Memproses kayu karas untuk dijadikan minyak gaharu.

Persoalan yang baru bagi sesetengah orang. Pada tahun 2000 dalam perjalanan dari Terengganu ke Tangkak Johor, kereta mengalami masalah. Di kawasan Pekan saya melewati perkampungan pendatang dari Kampuchea. Saya berhenti untuk mendapatkan bantuan. Menyusuri beberapa buah rumah ke tepi sungai. Disana terdapat sebuah bangsal lengkap dengan peralatan untuk memproses kayu bagi menghasilkan minyak gaharu.

Saya sempat bertanya kepada pemilik perusahaan tersebut tentang harga minyak yang dihasilkannya. Katanya mencecah RM1000.00 satu tola. Mahalnya tetapi ia bergantung kepada kualiti.Minyak ini dihantar ke Timur Tengah untuk dijadikan minyak wangi. Menurut pemilik perusahaan tersebut beliau mendapat bekalan kayu untuk di masak dari orang asli. Kayu yang dimaksudkan ialah kayu candan atau cendana atau kayu karas . Katanya lagi orang asli hanya menjual bahagian kayu yang tidak menjadi teras.


Itu cerita sembilan tahun yang lalu. Ketika itu saya belum terlibat dalam industri gaharu dan bertemu dengan perusahaan memproses kayu gaharu ini secara kebetulan, hari ini setelah terlibat dalam industri ini baru saya faham tentang industri yang sangat berpotensi
ini.


Jumaat 21 Ogos 2009 saya bersama En. Mohd Zabri dan seorang rakan melawat kilang memproses gaharu di Selangor. Kedatangan kami disambut oleh Mr Kumaran pengurus kilang tersebut. Kilang ini jauh lebih moden berbanding dengan apa yang saya lihat di Pekan dahulu. Menggunakan
teknologi moden, ia menghasilkan berbagai jenis minyak gaharu.
Menceritakan kaedah memproses kayu gaharu. Mr Kumaran menjelaskan, pertamanya kayu karas dari hutan atau ladang dikeringkan terlebih dahulu. Kuyu-kayu ini dipotong kecil dengan saiz 4″ hingga 6″ . Kemudian ia akan dipotong lagi kecil-kecil untuk mengasingkan grednya. Kerja ini dilakukan secara manual. Kebanyakan pekerja kaum wanita. Terbahagi kepada 3 kategori kayu ia itu hitam, choklat dan putih akan diasingkan kerana ia menghasilkan kualiti minyak yang berbeza.

Untuk makluman semua bahagian daripada pokok karas boleh di proses untuk dijadikan minyak. Kayu karas adalah kayu yang sangat berharga. Dari akar hingga ke daun ada nilai komersialnya. Sebelum pokok matang untuk dibuat inokulasi Semasa penjagaan pokok untuk penghasilan dan pertumbuhan terbaik ia akan dibuat pruning terlebih dahulu. Ketika ini ranting dan daun telah boleh dijual. Ranting boleh diproses untuk dijadikan minyak. Daun boleh diproses untuk dibuat teh karas atau minuman kesihatan. Daun juga boleh diproses untuk dijadikan minyak bagi tujuan pharmasetika. Pendek kata semua bahagian daripada pokok karas ini ada nilai komersial.

Posted on 23 August, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: