang mempunyai halaman rumah. Pokok gaharu ini boleh dijadikan landscap atau pun ditanam ditepi pagar rumah sebagai tiang pagar. Bila pokok ini mencapai umur matang lima atau enam tahun ia boleh dirawat untuk menghasilkan kayu gaharu. Rawatan secara aruhan ini adalah melalui kaedah suntikan pada batang gaharu. Secara konvensionalnya pokok gaharu yang sakit akan mengeluar resin dan merebak menjadi teras gaharu. Teknologi semakin berkembang kaedah rawatan semakin maju, maka kejayaan dalam menghasilakan teras gaharu telah dapat dibuktikan oleh para penyelidik. Thailand dan Vietnam adalah negara yang telah berjaya menghasilkan kayu gaharu yang bermutu tinggi. Melalui teknik inokulasi ini telah membuka era baru dalam penghasilan kayu gaharu di dunia.

Di Vietnam species ini dikenali sebagai Da Bao Huong (dbh) Aqularia Agallocha Roxb. Ianya terbukti telah berjaya dan melalui pengalaman mereka selama 30 tahun dalam bidang tersebut. Seharusnya kerajaan tidak memandang sepi cadangan menghadiahkan anak pokok gaharu kepada rakyat Terengganu. Jika ini dapat dilaksanakan untuk rakyat Terengganu saya percaya Terengganu akan menjadi pengeluar kayu gaharu yang utama di Malaysia.

Bagaimana kaedahnya untuk merealisasikan projek ini ?. Jangan nanti anak benih yang dibekalkan terdiri dari species yang tidak mermutu tinggi. Species yang tidak bermutu tinggi bila dibuat proses inonokulasi tidak akan menjadi kayu teras gaharu tetapi untuk penghasilan minyak sahaja. Lebih malang lagi jika pokok gaharu yang ditanam itu hanya layak untuk dibuat pulpa dan kertas sahaja. Kegagalan begitulah yang ditakuti. Supaya projek tersebut tidak menerima nasib sepertmana pokok sentang dahulu, kerajaan harus berhati-hati dalam membuat keputusan. Paling tidaknya mendapatkan pembekal yang boleh membuat kontrak farming. Kerajaan dan pembekal atau syarikat perunding boleh bekerjasama dalam membekal anak benih gaharu untuk ditanam oleh rakyat negeri ini. Kos anak benih ini ditanggong bersama oleh kerajaan dan perunding. Rakyat atau keluarga yang dihadiahkan anak benih ini menanam dan menjaganya. Bila pokok ini mencapai tahap matang selepas 5 tahun ditanam syarikat perunding perlu membelinya semula mengikut harga pasaran.

Artikel ini ditulis dalam penerbangan ke Aucland, New Zealand jam 12.00 PM 19/4/2009

Posted on 19 April, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: