Monthly Archives: March 2011

Spesis gaharu yang terbaik di Malaysia adalah Aquilaria Malaccensis.

Teknologi penghasilan gaharu semakin maju. Namun jika kita tidak menanamnya, teknologi tiada makna.


Bila menyebut gaharu, ramai di antara kita yang membayangkan harganya yang begitu mahal sehingga ada yang mengatakan ia lebih bernilai dari emas. Harganya boleh mencecah sehingga RM14,000 – RM20,000 sekilogram untuk kepingan gaharu yang bermutu tinggi. Namun, semua hasil ini diambil dari hutan dan kini realitinya, pokok karas diancam kepupusan.

gaharuTanpa kesedaran untuk penanaman semula, negara kita mungkin tidak lagi dapat mengeksport hasil gaharu yang begitu tinggi permintaannya ke negara-negara Timur Tengah dan juga negara lain seperti Taiwan, Jepun dan sebagainya. Mungkin kita patut menoleh ke negara jiran yang lain seperti Indonesia, Thailand dan Myamar, mereka sudah jauh meninggalkan kita dari segi teknologi dan perladangan.

Mungkin, kekurangan sumber maklumat yang tepat dan juga permulaan modal yang tinggi untuk diusahakan secara komersil menjadi faktor ia kurang diminati. Wajar, agensi – agensi kerajaan yang ada memainkan peranan dalam menyalurkan fakta yang lengkap dan perkembangan teknologi harus dicapai dalam usaha menjadikan ia sebagai industri direalisasikan.

Ramai di antara kita yang tidak sedar, usaha penanaman pokok karas sudahpun dilakukan oleh beberapa agensi yang ada di beberapa tempat di negara kita, juga penyelidikan dalam penghasilan gaharu melalui kaedah suntikan dan inokulasi juga giat dijalankan.Namun, kurangnya pendedahan dan pengumpulan maklumat, ia kurang memberi impak dalam pelaksanaannya.

Untuk mereka yang berminat dalam penanaman pokok karas, mungkin ada berita gembira. Mulai tahun hadapan (2007), teknologi dalam penghasilan gaharu akan dibawa masuk ke negara kita. Usaha menjemput Prof. Blanchette oleh satu agensi kerajaan adalah sangat tepat pada masanya. Namun, jika kita tidak menanamnya, teknologi tiada makna.

Berbalik kepada usaha penanaman pokok karas secara ladang, beberapa faktor harus dipertimbangkan seperti pemilihan anak benih, jarak tanaman, kaedah tanaman, kaedah suntikan dan pasaran. Ia harus dinilai untuk meminimakan risiko yang ada dan mendapat hasil yang maksima selepas 7 tahun pelaburan.

Pertamanya, pemilihan anak benih sering menjadi persoalan. Ada yang mengatakan spesis A lebih baik dari spesis B dan ada yang sebaliknya kerana ia lebih cepat membesar dan lebih mahal. Seharusnya kita meneliti semula beberapa kajian, pokok karas sebenarnya mempunyai method yang berbeza dengan pokok lain. Pokok yang sihat dan membesar dengan cepat menghasilkan resin gaharu yang sedikit berbanding pokok yang sakit dan diganggu.

Ia sebenarnya selari dengan kejadian semulajadi gaharu di dalam hutan, pokok yang berada di kawasan berbatu dan mengalami tindakbalas kecederaan yang teruk menghasilkan gaharu yang lebih bermutu. Kita juga harus melihat kepada permintaan pasaran, spesis manakah yang menjadi pilihan pembeli dan mempunyai harga yang tinggi. Spesis Aquilaria Malaccencis adalah merupakan salah satu spesis yang mempunyai nilai komersil yang tinggi.

Manakala kaedah penanaman, jarak penanaman 6’x6′ atau 10’x10′ menghasilkan jumlah tanaman pada 430 pokok atau 1,000 pokok seekar. Penanaman secara intergrasi adalah lebih meminimunkan risiko, malahan memberi pulangan jangka pendek yang boleh menampung kos keseluruhan. Sulaman boleh dilakukan dengan tanaman herba dan tanaman kontang. Penjarakkan yang sesuai harus dilihat.

Selepas pokok karas mencapai usia 5 tahun, suntikan sejenis enzim dilakukan untuk penghasilan gaharu dan dibiarkan selama 2 tahun sebelum mendapat hasil. Perlu diingatkan, tanpa teknologi ini pokok karas tidak akan membentuk gaharu di dalamnya. Berbeza dengan semulajadi, gaharu terbentuk pada usia pokok 20 – 40 tahun melalui gangguan oleh fizikal atau microrganisme.

Banyak laporan di dada akhbar dan laman web, menyatakan setiap pokok menghasilkan gaharu bernilai sehingga RM14,000 – RM18,000. Tetapi, kita perlu menilai setiap aspek dan risiko. Mungkin tidak keterlaluan jika kita meletakkan RM1,000 sahaja untuk sepokok yang menghasilkan gaharu. Bayangkan anda menanam 1,000 pokok dan anda tentu dapat mengira angkanya. Malahan jika hanya 50% sahaja yang menjadi, jumlah pendapatannya masih tinggi!

Oleh itu, amat penting untuk kita semua memperolehi sebanyak mungkin maklumat untuk merealisasikan penanaman pokok karas secara ladang. Diharapkan ada agensi yang bertindak sebagai pemantau dan dapat menyimpan data semua ladang karas di negara kita. Maklumat sebegini amat berguna untuk rujukan dimasa akan datang.

-JASBEN PLANTATION@2006 .

Industri Gaharu ; Tanpa ilmu yang cukup para pengusaha boleh diibarat belayar tanpa arah tuju dan apa yang pasti hasil yang diperolehi pastinya tidak seperti yang diimpikan.


Seorang pengusaha, petani, penternak, mahupun apa jua bidang yang diusahakan, ilmu yang berkaitan apa yang dilakukan adalah amat penting bagi memastikan kejayaan sentiasa berada di sisi kita. Tanpa ilmu kita akan terjebak dengan kegagalan. Tanpa ilmu yang cukup para pengusaha boleh diibarat belayar tanpa arah tuju dan apa yang pasti hasil yang diperolehi pastinya tidak seperti yang diimpikan.

Begitulah fenomena yang sedang berlaku di dalam perusahaan tanaman karas atau lebih dikenali sebagai gaharu. Justeru itu pengusaha gaharu hendaklah mencari peluang untuk memperbaiki segala kelemahan, kekurangan serta masalah yang sering dihadapi dalam perusahaan tersebut.

Maklumat yang lebih tepat daripada segi kajian saintifik serta aplikasi sains di dalam industri tersebut harus diteroka oleh mereka yang terlibat dalam industri ini. Semua pihak yang terlibat harus mendapat pendedahan mengenai teknik-teknik yang betul secara ilmiah mengenai gaharu.

Industri asastani yang mempunyai impak tinggi dalam ekonomi ini semakin berkembang khususnya dalam bidang bioteknologi. Justeru para pengusaha gaharu tidak lagi boleh berada pada takuk lama, dimana mereka juga perlu berubah ke arah yang lebih baik.

Ini bermakna setiap pengusaha gaharu perlu mempelbagaikan hasil serta produk mereka bagi memastikan kelestarian produk tersebut berkekalan sekali gus mampu membawa mereka ke arena global. Sehubungan dengan itu setiap daripada golongan ini (pengusaha, penyelidik dan pengguna) sebenarnya adalah saling memerlukan. Maka setiap daripada mereka perlu menggembleng tenaga dan kepakaran untuk menghasilkan teknik yang benar-benar boleh digunapakai.

Penulis sendiri pernah terlibat dalam seminar yang dianjurkan oleh pihak ANGKASA berkaitan dengan industri gaharu ini. Pendedahan awal yang dibuat telah mendatang kesedaran dan minat kepada pemimpin koperasi untuk terus terlibat dalam industri ini. Penulis percaya bahawa sasaran untuk menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama gaharu dunia akan menjadi kenyataan.

Oleh yang demikian semua pihak seharusnya bekerjasama untuk sebarkan maklumat dan ilmu mengenai gaharu ini kepada sesiapa sahaja yang berminat. Sesiapa sahaja yang ingin berkongsi maklumat, ilmu dan pengalaman yang berkaitan dengan industri ini bolehlah emailkan kepada penulis untuk diterbitkan dalam blog jahaniwalit.com.

Aroma gaharu kurangkan stres. Petikan dari majalah Mingguan Wanita September 2010


Dikenali juga dengan nama tengkaras (Melayu), agarwood, aloeswood, eaglewood (Inggeris), oud (Arab),chen-xiang (China), dan jinkoh (Jepun), spesies Aquilaria Malaccensis adalah spesies penghasil resin yang banyak terbaik. Spesies ini mempunyai taburan semula jadi di India, Myanmar, Malaysia, Indonesia, dan Filipina.

Pokok gaharu boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Kulit pokok gaharu licin dan warnanya hampir putih. Daunnya jenis ringkas dan terletak dalam susunan berselang¬seli. Daunnya berbentuk memanjang atau mata lembing. Bunga gaharu terletak dalam jambak di hujung atau ruas ranting dan ketiak daun.

Bunganya berwarna sama ada warna hijau atau kuning. Buah pokok gaharu berbentuk hampir bulat bebola atau memanjang. Pokok gaharu hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750m dari aras laut dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi.

Seluruh bahagian gaharu dikatakan mengandungi agarafuranoid dan ses kuiterpenoid jenis eudesman, eremofilan, valenkan dan vetispiran. Asap gaharu (dibakar) juga mengandugi kumpulan kimia yang sama.

Kayu gaharu pula mengandungi bahan agarospiral, dan jinkoholeremol yang menghasilkan aroma gaharu untuk kegunaan minyak wangi. Manakala komponen methoxypenylethyl chrome pula menghasilkan bahan yang harum apabila gaharu dibakar. Resin mempunyai sifat antijangkitan, antiseptik, antibiotik, pestisid, serta dikatakan mampu berfungsi menghentikan pendarahan dan mengatasi sakit.

Gaharu yang bernilai tinggi ialah bahagian kayunya yang tercedera yang telah dijangkiti kulat dan mengandungi banyak resin. Kayu yang baik berwarna putih atau kuning, lembut, ringan dan kurang berbau apabila dibakar. Kayu yang dijangkiti kulat menjadi keras, berat, berketul-ketul, berwarna hitam atau perang kehitam-hitaman dan sangat wangi apabila dibakar. Minyak gaharu diperoleh melalui proses penyulingan untuk penghasilan minyak wangi yang sangat mahal.

Gaharu banyak digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagamaan dan sebagainya. Gaharu digunakan sebagai bahan kecantikan sejak berabad yang lalu kerana baunya yang eksotik, harum dan mewangi seperti bunga.

Bekalkan antiseptik

Keharumannya dapat digunakan dalam bidang meditasi untuk mengurangkan stres. Minyak yang diekstrak daripada kayu gaharu dikatakan mampu dijadikan sebagai minyak aromaterapi dan mampu memberi ketenangan dan kerehatan minda.

Pengamal perubatan tradisional menggunakan daun pokok gaharu kerana kandungan astringen yang terdapat di dalam daun tersebut. Daun ini dikatakan mampu membantu mengurangkan masalah kulit berminyak dan menghentikan luka berdarah.

Ekstrak daun gaharu juga mampu dijadikan tonik kulit dan ia dikatakan mampu digunakan untuk mengembalikan semula pigmen terhadap masalah leukorderma atau vitiligo iaitu suatu keadaan apabila kawasan-kawasan kulit kehilangan pigmennya dan menjadi putih. Antioksidan dalam daun gaharu dikatakan membekalkan antiseptik yang lembut dan boleh digunakan untuk merawat masalah jangkitan mata, telinga dan luka. Daun yang telah ditumbuk halus dikatakan boleh dibuat ubat pupuk pada tangan dan kaki yang bengkak (busung).

Daun gaharu muda pula dikatakan boleh dijadikan sebagai teh dan diminum untuk mampu merangsang tubuh badan yang lemah jika selalu diminum. Khasiat lainnya adalah daun ini dikatakan mampu membuang toksik dalam badan, mengurangkan kadar tekanan darah tinggi, diabetes, sakit kepala, asma, memperbaiki fungsi buah pinggang, saluran dan peredaran darah dan oksigen serta meredakan ketegangan dan stres akibat tekanan. Selain daripada itu, ia juga dikatakan mampu membantu mengatasi masalah insomnia atau sukar tidur.

Kayu gaharu dikatakan boleh direbus dan kemudiannya diminum untuk merawat cirit dan muntah, demam panas, malaria, lumpuh, reumatisme, sakit perut, melawaskan pembuangan air kecil, dan penawar semasa ibu hamil dan selepas melahirkan anak.

Asap wangi daripada kayu gaharu yang telah dibakar dikatakan boleh dihidu untuk tujuan merawat kanser terutamanya kanser kelenjar tiroid, mengeluarkan angin dalam perut dan usus, melegakan asma, cirit, sakit perut dan juga sebagai afrodisiak.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat gaharu, namun begitu penggunaannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari. .

Gaharu sumber pendapatan alternatif

Penafian dan permohonan maaf.

Maaf jua dipinta kepada penjengok blog jahaniwalit.com kerana lama tidak kemaskini blog. Terdapat sedikit masalah teknikal yang menghalang kelancaran penulisan. Insya Allah masalah ini akan cuba diatasi secepat mungkin. <br><br>

Penulis juga ingin menbuat penjelasan disini bahawa saya tidak terlibat dalam mana-mana blog yang memuat turun dan publish artikel dari blog jahaniwalit.com dan seterusnya tidak bertanggung jawab terhadap ciplakan artikel dari blog ini. Sekian Terima kasih

Mengapakah masih terdapat banyak rumah burung walit yang gagal dan apakah kesilapan yang sering dilakukan?

Mengapakah masih terdapat banyak rumah burung walit yang gagal dan apakah kesilapan yang sering dilakukan?.

Sebab yang paling utama gagal ialah kerana kurang pengetahuan. Khususnya dari segi teknik-teknik membudidaya burung walit. Kesilapan dalam emilihan lokasi. Kajian terhadap teknik-teknik dan kesesuaian mengikut kehendak burung menyebabkan faktor utama kegagalan
sesebuah rumah burung walit. Ramai tukang atau seorang kontraktor yang boleh membina bangunan tetapi belum tentu mampu membina sebuah rumah burung walit mengikut kehendak burung. Rumah burung walit juga memerlukan penyelenggaraan yang berkala dan mereka yang berpengalaman mampu melaksanakannya. Rumah burung walit perlu diselenggara bagi mengekalkan suhu, kelembapan, cahaya, kebersihan, kualiti suara pemanggil, musuh-musuh dan sebagainya pada tahap maksima.

Mengikut pengamatan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu mendapati bahawa
“70 Peratus Pengusaha Rumah Burung Walit Di Terengganu Berakhir Kegagalan “ . Mengapa ?….

Rumah burung walit yang gagal kebanyakannya disebabkan kelemahan dari segi pengurusan,” kata bekas Pengarah JPV negeri Dr Azizol Mohd Sharun selepas melawat salah satu projek rumah walit yang gagal di Kampung Mengabang Telipot, Batu Rakit, Terengganu.

Kos paling rendah untuk membina rumah burung walit ialah RM100,000 dan kebanyakannya dimiliki orang perseorangan. Manakala pembinaannya dilaksanakan oleh kontraktor bangunan. Pemilik sendiri tidak mempunyai pengetahuan langsung dalam bidang ini. Semuanya bergantung kepada consultant. Terkena pula konsultan yang hanya pandai membina bangunan tetapi tiada pengalaman. Terdapat juga konsultan yang menipu pelanggan bila menggunakan suara burung untuk ujian lokasi dijadikan suara memanggil. Bulan pertama memang ramai burung walit yang datang selepas itu hilang entah kemana.

Perkara begini terjadi pada kawan saya, selepas bayaran untuk kontraktor dilunaskan kontraktor hilang , telepon surang datang pun tidak berjawab. Masa terus berlalu pinjaman bank terpaksa dibayar. Garu kepala dan gigit jarilah jawabnya. Oleh itu berhati-hatilah dalam memilih konsultan.

Saya nasihat anda gunalah khidmat mereka yang mempunyai trek rekod yang baik dan berpengalam. Selidik dahulu kejayaan beliau dalam bidang perwalitan ini. Paling tidaknya surat pengiktirafan daripada agensi yang diberi tanggung jawab khususnya Jabatan Veterinar.

Di Terengganu salah seorang konsultan yang di iktiraf oleh jabatan Veterinar ialah En Nik Zulkifli bin Nik Omar dari syarikat ADNIC Bird Nest Entrepreneur. Saudara NiK Zulkifli Omar berpengalaman luas dalam Industri Burung Walit dan telah bergiat cergas selama tujuh tahun dalam bidang tersebut. Mempunyai rangkaiaan perniagaan yang luas dalam dan luar negara. Hubungan yang erat dengan agensi – agensi kerajaan yang berkaitan. Khususnya Jabatan Veterinar. ADNIC Bird Nest Entrepreneur tetah mendapat pengiktirafan serta didaftarkan sebagai perunding pembangunan industri dan prasarana walit. (Pendaftaran No:JPV.TR./WALIT/04/2010

Bukan sahaja rekabentuk bangunan sahaja yang perlu diambil kira. Pemilihan lokasi juga memainkan peranan yang penting. Demikian juga bila kawasan baru dibuka, banyak pula persaing yang mengusahakan rumah burung ini. Perkara ini juga menjadi masalah kerana banyak rumah daripada burung, kacau juga.

Timbul pula persolan jika semakin banyak rumah burung didirikan setiap bulan, apakah kemungkinan terdapat lebihan penawaran sarang burung di pasaran dunia?.

Pengusaha burung walit diminta daftar perusahaan dengan Jabatan Veterinar.

PUTRAJAYA – Pengusaha industri sarang burung walit yang belum mendaftar kegiatan mereka dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) diberi masa tiga tahun dari sekarang untuk berbuat demikian bagi mengelak mereka daripada menghadapi masalah untuk mengeksport produk mereka ke luar negara. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata ketika ini hanya 10 peratus daripada kira-kira 50,000 pengusaha yang berdaftar dengan JPV.

“Apabila mereka mendaftar, JPV akan melihat di mana tempat dia buat, tengok premis, bagaimana prosesnya, kualiti dia bagaimana. Jika tidak memenuhi syarat, mereka tidak akan mendapat lesen kebenaran untuk mengeksport,” katanya kepada pemberita selepas melancar dan menyerahkan buku bertajuk Satu Garis Panduan Pembangunan Industri Burung Walit (1GP) kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan, di sini hari ini.

la boleh diperoleh di Ibu Pejabat JPV di sini dengan harga RM15 senaskhah. Untuk mendaftar pula, pengusaha perlu memuat turun borangnya melalui laman web JPV dengan bayaran sebanyak RM50 bagi setiap pendaftaran.

Noh beliau mengalu-alukan penglibatan mana-mana pihakyang berminat untuk menceburkan diri dalam industri tersebut kerana ia boleh memberikan pulangan lumayan dan membantu menambah pendapatan.

Katanya pelbagai pihak boleh memberi bantuan dalam bentukdana untuk menceburi industri itu termasuk oleh Agro Bank dan JPV sendiri. Beliau berkata nilai pengeluaran industri menternak sarang burung walit kini mencecah RM1 bilion dan boleh mencapai RM5 bilion menjelang 2020. Sumber: http://www.bernama.com.

Pandangan Penulis:

Apalah Pak Menteri ini. Sikit-sikit ugut. Sudah berpuloh tahun industri burung walit berjalan tak ada masalah pun untuk eksport. Baru dua tiga tahun kerajaan terlibat berbagai kerenah nampaknya. Berapa ramai pakar burung walit di JPV. Doktor yang mengaku pakar burung walit dan memberi ceramah burung walit disana sini tak ada pun rumah burung walit.? Maaf ya Pak Menteri bergurau je.