Bagaimana untuk bermula menjadi penternak burung walit

Ramai yang bercita-cita untuk memiliki rumah burung walit. Ini merupakan satu kesedaran yang amat memberansangkan dikalangan orang orang melayu cuma tak berani untuk memulakannya. Ini adalah kerana kurangnya pengetahuan berkaitan dengan penternakan burung walit. Selagi kita tidak mencubanya selagi itulah kita tak tahu masalahnya.

Persoalannya ialah  bagaimana hendak  membina rumah burung yang paling sesuai .Teknik dan strategi untuk memanggil burung masuk, pemilihan lokasi dan   bagaimana memastikan burung selesa untuk tinggal dalam rumah yang disediakan. Persoalan ini selalu berlegar dikalangan peminat burung walit.

Keinginan untuk terlibat amat kuat sekali tetapi tidak tahu untuk memulakannya. Lihat betapa gigihnya seorang penternak yang tidak berkemampuan di Indonesia, kerana keinginan yang kuat tetapi tidak mempunyai modal yang cukup sanggup buat bangunan daipada bahan plastik sebagai dinding. Mungkin ini sebagai permulaan untuk belajar dari pengalaman kaedah untuk menternak walit.

Burung walit boleh diternak pada bangunan yang dibina khusus untuk tujuan tersebut ataupun mengubahsuai premis yang sedia ada seperti rumah kedai  atau rumah kediaman .  Namun begitu kedua-duanya bergantung kepada kemampuan dan modal pengusaha. Sekiranya bangunan telah sedia ada, maka kerja-kerja pengubahsuaian bangunan tersebut perlu dilaksanakan. Plan pengubahsuaian perlu mendapat nasihat pakar atau konsultan yang benar-benar mahir atau tahu bagaimana merekabentuk sistem dalaman bagunan tersebut. Dalam artikel ini saya tidak boleh memaparkan kaedah sebenar pengubahsuaian tersebut. Nanti saya kena marah oleh konsultan. Faham-faham je lah zaman sekarang. Saya percaya banyak kursus dan seminar dianjurkan berhubung dengan perkara ini. Biasanya diiklankan dalam akhbar. 

Posted on 14 November, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. Pertama, buat kajian sendiri. Buku, artikel, blog, akhbar, majalah… byk sumber bahan bacaan. Dalam pembacaan, pastikan faham berkenaan sifat & perangai burung atau animal behavior, ini sebenarnya kunci kejayaan sesebuah rumah sebab burung ini adalah burung liar… memahami kehendak mikro dan makro untuk bersarang, bertelur, bersenyawa, makan amat penting. Malahan, design rumah burung atau sebarang ubah suai juga berkisar sekitar sifat2 burung.

    Berkenaan consultant, pastikan diorang tahu apa yg diorang cakap. Majoriti pengusaha Melayu gagal dari aspect maklumat dan terlalu percaya pada kata-kata consultant. Pastikan ada knowledge sebelum jumpa atau berbincang dgn consultant, kurang-kurangnya tak kena main/tipu.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: