Isu pelesenan untuk membangunkan rumah walit merugikan negara.

Dipetik dari (BERNAMA)

Sarang burung walit di negara ini dikatakan berkualiti tinggi dan mendapat sambutan menggalakkan di pasaran China dan Arab selain harganya dilaporkan mencecah RM10,000 sekilogram.,

Namun di sebalik potensi itu, Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 Sarawak tidak membenarkan spesies itu diternak di kawasan bandar, kecuali habitat asalnya seperti gua.

Dan ini menyukarkan lagi keadaan bagi industri ini.

Pengarah Jabatan Hutan Sarawak yang juga Kontroler Hidupan Liar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh menegaskan bahawa kerajaan negeri mahu industri sarang burung walit ini dibangunkan secara terkawal mengikut undang-undang yang ada.

Len Talif berkata kira-kira 100 lesen diluluskan daripada antara 600 hingga 700 permohonan diterima sejak Mei lepas.

“Kebanyakan lesen diluluskan itu melibatkan “old-player” (pengusaha lama) yang memenuhi syarat.

“Selebihnya ditolak kerana premis burung di bandar,” kata Len Talif kepada Bernama ketika dihubungi di pejabatnya di Kuching baru-baru ini.

Beliau berkata penguatkuasaan akan tetap diteruskan sehinggalah isu itu selesai sepenuhnya.

Sumber industri melihat pemberian lesen itu sebagai perkembangan yang positif jika dibandingkan dengan keadaan sebelum Mei lalu dengan hanya dua daripada lebih 1,500 premis burung walit di negeri itu mempunyai lesen.

Pemberian lesen oleh Jabatan Hutan dan Kontroler Hidupan Liar Sarawak, melibatkan pedagang sarang burung dari Mukah, Bintulu, Kuching, Kota Samarahan dan Sarikei, yang meliputi kawasan pertanian dikenal pasti.

Ia juga perlu mendapat kelulusan daripada agensi berkaitan seperti Jabatan Tanah dan Survei, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) dan pihak berkuasa tempatan.

Satu berita baik ialah Kerajaan negeri juga akan membina tiga eko-park burung walit di Mukah, Sarikei dan Bintulu untuk dijual dan disewakan kepada pihak berminat.

PANDANGAN PENULIS

Nampaknya di Sarawak keadaannya berbeza dengan Semenanjung Malaysia kerana disana adalah jelas siapa yang mengawal industri burung walit. Jabatan Hutan Sarawak yang juga Kontroler Hidupan Liar Sarawak adalah pengawal mutlak industri walit. Tetapi di Semenanjung Malaysia tidak jelas pihak mana yang sepatutnya berhak mengawal. Pihak Berkuasa Tempatan hanya mengawal bangunan dalam kawasan operasinya sahaja. Manakala kawasan pertanian tiada pihak yang mengawalnya. Jadi jabatan manakah yang berhak mengeluarkan lessen. Oleh itu walaupun nilai pasaran melebihi satu billion setahun, berapa banyakah hasil cukai yang dapat dikutip oleh kerajaan. Ini sebenarnya merugikan Negara.
……..

Advertisements

Posted on 19 December, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: