Monthly Archives: December 2009

Renovasi rumah kedai untuk dijadikan rumah burung walit


Bangunan komersial atau rumah kedai yang dibuat renovasi untuk dijadikan rumah walit seharusnya dilakukan dengan penutupan pintu, tingkap dan lubang-lubang yang tidak terpakai. Penentuan pintu masuk bergantung kepada kondisi RBW yang ada dipersekitaran. Sekiranya berjiran dengan RBW yang sedia ada seharusnya anda bijaksana dalam memancin burung RBW jiran. Sekiranya tidak berhati-hati anak-anak muda tidak akan terpancin masuk ke RBW anda.

Terdapat juga pengusaha menggunakan flying over atau lubang terjun. Penggunaan lubang terjun ini ada baik dan buruknya. Anak-anak walit muda tidak petah menggunakan lubang terjun kerana tidak biasa. Oleh kerana walit adalah burung yang setia kepada pasangannya dan rumah kediamannya walit dewasa sangat sukar dipancin masuk ke RBW yang baru walau pun kedudukannya bersebelahan. Berbeza dengan anak-muda mereka akan mencari RBW bersama pasangannya. Penggunaan lubang terjun, peratusan cahaya yang masuk lebih banyak berbandig dengan lubang masuk sisi. Biasanya suasana gelap lebih disukai oleh walit.

Bangunan yang besar lebih disukai oleh walit. Usaha kami merenovasi sebuah rumah kedai tiga pintu dan menjadikannya seumpama sebuah dewan yang berukuran 60’ X 70’ nampaknya lebih cepat didiami oleh burung walit berbanding dengan rumah kedai yang berukuran 20’ X 70’.ini bermakna lebih besar roving area lebih digemari walit.

Semakin tinggi ruang antara lantai dan bumbung lebih digemari oleh walit. Tentunya semakin baik RBW itu adalah lebih disukai oleh walit. Bahagian dalam dinding rumah kedai biasanya telah diplaster dengan campuran pasir , kapor dan simen. Rumah kedai yang baru dibina seharusnya menggunakan campuran 3:2:1 (kapor:pasir:semin) adalah sangat baik untuk mengawal suhu dan kelembapan udara. Rumah kedai yang baru siap dibina selalunya mengeluarkan bau simen yang kuat. Bau simen yang kuat ini tidak digemari oleh walit. Anda boleh menggunakan cat alas yang tidak berbau untuk mengatasinya. Disamping itu ia boleh juga untuk mengawal kepanasan luar masuk kedalam RBW. Ada juga rakan-rakan menggunakan cara traditional untuk menghilangkan bau semin dengan membasuh dinding menggunakan buah nenas.

RBW yang direnovasi tadi seharusnya dilengkapi dengan roving room sebagai tempat berputarputar dan resting room sebagai tempat untuk beristirahat dan bersarang. Lubang tempat keluar masuk burung berukuran 20×20 atau 20×35 cm2 dibuat di bahagian sisi atas.

Budidaya walit adalah menyediakan habitat baru untuk burung walit menghampiri habiatat asal digua-gua batu.

Membudidaya walit bermakna menyiapkan habitat baru atau mewujudkan system ekologi baru untuk kehidupan walit. Menyediakan system ekologi baru ini haruslah menyamai kondisi semula jadi habitat walit di gua-gua batu kapur di kepulauan atau hutan. Saya bersetuju menggunakan istilah membudidaya kerana pelaburan dalam industri walit sangat unit. Manusia hanya berbudi kepada walit dengan menyediakan haibitat baru dengan system ekologi yang baru. Manakala burung walit menghadiahkan air lior emasnya kepada manusia.

Pembudi daya menyiapkan bangunan dan peralatannya sahaja. Peralatan yang perlu disediakan dalam bangunan ialah untuk suhu, kembapan, kawalan pencahayaan, peredaran udara dan system bunyi. Keperluan peralatan ini adalah untuk menjadikan bangunan tadi menghampiri habitat asal atau suasana gua yang merupakan habitat semula jadi. Oleh kerana kehebatan manusia dan kekuatan fikir manusia keperluan tersebut dapat dipenuhi dengan baik.

Sangat sukar untuk mengawal suhu, kelembapan dan pengedaran udara (ventilasi). Terdapat berbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengawalnya. Menjadikan udara luar dan dalam rumah burung  yang berbeza amat sukar. Perbagai peralatan yang diguna . Kajian mendapati kemampuan mengawal udara dalam dari dipengaruhi oleh udara persekitaran menjadikan rumah burung walit tersebut lebih sukses

Penggunaan material untuk membina bangunan juga member kesan kepada suhu dalaman. Penggunaan batu bata tanah adalah lebih baikberbanding bata semin. Manakala bata konkrit ringan adalah lebih baik lagi. Jenis bahan binaan yang digunakan akan mempengaruhi kos. Bata tanah lebih mahal dari bata semin. Harganya mencecah sekali ganda. Bata konkrit ringan pula mempunyai masalah keselamatan. Lembut dan mudah ditembusi. Mungkin pakar-pakar dalam pembinaan boleh memberi cadangan dari segi material terbaik digunakan.

Sekiranya menggunakan bahan binaan yang murah tetapi dapat memberi tambah nilai kepada bahan tersebut mungkin dapat menyelesaikan masalah pengawalan suhu dalaman tadi. Umpamanya bahan tersebut dilapisi dengan stlyroform dibahagian dalam atau luar. Bahan-bahan konvensional seperti sekam padi atau atap rumbia mungkin dapat menjimatkan kos. Untuk rumah burung yang kecil mungkin kaedah ini dapat digunakan.

Lubang untuk ventilasi yang tepat dengan mengambil kira peredaran unara panas dan udara sejuk mungkin dapat membantu mengawal suhu dan kelembapan. Selain mengunakan peralatan seperti alat semburan kabus dan sebagainya. Apakah peralatan ventilasi yang boleh digunakan akan dibincangkan dalam artikel lain..

Memohon Allah turunkan rezeki dari langit. Nabi Muhammad telah ajar lebih dari 1400 tahun yang lalu.

Jodoh pertemuan, ajal maut dan rezeki adalah ketetapan Allah. Telah tersurat di Luhmafuz lagi . Walau bagaimana pun dua perkara Allah akan beri melalui usaha dan doa. Satu perkara lagi Allah akan beri bila tiba masa dan ketikanya. Tiada orang berusaha untuk maut. Jodoh dan rezeki kita kena berusaha bersungguh-sungguh. Salah satu punca rezeki ialah rezeki dari langit .

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar Pada tahun 2020 Malaysia dijangka mengeluarkan 500 tan sarang burung walit setahun daripada 100,000 buah premis rumah burung walit dengan nilai pasaran RM5 billon untuk pasaran dunia. Menurutnya lagi tahun lepas Malaysia telah mengeluarkan 250 tan sarang burung walit daripada 50,000 premis rumah burung walit diseluruh negara dengan nilai RM 1 billion. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu supaya industri sarang burung walit sebagai industri bernilai tinggi negara . (Bernama 27 Nov 2009)

Betapa besarnya potensi rezeki dari langit ini. Oleh itu usaha harus dipergiatkan untuk menarik rezeki dari langit .Usaha dan ikhtiar dilakukan dengan berbagai cara dan kaedah. Ini perlu dipergiatkan dengan cara yang betul dan tepat.

Pada kita orang Islam soal rezeki ini adalah ketentuan Allah swt. Allah boleh hantar punca rezeki kepada kita melalui berbagai sumber dari perut bumi, laut dan udara (langit).

Dulu saya sendiri tidak faham apakah maksud rezeki dari langit itu. Lebih 1400 tahun yang lalu Nabi Muhammad SAW telah mengajar ummat Islam supaya mengamalkan solat dhuha. Ia itu solat sunat dua rakaat yang dilakukan pada ketika matahari telah terbit setinggi sebatang lembing atau galah sehingga menjelang zuhor. Atau kira selepas 20 minit terbit matahari.

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim). Selepas solat disyurkan membaca doa seperti diatas dan maknanya seperti berikut:-

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu,
kecantikan itu ialah kecantikanmu ,
keindahan itu keindahanmu,
kekuatan itu kekuatanmu ,
kekuasaan itu kekuasaanmu dan
perlindungan itu perlindunganmu .
Ya Allah,
Jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan
Jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,
Jika sukar mudahkanlah,
Jika haram sucikanlah.
Jika masih jauh dekatkanlah.
Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu,
Limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

.

Jabatan Veterinar menjadi penyelaras ternakan walit?


Sehingga hari ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan daripada lebih 5,000 ujian dilakukan, mendapati spesies burung walit bebas daripada selesema burung dan penyakit sampar ayam.

JPV ialah agensi peneraju industri burung walit negara sejak status itu diputuskan Kabinet April lepas.

JPV sedang menyiapkan garis panduan penternakan burung walit yang akan dibawa kepada perhatian Jawatankuasa Pemandu Mengenai Industri Walit Negara, 14 Dis ini. .

Garis panduan yang dikenali sebagai “1GP” ini mewajibkan setiap premis burung walit didaftarkan dengan JPV.

Namun sebelum garis panduan itu diterima pakai PBT di negara ini, ia akan dibawa ke perhatian Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka Mac depan. .

“Garis panduan ini akan menjadi standard untuk semua PBT. Ia akan membantu para pedagang dan pemilik rumah burung untuk menceburi bidang ini dengan lebih teratur,” kata Pengerusi Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung walit, Datuk Beh Heng Seong. .

Mengenai garis panduan itu, Len Talif berkata kerajaan negeri Sarawak akan menerima garis panduan itu, selagi ia tidak bercanggah dengan ordinan negeri yang akan terus dikuatkuasakan. .

Difahamkan juga operasi penguatkuasaan di Sarawak tidak lagi merampas sarang burung, bagi mengelakkan populasi burung yang ada bersarang di bangunan berdekatan, kecuali mengenakan kompaun dan merampas peralatan berkaitan. .

Perkembangan ini dilihat indikasi positif dalam cara penguatkuasaan dilakukan namun ia bukan lesen untuk semua pihak terus membina premis burung tanpa kelulusan sah. .

Apa yang pasti, hasrat kerajaan untuk mempunyai 100,000 ladang burung walit dengan pengeluaran 500 tan sarang burung setahun bernilai RM5 bilion menjelang 2020 tidak akan menjadi kenyataan selagi isu perlesenan tidak diselesaikan dengan segera. .

Kerjasama semua pihak termasuk agensi berkaitan, kerajaan negeri dan pedagang sarang burung juga perlu untuk menjayakannya, sekiranya negara mahu menjadi pengeluar utama sarang burung walit setanding dengan Indonesia dan Thailand, negara pengeluar utama.

— BERNAMA 11 Disember 2009.

Mengambil peluang dalam keghairahan manusia untuk memiliki rumah walit.


Eko-Park lokasi hunian baru untuk walit ?. Alternatif kepada kepada lokasi hunian semula jadi kawasan bandar dan pecan. Asalnya kawasan ini mencadi centra walit tanpa perancangan . Wakit Eko-Park adalah sebuah kawasan yang dirancang dan dibangunkan khusus untuk menjadi habiat baru burung walit. Tentunya pelabur besar yang mempunyai modal dan . Perancangannya pasti mendapat sokongan kerajaan. Pembangunan yang jauh daripada kawasan perbandaran. Diluar kawasan operasi Pihak Berkuasa Tem[atan.

Kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah rumah walit kawasan bandar yang tiada berkesudahannya. Sehingga kini nampaknya tiada perkembangan yang serious untuk membendung kegiatan menjadikan rumah kedai sebagai premis burung walit. Rungutan penduduk bandar nampaknya dipandang sepi oleh pihak berkuasa. Maklumlahlah kebanyakan pemilik rumah walit kawasan bandar adalah individu yang ada hubungan dengan politik terentu. Paling tidaknya pembiaya aktiviti parti.

Namun begitu terdapat juga kesangsian adakah jaminan burung akan singgah dan bersarang di eko-park yang dibina itu, Pemilik Eko-Park adalah pemaju perumahan.Cuma konsepnya berbeza. Eko-park adalah pembangunan bandar baru untuk rumah burung walit. Saya pernah melawat sebuah Eko-Park yang besar Pontianak Indonesia. Kehebatan pembangunannya cukup mengkagumkan. Kalau di Malaysia bangunannya macam nak bina supermarket. Reka bentuk bangunan tidak sama bergantung kepada pemiliknya. Konsep pembangunan yang dilaksanakan ialah. Pemilik tanah menjual lot-lot tanah untuk bangunan rumah burung walit. Terdapat juga Eko-Park yang berkonsepkan bina dan jual.

Macam-macam pendekatan yang dilakukan untuk mendapat keuntungan. Terdapat juga usahawan yang berselindung disebalik persatuan. Konsultan pembangunan rumah walit dan pengerusi persatuan orang yang sama. Ahli persatuan membeli lot-lot pelaburan untuk rumah walit. Misalnya sebuah bangunan akan dimiliki oleh ramai ahli yang melabur mengikut kemampuan mereka. Terdapat ahli yang melabur lebih daripada satu lot. Nampaknya pemaju dapat mengaut keuntungan yang besar. Tahniah kerana kebijaksanaan mengambil peluang diatas kegairahan manusia untuk memiliki rumah burung.

Yang paling aneh ialah pemaju rumah burung walit yang tidak memiliki rumah burung walit. Mereka petah bercakap dan beerupaya mempengaruhi orang untuk percaya kehebatannya. Kursus dan seminar diseluruh pelusuk tanah air. Khabarnya banyak juga projek rumah burung walit yang diserah kepadanya gagal dibina. Maklumlah mereka bukan kontraktor , tiada pengalaman dalam pembinaan. Mengambil untung atas angin sahaja.

Keputusan yang tepat dan hebat apabila anda memutuskan untuk terlibat dalam industri walit.

Persekitaran mempenagaruhi kehidupan anda. Masyarakat, budaya , agama dan bangsa mempengaruhi seluruh kehidupan. Rasa rendah diri, rasa tidak dihargai , rasa tidak mempunyai apa-apa dalam kehidupan ini adalah kerana pengaruh persekitaran kehidupan ini. Syarikat-syarikat pengeluar produk mempengaruhi anda melalui iklan mereka . Ahli politik mempengaruhi anda supaya bergantung kepada program dan dasar mereka untuk berjaya dan selamat. Teman dan rakan amat besar pengaruhnya dalam kehidupan anda. Kehidupan anda terpengaruh dengan kehidupan orang lain.

Banyak pengetahuan dan kemahiran boleh anda pelajari dalam kehidupan ini. Tetapi itu tidak akan bernilai jika anda tidak mempraktikannya. Umpama anda memiliki sebuah Lamborghini yang tersimpan dalam garage kereta anda. Memanglah Nampak hebat dan gah berkilat besinar banar. Hebat dan gah itu benar-benar bermakna bila hanya ia membawa anda meluncur dijalan raya.

Nilai diri adalah sebahagian daripada masalah yang dihadapi kebanyakan manusia. Jika anda tidak terasa nilai diri anda hebat. Anda akan merasa rendah diri. Oleh itu kita perlu menghargai diri sendiri. Walau bagaimana pun pengaruh masyarakat sekitar akan menyebabkan kita terpaksa menunjukkan kehebatan yang ada. Untuk meningkatkan nilai diri dan mencapai matlamat hidup kita terpaksa mempelajari beberapa kemahiran, dengan menghasilkan beberapa perbezaan dengan orang lain.

Pengaruh pandangan orang lain terhadap anda amat besar. Katakan seorang mengatakan kepada anda bahawa anda tidak berguna atau tidak bernilai. Ini berlaku berulang kali dan anda sendiri tidak membuat apa-apa untuk menafikannya . Akhirnya anda percaya bahawa memang diri anda tidak berguna. Sebenarnya dalam situasi ini anda harus bertindak balas terhadap diri anda sendiri dengan mengatakan bahawa anda orang berguna ada harga diri berulang-ulang kali pasti anda akan berjaya membuktikan bahawa anda ada hara diri akhirnya. Hanya anda boleh mengubah diri anda.

Menghargai diri sendiri sebenarnya banyak . Sebagai contoh, keyakinan bahawa anda cukup hebat anda memponyai idea, mempunyai pendapat, mempunyai hak bersuara, boleh memberi sumbangan dan anda memang orang penting. Keyakinan-keyakinan inilah yang menjadikan diri anda kuat dan tidak lagi bergantung kepada orang lain. Oleh itu pengaruh persekitaran tidak akan mampu menjadikan anda tiada harga diri. Oleh itu buatlah keputusan untuk diri sendiri tanpa dipengaruhi oleh orang lain.

Untuk menjadikan anda punya harga diri tidak ada sekolah yang terbaik melainkan sekolah diri anda sendiri. Malah sistem yang ada secara aktif berusaha untuk melemahkan diri anda , menghilangkan harga diri anda sehingga anda terpengaruh dengan nya. Oleh itu buktikan bahawa anda tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang ada. Lakukan setiap hari dengan mengatakan pada diri sendiri bahawa anda hebat, anda kuat , anda boleh dan sebagainya perkara-perkara yang positif. Pasti anda dapat yang anda inginkan. Ingat bahawa diri anda adalah milik anda.

Dugaan dan cabaran itu adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan. Keputusan yang anda lakukan untuk menceburkan diri dalam industry walit adalah keputusan yang hebat dan tepat. Semuga Berjaya.

Tiga kali gelombang banjir di Terengganu bukan sahaja menjejaskan kehidupan rakyat, tetapi juga mengurangkan jumlah kehadiran burung walit ke lokasi hunian.

Penghujung tahun 2009. Penganut Kristian menyambut hari natal. Pekerja kerajaan dan swasta bercuti bersama keluarga. Semua gembira menanti ambang tahun baru yang bakal menjelma. Anak-anak sekolah rindukan teman sekolah mereka. Sebulan sudah mereka bercuti. Usahawan walit tidak pernah bercuti saban hari dengan hobi mereka memerhati dan terus memerhati. Gembira, gusar, sedih, kelru dan celaru sentiasa bermain dikepala. Kehadiran walit ke rumah burung mereka tidak menentu.

Tahun lepas 2008, penghujung tahun macam ini juga berlaku. Tetapi tidaklah seteruk tahun ini. Penghujung tahun ini ketara benar kehadiran walit amat kurang sekali. Keluhan pengusaha walit di Kuala Terengganu. Apakah fenomina ini berlaku kerana gelombang banjir yang berulang-ulang. Gelombang pertama. Gelombang kedua dan ketiga malah sampai gelombang keempat berlaku di Kelantan.

Tumbuhan memerlukan hujan untuk tumbuh subur. Namun, jika hujan terlalu lebat dan mendatangkan banjir, akan membunuh serangga dan merosakan tumbuhan pula Dengan demikian, populasi serangga akan berkurang karena tidak dapat berkembang biak dengan baik.

Sifat semulajadi serangga beterbangan diudara. Namun jika hujan terlalu lebat serangga ini tidak dapat terbang dan berlidung disebalik daun dan rimbunan pokok-pokok. Burung walit mempunyai deria yang tajam, mempunyai hubungan dengan kejadian alam ini. Seorlahnya ia tahu bahawa sekiranya ia pergi berburu hasilnya akan sia-sia. Penat dan tidak berbaloi.

Jika hujan turun dengan lebat terus menerus beberapa hari amatlah menyulitkan untuk burung walit keluar memburu serangga pada tempat biasa lapangan pemburuannya. Oleh itu kawasan yang jauh akan menjadi pilihannya. Anak-anak walit yang belum petah terbang akan menderita kelaparan kerana kekurangan makanan. Oleh kerana itu pembiakan amat perlahan dalam musim hujan.

Hujan biasanya bersama angin yang bertiup kencang. Dalam situasi begini sarangga sangat berkurangan. Dengan itu burung walit sangat sukar untuk menangkap mangsanya. Walit lebih suka berlindung dari tiupan angin yang kencang tadi. Faktor ini juga menyumbang kepada kurangnya walit kembali ke rumah dalam kawasan hunian seperti biasa.

Habitat kembang biak serangga juga musnah akibat banjir seperti juga musnahnya tanaman kerana banjir. Selepas musim hujan tanaman akan kembali menghijau, dengan itu serangga akan berkembang biak semula.
Pembiakan serangga ini memberikan kelimpahan makanan untuk burung walit.

Pemilihan lokasi terbaik untuk pembangunan rumah burung walit.

Sesetengah orang membangunkan rumah walit diatas puncak bukit. Tidak menjadi masalah asalkan pada ketinggian tidak lebih dari ketinggian 1000 meter dari paras laut. Kawasaan yang melebihi 1000 m dari paras laut jika dibangunkan juga rumah walit akan melibatkan kos pengelolaan yang tinggi. Jika kos pengelolaan tinggi projek rumah walit sudah tidak berdaya maju. Jika walit mahu bersarang pun populasinya tidak mengalakan.

Sebaiknya pembangunan rumah walit pada lokasi yang aman dan tenteram. Kawasan sebaiknya bebas dari ganguan kebisingan. Dengan itu kawasan perusahaan tidak sesuai untuk membangunkan rumah walit. Bukan sahaja kerana kebisingan tetapi pencemaran dari sisa dan gas buangan. Asap kilang tidak sesuai untuk burung walit. Kawasan yang dicemari oleh sisa buangan kilang menghambat pembiakan serangga. .

Terengganu tidak terdapat kilang berbanding dengan Pantai Barat semenanjung Malaysia. Pembeli sarang walit mengatakan bahawa sarang-sarang di Terengganu adalah lebih besar dan tebal berbanding dengan sarang-sarang walit yang trdapat di Panatai Barat. Sarang gred Super Plus di Terengganu adalah 90 – 100 biji mempunyai berat timbangan 1 KG berbanding dengan sarang yang dipungut di Pantai barat 100 – 120 biji untuk berat yang sama. .

Keadaan ini berlaku kerana pencemaran udara yang mengancam ekologi serangga. Makanan yang tidak sihat memberi kesan kepada kesihatan burung. .

Pencemaran udara yang banyak dari asap kilang akan menjadikan air hujan lebih berasid (asid-rain) . Ini akan mengangu ekologi seperti tumbuhan dan rumpai air. Tumbuhan adalah pelinding kepada serangga. .

Begitu juga denagn sisa buangan kilang yang dilepaskan terus kedalam sistem pengairan akan membunuh telur dan larva serangga. .

Banyak serangga yang menjadi makanan burung walit adalah bergantung kepada air dan tumbuhan. .

Lokasi yang sentiasa kemarau dan panas juga tidak sesuai untuk membangunkan rumah walit. Ini kerana peningkatan suhu yang mendadak dengan perbezaan suhu rendan dan tinggi yang besar adalah sukar untuk dikawal. Keadaan ini menyebabkan populasi walit tidak bertambah. .

Suatu perkara lagi pada pandangan saya kawasan atau lokasi yang tidak sesuai untuk membangunkan rumah walit ialah kawasan pertanian secara agresif . Terlalu banyak racun serangga digunakan dalam penanaman sayur. Penggunaan racun serangga ini akan membunuh terus serangga termasuk telur dan larvanya sekali. .

Burung walit adalah burung liar dan tidak mungkin dengan kudrat manusia mampu menyediakan makanan yang secukupnya kepada burung walit. Kita tidak boleh menjinakkan burung walit. Biarlah walit terbang bebas diudara. Apa yang perlu pembudidaya perlu menentukan lpemilihan lokasa yang terbaik untuk perkembangan populasinya. .

Oleh itu lokasi yang paling digemari oleh burung walit ialah lokasi terdapat tumbuhan yang subur, sama ada lading-ladang seperti lading kelapa sawit atau pepohon hutan semula jadi yang tidak tercemar. Kawasan tumbuhan yang terbentang luas ini adalah syurga bagi walit. Apa lagi jika kawasan tersebut terdapat tasik dan sungai yang jernih dan bersih.

Itulah lokasi yang terbaik untuk pembangunan rumah burung walit. Hari ini adalah perjuangan. Besuk adalah pengharapan dan lusa adalah kejayaan.

Lokasi yang sesuai untuk pembangunan rumah burung walit komersial

Setelah mengetahui potensi dan peluang yang ada dalam industri burung walit, usahawan rumah walit akan melihat lokasi yang sesuai untuk membangunakan rumah walit komersial. Sekiranya usahawan tersebut mempunyai banyak pilihan factor lokasi sangat penting diberi perhatian.

Sebagai contoh usahawan dari Terengganu adalah wajar memilih lokasi perburuan untuk membina rumah walit. Walaupun pada dasarnya semua daerah di Terengganu sesuai untuk dibangunkan dengan industri walit. Bagi negeri Terengganu. Beberapa Bandar utama seperti Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Kuala Besut dan Jertih dikenali sebagai kawasan hunian atau centra walit. Dalam kawasan Bandar seperti diatas sangat sesuai bangunan komersial yang ada dijadikan rumah walit.

Kawasan pendalaman dalam lingkungan 30KM – 60 KM dari kawasan Bandar ini merupakan kawasan perburuan. Setiap pagi burung walit akan keluar dari rumah dan terbang menuju ke kawasan perburuan untuk memburu serangga sebagai makanannya. Laluan antara keduanya dikatakan kawasan laluan atau highway yang dilalui oleh walit sepanjang masa semasa terbang pergi dan kembali pada petang hari.

Kawasan perburuan dan kawasan highway juga sesuai untuk dibangunkan rumah burung walit. Namun begitu amatlah sukar untuk usahawan membangunkan rumah walit dalam kawasan Bandar, kerana anda akan berhadapan dengan pihak berkuasa tempatan dalam isu perlesenan. Kalau pembangunan rumah walit secara haram tanpa dikesan oleh Pihak Berkuasa Tempatan mungkin dapat dilakukan oleh pemilik bangunan komersial di dalam Bandar. Untuk membangunkan rumah walit dipinggir Bandar pun anda tidak akan terlepas dari ganguan pihak berkuasa.

Kawasan laluan atau highway tidak ramai burung walit yang akan singgah. Jika ada pun burung yang dalam koloni yang sama. Oleh itu kadar suksesnya tidaklah memberangsangkan anda. Oleh itu lokasi yang amat sesuai untuk dibangunkan rumah walit ialah kawasan perburuan. Dalam kes di Terengganu tadi kawasan Kuala Berang dan Kawasan pendalam Kemanan termasuk kawasan Ketengah dan juga Tasik Kenyir adalah kawasan perburuan. Kawasan ini sangat sesuai untuk membangunkan rumah walit. Untuk cacatan daripada maklumat yang diperolehi dari rakan-rakan yang membangunkan rumah walit dikawasan pendalaman di Terengganu, sangat cepat keberhasilannya berbanding dengan kawasan laluan.

Kawasan pendalaman seperti Kuala Berang, Setiu, Hulu Dungun dan Ketengah merupakan kawasan pertanian dan kawasan perburuan untuk burung walit mencari makan. Pembangunan rumah walit dalam kawasan pertanian tidak akan ada ganguan dari Pihak Berkuasa Tempatan atau Majlis Daerah. Malah ianya akan mendapat galakan daripada kerajaan.

R&D orang yang mula-mula membina rumah walit komersial sememangnya hebat. Tanpa mereka mungkin hari ini kita tidak tahu bagaimana membangunkan rumah walit.

Kawasan hunian atau centra walit adalah kawasan pekan lama atau kawasan bandar. Kawasan yang sebegini terdiri daripada bangunan lama atau traditional. Rumah-rumah walit tradisional sememangnya memberikan penghasilan yang besar bagi pemiliknya.

Berdasarkan pengalaman rumah-rumah walit traditional itu pembudidaya telah membangunkan rumah walit komersial. Pengalaman dari rumah walit traditional ini dipelajari kemudian diduplicate dalam rumah walit yang baru dibina. Ia dibuat secara perbandingan dan pada peringkat awalnya secara try and error.

Bukan setakat itu sahaja, melalui pemerhatian mereka mempelajari sifat-sifat burung walit. Bagaimana cara terbangnya, bunyi, luas putaran dan persekitaran tempat burung bersarang dalam rumah traditional. Mereka menkaji dan membuat penyelidikan berkaitan dengan burung walit. Memang mengkagumkan usaha mereka ini sehingga tercetusnya idea untuk membina rumah walit komersial.

Dengan petua-petua yang diperolehi tersebut maka pengusaha-pengusaha berlumba-lumba membangunkan rumah walit secara besar-besaran Maka timbul juga usaha membangunkan kawasan walit setempat untuk dijadikan kawasan hunian atau centra walit yang baru. Dengan itu timbullah kosep walit eko-park. Adalah menjadi harapan kepada pembudidaya ini bagi menyediakan habitat makro dan mikro yang bersesuaian dengan keinginan-keinginan dan kemahuan burung walit itu sendiri.

Catatan buat usahawan walit

Usahawan Walit

Dibumi ini engkau dilahirkan
Menagih usaha kuderat mu
Meroboh segala halangan
Mengisi impian semalam

Usahawan

Mengapa masih bermuram durja
Ayuh bangun dilangit terbuka
Kumpulkan segala tenaga
Kempalkan semangat yang ada

Usahawan

Bukan hamba dibumi sendiri
Antara ketakutan dan keberanian
Antara persoalan dan keinsafan
Setiap cabaran harus diterjah
Hilangkan dugaan langkah dipantau

Usahawan

Kejayaan dipundak mu
Eratkan gengaman
Pupukkan keazaman
Arahkan segala haluan
Keusahawanan ditangan mu
Kejayaan milik mu

Mengenal walit gua di Nusantara

Merancang pembangunan rumah walit yang sukses.


Dalam membudidaya walit tiada siapa yang boleh memberi jaminan bahawa projek yang dirancang akan berjaya. Pengusaha yang mahu berjaya hendaklah bersifat kreatif dan inovatif. Perancangan yang rapi akan mengurangkan risiko kegagalan. Perlombongan emas dari langit ini haruslah mematuhi beberapa prosedur yang di perlukan. Kesuaian tapak atau tanah, bentuk bangunan, kontraktor bangunan, konsultan dan ketepatan masa merupakan factor yang menentukan kejayaan.

Modal yang mencukupi amat penting supaya bangunan yang dibina memenuhi spesifikasi yang diperlukan untuk burung walit menginap dan bersarang. Pelaburan hanya sekali sedangkan pulangannya akan berterusan hingga ke anak cucu. Oleh itu hak milik bangunan mestilah jelas supaya tidak menjadi masalah dan perbalahan dikemudian hari.

Semasa memulakan pembinaan bangunan, kedudukan bangunan penting. Kedudukan bangunan bergantung kepada situasi setempat. Mungkin kedudukan bangunan melintang arah naik turunnya matahari atau membujur naik turunnya matahari. Satu perkara lagi yang harus diambil kira ialah arus terbang burung semasa merekabentuk kedudukan bangunan. Jika anda tidak berpengalaman dalam soal ini tanyalah pakar dalam bidang ini.

Arus terbang burung penting semasa merancang lokasi penempatan lubang masuk burung. Pemerhatian perlu dibuat secara berkala, bagaimana burung-burung terbang semasa pergi dan pulang . Ini boleh digunakan untuk merancang lubang masuk. Seterusnya mereka bentuk kedudukan bangunan dan juga desain bangunan . Navigasi burung dari roving room ke nesting room mesti mengikut keperluan burung walit. Bukannya mengikut kehendak tuan punya rumah burung.

Pertimbangan seterusnya ialah setelah bangunan siap, keadaan persekitaran. Sangat mustahil untuk sebuah bangunan buatan manusia menjadi kondusif dan setara dengan gua yang telah menjadi habitat asal sejak beratus tahun yang lalu. Bangunan yang dijadikan gua artifisial ini harus diubahsuai ekologi dalaman dan luaran untuk menghampiri suasana gua. Perkara yang paling penting ialah kelembapan dan suhu. Kelembapan ialah antara 90% hingga 95% makala suhu ialah (28 ° C-30 ° C). Ventilasi udara, pencahayaan dan sebagainya. Namun peralatan yang digunakan seperti humidifiers atau pemasangan paip air dengan semburan kabus bergantung pada desain bangunan.

Bagaimanakah membina sarang walit seperti dalam habitat semulajadinya seperti dalam gua? . Jika dalam gua walit bersarang pada langit-langit gua. Dalam bangunan harus dipasang kayu sirip pada bumbung bangunan. Kayu sirip hendaklah dipasang secara sistematik . Kayu khusus hendaklah digunakan . Biasanya kayu yang digunakan dari jenis kayu keras seperti meranti merah atau lain-jenis yang sesuai.

Habitat mikro dan makro bagi mengekalkan ekologi harus dikekalkan secara konsisten sepanjang hari dan malam. Biasanya dalam bangunan baru, najis walit digunakan untuk menghasilkan aroma walit sekali gus untuk menghilangkan bau simen dan cat.

Rumah walit yang dibina harus bebas dari serangga yang menjadi musuh burung walit. Semut, kutu, lipas, tikus dan lalat boleh mengganggu habitat walit. Rumah walit harus dikawal dari predator lainnya seperti helang dan burung hantu. Pemangsa seperti ini mudah menangkap walit muda untuk dijadikan makanan mereka. Jika burung hantu berjaya menyelinap masuk ke dalam rumah walit, anda akan mengucapkan selamat tinggal kepada semua koloni walit yang telah pun menginap.

Persekitaran kawasan yang terdapat banyak makanan dan serangga akan membantu meningkatkan populasi burung. Pembiakan serangga berhampiran rumah walit mampu menarik ramai walit datang memburu makanan dan ini dapat membantu untuk meningkatkan populasi walit disitu.
Faktor keselamatan dari pencuri dan perompak sangat penting kerana pencuri adalah musuh rumah walit nombor wahid. Pengera keselamatan dan CCTV adalah salah satu cara pencegahan dari pencuri..

Isu pelesenan untuk membangunkan rumah walit merugikan negara.

Dipetik dari (BERNAMA)

Sarang burung walit di negara ini dikatakan berkualiti tinggi dan mendapat sambutan menggalakkan di pasaran China dan Arab selain harganya dilaporkan mencecah RM10,000 sekilogram.,

Namun di sebalik potensi itu, Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 Sarawak tidak membenarkan spesies itu diternak di kawasan bandar, kecuali habitat asalnya seperti gua.

Dan ini menyukarkan lagi keadaan bagi industri ini.

Pengarah Jabatan Hutan Sarawak yang juga Kontroler Hidupan Liar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh menegaskan bahawa kerajaan negeri mahu industri sarang burung walit ini dibangunkan secara terkawal mengikut undang-undang yang ada.

Len Talif berkata kira-kira 100 lesen diluluskan daripada antara 600 hingga 700 permohonan diterima sejak Mei lepas.

“Kebanyakan lesen diluluskan itu melibatkan “old-player” (pengusaha lama) yang memenuhi syarat.

“Selebihnya ditolak kerana premis burung di bandar,” kata Len Talif kepada Bernama ketika dihubungi di pejabatnya di Kuching baru-baru ini.

Beliau berkata penguatkuasaan akan tetap diteruskan sehinggalah isu itu selesai sepenuhnya.

Sumber industri melihat pemberian lesen itu sebagai perkembangan yang positif jika dibandingkan dengan keadaan sebelum Mei lalu dengan hanya dua daripada lebih 1,500 premis burung walit di negeri itu mempunyai lesen.

Pemberian lesen oleh Jabatan Hutan dan Kontroler Hidupan Liar Sarawak, melibatkan pedagang sarang burung dari Mukah, Bintulu, Kuching, Kota Samarahan dan Sarikei, yang meliputi kawasan pertanian dikenal pasti.

Ia juga perlu mendapat kelulusan daripada agensi berkaitan seperti Jabatan Tanah dan Survei, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) dan pihak berkuasa tempatan.

Satu berita baik ialah Kerajaan negeri juga akan membina tiga eko-park burung walit di Mukah, Sarikei dan Bintulu untuk dijual dan disewakan kepada pihak berminat.

PANDANGAN PENULIS

Nampaknya di Sarawak keadaannya berbeza dengan Semenanjung Malaysia kerana disana adalah jelas siapa yang mengawal industri burung walit. Jabatan Hutan Sarawak yang juga Kontroler Hidupan Liar Sarawak adalah pengawal mutlak industri walit. Tetapi di Semenanjung Malaysia tidak jelas pihak mana yang sepatutnya berhak mengawal. Pihak Berkuasa Tempatan hanya mengawal bangunan dalam kawasan operasinya sahaja. Manakala kawasan pertanian tiada pihak yang mengawalnya. Jadi jabatan manakah yang berhak mengeluarkan lessen. Oleh itu walaupun nilai pasaran melebihi satu billion setahun, berapa banyakah hasil cukai yang dapat dikutip oleh kerajaan. Ini sebenarnya merugikan Negara.
……..

Pencuri sarang walit harus dihukum mati. Mencuri dalam senyap sangat sukar dibenteras.

Dalam rutin pengelolaan rumah burung walit bersama Jeff dan Zabri untuk memastikan RBW yang dikelolakan mesti bebas dari ganguan musuh. Musuh RBW yang selalu diabaikan pemilk adalah serangga merayap seperti lipas, kutu, semut dan sebagainya. Serangga ini adalah musuh dalam senyap kepada walit. Lipas umpamanya memakan sarang walit yang sangat lahap. Kecurian sarang walit oleh lipas lebih hebat dari manusia. Lipas memakan sarang walit dengan tidak meninggalkan bekas. Apabila lipas memakan sarang hingga tiada lagi kesan cairan suliva walit disitu.Dengan itu walit tidak lagi menempelkan sarangnya ditapak yang sama.

Semasa pemeriksaan rumah walit yang kami kelolakan terdapat banyak sarang yang telah siap. Hari ini 18 Disember 2009 bila kami membuat pemungutan sarang yang pertama keatas RBW yang kami kelolakan di Kuala Terengganu. Kami agak terperanjat kerana sarang yang kami tandakan sebelum ini hilang dari pandangan. Disangkakan pencuri yang mencerobuh masuk. Rupa-rupanya angkara lipas. Untuk catitan RBW ini kami mulakan operasi pada Januari 2009 yang lalu. Walau bagaimana pun hasilnya amat memuaskan. .

Hari ini adalah perjuangan. Esok adalah pengharapan. Lusa adalah kemenangan. Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari dari penlihatan kita. Kilat sambung menyambung, Lantas kita bertanya dimanakah matahari bersembunyi ?. Rupa-rupanya Allah mahu hadiahkan kita pelangi yang indah. Fahamlah kita bahawa ilmu yang mahu ditunjuk untuk kita berjaya dimasa hadapan. .

Serangga memang merugikan dan ianya harus dkawal. Penggunaan racun serangga sememangnya cara yang berkesan untuk mengawal serangga seperti lipas tetapi penggunaan dalam rumah walit harus berhati-hati agar tidak memberi kesan kepada telur, anak walet, atau burung walet dewasa. Sekiranya penggunaan racun serangga yang tidak sesuai akan membuat burung walit tidak lagi kondusif untuk tinggal di dalam rumah walit. Oleh itu racun yang hendak digunakan hendaklah dari jenis yang mempunyai spektrum yang luas, kesan baunya cepat hilang, daya kesan racun terhadap mamalia rendah, dan tidak berbau kuat. .

Sebaiknya RBW hendaklah selalu diperiksa kerana lipas adalah serangga ini bersembunyi pada siang hari dan keluar pada malam hari. Oleh kerana RBW tidak boleh dimasuki pada malam hari kita hendaklah menjalan pemeriksaan pada celah-celah kayu sirip dan juga dibelakang tweeter. .

Tentukan bagaimana lipas boleh memasuki rumah walit dengan memeriksa pada bahagian luar . Mencari retakan dan lubang-lubang yang ada kerana lipas boleh memasuki pada bahagian ini. Ia juga boleh memasuki melalui saluran air atau melalui lubang ventilasi. Lubang-lubang ini perlu ditutup dengan jaringan yang halus supaya lipas tidak boleh memasukinya. .

Racun yang mengunakan campuran asid borat dengan gula pasir dan tepung gandum boleh juga digunakan. Kemanisan gula akan menarik lipas untuk datang manakala asid borat boleh membunuh lipas. Anda tidak perlu risau kerana bahan yang telah sedia dicampur terdapat banyak dipasaran. Taburkan sahaja didalam rumah burung anda. .

Mengawal serangga lipas dari kembali semula sangat sukar kerana serangga mempunyai kemampuan yang luar biasa untuk bertahan dan boleh hidup dalam banyak keadaan . Oleh itu pembersihan yang menyeluruh perlu dilaksanakan dari masa kesemasa. Pada kelah kayu yang sukar vakium boleh juga digunakan. Jika boleh tutup juga bahagian sudut jika anda meletakan kayu kecil disitu. Walau bagaimana pun cara yang terbaik adalah dengan menutp sumber kemasukan lipas kedalam rumah burung.

Isu Pelesenan Kekang Pembangunan Industri Burung Walit Negara Oleh Syed Azwan Syed Ali

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) — Di sebalik kerancakan industri sarang burung walit yang kini mencecah RM1 bilion ringgit setahun, beberapa isu berbangkit dilihat akan mempengaruhi pembangunan industri ini di Malaysia.

Antaranya ialah masalah pelesenan premis burung walit yang dibina di kawasan bandar yang didakwa menggugat populasi manusia di sekitarnya terutama risiko penyakit yang dikaitkan dengan spesies itu.

Masalah pengurusan dan pemantauan ini juga dikatakan menyentuh sensitiviti penduduk terbabit selain menimbulkan dilema dalam kalangan pedagang sarang burung itu.

Masalah ini amat ketara di Sarawak di mana premis burung dilarang dibina di kawasan bandar namun pada masa yang sama negeri itu mempunyai lebih 1,500 premis burung “haram”, yang perlu ditangani secara bijak oleh pihak berwajib.

Namun sejauh manakah kebenaran andaian itu dan apakah jalan penyelesaian terbaik supaya hasrat kerajaan untuk memperkasa industri ini tidak berkubur di tengah jalan?

ISU PELESENAN

Apakah ia relevan untuk dilihat dalam konteks kenegerian atau isu itu ialah masalah yang harus ditangani secara holistik melalui kerjasama dan persefahaman yang seiring antara agensi berkaitan dengan kerajaan negeri terbabit?

Isu pelesenan rumah burung bermula apabila pihak berwajib melakukan operasi bagi membersihkan premis burung walit di Mukah, Sarawak, Oktober tahun lepas, yang dilihat membuka mata umum kepada kewujudan industri sarang burung walit.

Turut dipersoal, cara operasi itu dilakukan di mana anak burung walit, iaitu spesies yang dilindungi di bawah Akta Hidupan Liar 1972, dibiarkan mati dari sarang yang dirampas seperti disiarkan di youtube.com.

Rentetan daripada operasi itu, bermula dengan Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit di Mukah diikuti Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit di Sibu dan Sarikei, meminta Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud campurtangan bagi menyelesaikan isu itu.

Pemilik premis burung walit dikatakan mahu terus beroperasi di premis sedia ada yang kebanyakannya ialah lot rumah kedai yang dulunya terbengkalai tapi kini membawa hasil yang lumayan.

Bina rumah burung walit mengikut kehendak burung bukan mengikut kehendak manusia

Suasana dalam rumah walit berbau hangit dan hanyir dengan najis burung. Dalam rumah walit yang telah lama beroperasi terdapat banyak koloni walit yang mendiaminya. Banyak burung walit yang mendiaminya maka banyaklah najis yang ditinggalkan olehnya. Aroma dari najis walit ini sepatutnya menghasilkan situasi yang kondusif untuk walit terus tinggal disini. Insting dari naluri walit akan mendatangkan suatu daya tarikan untuk koloni walit hinggap dan singgah disitu.

Namun begitu najis walit ini tidak dikawal dan tidak diurus dengan baik ia akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada burung walit. Ini kerana jika terlalu banyak najis dan terbiar lama disitu, ia akan mengalami proses demineralisasi oleh tidakbalas kimia dan bacteria didalamnya. Tindakbalas oleh bakteria ini boleh mengeluarkan bau busuk dan menghasilkan gas-gas seperti amonia (NH3), belerang (H9S) yang berbau busuk, dan karbon dioksida (CO2). Kandungan gas-gas tersebut bercampur dengan gas-gas lain yang berasal dari bahan bangunan rumah walit sehingga menimbulkan bau kelainan rumah walit. .

Sekiranya kandungan gas-gas ini terlalu banyak, akan mengurangkan kandungan oksigen udara di dalam rumah walet, sehingga ia mendatangkan keadaan yang tidak baik untuk kesihatan burung walit itu sendiri. Selain itu, najis walit juga menjadi daya tarikan bagi lipas dan semut untuk membiak dan tinggal di dalam rumah walit. Keadaan ini akan akan mengganggu burung walit. Oleh karena itu, rumah burung walit harus selalu dibersihkan dari najis walit. Kekerapan membersih rumah walit, sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Ini dilakukan sepaya najis walit tidak terperap terlalu lama. .

Walau bagimana pun pengurusan rumah burung walit ini tidaklah memakan belanja yang besar dan tidak memerlu kemahiran yang tinggi. Pengusaha seharusnya tahu bila waktu yang sesuai untuk membersih rumah walit dari kekotoran najisnya. Aroma najis walit juga penting supaya walit merasa selesa dan aman tinggal disitu kerana merasakan terdapat banyak koloni yang tinggal disitu. Ini akan merasakan ianya lebih selamat dan terjamin. Haiwan juga punya naluri seperti manusia. .

Untuk berjaya dalam industri walit pengusaha harus memahami dan mengetahui sedikit sebanyak sifat dan keperluan burung walit. Bina rumah urung mengikut kehendak burung bukan mengikut kehendak manusia. Rancang rumah burung walit untuk berjaya. Jangan rancang untuk gagal dengan cara tidak sengaja. Sebab itu ilmu penting untuk menjana kejayaan.

Bagaimana untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam industri burung walit

TV3 Buletin Utama 11 Disember 2009 melaporkan isu perlesenan menjejaskan industri walit yang mempunyai pendapatan lumayan

Menyediakan habitat yang kondusif untuk burung walit membuat sarang

Rekabentuk RBW dibuat dengan mengambil kira keperluan yang kondusif untuk burung walit membuat sarang. Ciri-ciri Rumah Burung Walit (RBW) hendaklah meliputi suasana / cahaya dalaman RBW, tahap Kelembapan, suhu dan pengudaraan yang sesuai. Bagi memancing burung walit masuk bersarang RBW hendaklah di lengkapi dengan peralatan memikat burung berautomatik, sistem kelembapan berautomatik, sistem audio, penataan tweeter dalam dan luar yang betul, lagu burung yang berkualiti, sistem penggera keselamatan dan CCTV.

Sesebuah RBW yang hendak dibina haruslah mewujudkan keadaan suasana yang menyamai keadaan di dalam gua yang asli. Ia haruslah meliputi faktor-faktor kelembapan, suhu udara dan cahaya. Dalam rekabentuk RBW pengusaha perlu mengambil kira kaedah mengawal kegelapan / cahaya, kerana ia merupakan faktor penting dalam membuat RBW. Ini kerana walit gemar membuat sarang dalam keadaan tanpa cahaya. Selain dari itu Burung walit ini mempunyai keistimewaan deria sonar yang mampu terbang di tempat gelap untuk navigasinya. Tahap kegelapan yang dikehendaki dengan kadar cahaya / sinar maksimum 0.02 lux (2 cahaya lilin).

Bagi mengawal suhu supaya sentiasa diparas yang dikehendaki, pemilihan bahan binaan seperti batu bata dan ketebalannya adalah penting. Suhu yang sesuai di dalam RBW antara 26C – 28 C.

Kelembapan dalam Rumah Sarang Burung walit amat penting bagi mewujudkan suasana seperti di dalam gua. Kelembapan yang sesuai dalam RBW ialah diantara 85% – 95%. Kelembapan boleh disukat menggunakan alat Hydrometer. Kelembapan boleh dikawal dengan membina kolam takungan air atau menggunakan pum semburan air yang halus di dalam bangunan Rumah Burung Walit.

Gunakan prinsip "value for money" untuk mencari ilmu dalam industri burung walit

E-mail pertama ;- Assalamualaikum…saya Iskandar dari Kuala Terengganu dan seorang yang tidak mempunyai apa-apa ilmu mengenai bisnes sarang burung layang-layang. Walau bagaimana pun saya memang berminat untuk menceburi bidang ini…diharapkan saudara dapat membantu saya untuk memulakan langkah…

Apa salahnya kerana kita sesame makhluk ini seharusnya saling bantu membantu. Memang betul seprtimana yang dikata sesuatu usaha itu mestilah bermula dari minat dan keinginan terlebih dahulu bila sudah ada minat atau keinginan untuk mengetahui maka kita harus mencari ilmu. Setelah cukup itu barulah memulakan langkah yang pertama. Ingat untuk perjalanan 1000 langkah ia mesti bermula dengan langkah pertama. Mencari ilmu itu banyak caranya. Antaranya ialah , melalui pembacaan buku, majalah, internet dan sebagainya. Ilmu boleh juga diperolehi melalui kursus dan seminar. Ilmu yang sangat tinggi adalah melalui pengalaman. Kadang-kadang pengalaman itu tidaklah semestinya dari pengalaman kita sendiri. Tetapi kita juga boleh belajar melalui pengalaman orang lain.

E-mail seterusnya daripada Iskandar :- Terima kasih. jadi bolehkah En Jahani memberi tunjuk ajar berkaitan industri walit ini kerana sememangnya saya amatlah buta ilmu dalam bidang ini. saya dan rakan ada sebidang tanah yang tidaklah sebesar mana di kawasan Setiu. kami berharap mahu memulakannya sekadar yang termampu tetapi semua harapan kami perlu kepada individu seperti saudara Jahani. kami amatlah berharap supaya En. Jahani dapat membimbing kami yang bermula dari zero ini. terima kasih

Seperti mana yang saya jelaskan bahawa saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ini dan saya juga bukan konsultan dalam industry walit. Yang saya ada cuma sedikit pengalaman menkaji, menilai dan menyelidik. Saya mengenali burung layang-layang gua pada tahun 1977 semasa membuat latihan praktikal dengan Jabatan Perhutanan Negeri Tetengganu. Saya di bawa ke Gua di Pulau Redang Terengganu. Disana saya melihat bagaimana aktiviti memungut saying burung laying-layang gua dilakukan oleh pemajak digua-gua di Pulau Redang.

Proses mencari ilmu saya teruskan lagi dengan menghadiri seminar yang dikendalikan oleh K. Sani Wong dan beberapa seminar di Indonesia. Diantaranya seminar yang dikendalikan oleh Pak Hendri Mulia, Penulis buku Stretegi jitu memikat walit. Jahaniwalit.com and the geng memulakan langkah membina rumah walit milik sendiri dan mengelolakan dan membaikpulih rumah walit yang gagal. Alhamdulillah segalanya OK.

Oleh itu anda boleh bermula dengan mencari ilmu. Untuk mendapat ilmu ia memerlukan pengorbanan. Jangan sayang untuk mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk mendapatkan ilmu. Dalam industry walit ini apalah nilainya jika anda mengeluarkan sedikit wang untuk membeli buku atau bayaran berkursus sekiranya pulangan yang anda perolehi mampu menjadikan anda jutawan rumah walit. Amalkan prinsip “value for money”. Sekian.

Perbezaan di antara sarang burung gua dengan sarang burung dari Rumah Burung Walit.

Sarawak terkenal dengan produk sarang burung layang-layang (walit) gua yang mendiami gua Niah. Terkenal sejak beratus tahun yang lalu. Jahaniwalit.com akan berada di Bumi Kenyalang pada 6 hingga 9 Disember 2009. Jika saya membunyai kesempatan akan meninjau sarang burung walit di Kuching Sarawak. Jika terdapat pengunjung blog di Kuching harap dapat menghubungi saya disana (Tel 0199539402 atau email jahani@jahaniwalit.com). Kesempatan tersebut boleh kita sembang-sembang bersama.

Sarang burung gua dihasilkan daripada burung layang-layang (walit) yang membina sarang pada dinding atau langit-langit gua secara liar. Sarang burung liar ini berasal dari gua-gua di pesisiran kepulauan Pasifik yang semulajadi

Sarang burung rumah dihasilkan daripada burung walit yang membina sarang di habitat tiruan (Rumah Burung Walit) yang disediakan oleh pengusaha-pengusaha atau pembudidaya sarang burung walit. Habitat tiruan ini sepertimana habitat alam semulajadi dapat menarik perhatian burung walit untuk membiak.

Burung walit gua tinggal di dalam alam semulajadi yang asli di mana serangga, seranga air merupakan makanan utama mereka. Oleh itu, air liur yang dikeluarkan dapat menghasilkan sarang yang kaya dengan protein dan khasiat.

Makanan burung walit di RBW adalah kurang berkhasiat disebabkan keadaan habitat tiruan yang kurang asli (Dakwaan ini tidak benar kerana ia adalah spesies yang sama dia juga makan secara semula jadi).

Sarang burung dapat menyerap garam-garam mineral yang kaya pada dinding-dinding gua secara semulajadi.

Oleh kerana rumah sarang buatan tidak membekal sebarang garam-garam mineral, jadi sarang burung kurang mempunyai nutrisi-nutrisi semulajadi.

Sarang burung gua mempunyai daya ketahanan haba yang tinggi. Ia tidak mudah menjadi cair walaupun dimasak selama 3 jam. Teksturnya masih elok dan sedap dimakan.

Sarang rumah kurang tahan haba di mana ia perlu dimakan selepas 30-45 minit. Sarang burung akan mencair dan bau kewangian akan hilang jika dimasak lama (lebih daripada 1-2 jam).

Sarang burung gua biasanya berwarna kuning air gelap
atau kekuningan. Ia lebih keras dan mempunyai lebih banyak bulu halus. Uratan sarang menjadi tebal dan tahap keberatannya juga meningkat selepas direndam.

Sarang burung rumah berwarna putih dan kurang kekuningan. Ia kurang keras dan kurang bulu burung.Tahap keberatannya juga kurang meningkat selepas direndam.

Seminar membudidaya burung walit biarlah berbaloi !

Membudidaya walit merupakan satu perniagaan bernilai jutaan ringgit yang mengkagumkan kerana pelaburan modal hanyalah sekali bagi membina rumah burung dan peralatan. Dalam jangka masa 2 hingga 5 tahun pulangan modal akan didapati sepenuhnya. Selepas itu setiap bulan pemilik akan mengaut keuntungan dengan penjagaan yang minima. Rumah walit ini boleh diwarisi hingga ke anak cucu.

Itulah yang sering diperkatakan oleh sesiapa sahaja yang mahu mempengaruhi orang lain untuk menceburi dalam industri burung walit. Cerita-cerita indah begini selalu didendangkan oleh pembentang kertas kerja dalam kursus atau seminar burung walit. Kisah yang dipaparkan adalah tentang kejayaan gilang gemilang pengusaha yang terlibat. Digambarkan juga tentang jumlah pendapatan yang diperolehi oleh mereka. Ditunjukkan gambar rumah burung yang besar mahu pun yang kecil. Rumah-rumah burung walit yang dibina diluar Bandar. Tidak kurang juga rumah walit yang terdapat di pecan dan juga Bandar.

Dengan kehebatan pembentang kertas ramailah insan-insan yang berminat untuk menceburinya. Tidak kurang juga yang terus menadatangani MOU dengan konsultan yang terlibat. Ramai peserta yang hadir bertujuan untuk mengetahui teknik berkesan untuk membudidaya burung walit. Tetapi apa yang disampaikan adalah berkaitan dengan potensi industri burung walit. Sedangkan yang datang untuk berseminar itu adalah dikalangan mereka yang sememangnya telah menyedari betapa berpotensinya industri burung walit ini.

Andaikata peserta yang hadir itu tidak mengetahui atau tidak percaya tentang potensi industri burung walit pasti mereka tidak akan sanggup untuk membayar yuran kursus. Saya percaya mereka yang hadir adalah untuk mengetahui rahsia rumah gelap yang hebat diperkatakan kini. Pembongkaran rahsia rumah gelap inilah yang sangat-sangat diharapkan oleh peserta.

Bukan bermaksud untuk menyekat rezeki penganjur kursus atau seminar tetapi penganjur sepatutnya member sesuatu yang benar-benar bermafaat bagi peserta. Nilai pelaburan yang dibayar biar sepadan dengan pulangan yang diperolehi.

Kursus atau seminar yang menceriatakan tentang potensi sepatutnya dianjurkan oleh agensi kerajaan secara percuma. NGO juga patut menganjurkan seminar yang berpatutan untuk ahli. Jika dikenakan bayaran pun pada kadar yang berpatutan dengan tujuan untuk membantu ahli. Apa guna berpesatuan jika tidak mampu membantu ahli untuk mendapat maklumat dan pengetahuan yang terkini.
,

Hanya jauhari yang mengenal maknikam.

Semasa memeriksa sarang tiruan yang digunakan bagi membantu walit membuat sarang, saya agak terperanjat kerana terdapat dua biji telur dalam sarang tiruan tersebut. Didalam sarang tiruan yang digunakan itu tiada sedikit pun kedapatan sarang air liur (suliva) yang diletakan oleh burung walit. Mengapa fenomina begini terjadi?.

Apabila walit mencapai umur dewasa dan bersedia untuk mencari pasangan. Tingkah laku yang mungkin dapat dilihat ialah mereka berkejaran antara walit jantan dan betina. Sukar untuk dibezakan antara walit jantan dan betina. Dalam cerita Nujum Pak Belalang arahan seniman agong P. Ramli itik yang dibelakang adalah jantan. Kerana yang jantan selalu mengejar yang betina. Walit pun sama juga kok….Anak-anak muda yang telah berpasangan ini akan mencari rumah kediaman untuk bersarang. Jika anak-anak muda ini dapat dipancing ke RBW yang baru dibina dari rumah-rumah walit yang berhampiran. Alangkah beruntungnya pemilik RBW tersebut. Oleh itu RBW yang dapat memancing anak-anak muda ini selalunya RBW yang bertaraf lima bintang atau yang lebih baik dari RBW induk.

Pasangan burung walit yang telah menginap akan mula membina sarang secara bergandingan antara jantan dan betna. Walit adalah pasangan yang intim. Kerja membuat sarang ini dilaukan bersama siang dan malam. Berapa lama walit membuat sarang bergantung pada umur pasangan dan keadaan cuaca (musim) Dalam musim lembab atau musim hujan sarang dapat disiapkan dalam tempuh 35 – 45 hari. Manakala dalam musim kemarau atau kering ia kan mengambil masa yang lebih panjang sekitar 80 hari. Ini adalah kerana dalam musim kemarau sulivanya agak kering dan ini menyulitkan walit membuat sarang..

setelah selesai membuat sarang wali akan mengawan. Dalam tempuh lima hari telur yang pertama akan dihasilkan. Sekiranya sarang baru dibina ini digangu atau tersalah harves. Burung walit tadi akan bertelur dimana sahaja terdapat tempat untuk bertelur seperti dalam sarang tiruan tadi.Oleh itu pengusaha perlu mempunyai kaedah atau system yang baik untuk membezakan mana sarang baru dan mana sarang lama. Disitulah pentingnya pengetahuan dan pengalaman. Hanya jauhari yang mengenal maknikam,