Monthly Archives: August 2009

Gaharu dikenali dengan berbagai nama – potensi besar pasaran gaharu global

Gaharu dikenali dalam pelbagai bahasa dan agama dan budaya, menunjukkan betapa luasnya penggunaan diseluruh dunia. Apa yang lebih penting kayu anugerah Allah ini hanya diperolehi dikawasan Asia sahaja.
India – Agaru
China- Ch’en Xiang (Kayu yang tenggelam dalam air)
Portugis – Pao d’aguila
Persncis – Bois d’aigle
British – Eaglewood (Lingnum Aquila), Agilawood
Kemboja – Kalambak
Arab – Oudh
Jepun – Jin Koh (Kayu wangi tenggelam dalam air)
Vietnam – Tram Huong
Laos – Mai Ketsana
Papua New Guinea – Ghara Gaharu
Assam – Ogaru
Korea – Chim Hyuang
Dalam Old Testament dan Hebrew Bible kayu gaharu disebut masing-masing dengan nama “Aloes” dan “Abalim” dan dipercayai merujuk kepada agarwood dari spesis aquilaria malaccensis. Didalam Sahih Bukhari, gaharu disebut sebagai “Oudh Al-Hindu“
Dikenali dengan berbagai nama untuk kayu berbau wangi ini dan disebut dalam kitab injil dan juga Sahih Bukhari jelas menunjukkan bahawa kayu gaharu telah digunakan oleh manusia sejak zaman berzaman sehingga kini. Dia digunakan untuk tujuan keagamaan dan juga kebudayaan. Zaman moden kayu gaharu digunakan untuk industri wangian. Penggunaannya merentasi sempadan agama, budaya, bangsa dan negara.
Situasi ini membuktikan bahawa pasaran untuk kayu gaharu teramatlah besar dan akan berkekalan sampai bila-bila. Permintaan akan terus bertambah sedangkan penawarannya sangat terhad.
Lawatan saya kekilang memproses minyak gaharu menunjukkan bahawa semua bahagian daripada pokok gaharu digunakan . Air buangan daripada proses penyulingan dapat dikitar semula untuk dijadikan sabun dan hampas kayu selepas penyulingan diproses untuk dijadikan stanggi yang mana nilai pasarannya lebih besar daripada minyak  lagi.
Penanaman pokok karas sesungguhnya mempunyai nilai pasaran yang sangat tinggi. Saya dimaklumkan oleh pengilang bahawa kayu yang diproses tersebut adalah kayu yang belum dibuat inokulasi. Kayu kayu ini diperolehi dari hutan yang tumbuh meliar. Andaikata kayu karas ini diproses selepas dibuat inokulasi nilainya berlipat kali ganda lagi.
Anda pasti tidak menyesal jika anda menanam pokok gaharu hari ini. Realisasikan impian anda menjadi jutawan dengan menanam pokok gaharu. Tanamlah mengikut kemampuan anda

Menjadi usahawan gaharu seharusnya bermula dari menanam pokok karas, melaksanakan proses inokulasi dan seterusnya membina kilang untuk memproses minyak gaharu. Kearah merealisasikan impian menjadi realiti. Keputusan yang dibuat hari ini menentukan siapa kita dihari esuk.

Berbagai produk daripada kayu gaharu (agarwood)

Pengalaman melawat kilang memproses minyak gaharu menguatkan motivasi untuk terus maju dalam industri gaharu

Memproses kayu gaharu untuk menjadi minyak bermula dengan kerja-kerja merincih kayu gaharu dalam bentuk kepingan kecil. Kerja merincih ini menggunakan pisau yang khusus. Peralatan ini dikenali sebagai parang. Semasa merincih ini gred kayu diasingkan. Pengredan ini penting kerana setiap bahagian akan menghasilkan kualiti minyak yang berbeza. Kerja merincih ini perlu dilakukan dengan teliti oleh pekerja yang mahir dan terlatih. Industri ini akan membuka peluang pekerjaan kepada ramai penduduk tempatan.

Kayu gaharu yang dirincih tadi perlu dihancurkan menjadi sebuk. Mesin penhancur digunakan untuk tujuan tersebut. Sebelum dihancurkan ia hendaklah dipastikan benar-benar kering. Jika kayu gaharu dalam keadaan lembab serbuk atau powder yang dihasilkan kasar.

Debu kayu gaharu ini akan direndam selama 7 hari dalam tangki khas. Sukatan kayu dan air hendaklah dengan nisbah yang ditetapkan. Ini dapat dilakukan oleh pekerja yang berpengalaman.

Kayu yang telah direndam tadi akan di masukkan kedalam dapur khus untuk proses penyulingan. Tempuh masa yang digunakan bergantung kepada saiz dapur. Bagi dapur yang sederhana boleh memuatkan 12 kg kayu gaharu kering. Masa penyulingan ialah selama 3 hari.

Hasil daripada penyulingan tersebut minyak gaharu akan terhasil. Minyak ini akan diikumpul selepas air yang berada dibahagian bawah dikekuarkan. Minyak yang terhasil akan terus dipasarkan.

Pengalaman melihat sendiri bagaimana cara memposes kayu gaharu ini, telah memberi suatu motivasi yang kuat bahawa langkah keterlibatan dalam industri ini adalah langkah yang tetap dan ianya sesuatu yang menguntungkan.

Memproses kayu karas untuk dijadikan minyak gaharu.

Persoalan yang baru bagi sesetengah orang. Pada tahun 2000 dalam perjalanan dari Terengganu ke Tangkak Johor, kereta mengalami masalah. Di kawasan Pekan saya melewati perkampungan pendatang dari Kampuchea. Saya berhenti untuk mendapatkan bantuan. Menyusuri beberapa buah rumah ke tepi sungai. Disana terdapat sebuah bangsal lengkap dengan peralatan untuk memproses kayu bagi menghasilkan minyak gaharu.

Saya sempat bertanya kepada pemilik perusahaan tersebut tentang harga minyak yang dihasilkannya. Katanya mencecah RM1000.00 satu tola. Mahalnya tetapi ia bergantung kepada kualiti.Minyak ini dihantar ke Timur Tengah untuk dijadikan minyak wangi. Menurut pemilik perusahaan tersebut beliau mendapat bekalan kayu untuk di masak dari orang asli. Kayu yang dimaksudkan ialah kayu candan atau cendana atau kayu karas . Katanya lagi orang asli hanya menjual bahagian kayu yang tidak menjadi teras.


Itu cerita sembilan tahun yang lalu. Ketika itu saya belum terlibat dalam industri gaharu dan bertemu dengan perusahaan memproses kayu gaharu ini secara kebetulan, hari ini setelah terlibat dalam industri ini baru saya faham tentang industri yang sangat berpotensi
ini.


Jumaat 21 Ogos 2009 saya bersama En. Mohd Zabri dan seorang rakan melawat kilang memproses gaharu di Selangor. Kedatangan kami disambut oleh Mr Kumaran pengurus kilang tersebut. Kilang ini jauh lebih moden berbanding dengan apa yang saya lihat di Pekan dahulu. Menggunakan
teknologi moden, ia menghasilkan berbagai jenis minyak gaharu.
Menceritakan kaedah memproses kayu gaharu. Mr Kumaran menjelaskan, pertamanya kayu karas dari hutan atau ladang dikeringkan terlebih dahulu. Kuyu-kayu ini dipotong kecil dengan saiz 4″ hingga 6″ . Kemudian ia akan dipotong lagi kecil-kecil untuk mengasingkan grednya. Kerja ini dilakukan secara manual. Kebanyakan pekerja kaum wanita. Terbahagi kepada 3 kategori kayu ia itu hitam, choklat dan putih akan diasingkan kerana ia menghasilkan kualiti minyak yang berbeza.

Untuk makluman semua bahagian daripada pokok karas boleh di proses untuk dijadikan minyak. Kayu karas adalah kayu yang sangat berharga. Dari akar hingga ke daun ada nilai komersialnya. Sebelum pokok matang untuk dibuat inokulasi Semasa penjagaan pokok untuk penghasilan dan pertumbuhan terbaik ia akan dibuat pruning terlebih dahulu. Ketika ini ranting dan daun telah boleh dijual. Ranting boleh diproses untuk dijadikan minyak. Daun boleh diproses untuk dibuat teh karas atau minuman kesihatan. Daun juga boleh diproses untuk dijadikan minyak bagi tujuan pharmasetika. Pendek kata semua bahagian daripada pokok karas ini ada nilai komersial.

Konspirasi dalam kehidupan. Catatan untuk yang menjadi mangsa. Allah boleh beri rezeki dari langit melalui burung walit.

Konspirasi terlihat dimana-mana. Dalam politik ada konspirasi. Dalam perniagaan ada kospirasi . Dalam pentadbiran juga ada kospirasi. Dalam keluarga juga ada konspirasi .

Konspirasi tidak boleh lari dari kehidupan manusia. Dimana sahaja terdapat manusia yang mempunyai kepentingan disitu akan terdapatnya konspirasi. Ia diadakan bertujuan untuk mencapai matlamat dan cita-cita mereka. Bagi manusia begini ia tidak peduli apa yang akan berlaku pada orang lain. Yang penting cita-cita dan matlamatnya tercapai.

Matlamat harus dicapai terlebih dahulu walaupun menggunakan cara yang salah. Siapa yang akan menjadi mangsa tak penting. Fitnah dan adu domba adalah cara mereka. Bagi puak-puak ini matlamat menghalalkan cara. Hukum hakam larangan tiada dalam kamus hidup mereka.


Bagi yang tidak pernah menjadi mangsa tidak pernah terasa. Tetapi bagaimana dengan mereka yang pernah menjadi mangsa. Cukup terasa bila menjadi mangsa konspirasi. Akhirnya akan berdendam akibat
rasa terinyanya akibat dari kospirasi tersebut.


Konspirasi dalam dalam politik bisa menjatuhkan sebuah pemerintahan. Menaikan satu pihak dan menjatuhkan pihak yang lain. Berbagai cara digunakan bagi menjalankan konspirasi
tersebut.


Dalam pentadbiran juga wujud kospirasi
. Konspirasi diterjemah dalam berbagai rupa. Meritokrasi juga salah salah alat untuk berkospirasi. Penilaian prestasi disewaktukan dengan meritokrasi tersebut. Siapa penilai dan siapa yang dinilai. Jika yang dinilai itu kroni dan teman sepermainan pasti markahnya tinggi. Pasti kroni mereka dinaikan pangkat mendadak. Sesetengahnya dinaikkan pangkat sacara tidak menasabah ?. Mengapa ini semua terjadi tidakkah ia suatu konspirasi.

Yang menjadi mangsa akan terus dinafikan hak mereka. Apa nak buat kerana yang lemah akan sentiasa menjadi mangsa. Durian tetap menjadi raja sehinggalah ia menjadi tempoyak. Pemain kospirasi kena ingat bahawa dunia ini adalah roda-roda kehidupan yang sentiasa berputar. Ada kalanya berada diatas dan akan sampai waktu berada dibawah. Bersabarlah bagi mereka yang menjadi mangsa, kerana Allah akan bersama orang-orang yang sabar.


Jika Allah nak bagi rezeki dari langit pun Allah boleh bagi. Malah rezeki dari langit jauh lebih banyak dari rezeki hasil konspirasi yang tidak halal
tersebut.

Pengelola rumah burung walit perlu mengetahui sifat dan habitat yang sesuai.

Mengendalikan Rumah Burung Walit tidaklah sepayah mengendalikan sebuah kilang. Kilang penghasilan sarang burung mentah ini adalah paling mudah , ianya tidak memerlukan “overhead cost” . Segala kos yang terlibat hanyalah kos yang paling minima sahaja.

Pengelola atau pengendali sebuah rumah walit hanya perlu mengetahui kehidupan walit di alam bebas serta mengetahui sedikit tabiah atau sifat-sifat kehidupan burung walit. Oleh itu sebelum memiliki sebuah rumah walit seharusnya kehidupan burung walit dipelajari dan difahami terlebih dahulu. Apa yang perlu diketahui dan difahami ialah perihal lokasi yang disukai, rekabentuk bangunan, material yang sesuai untuk bangunanan, penataan dalaman, sistem audio, ventilasi, suhu dan kelembapan dalam bangunan dan lain-lain. Pengelola rumah walit juga perlu mengetahui dan menyadari bahwa burung walit hanya dapat berkembang biak dengan baik jika persekitaran hidup dan ekosistemnya sesuai dengan kehidupan burung walit. Ertinya burung walit memerlukan habitat dan kondusif untuk berkembang dan menambahkan populasinya.

Terdapat pengusaha yang saya temui menyatakan bahawa burung walit tidak mempunyai tabiat yang seragam. Katanya rekabentuk bangunan yang telah berjaya, kemudian di diadaptasi ditempat lain ia tidak akan menghasilkan keputusan yang sama. Begitu juga dengan suara yang digunakan. Mungkin sesuai disuatu tempat tetapi tidak sesuai ditempat yang lain. Sifat yang berbeza dengan koloni yang berbeza. Mempelajari perbezaan ini akan mempengaruhi kejayaan sesubuah rumah burung.

Burung walit termasuk dalam jenis burung yang memiliki penglihatan sangat tajam. di siang hari. la juga mempunyai penglihatan yang cukup istimewa untuk memungkinkan ia terbang di tempat yang gelap. la dapat terbang sepanjang hari tanpa henti dan istirehat. Ia juga mampu terbang selama 40 jam tanpa henti , tanpa makan dan minum. Burung walit melakukan perkawinan di udara. la dapat terbang dengan kecepatan tinggi sambil melakukan memutar arah atau manuver-manuver yang luar biasa sehingga ia dapat dengan mudah menghindari pemangsa burung helang yang buas. Apa yang paling penting bagi pengelola sebuah rumah burung ialah walit dapat membuat sarang yang secara struktural tepat dari bahan salivanya.

Jahaniwalit.com dan rakan-rakan bersedia berkongsi pengalaman memelihara burung walit dalam kursus dan seminar.

Burung walit atau burung layang-layang banyak berterbangan di persekitar kita, banyak kelihatan dikawasan bandar atau dikawasan pendalaman. Burung walit beterbangan sepanjang hari dan pagi hingga petang, tetapi tidak ramai yang mengambil peduli tentang kehadirannya. Tidak ramai masyarakat yang mengetahui perihal kehidupan burung walit kecuali mereka yang benar-benar terlibat dengannya.

Pemeliharaan burung walit sebenarnya sudah lama dilakukan oleh segelintir masyarakat. Pada awalnya, pemeliharaan burung walit dilakukan dalam bangunan lama yang terbiar. Bangunan lama ini direnovasi menjadi rumah burung walit. Kadang-kadang pemeliharaannya berlaku secara kebetulan. Burung walit terbang masuk bangunan . Burung walit yang merasa aman dan selamat berada dalam bangunan akan membuat sarang di dalam bangunan tersebut. Jika bangunan didiami oleh burung walit secara kebetulan, biasanya penghuni akan mengosongkan bangunan tersebut untuk memberi peluang kepada burung walit membuat sarang. Ini adalah kerana pemeliharaan burung walit untuk sarangnya adalah suatu perniagaan yang sangat menguntungkan.

Oleh kerana ini pemeliharaan burung walit telah mula menggunakan bangunan yang direka bentuk khusus untuk tujuan pemeliharaan burung walit. Projek pemeliharaan burung walit yang berhasil sangat menguntungkan kerana harga sarangnya sangat mahal. Oleh karena itu, masyarakat mula berusaha secara aktif membangun bangunan khusus untuk rumah burung walit. Ilmu tentang cara memelihara burung walit sangat kurang diketahui. Namun begitu pendedahan mengenainya telah banyak dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Kebanyakan kesedaran yang diberi adalah berkaitan dengan potensi industri ini. Amat jarang sekali penganjuran kursus dibuat berkaitan dengan aspek teknikal kaedah atau cara menternak burung walit. Dahulunya kaedah memelihara burung walit menjadi rahsia kepada taukeh-taukeh Cina yang berjaya.

Terdapat usaha untuk menerbitkan bahan bacaan mengenai cara memelihara burung walit.. Pengalaman-pengalaman pribadi pengusaha yang terlibat diterjemahkan dalam bentuk buku. Namun begitu ianya kadang-kadang terdapat fakta yang mengelirukan.Pengalaman yang berbeza akan menghasilkan keputusan yang berbeza. Pengalaman adalah guru yang amat berharga.

Pokok karas bukan sahaja menghasilkan kayu gaharu. Daunnya juga boleh dijadikan teh herba yang berkhasiat

Teh karas cegah penyakit kronik

Mampu mencegah penyakit lumpuh, diabetis, demam panas, malaria antara khasiat teh karas jika diamalkan secara teratur dan berdisiplin. Produk minuman berasaskan turnbuhan herba itu adalah keluaran Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPT) khusus bagi membantu pengguna merawat serta mencegah penyakit kronik. Teh karas adalah hasil gabungan tiga jenis herba iaitu pokok karas atau nama saintifik Aquilaria Malaccensis, tebu gajah (Albizzia Myriophylla) dan teja sarsi (Cinnamo-mun Porrectum).

JPT mengeluarkan produk berkhasiat itu kerana yakin turnbuhan herba bukan sahaja mampu merawat penyakit kronik malah berupaya melancarkan pengaliran darah dan sebagai penawar untuk membuang racun dalam badan. Sejak dikeluarkan awal 2007, teh karas mendapat sambutan luar dugaan daripada pengguna terutama bagi mereka mementingkan kesihatan luar dan dalam. Pengarah JPT. Haji Nor Akhirrudin Mahmud, berkata pihaknya bangga kerana produk minuman berasaskan tumbuhan herba itu adalah keluaran pertama di negara ini. Katanya.

walaupun baru di kalangan pengguna, the karas mendapat sambutan luar dugaan sehingga tidak mampu menampung permintaan dalam kuantiti vang banyak. “JPT mempromosi produk itu di gerai pameran setiap kali mengadakan ekspo atau festival bersama kerajaan negeri. “Berdasarkan pengalaman, pelanggan akan kembali mendapatkan teh karas selepas merasai keenakan dan mendapat khasiatnya,” katanya. Haji Nor Akhiruddin berkata. bagi memperluaskan pasaran ke serata dan luar Terengganu. pihaknya kini mcncari agen pemasaran bertujuan mempromosi produk berharga RM 19.90 sekotak itu.

Katanya, disebabkan ia mendapat sambutan membanggakan, pihaknya bercadang mengeluarkan produk terbaru iaitu kapsul kesihatan. juga berasaskan tumbuhan herba. “Produk bakal dilabeikan nama Bio Mix 5 adalah campuran lima jenis herba iaitu aji samad (Ru-biaceae) tongkat ali (Annonaceae). gurah periat (Euphorbiaceae), kerbau amok (Araliaceae) dan ubi jaga (Liliaceae). “Bio Mix 5 dikesan mampu menyegarkan badan, menguatkan tenaga batin, mclancarkan pengaliran darah, membuang angin dalam badan. merawat luka selepas bersalin, sembelit clan mencegah demam,” katanya.

Apakah sarang burung walit boleh digunakan untuk sistem imunisasi penularan penyakit selsema babi (H1N1)

Sarang burung sajian paling berharga.

SEJAK berkurun, sarang burung dianggap produk penjagaan kesihatan terunggul dalam budaya Cina. Ramai orang Cina menganggap sarang burung antara sajian pemakanan paling berharga dan luar hiasa. Tetapi, masih ramai yang berrtanya-tanya mengenai sarang burung – adakah ia boleh dimakan?

Sebenarnya. sarang burung diperbuat daripada air liur burung layang-layang (walit). Kerongkongnya yang berkelenjur lendir menghasilkan banyak air liur yang lembik dan melekit. Burung ini menjalin sarang. biasanya di tempat berbahaya seperti di cerun curam dan batu batan tinggi.

Dalam tradisi rnasyarakat Cina sarang burung dipercayai mempunyai kesan kecantikan (terrhadap penampilan seseorang dan membantu merangsang kulit yang lembut dan halus. Penyelidikan saintifik moden pula mendapati ia mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein aktif serta protein gelatin, sekali gus menjadikan ia pruduk kesihatan semula jadi yang tulin scsuai untuk semua peringkat usia.

Profesor kimia dari Universiti China Hong Kong, Dr Jiang lun Xiang mendapati dua nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif dalam sarang burung iaitu faktur sitimulasi mikrogenik dan perkembangan epidemik. Kedua-dua faktor itu membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan. Fungsi ini dikatakan menjadi punca utama sarang burung menghasilkan kulit yang muda, lembut. licin dan halus.

Pengambilan sarang burung dalam jangka panjang adalah ketahanan terbaik terhadap serangan penuaan. manakala unsur protein aktif dalam sarang burung turut merangsang pembesaran sel dalam sistern imunisasi. Lantas menguatkan imuniti badan dan mencegah penyakit.

Sarang burung diproses kini ada dalam helaian kering berbanding penyediaan sarang burung tradisional yang memerlukan banyak masa untuk merendam, mengasingkan kotoran dan mereneh. Proses mereneh sarang burung bukan tugas mudah kerana ia memerlukan penumpuan dan pengalaman dan direneh tempoh tertentu. lika direneh terlalu lama, semua nilai pemakanan dalam sarang burung akan hilang.

Cara menikmati sarang burung yang betul

Secara asasnya ada dua cara utama menikmati sarang hurung iaitu lebih kerap tetapi sedikit’ dan pengambilan tetap secara bcrterusan. Apa yang perlu anda lakukan adalah mengambil satu sudu kecil sarang burung segera setiap pagi dan malam.

Bagi kanak-kanak yang sering batuk dan selesema pengambilan sarang burung dapat membantu menguatkan sistem imiun badan, membolehkan mereka menikmati tempoh pembesaran yang sihat dan gembira. Manakala bagi lelaki ia membantu meningkatkan fungsi buah pinggang dan paru-paru serta kekuatan badan. Sarang burung juga sesuai bagi wanita hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi, Ini amat jelas kerana bayi yang dilahirkan mempunyai kulit yang sangat cerah dan halus, serta fungsi badan lebih kuat dibandingkan bayi lain, Ibu juga pulih lebih cepat selepas melahirkan.

Manfaat bagi warga emas pula, ia membantu mencegah pembentukan lendir dan meningkatkan fungsi paru-paru, di samping memastikan selera makan yang baik dan limpa yang sihat, bagi warga emas yang lazim mengalami batuk berterusan. mereka hanya perlu mencampurkan sarang burung dengan air suam dan di minum setiap pagi dan petang. hasilnya pasti mcmeranjatkan.

Pengguna Islam tidak perlu bimbang untuk menikmati hidangan ini kerana melepasi ujian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan sarang burung adalah halal dimakan.

Artikel ini dipetik dari : Berita Harian bertarikh 14 Ogos 2004

Institut selidik gaharu dibina Perlis?

Muka surat 20 / Utusan Malaysia 10 Ogos 2009

Institut selidik gaharu dibina Perlis

Oleh SARAH NADLIN ROHIM

sarah.rohim@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Persatuan Gaharu Malaysia (PGM) berhasrat untuk me-nubuhkan Institut Penyelidikan Gaharu tempatan agar usaha dapat digiatkan bagi menyelidik dan mengembangkan industri gaharu di negara ini. Pesidennya, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail berkata, institut itu periu kerana industri gaharu mempunyai potensi untuk berkembang pesat dan menjadi salah satu kegiatan yang mampu menjana ekonomi negara.

Institut itu dicadangkan dibina di Periis kerana berhampiran dengan kawasan penanaman pokok gaharu yang luas seperti Thailand, Laos dan Kemboja. Kami akan berbincang dengan negara-negara luar sebelum memulakan proses menubuhkan institut tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini. Selain itu, Syed Razlan berkata, penubuhan PGM juga bertujuan menjaga kepentingan para pengusaha pokok gaharu dan memberi tunjuk ajar kepada mereka.

Penanaman gaharu boleh membantu pihak kerajaan dalam mengurangkan jurang kemiskinan luar bandar secara menggalakkan penanaman gaharu di tanah tanah terbiar atau tanah persendirian berieeluasan kecil. Pokok gaharu mampu memberi pulangan yang tinggi, tidak memerlukah penjagaan rapi dan mencegah kepupusan spesies gaharu di hutan,” jelasnya.

Syed Razlan berkata, melalui PGM, ahli-ahlinya dipastikan mendapat perlindungan daripada segi penjualan hasil gaharu selain pensijilan diberikan untuk memudahkan urus niaga dilaksanakan. “PGM juga prihatin dengan pemuliharaan alam sekitar dan sumber asli. Dan kami menentang sebarang kegiatan mencuri hasil gaharu dan kami berusaha untuk melindungi ahli-ahli. PGM juga akan memastikan industri gaharu diuruskan secara sistematik, dibangunkan secara ladang dan faedahnya dinikmati dan diwarisi oleh generasi akan datang,” katanya.

Syed Razlan menambah, baru-baru ini PGM telah mengadakan perjumpaan dengan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) untuk menjalankan sebarang kerjasama antara kedua-dua pihak. Periumpaan itu menyaksikan komitmen Nuklear Malaysia untuk memberi tunjuk ajar berdasarkan kemahiran dan kepakaran melalui-program penyelidikan dan pembangu

naa gaharu yang dilaksanakan sejak 2005.

Kunci kejayaan dalam penanaman pokok karas . Realisasikan impian anda melalui projek gaharu

Kunci kejayaan dalam projek penanaman pokok karas ialah penemuan micro organism yang digunakan untuk membuat treament kepada pokok karas yang ditanam bagi menghasilkan gaharu. Tanpa treament ini projek perladangan karas pasti menerima nasib seperti projek perladangan hutan untuk pokok sentang dan kayu jati emas yang diwar-war sebagai projek jutawan suatu ketika dahulu.


Saya dah serik dah buat projek ladang hutan ini kata ustaz Razak kepada saya. Pada tahun 90’an dahulu saya dah tanam 400 pokok sentang dikebun saya. Sepuluh tahun kemudian pembesarannya tak lebih dari sebesar lengan. Sedangkan masa pihak tertentu membuat kempen dahulu, bila umur pokok 10 tahun ia telah menjadi pokok balak dan nilainya tidak kurang daripada RM1000 sepokok. Hari ini habuk pun tak ada. Saya dah bunuh semua pokok tersebut. Kata ustaz Razak dengan nada yang kesal.


Projek gaharu pun akan menerima nasib yang sama dengan projek pokok sentang dahulu.
Saya bersetuju dengan pandangan Ustaz Razak tersebut sekiranya konsep penanaman gaharu ini sama dengan konsep penanam pokok sentang. Jangan tanam pokok gaharu bila hanya dengar cakap kedai kopi. Jangan tanam pokok gaharu tanpa pengetahuan yang cukup. Jangan tanam pokok gaharu jika tidak kenal spesis yang baik . Pemilihan benih hendaklah tepat dan sesuai dengan bahan micro organism yang yang akan dibuat inokulasi nanti.


Teknik inokulasi juga penting supaya projek yang kita buat berjaya dan tidak mengalami nasib yang sama dengan pokok sentang. Orang tanam dengan teknik dan spesis yang tepat umur pokok 5 tahun sudah boleh dibuat treatment inokulasi. Sedang kita tanam 10 tahun masih berukuran sebesar lengan. Sama dengan pokok sentang ustaz Razak tadi. Oleh itu buatlah keputusan yang bijak. Jika hendak berjaya ikutlah jejak langkah orang yang berjaya. Buatlah keputusan yang tepat untuk kejayaan anda dimasa akan datang. Realisasikan impian menjadi jutawan dengan penanaman gaharu

Kebersihan perlu dibudayakan dalam kehidupan

Sifat universal insan cintakan kebersihan. Budaya bersih perlu dipupuk seawal mungkin. Diperingkat TADIKA atau sekolah rendah budaya bersih hendaklah dipupuk. Membina budaya bukan sesuatu yang mudah. Generasi yang sukakan kebersihan bukan terjadi dengan sendirinya. Mengapa masyarakat kita tidak mempraktikkan amalan menjaga kebersihan. Lihat apa yang ada dipersekitaran yang terdapat disekeliling kita.


Kebersihan dikaitkan dengan kesihatan. Kebersihan dikaitkan dengan kesucian hati. Kebersihan adalah sebahagian daripada Iman.
Sepatutnya masyarakat Islam akan muncul sebagai masyarakat yang paling bersih di dunia. Tapi sayang itu semua tidak berlaku.
Sukar kita temui tandas awam atau tandas mesjid yang ada ditepi jalan bersih. Apa sudah jadi dengan masyarakat kita hari ini ?


Jika insan sukakan kebersihan burung walit juga sukakan kebersihan. Mempelajari sifat-sifat burung walit sama juga dengan sifat yang ada pada manusia. Faktor kebersihan adalah adalah salah satu ciri utama kejayaan dalam membudi daya burung walit. Persekitaran yang kotor adalah ancaman yang boleh membantut populasi burung walit. Sesuatu yang salah jika berangapan burung walit sukakan persekitaran yang kotor. Oleh itu dalam rumah walit perlu nyaman dan bersih.


Walit tidak gemar dengan bau bahan asing . Rumah walit yang dicemari dengan bauan bahan asing pasti walit akan meninggalkannya. Jika anda perlu menggunakan racun serangga seperti racun anai-anai, semut dan lipas hendalah menggunakan bahan racun yang tidak mengeluarkan bau. Dilarang sama sekali menggunakan racun tersebut pada nesting plank. Sebab itu jugalah kayu yang hendak digunakan sebagai nesting plank bukan dari jenis kayu yang telah dibuat treatment dengan bahan pengawit atau bahan kimia.


Bagi rumah walit yang baru, adalah lebih baik kayu yang akan digunakan sebagai nesting plank hendaklah dibersihkan terlebih dahulu dari sebarang kekotoran dan debu. Debu atau habuk kayu perlu dibersihkan terlebih dahulu. Selepas dibersihkan kayu kayu tersebut hendaklah dikeringkan terlebih dahulu bagi mengalakkan kayu ini berkulat dan mengotorkan tempat bersarang. Kayu yang hendak digunakan sebaiknya diletam terlebih
dahulu
. Ini akan dapat memastikan sarang yang dihasilkan nanti cukup bersih.


Begitu juga lelangit pada nesting plank hendaklah bersih sebaiknya menggunakan bahan yang sukar dicemari . Lantai kayu yang mudah dimakan bubuk adalah tidak sesuai. Jika lantai konkrit simen yang digunakan pastikan ia tidak berlumut dan mengongotorkan nesting plank.


Qualiti sarang dipengaruhi oleh persekitaran tempat bersarang. Bumbung bersih dan kayu plank yang bersih akan menghasil sarang yang lebih putih.

Salam bahagia kepada penjengok setia. Jahaniwalit.com berada di Kota Kinabalu Sabah

En. Mohamad tersenyum lebar, yakin beliau akan pencen bergaya.

Setiap petang sakit tekak mendogak kearah rumah walit. Ia adalah suatu kenikmatan yang tak terhingga kepada pasangan suami isteri ini. Menurut pasangan tersebut hari ini baru terasa nikmat tersebut. Ratusan burung walit mendiami RBW yang dibina 5 tahun lalu. Dahulu 4 tahun kosong tidak berpenghuni. Kini segalanya berubah.

Setahun yang lalu mereka cukup kecewa dan sedih kerana pelaburan membina rumah burung walit (RBW) 2 lantai dengan kos lebih RM60,000.00 berhadapan dengan kegagalan lebih daripada 4 tahun . Dahulu jika ada orang bertanya tentang kejayaan rumah burung terasa nak marah. Pada ketika itu projek walit langsung tidak memberi motivasi. Jika ada sahabat handai yang bertanya dianggap macam orang buat menganjin sahaja kata orang Terengganu. Apa tidaknya pada ketika itu rumah burung walit kawan beliau tidak berapa lama burung terus bersarang. Tetapi hari ini lain cerita. Rumah burung kawannya yang sama-sama buat 5 tahun dahulu tetap macam tu juga ada sarang dua tiga biji tak bertambah hingga kehari ini.

Mungkin termasuk dalam kategori RBW yang gagal barang kali. Pasangan tersebut adalah En Mohamad dari Kg Amer, Besut. Projek walit En Mohamad ini adalah projek yang di kelolakan oleh MZN Niaga, Pemiliknya menyerahkan RBW tersebut kepada MZN Kuala Terengganu. En. Jeff dan Zabri mengelolakan projek ini pada Julai 2008. Setahun selepas pengelolaan tersebut En Mohamad dan isteri tersenyum girang kerana sarang yang ada dah lebih daripada 1 kg. Khabarnya En Mohamad dan is
teri
tiap tiap petang ada hobi baru. Ia itu bilang dan menhitung burung.walit yang masuk kedalam RBWnya. Khabarnya En Mohamad senyum melebar sampai ke dagu. Inilah harapan beliau untuk bekalan masa pencen nanti. Harapan En. Mohamad supaya pencen dari perkhidmatan perguruan nanti adalah pencen bergaya. Macam jahaniwalit.com selalu sebutkan itu.

Khabarnya tak kurang daripada 400 ekor burung yang tidur dalam RBW tersebut. Kejayaan ini adalah basil tangan Jeff dan Zabri. Tahniah diucapkan kepada anda berdua. Anda berdua adalah sifu projek walit di Terengganu. Kejayaan ini memberi harapan baru kepada pemilik rumah burung yang gagal untuk dipulihkan.

Gelora politik ? projek walit menjadi pilihan.

Di Terengganu gelora politik bagaikan air berkocak dalam cawan, nampak macam nak tumpah, namun ianya semakin enak, semakin kuat kocaknya makin sedap. Macam teh tarik juga kuat kocaknya namun rasanya semakin enak. Dalam pada itu itu ramai dikalangan ahli politik berkira-kira untuk mencari projek yang lebih survible untuk masa depan yang tidak menentu. Maklumlah terdapat projek mega yang telah bermasalah seperti stadium runtuh , kolam renang bocur, menara jalur lebar tumbang dan sebagainya. Ini menyebabkan ada yang tak senang duduk.

Terdapat juga ahli politik yang merasakan jangka hayat mereka tidak panjang. Hanya menunggu masa untuk berkubur. Di suatu pihak lagi yang telah berangan-angan untuk mengambil alih kuasa. Itulah bicara dan sifir politik. Sebab itu terdapat pemimpin yang berhasrat memulakan projek burung walit demi masa depan mereka. Langkah bijak yang dibuat ini tentunya ada kaitan dengan survible politik mereka.

Bagi saya semakin ramai ahli politik yang berminat dengan projek burung adalah lebih baik, Jika mereka ada kepentingan dengan projek ini paling tidak penguatkuasaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan tidak bersungguh sangat. Macam YB yang disiasat oleh SPRM itu adalah timbalan pengerusi jawatankuasa kerajaan tempatan. Nampaknya isu untuk mengadakan undang-undang berkaitan dengan penternakan walit senyap sedikit.

Dalam masa terdekat ini khabarnya terdapat seorang yang rapat dengan MB berhasrat untuk membangunkan projek walit iini di Terengganu. Syabash diucapkan atas niat baik itu. Dengan itu bertambah lagilah sahabat walit kita. saya doakan semuga berjaya.

Dalam kegairahan tersebut jangan lupa juga pada masalah yang terpaksa dihadapi dalam projek walit ini. antaranya adalah masalah seperti bangunan siap tapi burung tidak datang atau pun datang tetapi tidak menginap , menetap dan seterusnya membuat sarang dan membiak.

Mana-mana projek rumah walit terdapat musuh. terutamanya haiwan dan manusia. Haiwan pemangsa burung seperti burung helang, burung hantu dan sebagainya. Begitu juga seperti perusak sarang dan telor seperti tikus, semut, cicak, ular dan biawak. Semut dan anai-anai juga juga merupakan ancaman kepada kejayaan sesebuah rumah burung. Kecurian daripada manusia yang tidak bertanggung jawab.dengan memasang dengan Sistem penggera keselamatan yang yang canggih.

R&D dalam penghasilan gaharu dapat mengelakan kepupusan bekalan gaharu dari hutan asli.

Gaharu dari pokok Karas begitu mahal boleh mencecah sehingga RM14,000 – RM20,000 per kg untuk kepingan gaharu yang bermutu tinggi dan RM50,000 seliter bagi minyak. Keghairah untuk mendapat wang yang begitu tinggi menyebabkan bekalan kayu gaharu dari hutan asli telah diancam kepupusan. Jika tidak ada kesedaran untuk menanam semula negara kita mungkin tidak lagi dapat mengeksport hasil gaharu yang begitu ting
gi
permintaannya ke negara-negara Timur Tengah, Taiwan, Jepun dan sebagainya.

Kita patut menoleh ke negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam. Mereka sudah jauh meninggalkan kita dari segi teknologi dan perladangan. Namun begitu dengan penglibatan agensi kerajaan seperli FRIM .MIND & UPM dalam melaksanakan R&D pasti Malaysia mampu bersaing dengan negara jiran dalam penghasilan kayu gaharu ini.

Pengalaman Vietnam dalam penghasilan gaharu untuk setiap pokok menghasilkan gaharu bernilai di antara RM 4,000 – RM10,000. Mungkin tidak keterlaluan jika kita meletakkan RM2,000 sahaja untuk sepokok yang menghasilkan gaharu. Bayangkan anda menanam 1,000 pokok dan anda berpeluang menjadi jutawan, Malahan jika hanya 50% sahaja yang menjadi, jumlah pendapatannya masih lumayan!

Oleh itu amat penting untuk kita semua memperolehi sebanyak mungkin maklumat untuk memastikan penanaman pokok karas secara ladang ini berjaya. Kami mencadangkan untuk kita menanam spesis yang telah terbukti berjaya menghasilkan mutu gaharu yang tinggi dan mutu minyak Ky nam yang mendapat pasaran Antarabangsa yang mahal.