Semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda. Sedangkan besok adalah impian yang belum nyata. Tetapi keputusan yang kita buat hari ini adalah penentu siapa kita dihari esok

Kira-kira 31 tahun yang lalu ia itu pada tahun 1977 sebuah boat nelayan menghampiri Gua Hujan di Pulau Redang Terengganu. Namun boat tersebut tidak mampu merapati gua tersebut. Kami gagal menemui pintu gua kerana berada dibawah air yang pasang ketika itu. Saya bersama Renjer Hutan Kuala Terengganu, beberapa orang rakan dan pemajak sarang burung layang-layang gua Pulau Redang terjun kelaut  berenang menuju kedinding gua. Kami menyelam mencari pintu gua, seterusnya menyusup masuk kedalam gua. Suasana gua yang gelap dan kelam  remang-remang cahaya bulan. Pekerja yang bekerja dengan pemajak tadi telah bersedia menunggu kami didalam gua bersama lampu sulohnya.Mereka bersedia memanjat sigar (tangga buluh) bagi menunjukkan demontari memungut sarang burung layang-layang di lelangit gua yang ketinggiannya lebih kurang 20 kaki dari paras air laut. Dinding gua sentiasa basah dan disuatu sudut air hujan sedang menitis.

Saya dibawa kedalam Gua Hujan adalah semata-mata untuk melihat operasi memungut sarang burung  layang-layang gua sebagai salah satu jadual latihan praktikal yang saya dan 3 orang rakan ia itu Abd Razak Nordin , Abd Wasa Mohd Noor dan Almarhum Noor Azahar dengan Jabatan Perhutanan  Terengganu semasa cuti semester . Nostagia ini masih segar dalam ingatan semasa saya belajar di Universiti Pertanian Malaysia kini dikenali sebagai Universiti Putera Malaysia. Saya belajar dalam bidang Perhutanan. Semasa belajar dahulu asignment dan tugasan kursus saya banyak tertumpu dalam bidang wild life. Saya banyak membuat kajian berkaitan dengan orang hutan dan juga unggas. Setelah lebih tiga puluh tahun yang lalu rupanya minat dan hobi saya dalam hidupan liar rupa-rupanya tidak sia-sia.

Oleh itu pengalaman dan hubung kait saya dengan industri walit bukanlah sesuatu yang baru. Benih dan minat itu sebenarnya telah bercambah sejak lebih 30 tahun yang lalu. Saya pun tidak pernah terfikir bahawa gua yang pernah saya masuk 30 tahun yang lalu itu kini menjadi sebahagian daripada kehidupan saya. Mana tidaknya dulu terpaksa berenang dan menyelam untuk memasuki gua tetapi kini telah berjaya duplicate gua tersebut dan membuat gua tiruan berhampiran dengan kediaman saya dan beberapa buah lagi yang saya dan rakan-rakan terlibat di Terengganu.. Begitulah ironinya saya dengan burung walit ini. Saya tidak fikir ada orang melayu Terengganu yang mempunyai hubungan dan pengalaman sedemian dan seterusnya terlibat dalam industri membudidaya walit ini seperti saya. Lantaran itu saya cukup yakin bahawa industri walit mempunyai masa depan yang cukup cerah dimasa hadapan.

Pada tahun 2004 dalam suatu mesyuarat  Jawatankuasa Pertanian Negeri Terengganu, yang di Pengerusikan oleh Exco Pertanian YB Dato’ Mohd Jidin ketika itu, saya pernah mencadangkan supaya projek membudidaya walit dijadikan projek untuk gulungan PPRT (Program Perasmian Rakyat Termiskin). Ini kerana pada ketika itu jabatan-jabatan yang diperuntukan wang dana khas Negeri Terengganu, seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Haiwan (kini jabatan Veterina) dan Jabatan Perikanan melapurkan peruntukan melalui jabatan mereka tidak habis belanja. Jumlahnya bukan sedikit ada jabatan yang melapurkan hampir RM 50 juta lagi dana khas bagi PPRT yang tidak dapat dibelanjakan. Ketika itu saya mewakili Tuan Pegawai Daerah Kemaman. Namun begitu cadangan tersebut tidak pernah dilaksanakan sehingga kini.

Mungkin pada ketika itu industri membudidaya walit ini agak asing dikalangan orang-orang melayu. Ini adalah rahsia perniagaan orang cina. Orang melayu menganggap sarang burung haram dimakan oleh orang Islam. Ramai dikalangan orang melayu tidak tahu status halal haramnya.  Anggapan ketika itu ternakan burung walit hanya boleh dilaksanakan dibangunan tinggi dikawasan bandar sahaja. Tidak ada lagi rumah burung yang dibangunkan dikawasan pertanian diluar bandar hatta dikalangan orang-orang cina sekali pun. Tidak seperti setahun dua ini ramai orang melayu di Terengganu telah mencuba dalam industri ini dan mendirikan bangunan diluar bandar. Manakala agensi-agensi kerajaan telah mula menunjukan minat dalam industri ini.

Namun begitu saya ingin mengigatkan orang-orang melayu jangan terlalu gairah sehingga diambil kesempatan oleh orang-orang tertentu dengan mewujudkan berbagai skim pelaburan yang berselindung dengan agensi kerajaan dan persatuan sedangkan konsepnya seolah-olah skim cepat kaya. Berhati-hatilah wahai bangsaku, jangan lagi terjebak dengan berbagai-bagai skim cepat kaya. Yang terkena  adalah bangsaku. Sedangkan penganjurnya adalah bangsa lain. Melayu tertipu lagi.

Ingat semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda. Sedangkan besuk adalah impian yang belum nyata. Tetapi keputusan yang kita buat hari ini adalah penentu siapa kita dihari esuk.

Advertisements

Posted on 4 November, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: