Industri Gaharu ; Tanpa ilmu yang cukup para pengusaha boleh diibarat belayar tanpa arah tuju dan apa yang pasti hasil yang diperolehi pastinya tidak seperti yang diimpikan.


Seorang pengusaha, petani, penternak, mahupun apa jua bidang yang diusahakan, ilmu yang berkaitan apa yang dilakukan adalah amat penting bagi memastikan kejayaan sentiasa berada di sisi kita. Tanpa ilmu kita akan terjebak dengan kegagalan. Tanpa ilmu yang cukup para pengusaha boleh diibarat belayar tanpa arah tuju dan apa yang pasti hasil yang diperolehi pastinya tidak seperti yang diimpikan.

Begitulah fenomena yang sedang berlaku di dalam perusahaan tanaman karas atau lebih dikenali sebagai gaharu. Justeru itu pengusaha gaharu hendaklah mencari peluang untuk memperbaiki segala kelemahan, kekurangan serta masalah yang sering dihadapi dalam perusahaan tersebut.

Maklumat yang lebih tepat daripada segi kajian saintifik serta aplikasi sains di dalam industri tersebut harus diteroka oleh mereka yang terlibat dalam industri ini. Semua pihak yang terlibat harus mendapat pendedahan mengenai teknik-teknik yang betul secara ilmiah mengenai gaharu.

Industri asastani yang mempunyai impak tinggi dalam ekonomi ini semakin berkembang khususnya dalam bidang bioteknologi. Justeru para pengusaha gaharu tidak lagi boleh berada pada takuk lama, dimana mereka juga perlu berubah ke arah yang lebih baik.

Ini bermakna setiap pengusaha gaharu perlu mempelbagaikan hasil serta produk mereka bagi memastikan kelestarian produk tersebut berkekalan sekali gus mampu membawa mereka ke arena global. Sehubungan dengan itu setiap daripada golongan ini (pengusaha, penyelidik dan pengguna) sebenarnya adalah saling memerlukan. Maka setiap daripada mereka perlu menggembleng tenaga dan kepakaran untuk menghasilkan teknik yang benar-benar boleh digunapakai.

Penulis sendiri pernah terlibat dalam seminar yang dianjurkan oleh pihak ANGKASA berkaitan dengan industri gaharu ini. Pendedahan awal yang dibuat telah mendatang kesedaran dan minat kepada pemimpin koperasi untuk terus terlibat dalam industri ini. Penulis percaya bahawa sasaran untuk menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama gaharu dunia akan menjadi kenyataan.

Oleh yang demikian semua pihak seharusnya bekerjasama untuk sebarkan maklumat dan ilmu mengenai gaharu ini kepada sesiapa sahaja yang berminat. Sesiapa sahaja yang ingin berkongsi maklumat, ilmu dan pengalaman yang berkaitan dengan industri ini bolehlah emailkan kepada penulis untuk diterbitkan dalam blog jahaniwalit.com.

Posted on 24 March, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: