Cabaran perladangan gaharu di Malaysia.

Terdapat 20 negara yang terlibat di dalam perdagangan gaharu. Malaysia dan Indonesia adalah pengeluar atau pengeksport terbesar gaharu dari hutan Tropika. Menurut perangkaan dari tahun 1995 hingga 1997, Malaysia telah mengeksport sejumlah 340 ton (Semenanjung Malaysia) dan 530 ton (Sarawak). Dari jumlah ini sebahagian besarnya adalah dieksport ke Singapura dan sedikit ke Taiwan dan Negara-negara Timur Tengah. Walaubagaimana pun, jumlah ini dipercayai jauh lebih rendah  jika dibandingkan dengan jumlah sebenar hasil gaharu yang dikeluarkan dari hutan-hutan Malaysia.

Gaharu telah diketahui umum mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Harga kayu gaharu dipasaran adalah RM8,000.00 – RM20,000.00 /KG. Data (Cites, 1997) menunjukkan negara-negara Asia Tenggara mengeksport lebih daripada RM48 juta ke Arab Saudi yang mana dianggarkan 26% dari nilai tersebut adalah datangnya dari sumber Malaysia. Diseluruh dunia, pasaran gaharu secara sah adalah berjumlah RM200 juta

Walau bagaimana pun jumlah ini dianggarkan hanyalah memenuhi sekitar 20% daripada permintaan sebenar gaharu dunia. Adalah dijangkakan bahawa transaksi gaharu boleh mencecah sehingga RM3 billion sekiranya sumber yang secukupnya mampu dibekalkan.

Gaharu digunakan sebagai bahan wangian dan sebagai bahan asas dalam industry minyak wangi. Wangian dari kayu gaharu akan keluar bila ia dibakar. Asap putih yang yang keluar akan berbau wangi. Ia digunakan dalam majlis keagamaan mengikut pelbagai kepercayaan agama. Pengeluar minyak wangi yang utama di dunia seperti YSL juga menggunakan minyak gaharu sebagai rumusan wangian produk mereka. Gaharu juga telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati lelah dan sakit perut.

Cabaran utama di dalam industri gaharu di Malaysia adalah kekurangan maklumat dalam perladangan dan penghasilan kayu gaharu. Pengeluaran gaharu asli dari hutan tropika amat kurang sekali dan hampir pupus. Kepupusan ini jika tidak diatasi segeri akan merugikan generasi akan datang. Di Malaysia Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) amat kurang.

Malaysia terletak di rantau Asia Tenggara yang mengalami cuaca tropika yang sesuai untuk penanaman pokok gaharu. Langkah Jabatan Perhutanan Terengganu memulakan perladangan gaharu patut diberi pujian. Para penyelidik Malaysia perlu mempergiatkan kajian mereka untuk menjadikan Malaysia negara pengeluar gaharu yang utama di dunia.

Perladangan gaharu adalah sesuai dengan dasar bioteknologi kerajaan. Jika dilaksanakan dengan baik ia mampu menjana sumber ekonomi baru negara. Manakala program merakyatkan penanaman gaharu mampu member sumber pendapatan baru kepada penduduk luar bandar dan boleh dijadikan salah satu program pembasmian kemiskinan.

Posted on 21 April, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: