Saya

Selamat datang ke blog jahaniwalit.com. Blog ini memberi tumpuan khusus berkaitan dengan industri burung walit dan penanaman pokok karas atau gaharu . Ia bertujuan memberi kesedaran dan membuka minda  terhadap industri yang sangat berpotensi ini. Pelaburan dalam industri ini mampu mewujudkan pulangan yang besar dan berterusan serta dapat diwarisi sehingga ke anak cucu .

Anak-anak memanggilku walit. oh tidak bukan walit tapi walid (Pak). Ku abadikan dalam bog sebagai blog Pak Jahani atau Jahani Walit. Semua catatan adalah buat anak-anak ku Ahmad Azmi Fauzan, Aisyah Mardhiah, Ahmad Mukhlis, Aqilah Zakiah, Ahmad Adli dan Abdul Muizz. Yang paling istimewa buat isteri tercinta Ustazah Rohana Hasam. Terima kasih kerana memahami ku dan mengizinkan ku untuk terus menulis dalam blog ini demi berkongsi pengalaman dengan semua pembaca.

Saya adalah peminat no 1 burung walit dan telah mengenali industri burung walit ini sejak 1977 semasa membuat latihan praktikal dengan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.Pengalaman menyelam untuk memasuki salah satu gua di Pulau Redang bagi melihat habitat asal burung walit di Terengganu sangat berguna bagi saya, Kalaulah pada tahun 1977 dahulu saya telah menceburi bidang ini. tentunya saya dah kaya raya hari ini. Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian masih belum terlambat.  Marilah kita berkongsi pengalaman untuk kebaikan bersama. Apa-apa yang saya posting dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya. Oleh itu saya bebas memberi pandangan mengikut kepercayaan saya semata-mata orang lain tidak berhak untuk mempertikaikannya.

Melibatkan diri dengan burung walit sebagai hobi untuk masa depan saya dan keluarga. Anda boleh berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan saya melalui  e-mail : jahani@jahaniwalit.com (Saya akan beri no telefon saya melalui email)

Penulis blog (tengah) bersama Pak Hendri Mulia dalam Seminar Strategi Jitu Memikat Walet di Pontianak Indonesia pada 19-20 Julai 2008. Hendri Mulia, SE. CMA. adalah pengarang buku Strategi Jitu Memikat Walet dari Jakarta Indonesia. Buku ini sangat praktikal untuk dipraktikan dalam rumah burung walit. Saya telah mengamalkannya dan ianya amat berkesan.

Bersama pembicara utama seminar Pak Hendri Mulia – ketika ditemuramah oleh stetion TV dan akhbar Indonesia

Bersama peserta seminar strategi jitu  memikat walit pada 19-20 Julai 2008 di Gajah Mada Hoel, Pontianak, Indonesia

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: