Merancang pembangunan rumah walit yang sukses.


Dalam membudidaya walit tiada siapa yang boleh memberi jaminan bahawa projek yang dirancang akan berjaya. Pengusaha yang mahu berjaya hendaklah bersifat kreatif dan inovatif. Perancangan yang rapi akan mengurangkan risiko kegagalan. Perlombongan emas dari langit ini haruslah mematuhi beberapa prosedur yang di perlukan. Kesuaian tapak atau tanah, bentuk bangunan, kontraktor bangunan, konsultan dan ketepatan masa merupakan factor yang menentukan kejayaan.

Modal yang mencukupi amat penting supaya bangunan yang dibina memenuhi spesifikasi yang diperlukan untuk burung walit menginap dan bersarang. Pelaburan hanya sekali sedangkan pulangannya akan berterusan hingga ke anak cucu. Oleh itu hak milik bangunan mestilah jelas supaya tidak menjadi masalah dan perbalahan dikemudian hari.

Semasa memulakan pembinaan bangunan, kedudukan bangunan penting. Kedudukan bangunan bergantung kepada situasi setempat. Mungkin kedudukan bangunan melintang arah naik turunnya matahari atau membujur naik turunnya matahari. Satu perkara lagi yang harus diambil kira ialah arus terbang burung semasa merekabentuk kedudukan bangunan. Jika anda tidak berpengalaman dalam soal ini tanyalah pakar dalam bidang ini.

Arus terbang burung penting semasa merancang lokasi penempatan lubang masuk burung. Pemerhatian perlu dibuat secara berkala, bagaimana burung-burung terbang semasa pergi dan pulang . Ini boleh digunakan untuk merancang lubang masuk. Seterusnya mereka bentuk kedudukan bangunan dan juga desain bangunan . Navigasi burung dari roving room ke nesting room mesti mengikut keperluan burung walit. Bukannya mengikut kehendak tuan punya rumah burung.

Pertimbangan seterusnya ialah setelah bangunan siap, keadaan persekitaran. Sangat mustahil untuk sebuah bangunan buatan manusia menjadi kondusif dan setara dengan gua yang telah menjadi habitat asal sejak beratus tahun yang lalu. Bangunan yang dijadikan gua artifisial ini harus diubahsuai ekologi dalaman dan luaran untuk menghampiri suasana gua. Perkara yang paling penting ialah kelembapan dan suhu. Kelembapan ialah antara 90% hingga 95% makala suhu ialah (28 ° C-30 ° C). Ventilasi udara, pencahayaan dan sebagainya. Namun peralatan yang digunakan seperti humidifiers atau pemasangan paip air dengan semburan kabus bergantung pada desain bangunan.

Bagaimanakah membina sarang walit seperti dalam habitat semulajadinya seperti dalam gua? . Jika dalam gua walit bersarang pada langit-langit gua. Dalam bangunan harus dipasang kayu sirip pada bumbung bangunan. Kayu sirip hendaklah dipasang secara sistematik . Kayu khusus hendaklah digunakan . Biasanya kayu yang digunakan dari jenis kayu keras seperti meranti merah atau lain-jenis yang sesuai.

Habitat mikro dan makro bagi mengekalkan ekologi harus dikekalkan secara konsisten sepanjang hari dan malam. Biasanya dalam bangunan baru, najis walit digunakan untuk menghasilkan aroma walit sekali gus untuk menghilangkan bau simen dan cat.

Rumah walit yang dibina harus bebas dari serangga yang menjadi musuh burung walit. Semut, kutu, lipas, tikus dan lalat boleh mengganggu habitat walit. Rumah walit harus dikawal dari predator lainnya seperti helang dan burung hantu. Pemangsa seperti ini mudah menangkap walit muda untuk dijadikan makanan mereka. Jika burung hantu berjaya menyelinap masuk ke dalam rumah walit, anda akan mengucapkan selamat tinggal kepada semua koloni walit yang telah pun menginap.

Persekitaran kawasan yang terdapat banyak makanan dan serangga akan membantu meningkatkan populasi burung. Pembiakan serangga berhampiran rumah walit mampu menarik ramai walit datang memburu makanan dan ini dapat membantu untuk meningkatkan populasi walit disitu.
Faktor keselamatan dari pencuri dan perompak sangat penting kerana pencuri adalah musuh rumah walit nombor wahid. Pengera keselamatan dan CCTV adalah salah satu cara pencegahan dari pencuri..

Posted on 20 December, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: