Koperasi Pedagang-Pedagang Walit Terengganu Berhad (KOWALIT) ditubuh.

KUALA TERENGGANU 14 Januari 2011- Koperasi Pedagang-Pedagang Walit Terengganu Berhad (KOWALIT) ditubuh. Mesyuarat Agung penubuhan koperasi berlangsung sebentar tadi di Sumai Suite Hotel, Kuala Terengganu. Hadir sama ialah wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia , En Azri Adam memberi penerangan dan penjelasan yang berkaitan dengan undang kecil tubuh koperasi. Mesyuarat agung yang pertama ini dihadiri oleh 37 orang bakal ahli koperasi.

Dalam mesyuarat yang bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 5.30 petang itu jahaniwalit.com mencadangkan supaya koperasi ini ditubuhkan dan disokong oleh Dr. Sulaiman maka rasmilah penubuhan KOWALIT oleh pengusaha-pengusaha rumah burung walit bumiputera Terengganu.

Sebelum daripada itu Pengerusi jawatankuasa penaja Hj. Ghani memaklumkan kepada bakal-bakal ahli bahawa objektif penubuhan koperasi ialah untuk mengumpul pengalaman ahli-ahli yang terlibat dalam industri ini dalam berbagai aspek seperti kontraktor. Consultan, pakar suara. Trading dan berbagai aspek lagi termasuk industri hiliran didalam satu wadah ia itu perwalitan.

Harapan yang sangat sangat besar yang harus digalas oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik agar koperasi dapat merebut segala peluang yang ada demi kebaikan ahli.

Untuk rekod Koperasi Pedagang-Pedagang Walit Terengganu Berhad (KOWALIT) merupakan koperasi yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Saudara Nik Zulkifli telah dilantik sebagai Setiausaha Koperasi.

Posted on 14 January, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. salam… tahniah kerana tertubuhnya sebuah koperasi walit di terengganu… boleh sy tahu adakah ahli koperasi dibuka kepada individu yang berminat.. dan berapakah bayaran keahlian…..

  2. salam..
    saya sangat berminat untuk menceburi bidang ini tetapi saya tidak mempunyai modal untuk memulakannya. agensi manakah yang boleh membantu saya untuk mendapatkan modal tersebut?
    boleh x bagi mklmbls segera?tQ

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: