Menjadikan bumbung rumah kediaman sebagai rumah walit

Sahabat menanyakan apakah boleh beliau menjadikan ruang siling rumah kediamannya sebagai rumah burung. Beliau bercadang untuk mengubahsuai bahagian bumbung rumah menjadi rumah burung. Pada ruang yang asalnya siling dikonkrit slab sebagai lantai rumah manakala ruang siling akan dinaikkan 6 kaki dan pada ruang yang paling tinggi menjadikannya 16 kaki. Siling akan dipasang terus pada kekuda atap. Manakala kayu plank atau kayu sirip akan dipasang dibawahnya.

Pada saya tidak menjadi masalah apa jua rekabentuk rumah burung asalkan ianya boleh diubahsuai menjadkani kondisi yang sama dengan habitat asal burung walit iaitu gua-gua batu kapor atau gua-gua dikepulauan. Membangunkan rumah walit bermakna membuat gua tiruan (artificial) untuk burung walit tinggal dan membuat sarang. Habitat baru ini disediakan sedemikian rupa supaya walit mendiaminya dan tidak lagi kembali kehabitat yang lebih sesuai untuknya.

Terdapat dua spesis walit yang dianggap komersial iaitu aedrodramus maximus dan aedrodramus fucifagus. Keduanya dianggap komersial kerana membuat sarang dari saliva (air liur) untuk tempat bertelur. Namun begitu hanya aerodramus fucifagus yang akan mendiami bangunan yang dijadikan gua artficial tadi. Manakala aerodramus maximus atau walit bersarang hitam akan tetap tinggal di gua-gua batu kapor dan juga gua dipersisiran pantai di pulau-pulau.

Bagi sesiapa yang ingin membudidaya burung walit ini seharusnya memahami ciri-ciri atau tabiat semula jadi burung walit . Walit tidak akan membuang najisnya sebarangan semasa terbang. Pembuangan najisnya hanya ditempat dimana ia tidur. Najisnya  tidak akan masuk kedalam sarang yang dibuatnya. Ini terjadi kerana walit akan hinggap secara bergayut pada kayu beluti yang disediakan disiling tadi. Ini bermakna walit tidak akan mengotor kawasan rumah kita. Dakwaan yang mengatakan burung walit mengotorkan kawasan rumah kediaman tidak benar sama sekali. Rumah burung walit saya bersebelahan dengan kebun pisang (untuk daun) dan tidak pernah saya lihat adanya najis walit pada daun pisang tersebut. Bau juga tidak ada kerana didalam bangunan yang dijadikan rumah walit seharusnya dibersihkan selalu paling kurang 6 bulan sekali. Dengan itu ia tidak menjejaskan kesihatan.

Ramai juga yang bimbang menternak walit dirumah kediaman akan mengakibatkan penyakit selsema burung Avian Influenza (H5N1). Kebimbangan ini juga tidak mungkin terjadi kerana tiada terdapat sebarang penemuan / bukti untuk mengaitkan burung layang layang (walit) dengan Penyakit Avian Influenza dan Virus H5N1. Walit memakan serangga yang beterbangan di udara. Ia tidak  hinggap di tanah atau diatas sebarang objek. Walit juga tidak memakan sebarang bijirin dan tidak memagut dan tidak mengais di tanah malahan tanah menjadi sumpahan kepada burung walit kerana andai kata ia terjatuh ketanah maka walit tidak boleh terbang lagi dan akan mati. Dengan itu tidak berlaku unsur sentuhan dengan manusia termasuk  haiwan lain unuk merebaknya penyakit selsema burung yang menakutkan itu.

 

 

 

Posted on 22 November, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Comments Off on Menjadikan bumbung rumah kediaman sebagai rumah walit.

Comments are closed.

%d bloggers like this: