Monthly Archives: November 2008

Agensi kerajaan wajar terlibat dalam industri membudidaya burung walit.

Membudidaya  burung walit dapat membangunkan tanah pertanian dengan projek yang lebih berdaya maju berbanding dengan projek industri tani yang lain. Ia dapat membangunkan industri hiliran khususnya industri yang berkaitan dengan memproses sarang  burung walit. Dengan itu ia dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada  penduduk sekitarnya.

Industri menternak burung walit wajar dilaksanakan oleh agensi kerajaan bagi merealisasikan dasar satu produk satu daerah. Selain daripada itu melalui industri burung walit ini dapat pula diwujudkan industri hiliran seperti industri memproses sarang burung dan produk-produk lain daripada sarang burung ini seperti pembotolan minuman air sarang burung, pakagin dan lain-lain.

Bagi daerah yang mempunyai habitat semulajadi burung walit seperti Setiu, Terengganu, Industri pelancungan boleh diwujudkan melalui melalui burung walit ini. Dimana pakej-pakej lawatan kekawasan habitat asal boleh diadakan untuk peminat atau pengemar sarang walit ini. Pulau Redang adalah satu-satunya lokasi yang sangat menarik untuk tujuan ini.

Agensi kerajaan boleh menjadi peneraju dalam perkembangan industri walit . Ia juga boleh dijadikan pemangkin kepada penglibatan oleh masyarakat dan penduduk luar bandar. Mana-mana agensi yang terlibat boleh menjadi model kepada agensi yang lain dinegara ini.

Memandangkan industri walit mempunyai komponen berteknologi maka ia juga dapat meningkatkan hasil pendapatan dikawasan-kawasan yang kurang daya saing dalam sektor pertanian dengan penggunaan teknolgi dalam membangunkan tanah pertaniaan. Dimana pakej teknologi pengurusan tanah yang tidak berproduktif dengan kos yang lebih efektif.   Pakej teknologi membudidaya walit sebenarnya  tidak menggunakan banyak modal kerana ia hanya memerlukan  modal  pusingan yang paling minima berbanding dengan industri yang lain.

 

Agensi kerajaan yang berminat seperti SEDC dan juga koperasi boleh menggunakan khidmat perunding jika mahu terlibat dalam industri ini. Dengan itu program pemindahan teknologi secara terus daripada perunding kepada agensi berkenaan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Dimana teknologi rumah burung walit ini sukar diperolehi dan menjadi rahsia peniagaan oleh taukeh-taukeh cina yang telah lama mengusahakan industri ini.

Projek membudidaya  burung walit untuk sarangnya adalah satu projek yang mempunyai nilai komersial yang tinggi dan sangat menguntungkan dan ianya wajar dilaksanakan oleh agensi kerajaan sebagai projek utama yang mampu meningkatkan kecemerlagan agensi berkenaan.

Menjadikan bumbung rumah kediaman sebagai rumah walit

Sahabat menanyakan apakah boleh beliau menjadikan ruang siling rumah kediamannya sebagai rumah burung. Beliau bercadang untuk mengubahsuai bahagian bumbung rumah menjadi rumah burung. Pada ruang yang asalnya siling dikonkrit slab sebagai lantai rumah manakala ruang siling akan dinaikkan 6 kaki dan pada ruang yang paling tinggi menjadikannya 16 kaki. Siling akan dipasang terus pada kekuda atap. Manakala kayu plank atau kayu sirip akan dipasang dibawahnya.

Pada saya tidak menjadi masalah apa jua rekabentuk rumah burung asalkan ianya boleh diubahsuai menjadkani kondisi yang sama dengan habitat asal burung walit iaitu gua-gua batu kapor atau gua-gua dikepulauan. Membangunkan rumah walit bermakna membuat gua tiruan (artificial) untuk burung walit tinggal dan membuat sarang. Habitat baru ini disediakan sedemikian rupa supaya walit mendiaminya dan tidak lagi kembali kehabitat yang lebih sesuai untuknya.

Terdapat dua spesis walit yang dianggap komersial iaitu aedrodramus maximus dan aedrodramus fucifagus. Keduanya dianggap komersial kerana membuat sarang dari saliva (air liur) untuk tempat bertelur. Namun begitu hanya aerodramus fucifagus yang akan mendiami bangunan yang dijadikan gua artficial tadi. Manakala aerodramus maximus atau walit bersarang hitam akan tetap tinggal di gua-gua batu kapor dan juga gua dipersisiran pantai di pulau-pulau.

Bagi sesiapa yang ingin membudidaya burung walit ini seharusnya memahami ciri-ciri atau tabiat semula jadi burung walit . Walit tidak akan membuang najisnya sebarangan semasa terbang. Pembuangan najisnya hanya ditempat dimana ia tidur. Najisnya  tidak akan masuk kedalam sarang yang dibuatnya. Ini terjadi kerana walit akan hinggap secara bergayut pada kayu beluti yang disediakan disiling tadi. Ini bermakna walit tidak akan mengotor kawasan rumah kita. Dakwaan yang mengatakan burung walit mengotorkan kawasan rumah kediaman tidak benar sama sekali. Rumah burung walit saya bersebelahan dengan kebun pisang (untuk daun) dan tidak pernah saya lihat adanya najis walit pada daun pisang tersebut. Bau juga tidak ada kerana didalam bangunan yang dijadikan rumah walit seharusnya dibersihkan selalu paling kurang 6 bulan sekali. Dengan itu ia tidak menjejaskan kesihatan.

Ramai juga yang bimbang menternak walit dirumah kediaman akan mengakibatkan penyakit selsema burung Avian Influenza (H5N1). Kebimbangan ini juga tidak mungkin terjadi kerana tiada terdapat sebarang penemuan / bukti untuk mengaitkan burung layang layang (walit) dengan Penyakit Avian Influenza dan Virus H5N1. Walit memakan serangga yang beterbangan di udara. Ia tidak  hinggap di tanah atau diatas sebarang objek. Walit juga tidak memakan sebarang bijirin dan tidak memagut dan tidak mengais di tanah malahan tanah menjadi sumpahan kepada burung walit kerana andai kata ia terjatuh ketanah maka walit tidak boleh terbang lagi dan akan mati. Dengan itu tidak berlaku unsur sentuhan dengan manusia termasuk  haiwan lain unuk merebaknya penyakit selsema burung yang menakutkan itu.

 

 

 

Bicara walit bicara jutawan. Kerana walit persahabatan terjalin. Demi walit terbubarnya hubungan

Saya melayari beberapa blog, polimik yang diwujudkan oleh blogers mencerminkan isihati masing-masing . Pada hal dahulunya mereka bersahabat baik. Persahabatan yang melampaui batas agama, bangsa dan negara itu cukup indah. Semuanya terjadi kerana satu maksud dan satu matlamat untuk mengembangkan ilmu membudidaya atau menternak burung walit. Ilmu yang didapati dari pembacaan, kajian dan pengalaman dikongsi bersama melalui forum, seminar, diskusi dan sebagainya.

Terbang kesana kemari semuanya itu dilaksanakan demi perkongsian ilmu walit. Tetapi demi ketamakan dan kepentingan dunia sahabat menjadi bubar. Persahabatan yang melampaui batas agama, bangsa dan negara  tadi telah tidak wujud lagi. Kondem,  kutuk , kritik dan sebagainya dilemparkan untuk mengatasi pesaing walau pun suatu ketika dahulu mereka adalah sahabat yang rapat. Perkara seperti ini terjadi kerana ingin mempopularkan diri dan ada maksud tersirat walaupun pernyataan tersuratnya tidak nampak maksud sebenarnya. Manusia, manusia …. betul lah ujian terbesar manusia tiga perkara ia itu wanita, harta dan tahta. Demi wanita sahabat musuh. Demi harta juga sahabat menjadi musuh. Demi pangkat dan darjat juga sahabat menjadi musuh.

Dunia walit dunia jutawan, nilai pasaran RM 12 billion setahun amat besar untuk dikongsi bersama.. Janganlah kita menjadi manusia yang terlalu tamak hingga menggangu bisnes orang lain. Takkanlah kita nak rebut semuanya sedangkan ianya anugerah Allah kepada makhluknya rajin berikhtiar dan berusaha. Hentikan segala polimik dan kembali norma untuk meningkatkan potensi dunia walit yang sangat hebat, dimana Allah anugerahkan hanya kepada penduduk nusantara sahaja tidak dunia lain.

Tiada siapa yang berhak mendakwa ilmunya lebih hebat daripada orang lain kerana semuanya milik Allah, manusia cuma mampu berusaha dan berikhtiar sahaja. Walaupun ikhtiar kita betul dari segi kaedah dan caranya, tetapi jangan lupa bahawa rezeki adalah milik Allah yang diberi kepada siapa yang dikehendakinya.

Dalam industri walit belum lagi ditubuhkan suatu badan yang boleh mengiktiraf ilmu seseorang sehingga ianya layak digelar pakar dalam bidang walit. Gelar diri sendiri bolehlah, macam naik lif tekan suiz sendiri. Siapa-siapa pun boleh buat. Buat sebuah rumah burung walit, kemudian burung walit datang bersarang mengangku jadi konsultan atau mendakwa cara dia buat semuanya betul. Jika orang lain buat tak ikut cara dia dianggap salah. Tapi yang dianggap salah tadi pun burung datang bersarang juga. Kadang-kadang apa yang dia buat kali pertama berhasil dan bila buat yang lain tidak menjadi pun. Dimana silapnya, adakah ilmunya salah, tidak! itulah dikatakan rezeki.

Jika anda mempunyai blog tulislah apa yang anda nak tulis, katalah apa yang anda nak kata, dakwalah apa yang anda nak dak dakwa kerana itu hak anda orang lain tidak boleh mempertikaikannya. Kerana mereka tidak bayar kepada anda.

Kilauan emas putih dari Borneo. Sarawak berpotensi besar dalam industri burung walit

1.   Membudidaya walit dibangunan shoplot agak asing dan kurang diketahui oleh masyarakat tempatan. Kurang pengetahuan dan kawalan pemerintah menjadikan ianya agak terkawal.

 

2.   Walaupun khasiat  sarang burung telah diketahui sejak  lama dulu oleh masyarakat Sarawak. Namun begitu masyarakat Sarawak hanya mengetahui ,sarang walit yang dipungut dari gua  sahaja. Manakala sarang dari RBW jarang diketahui oleh masyarakat.

 

3.   Minat untuk membina rumah burung walit kurang teserlah kerana ramai yang tidak tahu dan beranggapan bahawa membudidaya walit adalah sukar untuk dilaksanakan.

 

4.   Kemungkinan gua-gua yang sedia ada telah dipenuhi oleh burung walit. Dengan sebab itu  .bila terdapat rumah burung walit yang baru didirikan cepat untuk.berhasil. Berlaku keadaan dimana burung mencari rumah, . tidak seperti di setengah tempat  rumah mencari  burung

 

 

5.   Kaedah membudidaya walit disini sangat mudah.anda hanya perlu mengubah suai rumah burung anda menjadi gua yang sama dengan gua pasti berjaya. Sarawak kini berada pada perinkat awal dalam industri ini.

 

6.   Pelbagai produk kesihatan boleh dihasilkan dari sarang burung sepertimana yang dilakukan oleh Syarikat Sinpiao dimana .mereka menjual sarang burung yang telah diproses, sarang burung gula-gula candy dan sebagainya. Pasaran untuk produk sarang burung sentiasa ada.walaupun mereka telah memulakan perniagaan ini  sejak 50 tahun yang lalu.

 

 

7.   Industri burung boleh menghasilkan produk hiliran. Produk  dapat dipelbagaikan,. memandangkan permintaaan sangat tinggi maka sarang burung yang ada tidak perlu diproses dalam bentuk produk yang lain permintaan adalah melebihi penawaran. Ssarang yang dipungut daripada gua tidak mampu memenuhi permintaan.

 

8.   Bagi mereka yang berminat untuk membangunkan rumah walit jangan ragu lagi tentang pasaran .kerana permintaan tetap ada, .sedangkan penawaran sangat terhad .peluang untuk memasarkan sarang burung dari rumah burung sangat tinggi kerana ianya lebih berkualiti berbanding dengan sarang gua.

'The great value of bird's nest' Sarawak's special

Sarang burung sebagai bahan ubatan traditional telah dikenali sejak beribu tahun yang lalu. Khasiat sarang burung walit dipercayai dapat meningkatkan kualiti kesihatan.


Bird’s nests dihasilkan dari saliva swiftlets. Terdapat lebih daripada 76 spesis burung layang-layang (swiftlets) didunia. Hanya 17 spesis sahaja yang menghasilkan ediblenest. Sebahagian daripada swiftlets memakan sea-products dan sebahagian yang lain memakan serangga terbang.
Bird’s nest’ kaya dengan protein yang tinggi kandungsn zat calcium dan iron. Protein yang terdapat dalam sarang burung senang diserap oleh sistem tubuh manusia.

Kajian mendapati bahawa sarang burung mampu menghasilkan sistem ketahanan pada tubuh badan, melancarkan peredaran darah, rawatan penyakit astma dan banyak lagi khasiat.


Lawatan hari kedua saya di Kuching ke Sinpiao (Borneo) Sdn Bhd. Perniagan  keluaga Voon’s sejak 1950’an. Diantara produk bird’s nest’ yang dikeluarkan oleh syarikat ini ialah white house nest’, bashi cave nest, golden swallow nest pieces, red swallow nest’ pieces, golden nest ball, red nest ball dan lain-lain.


Kehadiran pelawat ke syarikat ini akan dipertontonkan dengan  tayangan video pemungutan sarang burung dari rumah burung dan juga gua. Cara memproses dan membersih sarang juga ditunjukan kepada pengunjung. Lain-lain perkara yang ditunjikkan kepada pelawat ialah  cara memasak sarang dan khasiatnya.

Daripada pemerosesan sehinggalah mengeluarkan produk sarang burung mampu membuka peluang  pekerjaan dan perniagaan kepada masyarakat. Seharusnya usaha yang sebegini harus dicontohi.

 

Membudidaya walit di Bandaraya Kuching

Kuching 16 November 2008. Bandaraya Kuching Utara dan Kuching Selatan tidak dicemari dengan rumah burung walit kerana ia dikawal oleh pihak berkuasa. Langkah tegas yang diambil oleh pihak berkuasa tersebut menyebabkan pemilik bangunan tidak berani mengubah suainya menjadi rumah walit.


Kedatangan saya ke Kuching bertemu En. Mohd Yunus seorang kenalan dan peminat walit disini. Disuatu kawasan yang tidak jauh dari lapangan terbang Kuching En Yunus memberitahu terdapat rumah kedai yang telah diubahsuai menjadi rumah walit. Diatas bumbung atapnya ditanam dengan rumput. Kami melewati pasar lama Satok disini saya melihat sebuah rumah kedai yang telah dijadikan rumah walit. Menurut Yunus tidak banyak lagi RBW yang didirikan di Bandaraya Kuching ini. Berdasarkan pemerhatian saya di pasar Satok tadi kehadiran walit agak banyak walau pun ketika itu masih diawal petang.

Membudidaya walit sangat berpotensi disini memandangkan walit adalah habitat asal yang telah lama mendiami bumi kenyalang ini. Menternak walit disini tidak terlalu sukar kerana tidak banyak persaingan disini. Menurut En Yunus sebuah rumah walit yang dibangunkan oleh kawan beliau di daerah Mukah dimana saiznya 20′ X 20′ satu tingkat sahaja sangat berjaya damana dalam masa 7 bulan sahaja telah dapat 4 kg. Tempat yang didirikan rumah walit tersebut tidak jauh dari gua batu kapor yang telah dihuni oleh walit disitu.


Walaupun Sarawak berpotensi besar namun karenah birokrasi pemerintah menyebabkan pertumbuhan RBW agak perlahan kerana kawalan jabatan Perhutanan. Pembudidaya walit diwajibkan mendapat lesen daripada Jabatan Perhutanan terlebih dahulu. Harga lesennya diantara RM10,000 hingga RM15,000. Bagi pengusaha baru kadar lesen yang dikenakan sangat membebankan.


Baru baru terdapat peristiwa pihak jabatan perhutanan yang memecah masuk dan memusnahkan RBW yang dimiliki oleh pengusaha disini kerana tidak mendapat lesen dari jabatan Perhutanan. Oleh kerana sarang burung dianggap hasil hutan maka jabatan Perhutanan Sarawak diberi kuasa untuk mengawalnya bukannya jabatan Perhilitan.

Bumi Kenyalang habitat semulajadi walit di Gua Niah

16 Nov 2008 Jahaniwalit.com berada di Sarawak menghadiri konvensyen serta membuat tinjauan membudidaya walit di sarawak. Khabarnya penternakan walit   telah menimbulkan banyak polimik kerana walit adalah spesis yang dikawal oleh Jabatan Perhutanan Sarawak. Menternak walit mesti mendapat permit dari jabatan perhutanan terlebih dahulu.


Sarang walit semenangnya terkenal di Sarawak. Gua Niah adalah adalah kawasan habitat asal burung walit di Sarawak. Penuaiannya telah bermula sejak puluhan tahun yang lalu. Sepertimana di Pulau Redang Terengganu penuaian sarang walit dikawal oleh jabatan Perhutanan. Dimana lesen untuk memungut sarang walit dikeluarkan secara tender tebuka. Sesiapa yang memenangi tender tersebut akan diberi pajakan untuk memungut dan mengutip sarang walit di gua-gua yang terdapat di Pulau Redang.

.
Di Sarawak Gua Niah terdapat dikawasan yang dikelilingi oleh hutan. Kawasan hunian dalam kawasan perburuan. Industri hiliran daripada sarang walit telah lama wujud di Sarawak.


Antara produk yang berasaskan sarang walit adalah air minuman sarang walit, gula-gula dan juga ubaran. Memproses sarang walit gua adalah lebih sukar daripada sarang walit yang di ternak kerana sarang gua terdapat banyak kekotoran dinding gua dan bulu walit sendiri. Warna sarang walit gua adalah lebih kekuningan berbanding dengan sarang walit yang diternak di rumah burung walit

Bagaimana untuk bermula menjadi penternak burung walit

Ramai yang bercita-cita untuk memiliki rumah burung walit. Ini merupakan satu kesedaran yang amat memberansangkan dikalangan orang orang melayu cuma tak berani untuk memulakannya. Ini adalah kerana kurangnya pengetahuan berkaitan dengan penternakan burung walit. Selagi kita tidak mencubanya selagi itulah kita tak tahu masalahnya.

Persoalannya ialah  bagaimana hendak  membina rumah burung yang paling sesuai .Teknik dan strategi untuk memanggil burung masuk, pemilihan lokasi dan   bagaimana memastikan burung selesa untuk tinggal dalam rumah yang disediakan. Persoalan ini selalu berlegar dikalangan peminat burung walit.

Keinginan untuk terlibat amat kuat sekali tetapi tidak tahu untuk memulakannya. Lihat betapa gigihnya seorang penternak yang tidak berkemampuan di Indonesia, kerana keinginan yang kuat tetapi tidak mempunyai modal yang cukup sanggup buat bangunan daipada bahan plastik sebagai dinding. Mungkin ini sebagai permulaan untuk belajar dari pengalaman kaedah untuk menternak walit.

Burung walit boleh diternak pada bangunan yang dibina khusus untuk tujuan tersebut ataupun mengubahsuai premis yang sedia ada seperti rumah kedai  atau rumah kediaman .  Namun begitu kedua-duanya bergantung kepada kemampuan dan modal pengusaha. Sekiranya bangunan telah sedia ada, maka kerja-kerja pengubahsuaian bangunan tersebut perlu dilaksanakan. Plan pengubahsuaian perlu mendapat nasihat pakar atau konsultan yang benar-benar mahir atau tahu bagaimana merekabentuk sistem dalaman bagunan tersebut. Dalam artikel ini saya tidak boleh memaparkan kaedah sebenar pengubahsuaian tersebut. Nanti saya kena marah oleh konsultan. Faham-faham je lah zaman sekarang. Saya percaya banyak kursus dan seminar dianjurkan berhubung dengan perkara ini. Biasanya diiklankan dalam akhbar. 

Rekabentuk lubang masuk RBW membolehkan walit masuk dengan lengguk yang bergaya

Lama saya tidak menulis berhubung dengan espek teknikal berkaitan rumah burung. Perkara teknikal ini tidak boleh dipandang mudah semasa membangunkan sesebuah rumah burung. Lantaran ikut ikutan tanpa mengetahui sebab yang sebenar ianya direka bentuk sedemikian rupa. Perkara begini terjadi kerana yang diupah membina adalah tukang rumah bukannya konsultan. Tukang biasanya menjalankan kerja ikut arahan dan tidak tahu mengapa ianya dibuat begitu dan begini. Disini saya cuba berkongsi pengetahuan dengan anda.

 

Rekabentuk rumah walit yang salah akan menghalang walit masuk dengan selesa kedalam rumah burung walit . Sebelum masuk biasanya walit akan berputar-putar terlebih dahulu. Ada yang membuat putaran mengikut pusingan jam ada yang melawan pusingan jam. Terdapat juga keadaan walit yang tidak berputar tetapi terus masuk dengan lengguk yang berjaya . Walit yang masuk dengan lengguk  bergaya ini biasanya penghuni tetap disitu atau walit yang mempunyai komitmen dengan RBW seperti sedang mengeram telor atau ada anak yang perlu diberi makan.


Mengetahui jenis dan gaya terbang burung walit penting semasa mereka bentuk lubang masuk. Lubang masuk hendaklah jangan terlalu rapat dengan atap atau siling kerana walit akan rasa tergangu. Begitu juga bila terlalu rapat dengan dinding. Sekurang-kurangnya pada jarak 20′ dari dinding kiri atau kanan. Keadaan ini adalah bagi rekabentuk yang mempunyai dua buah lubang masuk. Bagi RBW yang mempunyai rumah monyet . Saiznya rumah monyit mestilah sesuai dan dapat  memberi keselesaan untuk burung masuk dengan lenggok yang bergaya.

.
Rekabentuk lubang masuk yang sesuai  sangat penting bagi kejayaan sesuatu projek RBW. Jangan nanti tersalah dalam membuat perhintungan, penentuan lubang masuk yang tidak sesuai projek yang menelan belanja ratusan ribu mengundang kegagalan. Jika gagal anda terpaksa mencari konsultan untuk memperbaikinya. Ini bermakna anda terpaksa menambah kos lagi. Pembaziran berlaku dan buget bertambah lagi.


Oleh itu sebelum menentukan lubang masuk burung anda harus mahir melihat  arus terbang burung dan arah tiupan angin. Apakah arah matahari naik atau jatuh juga mempengaruhi letaknya lubang masuk. Dalam keadaan tertentu ya, tetapi dalam keadaan tertentu tidak . Ini adalah kerana lubang masuk mempengaruhi pencahayaan dalam rumah burung. Jika susun atur nesting plank dapat menghalang penchahayaan penentuan lubang masuk samada menghala matahari naik atau jatuh tidak menjadi masalah yang penting burung dapat masuk dengan selesa.


Jika anda tidak yakin dengan kebolehan anda dalam menentukan lubang masuk , saya nasihatkan anda mendapatkan nasihat pakar. Tersalah rekabentuk akan meningkatkan potensi rumah burung anda untuk gagal.

Pembelajaran dari strategi lautan biru di Dumai dan Duri, Indonesia

Perlumbaan untuk memiliki rumah walit berada pada tahap yang tidak terkawal lagi oleh pemerintah. Susun atur perbandaran tidak terkawal. Terdapat bangunan yang kehadapan dan ada yang kedalam. Bandarnya tidak tersusun dan menyakitkan mata.

 Aktiviti ekonomi menjadi semakin malap. Jika dahulunya Dumai adalah destinasi untuk pelancungan tetapi kini hanyalah bandar pelabuhan untuk industri petrolium dan minyak kelapa sawit. Tidak ramai pelancung yang berkunjung kesini. Aktiviti untuk pelancungan amat berkurangan.

Tidak banyak hotel disini yang ada hanyalah dua tiga buah sahaja. Itu pun tidak ramai pengunjung yang menginap. Tidaklah menjadi suatu yang pelik jika hotel telah ditukar menjadi rumah burung walit.

Pembangunan masih rancak disini tetapi sebahagian besar bangunan yang sedang dibina hanyalah untuk rumah walit sahaja. Hanya ditingkat bawah sahaja yang digunakan untuk disewa bagi aktiviti perniagaan. Oleh kerana struktur tanah disini adalah tanah gambut maka bangunan yang melebihi 4 tingkat tidak boleh didirikan kerana melibatkan kos yang besar.

Masyarakat di Dumai amat mesra sekali malah pergaulan mereka melepasi batas perkauman. Ekonomi disini dikuasai oleh kaum melayu. Amalan agama amat kuat terdapat banyak mesjid didirikan. Kebanyakan mesjid adalah sumbangan masyarakat bukannya dibangunkan oleh pemeritah.Contohnya  sebuah mesjid yang sangat indah dan besar  adalah derma seorang jutawan Haji Pandi yang memiliki 100 buah rumah burung walit.

 Saya difahamkan ramai pelabur dari Singapura dan Johor membangunkan rumah walit disini menjadikan industri walit  begitu rancak. Orang yang kaya tidak dianggap kaya jika mereka tidak memiliki rumah walit. Rupanya memiliki rumah walit adalah gambaran identiti orang kaya disana. Maka dengan itu mereka tidak kisah sangat sama ada rumah walit mereka menghasilkan pulangan yang maksima atau tidak. Oleh itu peluang konsultan untuk meneroka pasaran disana sangat besar.  Tahniah diucapkan kepada konsultan MZN Niaga Kuala Terengganu yang di ketuai oleh En. Mohd Zabri bin Nawang yang berjaya meneroka pasaran di Dumai, Indonesia. Walaupun pengalaman tidak sehebat konsultan yang lain di Malaysia. Namun dengan kemahiran teknologi komputer yang dimiliki mereka berjaya meneroka pasaran di luar Malaysia.

 

Memiliki rumah burung walit adalah lambang status orang kaya di Dumai

Percutian saya di Dumai  memberi satu pengalaman baru kepada saya dalam bidang ini. Saya ke Dumai menjadi tetamu kepada Haji Mansor dan anaknya Herman. Selama 3 hari disini saya diraikan ditemani  mereka sepanjang masa.Dumai adalah kota pelabuhan petroleum dan kelapa sawit. Hotelnya tidak banyak ianya sekadar transit untuk ke kota besar lain di kepulauan Riau. Untuk ke Dumai kita boleh menaiki feri dari pelabuhan Klang atau Melaka. Jika dari Malaka perjalanan mengambil masa 2 jam dan dari. Pelabuhan Klang mengambil masa 3 jam. Tambangnya RM 185.00 duahala. Untuk ke Medan kita boleh menaiki bas selama 10 jam.


Oleh kerana aktiviti perniagaan pelancungan tidak begitu rancak disini ramai pemilik bangunan telah mengubahsuainya menjadi rumah burung walit. Menurut Hj Mansor sejarah RBW bermula pada tahun 1997 seorang usahawan dari Medan membeli bangunan terbiar yang telah dihuni oleh walit secara semula jadi. Kejayaan usahawan ini dituruti oleh pemilik bangunan yang lain.

 

 Memandangkan harga sarang burung walit tidak pernah turun dari dulu hingga sekarang, perlumbaan untuk mendirikan rumah walit semakin rancak. Saya dibawa oleh Hj Mansor ke Duri. Perjalanan ke Duri melewati sebuah pekan yang dibangunkan oleh seorang jutawan Haji Noor Apandi dimana semua bangunan yang ada hanya untuk rumah walit sahaja. Aktiviti perniagaan hanya ditingkat bawah sahaja. Ada bangunan untuk walit sebesar bangunan supermaket Giant di Malaysia. Hj Noor Apandi juga seorang dermawan terdapat beberapa buah mesjid yang dibiayainya. Beliau memiliki 100 buah rumah burung walit .. Saya perhatikan jika bangunan tersebut melebihi 2 tingkat pasti itu adalah bangunan walit . Design luarnya begitu cantik sekali. Jika di Malaysia itu adalah bangunan hotel untuk  manusia . Rumah burung disini dipasang dengan seramik luar dan dalam. Mejadi kebanggaan pemilik jika  RBW mereka lebih cantik dan lebih mewah dari RBW yang lain.


Orang kaya disini akan rasa mereka ketinggalan atau tidak mempunyai aset sekiranya tidak memiliki rumah burung. Dengan itu perlumbaan untuk mendirikan atau memiliki RBW sangat hebat sekali. Bandar-bandar seperti Dumai, Duri, Bagan Si Api-Api dan lain-lain terdapat ribuan RBW.

Laporan percutian jahaniwalit.com dan En Zabri ke Dumai Sumatera tanggal 8 -10 November 2008

Ketibaan saya, Zabri dan Kamal disambut oleh Herman anak sulong Hj Mansor. Kedatangan kami ke Dumai untuk menziarahi Hj Mansor seorang jutawan di Dumai yang  miliki ladang kelapa sawit seluas 2500 ekar. Dahulunya beliau adalah usahawan perkapalan dan pemborong beras di Dumai. Beliau adalah kaum melayu yang gigih berusaha untuk berjaya, bermula dari bawah Hj Mansor meninti tangga untuk berjaya.

 

Pertemuan kami dengan Hj Mansor dibekas gedung berasnya yang telah diubah suai menjadi rumah burung walit. Lima pintu gedung ini degan ketinggian 4 tingkat. Tingkat 2 hingga 4 telah dijadikan rumah walit sejak 2 tahun yang lalu. Pergaulan Hj Mansor dengan toko gedung walit berbangsa cina mendorong beliau terlibat dalam industri walit.

Walaupun tidak pernah belajar untuk membina rumah  walit Hj Mansur telah menceburi bidang ini. Kerancakan pembangunan rumah walit di Kota Dumai, saya jangkan RBW disini tak kurang dari 1000 buah. Saya perhatikan lebih 90 % tingkat atas bangunan kedai di jadikan RBW. Hj Mansor juga tidak mahu ketinggalan . Memiliki rumah walit adalah status dan maruah orang kaya di Dumai. Hj Mansor kini memiliki 20 pintu  RBW. Di sini  RBW dibina lebih indah dari rumah kediaman atau kedai biasa, ada dindingnya dipasang seramik dengan reka bentuknya cukup cantik. Tidak hairanlah RBW disini adalah lambang status orang kaya.

 

Hari kedua kami dibawa Hj Mansor ke Duri suatu daerah kira kira 2 jam perjalanan dari Dumai. Dimaklumkan seorang jutawan di Duri Hj Pandi telah memiliki  100 buah rumah walit. Sekiranya saya tidak datang sendiri pasti saya tidak percaya.

 

Hj Mansor membawa kami ke sebuah toko walit miliknya di Duri dalam proses pembinaan. Jika di Malaysia saya angarkan kos pwmbinaanya tidak kurang dari RM 1 juta. Bangunan 4 tingkat ini dibina dengan ketinggian 14 kaki setiap tingkat.

Hj Mansor juga membawa kami kesebuah RBW yang dibinanya di kawasan ladang sawit dengan saiz 40′ X 70′ ketinggian 3 1/2. RBW ini telah 4 kali dimasuki pencuri. Sebab itu menurut Hj Mansor pertambahan populasi amat perlahan. Setiap kali dimasuki pencuri anak anak walit bertaburan dilantai. Hj Mansor amat sedih dengan kejadian tersebut. Yang anehnya dalam masa 15 hari sahaja walit mula bersarang semula . Mungkin disebabkan disini tiada persaingan dengan RBW yang lain.

Sepanjang pemerhatian disini pemilik rumah walit disini main redah aje tanpa mengikut spesikasi yang sebenar. Kadar penghasilan 1 KG sebulan sudah memadai bagi mereka kerana itu lebih baik dari perolehan sewa bangunan untuk  perniagaan.

 

 

 

Penginapan kami di Comfort Hotel Dumai kami dipertemu seorang bekas jeneral bersara tentera Indonesia,  kini mempunyai RBW di Dumai tapi tinggal di Medan. Rumah RBW beliau asalnya sebuah hotel 4 tingkat kini diubahsuai menjadi RBW. Namun rumah walit ini tidak diubah suai seperti RBW. Kayu untuk nesting plank tidak  dipasang. Walit hanya bersarang di beam konkrit  dan dinding sahaja. Kutipan hasilnya lebih kurang 1 kg sebulan. Begitu pun beliau telah berpuashati.

 

Kedatangan kami disii adalah untuk membantu Hj Mansor meningkatkan populasi RBW beliau dengan teknologi terkini yang dimiliki oleh MZN Niaga. Menurut Hj Mansor walaupun beliau memiliki 20 pintu RBW sejak 2 tahun yang lalu perolehan yang beliau dapat hanyalah 3 kg sekali kutipan. Haji Mansor juga telah membawa kami ketapat lokasi yang dicadangkan untuk pembinaan sebuah lagi RBW di kawasan ladang sawit. Pak Zabri diminta memberi khidmat nasihat untuk pembinaan terebut.

 

Walaupun Indonesia telah lama dalam industri ini. Tetapi dari segi teknologi yang digunakan adalah agak ketinggalan  berbanding dengan dengan yang digunakan di Malaysia.

Terengganu lokasi kondusif untuk pertumbuhan industri walit di rantau ini

Seorang sahabat lama bekas ADUN Ajil, kini mengendalikan PLKN di Cheneh, Kemaman berhasrat untuk membina projek rumah walit di Terengganu. Rakan sekolah kini bertugas sebagai guru membuat keputusan untuk bersara awal  kerana ingin bergiat cergas dalam perniagaan. Walaupun sebelum ini telah bergiat dalam perniagaan. Juga ingin terlibat dalam industri walit sebagai sebahagian daripada cawangan bisnesnya. Seorang lagi rakan sekolah  yang kini bertugas di Kuala Lumpur menghubungi saya kembali semata-mata kerana walit.

Walit menghubungkan kembali kawan-kawan lama saya. Minat yang mendalam dalam industri ini telah merapatkan semula persahabatan yang telah lama terjalin. Mereka menghubungi saya untuk membantu. Kesemua mereka dari Terengganu dan menyedari bahawa industri walit sangat berpotensi disini. Suasana yang kondusif industri walit di Terengganu telah menarik minat banyak pihak untuk melabur di Terengganu. Pihak pemerintah sendiri memberi respon yang cukup positif dalam industri ini. Bekas Exco kerajaan Terengganu adalah Pengerusi Persatuan Saudagar Burung Walit Terengganu. Ramai di kalangan ketua jabatan di Terengganu cukup faham tentang industri ini. Kesepakatan dan kesepaduan pengusaha dan kerajaan menjadikan Terengganu adalah lokasi yang terbaik untuk industri walit. Agensi agensi kerajaan telah mula menunjukkan minat untuk terlibat secara langsung dalam industri walit.

Ditambah lagi dengan sejarah walit. Terengganu adalah satu-satunya negeri yag telah lama mendiami oleh burung yang mendiami gua-gua yang berada di kepulauan Terengganu seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Tinggul. Walit yang mendiami gua ini menjadikan kawasan daratan di Pendalaman Terengganu sebagai lokasi mencari makan mereka selepas keluar daripada gua pada pagi hari dan kembali semula pada sebelah petang. Arus terbang burung walit gua menuju ke lautan kedua ia itu Tasik Kenyir. Begitu juga setelah burung-burung ini mendiami centra walit yang terjadi di bandar-bandar seperti Kuala Terengganu, Dungun, Kemaman dan Jertih arus terbang burung juga menuju ke Tasik Kenyir sebagai destinasi terakhir. Sepanjang perjalanan tersebut walit melalui kawasan kehijauan ladang kelapa sawit dan hutan.

Lebih kondusif lagi kawasan sungai-sungai di Terengganu tiada pencemaran menjadikan serangga hidup segar dan ini menghasilkan sumber makanan yang banyak untuk burung walit. Kawasan wetland yang luas di Merang Setiu dan Marang satu lagi kawasan sumber makanan yang banyak kepada burung walit. Keseluruhan kawasan di Terengganu tidak dicemari oleh lepasan asap industri kerana tidak banyak kawasan industri disini.  Sebab itu burung-burung walit di Terengganu sangat segar dan mampu menghasilkan sarang yang bermutu tinggi. Jika sebelah Panti Barat Semenanjung Malaysia. Berat I KG sarang burung adalah dalam jumlah 114 biji hingga 120 biji. Tetapi di Terengganu adalah antara 90 biji hingga 100 biji untuk satu KG sarang.

Penggunaan teknologi terkini mampu menjadikan RBW lebih sukses berbanding dengan pengalaman semata-mata

Teruja dengan pendapatan lumayan daripada industri burung walit ramai yang ingin mencubanya. Bagi mereka yang mempunyai modal tiada masalah boleh terus membangunkannya.. Manakala mereka yang tidak mempunyai modal akan terus berusaha untuk mendapatkan modal. Ada yang meninjau intitusi kewangan untuk mendapatkan pinjaman. Dulu tiada institusi kewangan yang sanggup mengeluarkan pinjaman bagi membiayai industri burung walit kerana tiada dalam senarai projek yang boleh dibiayai oleh institusi berkenaan. Keadaan hari ini telah berubah, terdapat  institusi kewangan yang bersedia memberi pinjaman untuk ternakan burung walit antaranya MARA, TEKUN dan AGRO Bank dan lain-lain


Anda boleh saja membuat pinjaman untuk membangunkan  projek RBW tetapi harus berhati-hati dengan kaedah bayaran balik pinjaman. Ternakan burung walit berbeza dengan ternakan ayam, 40 hari ayam dah boleh dijual. Maknanya tempuh pulangan hasil dah dapat dijangkakan. Sebaliknya bagi ternakan walit kita tidak boleh beli anak walit dipasar untuk diternak oleh itu tempuh pulangan sukar untuk dijangka. Ianya banyak bergantung kepada ikhtiar dan rezeki dari Allah SWT. Usaha, ikhtiar dan doa itu sahaja harapan kita.

Ikhtiar dizaman sains dan teknologi ini lebih hebat daripada sebelumnya kerana  dengan bantuan teknologi boleh membantu kita mempercepatkan pengeluaran hasil. Pengalaman dimasa silam belum tentu memberi keputusan yang sama pada hari ini.Pengalaman silam tanpa bantuan teknologi mungkin tidak mampu bersaing dengan mereka yang menggunakan teknologi sepenuhnya.Dengan menggunakan kelebihan teknologi mungkin kita akan dapat hasil yang lebih baik berbanding dengan mereka yang tidak menggunakan teknologi sepenuhnya. Dalam era teknologi maklumat hari ini pengalaman lama mungkin tidak berguna lagi malah tidak mampu bersaing dengan mereka yang menggunakan teknologi terkini.

Jika anda ingin melabur dalam industri burung walit harus berhati-hati memilih konsultan. Carilah mereka yang benar-benar arif tentang teknologi masa kini. Oleh kerana ternakan walit sangat berbeza dengan ternakan yang lain , maka ikhtiar yang harus dilaksanakan lebih tertumpu kepada penggunaan teknologi. Bukan sahaja teknologi gubahan suara tetapi juga berkaitan dengan penyediaan habitan mikro yang kondusif untuk pembiakan burung walit didalam bangunan yang kita bangunkan.

Jika anda hanya menggunakan tukang yang berpengalaman dan telah membina banyak rumah burung belum tentu berjaya menghasilkan sebuah rumah burung yang menepati kehendak teknologi hari ini. Jika anda ingin menggunakan consultant carilah consultan yang boleh menguruskan projek anda dan memberi jaminan sehingga burung bersarang dalam RBW yang dibangunkan.Jangan guna kontraktur yang hanya tahu buat bangunan tetapi tidak tahu menyediakan habiat mikro sebuah rumah burung.

Ini adalah kerana membangunkan sebuah rumah burung hari ini tidaklah semudah membangunkan rumah 10 tahun yang lalu. Suatu ketika dahulu buat macam mana pun RBW. Burung akan tetap bersarang kerana ketika itu burung mencari rumah tetapi hari ini rumah mencari burung mencari burung.

.
RBW yang dibangunkan hendaklah bertaraf lbintang, tidak lagi sekadar rumah tumpangan. Saiz bangunan kecil besar tidak menjadi persoalan, begitu juga dengan dengan ketinggian bangunan bergantung pada tempat. Satu tinkat atau lebih juga tidak menjadi persoalan yang penting keselesaan untuk burung walit untuk roving didalamnya.

Rekabentuk rumah burung yang berjaya mesti dapat memenuhi habitat mikro yang diperlukan. Lubang masuk mesti berada pada kedudukan yang sesuai dengan arus terbang burung. Lubang antara lantai yang sesuai dan boleh memberi keselesaan pada burung memasuki nesting room dari arah roving room. Kelembapan dan suhu dalaman seharusnya dapat dikekalkan pada 85% hingga 95% dengan suhu 26C – 28 C. Manakala kegelapan dalaman 1lux hingga 2 lux atau remang-remang cahaya bulan. Habitat mikro ini dapat dikekalkan dengan bantuan teknologi.

Semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda. Sedangkan besok adalah impian yang belum nyata. Tetapi keputusan yang kita buat hari ini adalah penentu siapa kita dihari esok

Kira-kira 31 tahun yang lalu ia itu pada tahun 1977 sebuah boat nelayan menghampiri Gua Hujan di Pulau Redang Terengganu. Namun boat tersebut tidak mampu merapati gua tersebut. Kami gagal menemui pintu gua kerana berada dibawah air yang pasang ketika itu. Saya bersama Renjer Hutan Kuala Terengganu, beberapa orang rakan dan pemajak sarang burung layang-layang gua Pulau Redang terjun kelaut  berenang menuju kedinding gua. Kami menyelam mencari pintu gua, seterusnya menyusup masuk kedalam gua. Suasana gua yang gelap dan kelam  remang-remang cahaya bulan. Pekerja yang bekerja dengan pemajak tadi telah bersedia menunggu kami didalam gua bersama lampu sulohnya.Mereka bersedia memanjat sigar (tangga buluh) bagi menunjukkan demontari memungut sarang burung layang-layang di lelangit gua yang ketinggiannya lebih kurang 20 kaki dari paras air laut. Dinding gua sentiasa basah dan disuatu sudut air hujan sedang menitis.

Saya dibawa kedalam Gua Hujan adalah semata-mata untuk melihat operasi memungut sarang burung  layang-layang gua sebagai salah satu jadual latihan praktikal yang saya dan 3 orang rakan ia itu Abd Razak Nordin , Abd Wasa Mohd Noor dan Almarhum Noor Azahar dengan Jabatan Perhutanan  Terengganu semasa cuti semester . Nostagia ini masih segar dalam ingatan semasa saya belajar di Universiti Pertanian Malaysia kini dikenali sebagai Universiti Putera Malaysia. Saya belajar dalam bidang Perhutanan. Semasa belajar dahulu asignment dan tugasan kursus saya banyak tertumpu dalam bidang wild life. Saya banyak membuat kajian berkaitan dengan orang hutan dan juga unggas. Setelah lebih tiga puluh tahun yang lalu rupanya minat dan hobi saya dalam hidupan liar rupa-rupanya tidak sia-sia.

Oleh itu pengalaman dan hubung kait saya dengan industri walit bukanlah sesuatu yang baru. Benih dan minat itu sebenarnya telah bercambah sejak lebih 30 tahun yang lalu. Saya pun tidak pernah terfikir bahawa gua yang pernah saya masuk 30 tahun yang lalu itu kini menjadi sebahagian daripada kehidupan saya. Mana tidaknya dulu terpaksa berenang dan menyelam untuk memasuki gua tetapi kini telah berjaya duplicate gua tersebut dan membuat gua tiruan berhampiran dengan kediaman saya dan beberapa buah lagi yang saya dan rakan-rakan terlibat di Terengganu.. Begitulah ironinya saya dengan burung walit ini. Saya tidak fikir ada orang melayu Terengganu yang mempunyai hubungan dan pengalaman sedemian dan seterusnya terlibat dalam industri membudidaya walit ini seperti saya. Lantaran itu saya cukup yakin bahawa industri walit mempunyai masa depan yang cukup cerah dimasa hadapan.

Pada tahun 2004 dalam suatu mesyuarat  Jawatankuasa Pertanian Negeri Terengganu, yang di Pengerusikan oleh Exco Pertanian YB Dato’ Mohd Jidin ketika itu, saya pernah mencadangkan supaya projek membudidaya walit dijadikan projek untuk gulungan PPRT (Program Perasmian Rakyat Termiskin). Ini kerana pada ketika itu jabatan-jabatan yang diperuntukan wang dana khas Negeri Terengganu, seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Haiwan (kini jabatan Veterina) dan Jabatan Perikanan melapurkan peruntukan melalui jabatan mereka tidak habis belanja. Jumlahnya bukan sedikit ada jabatan yang melapurkan hampir RM 50 juta lagi dana khas bagi PPRT yang tidak dapat dibelanjakan. Ketika itu saya mewakili Tuan Pegawai Daerah Kemaman. Namun begitu cadangan tersebut tidak pernah dilaksanakan sehingga kini.

Mungkin pada ketika itu industri membudidaya walit ini agak asing dikalangan orang-orang melayu. Ini adalah rahsia perniagaan orang cina. Orang melayu menganggap sarang burung haram dimakan oleh orang Islam. Ramai dikalangan orang melayu tidak tahu status halal haramnya.  Anggapan ketika itu ternakan burung walit hanya boleh dilaksanakan dibangunan tinggi dikawasan bandar sahaja. Tidak ada lagi rumah burung yang dibangunkan dikawasan pertanian diluar bandar hatta dikalangan orang-orang cina sekali pun. Tidak seperti setahun dua ini ramai orang melayu di Terengganu telah mencuba dalam industri ini dan mendirikan bangunan diluar bandar. Manakala agensi-agensi kerajaan telah mula menunjukan minat dalam industri ini.

Namun begitu saya ingin mengigatkan orang-orang melayu jangan terlalu gairah sehingga diambil kesempatan oleh orang-orang tertentu dengan mewujudkan berbagai skim pelaburan yang berselindung dengan agensi kerajaan dan persatuan sedangkan konsepnya seolah-olah skim cepat kaya. Berhati-hatilah wahai bangsaku, jangan lagi terjebak dengan berbagai-bagai skim cepat kaya. Yang terkena  adalah bangsaku. Sedangkan penganjurnya adalah bangsa lain. Melayu tertipu lagi.

Ingat semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda. Sedangkan besuk adalah impian yang belum nyata. Tetapi keputusan yang kita buat hari ini adalah penentu siapa kita dihari esuk.

Ilmu dan pengalaman penting untuk berjaya dalam membudidaya walit

Ilmu dan pengalaman adalah kunci kejayaan dalam sesebuah usaha. Begitu juga juga dalam industri walit pembudidaya sepatutnya mempunyai ilmu dan pengalaman dalam bidang ini. Ilmu boleh diperolehi dari pengalaman. Sebab itulah bijak pandai mengatakan universiti yang paling unggul di dunia adalah universiti pengalaman. Namun begitu jika kita tidak mahu belajar dari pengalaman, pengalaman tetap tidak menjadi ilmu yang berguna. Nak belajar ilmu ular misalnya tidaklah perlu jumpa ular besar beruk dulu baru boleh belajar. Hanya orang bodoh dan berakal pendek sahaja yang kena tengok ular dahulu baru boleh belajar tentang ular.

Berbalik tentang ilmu walit ini. Tidak semestinya orang yang berpengalaman membudidaya walit disuatu tempat  itu berjaya jika ia membudidayakan walit ditempat yang lain. Sebuah rumah burung yang menghasilkan sarang puluhan kilo belum tentu akan menghasilkan keputusan yang sama jika ia membudidayakan walit ditempat lain yang lain dengan design yang sama. Dengan itu pengalaman tidaklah selalu benar selamanya.

Taukeh emas buka lombong emas putih di Kemaman

Kemaman 31 Oktober 2008. Perjalanan ke Kemaman untuk urusan peribadi menghabiskan cuti mingguan. Singgah sebentar di Dungun untuk meninjau dan melihat sendiri projek yang dikelolakan oleh Jeff dan Zabri. Nampaknya banyak juga pengubahsuaian yang dilaksanakan untuk menjadikan rumah burung yang asalnya hanyalah rumah tumpangan kepada hotel bertaraf 5 bintang untuk burung walit menginap. Bukan sahaja struktur dinding, lantai dan lubang masuk terpaksa diubah suai malah dog kenel juga dibuat baru. Nampaknya banyak juga belanja yang terpaksa dikeluarkan. Nasib baik pekerja yang dupah sanggup bekerja siang malam agar kerja yang sepatutnya siap dalam tempuh satu bulan, dapat disiapkan dalam masa dua minggu sahaja.

Selesai membuat tinjauan di Dungun saya bertolak ke Bandar Cheneh bertemu sahabat baru Ustaz Azahar. Kawasan Cheneh dan Cherul adalah kawasan pendalaman Kemaman, kawasan dimana burung-burung walit mencari makan. Kawasan ini selain tanaman  kelapa sawit terdapat banyak tanah-tanah terbiar tanpa diusahakan oleh pemiliknya. Bukan tanah tidak subur tetapi tidak mampu untuk diusahakan. Nak tanam kelapa sawit, modal besar. Nak buat kebun buah-buahan harga buah  murah orang Terengganu kata tak jadi harga. Saya cadangkan kepada mereka supaya tanam pokok karas atau gaharu kerana potensinya besar. Mengikut kajian 1 ekar tanah mampu menghasilkan pendapatan RM 1 juta.

Di Cheneh seorang taukeh emas Encik Rani menemui saya di Cheneh Rekreation Resort ajak melawat projek rumah burung beliau di Kampung Lubuk Batu, Kemaman. En. Rani memiliki 2 buah kedai emas di Cheneh dan Kuantan. Dulu En. Rani pernah datang kerumah bertanyakan potensi industri burung walit. Lepastu senyap, saya sangkakan beliau tak berminat. Rupa-rupanya beliau mencari maklumat. Beberapa orang taukeh cina yang beliau kenali telah pun membuat rumah burung di Kuantan dan Kemaman. Beliau mendapat bimbingan rakan-rakan cina beliau. Baguslahtu. Taukeh emas ….. sudah buka lombong emas. Bukan lombong emas biasa tetapi emas putih dari udara. Tahniah kerana tuan menjadi contoh kepada bangsaku dalam membangunkan ekonomi. Bukan  cakap tapi buat.

 Berbalik kepada rumah burung yang beliau bangunkan, pada mulanya saya sangka projek bangunan  kerajaan yang diseliakan oleh JKR. Struktur bangunannya macam projek JKR tiangnya sahaja 8” X 8” kukuh sungguh. Saya fikir kalau berlaku gempa bumi pun RBW beliau tak terjejas. Rupanya En Rani adalah bekas Juruteknik JKR. Patutlah En. Rani minta kawan cinanya membuat pelan bangunan rumah burung mengikut standard JKR.  Saya fikir lagi… tentu kosnya juga tinggi.

En. Rani minta saya komen terhadap struktur yang dibuatnya. Saya  tak berani memberi komen kerana beliau memdapat bimbingan daripada beberapa pihak termasuk taukeh-taukeh cina yang telah membuat rumah burung di Kemaman dan Kuantan. Walau pun pada pandangan saya banyak perkara-perkara utama yang tidak sependapat dengan saya.  Berdasarkan pengalaman saya rumah burung beliau akan  terpaksa diubahsuai semula akan datang. Ia itu selepas beberapa tahun apabila beliau mendapati hasilnya tidak memuaskan. Itu pun ramalan saya sahaja betul atau tidak wallahualam…. Saya tidak sampai hati untuk pulang begitu sahaja, saya beri juga pandang saya tetapi pasti beliau tidak akan ikut cadangan saya. Saya tidak boleh paksa beliau kerana kami tidak ada apa-apa komitmen. Saya maklumkan kepada beliau sepatutnya khidmat nasihat dan pengelolaan sehingga burung bersarang. Saya doakan semuga beliau berjaya.