Monthly Archives: April 2010

Kesan kepada pembiakan serangga bagi menjadikan habitat makro untuk RBW yang kondusif.


Habitat makro ialah kawasan persekitaran rumah burung walit. Faktor persekitaran adalah penting dalam industri ternakan walit. RBW yang dibina dalam persekitaran yang kondusif untuk walit akan mempercepatkan kejayaannya.

Banyak telah dibincangkan mengenai habitat makro ini khususnya sumber makanan untuk burung walit. Serangga terbang adalah makanan utama untuk burung walit meneruskan kehidupan. Suatu petang diatas rimbunan pohon rambutan disebelah rumah saya terdapat ribuan burung walit berpusar-pusar. Anak-anak dan jira turut keluar rumah melihatnya. Keadaan ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Selepas diperiksa rupanya terdapat anai-anai bersayap keluar daripada busut yang terdapat disekitar pokok rambutan tersebut.

Punca makanan yang enak menjadi daya tarikan kepada walit untuk datang. Jikalah anai-anai ini boleh dibiakkan untuk memancing walit tentunya dapat menjadikan habitat makro yang lebih kondusif untuk burung walit. Jika RBW dibangunkan dikawasan tersebut kadar suksesnya akan lebih cepat. Perkara ini telah lama diketahui umum. Apakah dengan membiak anai-anai ini akan membawa kesan yang positif kepada ekonomi keseluruhannya.

Anai-anai ialah sejenis serangga perosak yang memakan kayu lalu merosakkan tiang, lantai, dinding rumah, buku dan perabot rumah. Rupanya seakan-akan semut dan warnanya putih, tetapi anai-anai bukanlah jenis semut. Badan anai-anai tidak bersayap berwarna putih dan lembut. Ia juga mempunyai bahagian mulut dan sesungut.

Anai-anai hidup berkumpulan dengan tiga kasta anai-anai iaitu raja dan ratu tugasnya membiak, anai-anai pekerja mencari makan dan anai-anai askar bertugas mempertahankan kumpulannya apabila diserang semut.

Raja dan ratu anai-anai ialah anai-anai yang paling sempurna. Raja anai-anai bersayap dan warnanya kelabu, mempunyai mata dan boleh melihat. Ratu anai-anai berabdomen besar, berwarna kekuningan dan boleh membesar sehingga 4 sentimeter. Tugas ratu anai-anai ialah mengeluarkan telur dengan banyaknya.

Kebanyakan daripada anak-anaknya menjadi anai-anai pekerja, beberapa ekor menjadi askar dan yang lainnya menjadi raja dan ratu. Anai-anai hidup di dalam sarang yang diperbuat daripada tanah, yang disebut busut. Kadang-kadang busut ini boleh dibina setinggi melebihi dua meter.

Masalah besar timbul jika rumah anda diserang anai anai. Anai-anai boleh merosakkan perabut seperti almari, rak, dan juga pintu, pakaian, buku, dokumen, pakaian, syiling, dinding rumah dan lain-lain lagi.

Dengan itu adalah tidak praktikal jika kita membiak anai-anai semata-mata untuk menjadikan habitat makro yang kondusif untuk burung walit kerana ia akan member kesan kepada jiran-jiran yang tidak ada kepentingan dalam industry walit.

Namun begitu saya rasa terdapat beberapa kaedah lain untuk menjadikan habitat makro yang lebih kondusif untuk industri burung walit ialah dengan membiakkan lalat buah (Drosophila sp.).. Lalat buah jiga adalah makanan kegemaran burung walit. Lalat buah mudah untuk dibiakkan . Banyak cara yang telah diketahui untuk membiakkan lalat buah ini. Cara yang paling mudah adalah dengan meletakkan buah-buahan seperti nanas, tomato, dan pisang yang sudah masak disekitar RBW dan biarkan begitu. Dalam masa satu minggu kemudian, lalat buah akan berkembangbiak. Cuma kita kena pastikan buah-buah itu tidak kering. Kerana jika buah-buahan tersebut sudah kering, lalat buah tidak akan berkembangbiak lagi.

Saya difahamkan di Indonesia pernah dicuba untuk memelihara walit secara kurungan atau didalam sangkar yang besar. Serangga dibiakkan untuk diberi makan kepada burug walit ini. Namun katanya kaedah berkenaan tidak ekonomik berbanding dengan kaedah semula jadi. Jangan tertipu dengan kaedah yang ingin memancing duit anda yang sebegini.

Menurut Pak Hartono yang pernah melaksanakan pembiakan serangga disekitar rumah walitnya mendapati bahawa seranga yang dibiak telah mengubah ekosistem dipersekitaran sehingga menyebabkan makanan diwarung-warung dan dirumah tetangga cepat basi.

Ada yang bertanya mengapa dua buah RBW bersebelahan mempunyai hasil yang berbeza. Bangunan rumah kedai yang bersebelahan diubahsuai menjadi RBW oleh konsultan yang sama. Tetapi keberhasilannya amat berbeza. Sebuah daripadanya sukses manakala sebuah lagi tidak Berjaya. ?

Ada yang bertanya mengapa dua buah RBW bersebelahan mempunyai hasil yang berbeza. Bangunan rumah kedai yang bersebelahan diubahsuai menjadi RBW oleh konsultan yang sama. Tetapi keberhasilannya amat berbeza. Sebuah daripadanya sukses manakala sebuah lagi tidak Berjaya. ?.

Saya katakan kepada mereka bahawa kita harus kembali kepada rezeki Allah. Kita manusia cuma mampu berikhtiar. Allah menentukan segalanya. Noktah! Tiada persoalan lagi. Kalau begitu jawapannya tak perlulah berusaha lagi. Persoalan begini bukan sekadar bualan tetapi hakikat yang terpaksa diterima oleh pengusaha.

Pada penglihatan umum memanglah begitu. Orang yang sama mengendalikannya, adalah tidak munasabah habitat dalamannya jauh berbeza. Walau bagaimana pun perlu diingat bahawa walit hidupnya berkoloni, maka salah satu faktornya adalah kerana koloni. RBW mana koloni tersebut dapat menyesuaikan diri terlebih dahulu. RBW tersebutlah yang akan Berjaya.

Begitu juga unsur-unsur habitat dalaman yang sedia ada dalam bangunan tersebut. Dua buah RBW yang bersebelahan tidak semestinya mempunyai habitat mikro yang sama. Mungkin suhu berbesa, kelembapan berbeza, ventilasi yang berbeza dan lain-lain perkara yang digemari oleh walit tidak terdapat didalamnya. Adalah mustahil dua buah RBW yang bersebelahan mempunyai habiatat mikro yang 100% sama.

Dua RBW yang sama tidak semestinya memberikan hasil yang sama jika dibina pada lokasi yang berbeza. Walau pun kondisi yang sama. Namun habitat makro dan mikro yang berbeza. Itulah keyunikannya dalam industri burung walit ini.

Seorang pengusaha memberitahu bahawa RBW beliau yang berukuran 30′ X 70′ dengan ketinggian 5 tingkat telah berjaya didiami burung walit sebanyak 20 pasang. Terdapat 20 sarang katanya. RBW tersebut dibina dua tahun yang lalu. Tahniah kepada pengusaha tersebut yang nampaknya telah Berjaya.

Sebuah koperasi pula memberitahu saya bahawa RBW milik koperasi telah didiami oleh 80 pasang burung walit (berdasarkan 80 buah sarang yang ada) . Kedua buah RBW diatas dibina pada tarikh yang sama.Beza antara keduanya ialah lokasi, saiz, konsultan yang membangunksnnya.

RBW yang ada 20 pasang adalah bangunan baru sedangkan RBW yang terdapat 80 sarang adalah bangunan lama rumah kedai yang diubah suai. Mengapa keduanya berbeza ?. Konsultan yang membangunkan keduanya adalah bebeza.

Mengapa keadaan yang berbeza begini berlaku?. Adakah ia disebabkan oleh nasib atau kebijaksanaan konsultan yang menguruskannya. Atau pun faktur lokasi semata-mata. Banyak persoalan yang perlu diulas dan dan dikupas.

Tak tahulah bila ada pihak yang mencadangkan RBW untuk PPRT dengan kos RM10,000. Biasanya projek PPRT ini dibina oleh kontraktor. Jika projek RM10,000.00 keuntungan kontraktor RM2,000 hingga RM3,000. Maka projek sebenar untuk PPRT ialah RM7000. Ini adalah cadangan yang bodoh. Tak kanlah hendak merendahkan martabat industry walit sampai begitu sekali.

Burung walit gemar bersarang pada ruangan sudut.

Mengubahsuai bangunan menjadi RBW tidak mendatangkan kesan yang signiqan kepada keindahan bandar kerana mengubahsuaian hanya melibatkan rekabentuk dalaman sahaja. Pengubahsuaian dilakukan pada tingkat paling atas sekali. Ia itu pada lantai ke empat sahaja. Ia tidak akan mendatangkan kesan yang langsung kepada bangunan tersebut.

Penggunaan peralatan yang terkini dan moden menjadi faktor kejayaan terhadap RBW tersebut. Pemasangan kayu plank yang tepat dengan kedudukan ruang dapat membantu walit bersarang pada sudut-sudut yang sesuai. Walau pun sarang sudut ini nilainya rendah berbanding dengan sarang biasa. Namun ruang yang ada dapat membantu walit bersarang. .

Pembudidaya tidak menggemari sarang sudut seperti ini. Walau bagaimana pun kedudukan sut tersebut digemari oleh burung walit. Peringkat awal sememangnya walit akan memilih kawasan sudut seperti ini. Bila kawasan seperti ini dipenuhi oleh sarang-sarang walit sarang super akan terjadi pada kawasan ini..

Jabatan Perhutanan Terengganu membekalkan 20 batang pokok karas bagi setiap penduduk yang berminat untuk ditanam di sekeliling rumah selain memberi tunjuk ajar tentang cara penanaman dan penjagaan.

Jabatan Perhutanan Terengganu sedang menjalankan kajian tentang potensi pokok karas untuk dijadikan ubat darah tinggi dan kencing manis. Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Datuk Azani Ujang berkata jabatan itu telah pun menjalankan ujian secara testimonial sejak dua tahun lepas dan setakat ini ia menunjukkan kesan positif dalam mengurangkan gula dalam darah selain mengawal tekanan darah.

“Sebelum ini mungkin orang ramai mengetahui pokok karas hanya boleh dijadikan kayu gaharu yang minyaknya digunakan sebagai antara ramuan untuk menghasilkan minyak wangi.
“Namun inisiatif yang dijalankan oleh Pejabat Hutan Terengganu mendapati daun karas yang diproses menjadi teh bersama beberapa herba juga berpotensi untuk dijadikan sebagai ubat darah tinggi dan kencing manis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Projek Ladang Karas di Hutan Simpan Merchang, di sini Isnin yang turut disertai oleh Pengarah Jabatan Hutan Negeri Nor Akhiruddin Mahmud.

Razani berkata teh tersebut telah pun dipasarkan secara kecil-kecilan oleh Jabatan Perhutanan negeri tahun lepas dan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai kerana keberkesanannya. Bagaimanapun, katanya ujian secara klinikal masih lagi dijalankan untuk mengesahkan perkara tersebut. Selain itu, katanya rekod menunjukkan selain dijadikan minyak wangi, gaharu turut boleh dijadikan sebagai ubat selepas bersalin, anti biotik, anti kanser, penyakit kewanitaan, demam, sakit perut dan sakit badan.

Mengulas mengenai projek penanaman karas, Razani berkata ia berpotensi dalam memberi impak kepada peningkatan ekonomi penduduk luar bandar selain mampu menjadi sumber baru ekonomi baru negara.

“Satu ekar (0.45 hektar) ladang karas mampu memberi pulangan sebanyak RM130,000 dalam masa setahun dan ia boleh menjana pendapatan negara dan penduduk kerana kayu gaharu itu sendiri mendapat permintaan tinggi dari Timur Tengah,” katanya.

Sementara itu, Nor Akhiruddin berkata Jabatan Perhutanan Terengganu membekalkan 20 batang pokok karas bagi setiap penduduk yang berminat untuk ditanam di sekeliling rumah selain memberi tunjuk ajar tentang cara penanaman dan penjagaan.

“Apabila cukup usia tuainya, ia mampu membantu meningkatkan pendapatan ekonomi penduduk yang terlibat dan setakat ini seramai 198 orang telah pun berdaftar dengan jabatan untuk menyertai program itu,” katanya. Dipetik daripada teganuku.

Kempen menanam 26 juta pokok dilancarkan diseluruh negara. Alangkah baiknya jika penanaman pokok karas untuk gaharu dijadikan fokus utama.


22 April 2010 Marang. Majlis pelancaran menanam pokok 26 juta bagi menghijaukan bumi telah dilancarkan oleh Hj. A.Rahman Che Ali Pegawai Daerah Marang bagi peringkat daerah. Penanaman bokok ini seharusnya dijadikan budaya hidup untuk memelihara ekosistem bagi faedah generasi yang akan datang. Sasaran 26 juta pokok diseluruh negara adalah untuk setiap rakyat Malaysia menanam sekurang-kurangnya satu pokok.

Selaras dengan itu Terengganu yang akan menjadikan eko-pelancongan sebagai sumber pendapatan baru menerapkan konsep pembangunan mampan untuk rakyat. Pemeliharaan alam sekitar akan terus diberi tumpuan. Bukan sahaja menghijaukan bumi tetapi juga ekosistem kawasan kepulauan dan lautan akan terus diberi tumpuan.

Selaras dengan sasaran penanaman 26 juta pokok seluruh negara adalah baik pokok yang ditanam itu mampu memberikan pendapatan yang lumayang kepada rakyat. Apa lagi pokok yang mampu memberikan pendapatan tinggi tersebut jika tidak pokok karas atau gaharu.

Penaman pokok karas auatu gaharu ini akan meningkatkan pendapatan rakyat luar bandar agar jurang ekonomi Bandar dan Desa dapat dihapuskan. Kawasan luar bandar terdapat tanah terbiar yang tidak diusahakan . Oleh itu dengan mengusahakan tanah terbiar dengan tanaman yang mempunyai potensi ekonomi yang tinggi ini menjadikan nilai tanah diluar bandar meningkat mendadak.

Pokk gaharu juga boleh dijadikan tanaman integrasi dengan tanaman sediaada saperti getah dan sawit untuk menjana pendapatan lebih lumayan. Sekiranya ini dilaksanakan dengan baik saya percaya ia dapat mengurangkan kadar kemiskinan tegar di kalangan PPRT dan penduduk Luar bandar.

Program untuk menghijaukan tanah lapang dan tanah gondol agar tidak berlaku hakisan tanah, tanah runtuh dan banjir tentukan dapat membantu ekosistem dan alam sekitar. Sekali gus menjadikan bumi Terengganu khususnya dan bumi Malaysia lebih subur untuk ternakan walit juga.

Sekiranya gaharu dijadikan tanaman utama untuk menghijaukan bumi pasti Malaysia mampu menjadi pengeluar gaharu utama dunia dan memenuhi permintaan pasaran dunia gaharu yang terus meningkat kerana gaharu Asli semakin pupus.

Majlis-Majlis Daerah sepatutnya menjadi pokok gaharu sebagai lanskap yang mempunyai nilai ekonomi bagi kawasan perumahan dan sepanjang jalan.
Untuk merealisasikan matlamat ini Kerajaan boleh memberi bantuan anak pokok di antara 50 – 100 pokok bagi satu keluarga untuk ditanam sekitar rumah atau kebun berdekatan kampong atau tanah terbiar.
Pokok gaharu yang mencapai diameter 15cm satelah Inokulasi selama 2 tahun mempunyai nilai RM1,000 hingga RM2,000 sepokok. Setiap pokok boleh menghasilkan pendapatan untuk tempih 10 hingga 15 tahun.

Impian untuk menjadi jutawan boleh di realisasikan melalui penanaman gaharu. .

Terengganu adalah tanah yang paling subur dan terbaik untuk industri burung walit di Malaysia


Burung Walit merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur. Burung ini berwarna gelap, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh sedang/kecil, dan memiliki sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing, kakinya sangat kecil begitu juga paruhnya dan jenis burung ini tidak pernah hinggap pada objek keras seperti ranting pokok dan taliaan letrik.

Burung walit biasanya mendiami gua-gua dipersisiran pantai di Terengganu atau rumah-rumah burung walit yang dibina khusus untuk membudidaya burung walit. Gua-gua yang menjadi habitat asal burung walit ini berkeadaan gelap dan lembab. Kegelapan yang terdapat dalam gua ialah remang-remang cahaya dua batang lilin hingga gelap. Rumah-rumah untuk burung walit juga berkeadaan lembab dan gelap.

Burung walit akan menggunakan langit-langit gua untuk meletakkan sarang sebagai tempat beristirahat dan menbiak. Manakala didalam rumah burung walit kayu-kayu beluti dibina khusus untuk tujuan tersebut.

Hasil dari penternakan (pembudidaya) walit ini adalah sarangnya yang terbuat dari air liurnya (saliva). Sarang walit ini selain mempunyai harga yang tinggi, juga dapat bermanfaat bagi kesihatan. Sarang walit berguna untuk menyembuhkan penyakit paru-paru, panas dalam, melancarkan peredaran darah dan penambah tenaga.

Masyarakat Cina sejak Dinasti Ming lagi mempercayai bahawa sarang burung walit mempunyai manafaat yang besar untuk kesihatan. Oleh itu langkah Kerajaan Negeri Terengganu yang di ketuai sendiri oleh YAB Menteri Besar meneroka peluang pasaran hasil sarang burung tersebut dinegeri China.

Sesungguhnya terengganu mampu menjadi pengeluar sarang burung yang utama di Malaysia kerana sifat muka bumi negeri Terengganu yang subur dan bebas dari pencemaran industri menjadi habitat yang terbaik untuk kehidupan burung walit. Hakikat bahawa seluruh kawasan di Negeri Terengganu adalah kawasan yang sesuai untuk burung walit.

Di persisiran pantai mahu pun di pendalaman negeri Terengganu adalah habitat yang sesuai untuk kehidupan burung walit. Kajian yang di keluarkan oleh Jabatan PERHILITAN menunjukkan bahawa seluruh kawasan di negeri Terengganu boleh diusahakan industri burung walit. Bermula dari Daerah Kemaman di Selatan hinggalah Besut di utara terdapat banyak sentra walit yang terjadi sejak berbelas tahun yang lalu.

Diantara Bandar yang telah terjadi sentra walit adalah Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Berang, Jertih dan Kuala Besut. Burung walit yang mendiami gua-gua persisiran pantai Daerah Dungun, Marang, Kuala Terengganu , Setiu dan Besut telah menjadikan kawasan daratan berdekatan untuk memburu makanan.

Kewujudan bangunan dibandar yang diubahsuai secara haram menjadi rumah walit menyebabkan kawasan Bandar diatas telah berubah menjadi sentra walit..

Terengganu dijangka menjadi pembekal utama sarang burung walit berkualiti tinggi ke China


Terengganu pembekal utama sarang burung

Terengganu kini dalam proses menjadikan industri sarang burung sebagai satu lagi prospek pendapatan kerajaan negeri” Ahmad Said (MenteriBesar)
Permintaan tinggi dari China galak industri: Ahmad ; Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
Kuala Terengganu 19 April 2010
Terengganu dijangka menjadi pembekal utama sarang burung walit berkualiti tinggi ke China, berdasarkan permintaan tinggi dari negara itu terhadap sarang burung dari negeri ini yang kini mengeksport antara 50 hingga 100 kilogram (kg) sebulan ke republik itu.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata kunjungan rombongan kerajaan negeri ke Guangzhou, China selama lima hari bermula semalam, selain mewujudkan penerbangan terus dari bandar itu ke Kuala Tereng¬ganu dan meninjau peluang pelaburan baru, bertujuan melihat aspek pemasaran sarang burung yang boleh ditembusi.

Beliau berkata, Terengga¬nu kini dalam proses menjadikan industri sarang burung sebagai satu lagi prospek pendapatan kerajaan negeri dan sebagai permulaan akan membuka kawasan industri sarang burung walit seluas 20 hektar di Telaga Papan, Setiu untuk menampung permintaan yang semakin meningkat.

“Kita tahu sarang burung ini berharga mahal mencecah RM7,000 untuk gred 1. Sarang burung dari Terengganu menerima permintaan tinggi dari China kerana produk kita berkualiti tinggi berbanding negara lain seperti Indonesia kerana kita tidak ada pencemaran seperti di sana.

“Melihatkan potensi sarang burung walit ini, kita sudah mengenal pasti beberapa kawasan untuk dijadikan kawasan perindustrian burung walit dan untuk permulaan di Telaga Papan. Kita juga berhasrat menjadikan industri ini sebagai pendapatan untuk warga miskin yang akan kita mulakan tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini, sebelum berlepas bersama 177 anggota rombongan ke Guangzhou. Misi kunjungan itu antara lain mempromosi sektor pelancongan negeri, mencari peluang perniagaan dan perdagangan serta mendedahkan usahawan tempatan dalam pengurusan perniagaan.

Rombongan itu dianjurkan Dewan Perdagangan Malaysia China (Terengganu) bersama syarikat swasta, Value Reward Sdn Bhd dan Travelsight. Hadir sama pada sidang media itu Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Toh Chin Yaw dan Pengarah Eksekutif Berita dan Ope-rasi Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A Talib.

Sementara itu, Ahmad berkata, dalam kunjungan ke China kali ini juga kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Guangzhou serta Jabatan Perancang Bandar danLandskap untuk mengadakan dialog, termasuk mengenai perusahaan burung walit, pembangunan Tasik Kenyir sebagai lokasi memancing dan pelancongan serta peluang pelaburan dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Katanya, selain itu, rombongan berkenaan juga akan menyertai Ekspo Komoditi Eksport dan Import (Canton), iaitu acara perdagangan terbesar di Asia yang diadakan dua kali setahun dan menarik lebih 200,000 peniaga dari seluruh dunia, dengan jumlah dagangan pameran dianggarkan bernilai lebih RM106 bilion setiap kali pen-ganjurannya.

Beliau berkata, selain Guangzhou, kerajaan negeri juga merancang mengadakan penerbangan terus ke Shanghai, serta Phuket dan Bangkok, dalam usaha meningkatkan sektor pelan¬congan negeri dan menjadi¬kan LTSM sebagai terminal penerbangan antarabangsa di Pantai Timur.

Malaysia berpotensi menjadi negara pengeluar gaharu yang utama di dunia.


Gaharu digunakan terutamanya sebagai minyak wangi dan minyak asas bagi penyediaan wangian terbitan. Kayu gaharu yang dibakar mengeluarkan asap wangian yang digunakan sebagai dalam majlis keagamaan pelbagai kepercayaan agama. Terdapat syarikat wangian terkenal telah menggunakan minyak gaharu sebagai rumusan wangian iaitu YSL no. 7. Gaharu juga telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati lelah dan sakit perut. (Cites. 2005). Penggunaan gaharu dalam berbagai aktiviti menjadikan permintaan untuk gaharu merentasi sempadan agama, sempadan bangsa dan sempadan negara. Malah sempadan hidup dan mati.

Ketika kematian gaharu digunakan. Tiada bangsa yang tidak suka kepada wangian, menjadikan pasaran untuk minyak gaharu berada dimana sahaja. Banyak amalan keagamaan menekankan kepada wangian. Tidak hairanlah permintaan untuk gaharu sangat tinggi daripada dahulu hingga sekarang.

Industri gaharu di Malaysia secara amnya adalah kekurangan maklumat dalam mengemaskini peraturan penuaian gaharu yang lebih efektif dan berkekalan didalam Hutan Asli. Selain daripada itu, pengetahuan yang minima dalam usaha untuk memastikan pengeluaran gaharu yang berkekalan secara in-situ dan ex-situ termasuk aktiviti perolehan bahan tanaman, pemeliharaan dan regim pengurusan perladangan merupakan cabaran yang dikenalpasti. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) juga masih belum meluas dalam aspek-aspek :-

• Pembaikbiak bakaan pokok;
• Ketidakpastian kedapatan gaharu di dalam batang pokok karas
• Kaedah penghasilan gaharu yang bergred tinggi.
• Pembangunan produk berasaskan gaharu

Satu kertas laporan tentang isu-isu dan cabaran industri gaharu di Malaysia telah disediakan oleh pihak MINT, hasil daripada kajian yang telah dibuat pada tahun 2005.

Malaysia adalah sebuah negara di Asia Tengara yang cukup berpotensi dalam penghasilan gaharu pada masa hadapan . Malaysia terletak di rantau Asia Tenggara yang mengalami
cuaca tropika yang sesuai untuk penanaman pokok gaharu bagi perlaksanaan projek-projek perladangan gaharu.

Produk gaharu dari Malaysia terkenal dengan mutu resin dan minyaknya yang tinggi dan masih terdapat sumber asli yang mudah diperolehi. Oleh itu para penyelidik Malaysia sedang giat menjalankan penyelidikan dalam penghasilan resin gaharu secara aruhan. Kegiatan bagi melakukan inokulasi keatas pokok-pokok yang berada dihutan asli mahu pun yang tumbuh didalam kebun milik persentian sedang giat dilaksanakan.

Kerajaan Malaysia member galakan yang serious dalam industry asastani bagi menjadikan Malaysia sebuah Negara yang berpendapatan tinggi selaras dengan model ekonomi baru yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Jabatan Perhutanan Terengganu mengesahkan burung walit (layang-layang laut) terdapat di semua pulau-pulau di persisiran pantai Terengganu dengan mengeluarkan tender bagi mengambil sarang burung di pulau-pulau yang terdapat di Dungun hingga ke Besut.


Terengganu negari yang kaya dengan flora dan faunanya. Sesuai dengan slogan pelancongan sejak zaman Menteri Besar Dato’ Sri Amar Di Raja Wan Mokhtar Ahmad dahulu lagi Terengganu dikenali sebagai Neger Cantik Budaya Menarik dan Orangnya Baik. Kini Negeri Terengganu dibawah kepimpinan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said dengan gagasan “ Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan ”. YAB Menteri Besar memfokuskan pentadbiran dan pembangunan yang mesra rakyat. Setiap pembangunan negeri yang hendak dilaksanakan adalah untuk faedah rakyat. Pembangunan yang dilaksanakan seharusnya dirasai oleh rakyat.

Terengganu menurut Dato’ Ahmad Said tidak lagi boleh bergantung terus kepada sumber petroleum sahaja. Sebaliknya harus mencari sumber ekonomi baru untuk melaksanakan pembangunan kepada rakyat. Diantara sumbernya ialah sector pelancongan dan sumber hasil bumi yang lain seperti bijih besi dan simpinan sulfur yang tinggi.

Tanpa kita semua sedari bahawa kepulauan yang berada dipersisiran pantai Negeri Terengganu sememangnya kaya dengan faunanya. Khususnya burung laying-layang laut yang lebih dikenali sebagai burung walit. Semua pulau-pulau di Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Setiu dan Besut telah dikenalpasti dengan kehidupan fauna burung walit ini. Kedapatan burung walit ini tentunya mempunyai daya tarikan pelancong yang terdiri dari peminat-burung walit samada mereka yang bergiat dengan membudidaya walit secara artificial yang ingin mempelajari secara langsung habitat asli burung walit di gua-gua yang terdapat dikepulauan tersebut.

Kedapatan burung walit gua-gua dipersisiran pantai Terengganu ini disahkan dengan pengeluaran iklan mengambil sarang burung laying-layang laut (walit) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Tertengganu. Tawaran tersebut terbuka kepada Pemborong-Pemborong Yang Berdaftar Dengan Jabatan Hutan Negeri Terengganu Di Bawah Jadual Keempat Kaedah 23 Butiran 4(b) Kaedah-Kaedah hutan 1986.

Tawaran adalah dipelawa dari pemborong-pemborong Bumiputra yang berdaftar dengan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu di bawah Pendaftaran Mengambil Hasil Hutan Kecil dan pendaftarannya masih berkuatkuasa untuk bekerja mengambil sarang burung laying-layang laut.

Pengeluaran lesen dan peraturan mengutip sarang burung laut adalah tertakluk
kepada syarat-syarat lesen dan Kaedah-kaedah Hutan 1986. Antara peraturan-
peraturan mengutip sarang burung layang-layang laut adalah :-

1. Memelihara populasi burung layang-layang laut supaya tidak pupus.
2. Mempastikan tidak berlaku kemusnahan ke atas persekitaran
kawasan yang boleh menjejaskan habitat burung burung.
3. Bertanggungjawab sendiri dengan sepenuhnya dalam kerja-kerja
mengambil sarang burung layang-layang laut dan tidak dikontrakkan
kepada orang lain.
4. Kutipan sarang burung layang-layang laut akan dihadkan tidak lebih
tiga (3) kali sahaja dalam satu tahun iaitu setiap empat (4) bulan
sekali.
5. Tempoh sah lesen adalah diberi dari rstahun ke setahun untuk tidak
lebih dari dua (2) tuhun.
Kerajaan boleh membatalkan atau tidak membaharui lessen mengambil sarang burung layang-layang laut tanpa apa-apa gantirugi sekiranya berlaku perlanggaran syarat-syarat

Pengarah Hutan Negeri Terengganu berhak mengenakan Iain-lain bayaran yang berkaitan dengan lesen atau membatalkan lesen tersebut jika didapati pekerjaannya tidak maju atau erdapat sebarang perlanggaran syarat-syarat lesen atau undang-undang berkaitan. Pemberitahu tawaran ini dan pelan kawasan boleh dilihat di Pejabat Perhutanan Negeri dan Pejabat-Pejabat Hutan Daerah.

Namun begitu tawarannya telah ditutup pada pukul 12.00 tengahari pada 15 April 2010 yang lalu. Tawawaran tersebut meliputi gua-gua yang terdapat di Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besardi Besut. Pulau Redang, Kuala Terengganu dan Pulau Tenggol termasuk pulau-pulau disekitarnya, Dungun.

Ini membuktikan bahawa Terengganu merupakan syurga bagi pembdidaya burung walit di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Sekiranya produk ini dieksploitasi dengan baik nescaya ia bakal menjadi produk pelancongan Negeri Terengganu.

Kerajaan Terengganu akan mengadakan kerjasama dengan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dalam usaha membawa pelancong timbal balik antara Terengganu dengan negara China.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata AirAsia akan membawa pelancong dari Guangzhou, China ke Terengganu bermula Ahad ini dengan kerjasama Dewan Perniagaan China Terengganu (DPCT).

“Selepas ini kita merancang mengadakan pula kerjasama dengan syarikat penerbangan Orient Flight Airline dari Thailand bagi membawa jemaah haji negara itu melalui Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Kuala Terengganu.

“LTSM kita mempunyai kemudahan lengkap sebagai sebuah lapangan terbang antarabangsa dan apa gunanya lapangan terbang yang dibina pada harga RM930 juta itu jika tidak ada penerbangan peringkat antarabangsa,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco semalam.

Sebelum itu, kerajaan Terengganu telah mengadakan kerjasama dengan FireFlay untuk membawa pelancong dari Singapura terus ke Terengganu dengan menanggung beberapa perbelanjaan seperti bayaran promosi, kos tempat meletak pesawat serta cukai lapangan terbang selama tiga tahun sebagai insentif.

Gaharu merupakan sejenis resin yang telah diketahui umum mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Bekalan yang ada hanya memenuhi 20% permintaan gaharu dunia.


Keputusan daripada Inventori Hutan Nasional 4 (NFI-4) yang telah dijalankan pad a tahun 2002 menunjukan taburan stok Karas (Aquilaria spp.) adalah sebanyak 3.06 juta pokok dengan anggaran isipadu 1.83 juta m3 dari saiz kebesaran 15 em diameter dan ke atas. Keputusan daripada inventori ini juga menunjukkan peratus yang tinggi pada pokok bersaiz diameter perepang 15 cm- 45 cm iaitu 95% bilangan pokok daripada kesemua pokok yang dibanci dan lebih kurang 66.8% jumlah isipadu pokok karas di keseluruhan Sem. Malaysia. Bagi kesemua negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, negeri Kelantan menunjukan jumlah stok anggaran bilangan pokok Karas yang tertinggi manakala negeri Pahang pula tertinggi anggaran dari segi isipadu pokok Karas.

.

Kekurangan pokok gaharu (Karas) Aquilaria spp. Amat ketara di Malaysia. Kekurangan ini adalah akibat ketamakan dan kejahilan manusia tentang gaharu. Pencari-pencari gaharu tanpa menghiraukan sama ada pokok gaharu yang ditemui dihutan terus menebangnya. Pokok gaharu yang tumbuh secara liar dan segar tidak mempunyai resin gaharu didalam. Namun begitu pencari gaharu terus menebang untuk mencari teras gaharu.

.

Dengan itu pokok-pokok gaharu yang berada dihutan semakin berkurangan . Jika aktiviti ini tidak dikawal maka generasi akan dating tidak ladi dapat melihat pokok-pokok gaharu ini. Langkah ‘SITES’ untuk mengawal kepupusan amatlah tepat sekali. Sekiranya perladangan gaharu tidak dilaksanakan dengan segera, adalah dikuatiri Malaysia tidak mampu lagi mengekspot gaharu.

.

Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh CITES, terdapat 20 negara yang terlibat di dalam perdagangan gaharu dan Malaysia dan Indonesia adalah pengeluar atau pengeksport terbesar gaharu. Menurut perangkaan dari tahun 1995 hingga 1997, Malaysia telah mengeksport sejumlah 340 ton (Semenanjung Malaysia) dan 530 ton (Sarawak). Dari jumlah ini sebahagian besamya adalah dieksport ke Singapura dan sedikit ke Taiwan dan Negara-negara Timur Tengah. Walau bagaimanapun, jumlah ini dipercayai sangat jauh rendah dibandingkan dari jumlah sebenar hasil gaharu yang dikeluarkan dari hutan-hutan Malaysia berdasarkan maklumat yang diperolehi sendiri oleh para penyelidik MINT.

.

Gaharu merupakan sejenis resin yang telah diketahui umum mempunyai nilai yang tinggi dimana nilai kayunya boleh mencapai sehingga RM15,000.00/kg manakala nilai minyaknya boleh mencecah RM50,000.00/kg. Data (Cites, 1997) menunjukkan negara-negara asia tenggara mengeksport lebih daripada RM48 juta ke Arab Saudi yang mana dianggarkan 26% dari nilai tersebut adalah datangnya dari sumber Malaysia. Diseluruh dunia, pasaran gaharu secara sah adalah berjumlah RM200 juta,.
Walau bagaimanapun jumlah ini dianggarkan hanyalah memenuhi sekitar 20% daripada permintaan sebenar gaharu dunia. Adalah dijangkakan bahawa transaksi gaharu boleh mencecah sehingga RM3 billion sekiranya sumber yang secukupnya mampu dibekalkan.

Perladangan gaharu dapat mengelakan kepupusan pokok gaharu.


Banyak pendedahan dan fakta-fakta bahawa gaharu merupakan perniagaan yang menguntungkan . Bagi merealisasikan hasrat tersebut perladangan dan pengilangan produk-produk gahayu merupakan inisiatif yang bernilai tinggi dari segi ekonomi dan penggunaan tanah.

Perladangan gaharu boleh dilakukan dengan kepadatan yang tinggi kerana pokok gaharu lebih suka hidup sebagaimana kehidupan kayu-kayan di hutan yang lain. Kepadatan penanaman ialah 1000 pokok seekar. Jarak penanaman yang boleh digunakan ialah 6’ X 6’.

Jabatan Perhutanan dan CITES merupakan agensi kerajaan yang bertanggung jawab terhadap industri ini dan gaharu asli telah dimasukkan dalam senarai CITES sebagai pokok-pokok yang kawal. Ini bertujuaan untuk mengelakan pokok gaharu ini pupus dari hutan asli.

Penerokaan hutan untuk mendapatkan kayu gaharu dibuat secara tidak terkawal oleh pengusaha yang tamak. Manakala program pemulihan semula hutan untuk melindungi kayu gaharu tidak dilaksanakan.

Didunia terdapat beberapa badan antarabangsa yang mengawal perdagangan spesis haiwan liar dan tumbuhan agar tidak terancam kepupusannya, iaitu satu badan perjanjian antarabangsa antara kerajaan. badan tersebut ialah CITES iaitu : the Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora. Ia ditubuhkan pada tahun 1960 untuk mengawal fauna dan flora daripada pupus. Ciri-ciri perdagangan adalah termasuk dari hasil produk yang diekstrak dari haiwan liar dan tumbuhan seperti produk makanan, barangan kulit, alatan muzik (dari kayu) dan juga ubat-ubatan. Walaupun sesetengah spesis hidupan liar adalah tidak terancam akan tetapi ianya untuk memastikan kewujudan dan tidak berlaku kepupusan di masa hadapan.

Kayu gaharu adalah adalah salah satu bahan yang dikawal oleh badan ini. Cara CITES mengawal perdagangan kayu gaharu ialah dengan cara menetapkan bahawa perdagangan kayu gaharu memerlukan permit. Sijil keselamatan dan ’stamping’ sering digunakan untuk permit-permit yang telah dikeluarkan bagi mengelakkan penipuan dan pemalsuan.

Jawapan yang paling jelas untuk mengelakkan kepupusan pokok gaharu ialah dengan melaksanakan perladangan hutan. Jika ini dapat dilaksanakan mampu penambahan populasi pokok gaharu yang berkurangan disebabkan pembalakan dan pencerobohan yang tidak terkawal./div>

Gaharu projek merealisaikan impian menjadi jutawan.

Penghasilan gaharu daripada batang pokok Karas tidak begitu difahami. Kebiasaannya penghasilan gaharu adalah disebabkan oleh kecederaan pokok atau tindakbalas ‘immune’ oleh pokok yang cedera akibat dari serangan kulat atau bakteria.

Akibat daripada kecederaan pokok dan serangan kulat terjadilah resin yang dikenali sebagai gaharu ini dalam batang pokok karas. .

Secara prinsipnya, terdapat 2 kaedah dalam penghasilan gaharu ini iaitu:- .
i. Kaedah konvensional (melibatkan takikan parang); dan .
ii. Kaedah bukan konvensional (melibatkan inokulasi buatan atau (inoculant) . .

Resin gaharu yang terhasil di dalam batang pokok karas, samada penghasilan melalui aruhan atau secara semulajadi adalah sukar untuk dikenalpasti kedapatannya dari luar. Apabila penebangan pokok dilakukan baru boleh dinilai kandungan sebenar gaharu tersebut.. Beberapa ciri-ciri luaran pokok dikenalpasti menunjukkan tanda-tanda pokok karas tersebut mempunyai kandungan resin. Kaedah atau teknik ini telah digunapakai oleh pencari gaharu sebelum menakik(memeriksa) atau menebang. Ciri-ciri luaran yang dipertimbangkan adalah seperti berikut: .

a. rumpun yang tidak subur dan dahan mengusut. .
b. Satang merekah, kering dan membengkak .
c. Kedapatan semut atau lubang-Iubang semut pada batang .
d. Satang kayu dibawah kulit bertukar dari warna kekuningan ke warna coklat. .
e. Keseluruhan pokok menunjukkan tanda-tanda tidak sihat dan menunjukkan biasanya bahagian pucuk pokok telah mati dan mereput. .

Walaubagaimanapun kaedah pengenalpastian secara pemerhatian luaran ini tidak dapat memberi jangkaan kuantiti dan kualiti resin yang terbentuk secara tepat. Mungkin penyelidikan perlu dilaksanakan untuk mencipta alat yang boleh mengukur kandunagan resin dalam pokok gaharu ini. .

Secara amnya dua produk utama dihasilkan daripada resin yang terbentuk di dalam pokok karas ini iaitu kayu gaharu pelbagai gred dan minyak gaharu yang diekstrak dari kayu gaharu gred rendah. .

Biasanya kayu gaharu akan dibakar terus bagi mendapatkan bauannya manakala minyak gaharu akan digunakan dalam industry minyak wangian dari perbagai jenama. Harga semasa kayu gaharu adalah daripada RM5 hingga RM17 ribu sekilo manakala minyak dijual dengan harga RM300 – RM800 /12ml (tola) .

.
Anggaran Ekonomi Setiap Ekar Penanaman .

Perincian kos dan keuntungan bagi setiap ekar penanaman karas masih di dalam peringkat kajian, walaubagaimanapun secara kasarnya kos yang dianggarkan adalah sekitar RM250,OOO.OO selama 6 tahun untuk seekar dan boleh menghasilkan pendapatan kasar minimum sejumlah RM1juta. (RM1000,000) .

Pembangunan rumah burung walit di kawasan centra walit. Isu dan masalah.


Berikut adalah e-mail yang saya terima dari seorang penjengok blog jahaniwalit. Ingat pagi ini nak tulis mengenai gaharu. Tetapi tak apalah, rasa-rasa nak respond e-mail ini dahulu.

Salam Pak Jahani,

Terima kasih atas pendapat Pak Jahani. Kawasan kuala memang banyak burung walet kalau tengok banyaknye rumah-rumah burung walit yg sungguh-sungguh orang bina di situ. Design sesetengah rumah burung walit di kawasan tu ada yang hamper-hampir sama rupanya…macam dari kontraktor (consultan) yg sama atau empunya yg sama. Banyak betul budget orang ya! Pak Jahani.

Minggu ini baru nak tengok lagi tanah. Rasa mahu beli. Mungkin beberapa tahun lagi baru
buat rbw disitu, bila banyak rumah burung walet disitu dipenuhi burung-burung walit.

Kami plan nak bina rbw dan jika boleh hendak mendapat hasil yang cepat, ingat tak buat besar sangat, sebab budget pun tak banyak. Pak Jahani ada cakap rbw setingkat pun memberi hasil yang cukup lumayan. Kawasan Kuala Perlis yang banyak rbw hasilnya mengambil masa yang lama jugak, competition antara rumah-rumah burung walit untuk memancing burung walit juga rasanya tinggi.

Ada jugak tengok kawasan pemburuan di kampung berdekatan hutan-hutan simpan. Test hari itu banyak betul burung walit respond. Belum nampak lagi sebarang rbw disitu. Kawasan ini
Rasanya kawasan pemburuan seperti ini lebih baik untuk bina rbw dalam masa terdekat ini. Bukan begitu Pak Jahani?

Pak Jahani ada cakap kan kos RM200 ribu untuk binaan rbw 20′ x 50′. Adakah Pak Jahani kenal dengan kontraktor rbw yang sudah banyak membina rbw yg telah berjaya dan penuh dengan burung-burung walet? Memang impian kami untuk bina sebuah rbw pada tahun ini :

Terima Kasih. Wassalam.

Pertamanya terima kasih diucapkan kerana sudi berkongsi pengalaman. Sekiranya ada pembaca yang sudi berkongsi pengalaman sila e-mail kepada saya jahani@jahaniwalit.com

Bersama ini saya lampirkan gambar contoh RBW yang bakal menjadi centra walit ( gambar ini bukan di kawasan Kuala Perlis) . Pembinaan rumah walit adalah projek orang kaya-kaya orang berada. Peniaga yang Berjaya atau taukeh Cina yang kaya raya. Penglibatan kaum bumiputera khususnya orang Melayu dalam industri ini di Malaysia cuma 8% hingga 10%. Sahaja. Tahun 2005 bilangan RBW yang ada di Semenanjung Malaysia adalah 50,000 premis yang didaftarkan.

Minggu lepas dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu dibangkitkan mengenai projek RBW untuk program PPRT dengan bantuan RM10,000 sebuah. Katanya buat RBW kecil pun boleh berjaya juga. Kata EXCO yang menjelaskan perkara ini tak ada masalah boleh Berjaya. Saya dah tengok sendiri katanya.

Itulah masalah kerajaan nak bantu orang miskin tetapi Nampak macam nak lepas batuk ditangga sahaja. Untuk tujuan politik katakana.. Tak mahu komen banyak nanti orang marah pulak. Bagi mereka yang mampu boleh dapatkan pembiayaan dengan Agrobank.

Menternak burung walit bukan macam menternak ayam kampong. Kita boleh beli anak dipasar dan sediakan reban beharga RM1000 dah OK. Membudidaya burung walit memerlukan kemahiran dan pengetahuaan yang luas. Jika tak ada ilmu baik masuk je skim cepat kaya burung walit yang amat popular sekarang. Khabarnya skim tersebut berselindung disebalik persatuan. Boleh beli syer dalam projek RBW.

Oleh itu berhati-hati bila nak pilih kontraktor kerana ramai tukang yang boleh bina bangunan, tetapi tidak ramai yang tahu bagaimana untuk memancing walit masu dan mendiami RBW yang dibina. Masa test memang ramai walit yang datang lebih-lebih lagi bila test itu menggunakan suara stress (atau macam-nama yang digunakan) tetapi bukan suara untuk memikat burung.

Nak Berjaya dalam persaingan dalam kawasan RBW bukan mudah. Pengalaman saya membudidaya di kawasan centra walit di Kemaman dan Kampong Cina Kuala Terengganu. Bukan sesuatu yang mudah untuk bersaing dengan mereka yang telah Berjaya dan berpengalama..

Pokok karas/depu atau Aquilaria spp. dalam family Thymelaecae boleh menghasilkan ”agarwood” atau lebih dikenali dengan Gaharu. Spesis Aquilaria malaccencis adalah merupakan salah satu spesis yang mempunyai nilai komersil yang tinggi dan merupakan spesies yang sesuai ditanam di Malaysia.


Pokok karas/depu atau Aquilaria spp. dalam family Thymelaecae boleh menghasilkan ”agarwood” atau lebih dikenali dengan Gaharu. Spesis Aquilaria malaccencis adalah merupakan salah satu spesis yang mempunyai nilai komersil yang tinggi dan merupakan spesies yang sesuai ditanam di Malaysia. Kajian yang telah dilakukan oleh FRIM menunjukan Aquilaria malaccensis menunjukan pertumbuhan yang baik dalam apa jua keadaan geografi di Malaysia.

Aqualiria spp. boleh membesar sehingga 40 meter tinggi dengan diameter 40cm. Pokok asli yang terdapat dihutan akan menghasilkan gaharu hanya pada usia 20 – 45 tahun. Penghasilan gaharu hanya berlaku hasil tindakbalas bakteria atau fungus apabila terdapat kecederaan pada pokok. Pokok karas boleh hidup di tanah pamah dan juga kawasan berbukit sehingga ketinggian 750 meter dari paras laut.

Hanya pokok Depu/Karas/Aquilaria yang akan menghasilkan Gaharu, dan ia hanya boleh tumbuh di kawasan Asia Tenggara serta Selatan India dan China. Di Malaysia pokok tersebut boleh didapati di kawasan hutan dan boleh tumbuh di semua jenis tanah kecuali kawasan berair. Di Selatan Thailand ia ditanam di dalam Ladang Getah yang di selang seli oleh pokok Aqularia. Gaharu hanya boleh dihasilkan dari pokok ini dan tidak boleh dihasil secara artificial, oleh sebab itu permintaan dari Barat dan Asia Barat amat tinggi sehingga ia mempunyai nilai lebih mahal dari emas.

Oleh kerana permintaan dan nilainya yang amat tinggi, aktiviti pengambilan gaharu dari hutan asli di Malaysia banyak dilakukan dan ianya banyak menimbulkan masalah pencerobohan dan aktiviti haram yang sukar dikawal. Dengan aktiviti pengambilan hasil gaharu dari hutan asli yang berleluasa maka adalah dikhuatiri spesies pokok berkenaan akan pupus dari hutan asli jika langkah-langkah pencegahan dan altenatif lain tidak dilakukan segera.

Negara jiran seperti Vietnam, Thailand, Indonesia, Myanmar terdapat teknik penghasilan gaharu dari pokok karas ini dengan kaedah inokulasi. Teknik ini juga boleh dilaksanakan di Malaysia. Hasil kajian yang dilaksanakan oleh UPM, FRIM, MIND dan juga pihak swasta mendapati penhasilan gaharu juga boleh dihasilkan dari spesies Aqualaria Malaccensis.

Penggunaan kayu karas atau Aqualaria spp. dalam industri perkayuaan di mana kayunya digunakan dalam industri pembuatan kotak pembungkus, papan lapis, cenderamata, perabot, kasut wanita, sarung senjata, chopstick dan lain-lain.
Lain-lain kegunaan pokok karas dari jenis Aquilaria adalah untuk penghasilan teh dari daun tanaman tersebut yang dicampur dengan minyak gaharu. Bahan minuman tersebut adalah baik untuk kesihatan dan dipercayai boleh mencegah penyakit kanser.

Produk-produk yang telah dipasarkan dari Gaharu adalah seperti minyak wangi, sabun, lilin, kosmetik wanita iaitu gincu dan lotion. Disamping itu batang dan kulit kayu Aquilaria juga digunakan untuk penghasilan kertas yang dikhususkan untuk menghasilkan wang kertas.

Keistimewaan kayu gaharu atau aqualaria spp. Ialah kandungan kimia yang terdapat dalam gaharu merupakan komponen-komponen yang terdiri daripada sesquiterpenes, sesquiter-pene alcohol, kompoun oxygenated dan chromone. Selain itu, ia juga terdiri daripada komponen-komponen agarospiral, jinkohol-eramol, jinkool yang menghasilkan aroma gaharu.

Kegunaaan gaharu banyak kepada upacara keagamaan Cina, Unanai, Ayurvedic dan upacara kaum di Tibet. Ia digunakan sebagai pengharum rumah di Timur Tengah manakala di Papua New Guinea menggunakannya sebagai ubat-ubatan tradisional oleh masyarakatnya. Di masa sekarang ia turut digunakan dengan meluasnya sebagai bahan wangian dan kosmetik.

Terdapat lebih 15 spesies Aquilaria dikenalpasti terdapat di dunia ini yang mana mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Diantara spesies yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut;

1. Aquilaria acuminata 2. Aquilaria apiculata 3. Aquilaria baillonii 4. Aquilaria banaensae 5. Aquilaria beccariana 6. Aquilaria brachyantha 7. Aquilaria citrinicarpa 8. Aquilaria crassna 9. Aquilaria cumingiana 10. Aquilaria filaria 11. Aquilaria grandiflora 12. Aquilaria hirta 13. Aquilaria malaccensis 14. Aquilaria microcarpa 15. Aquilaria ophispermum 16. Aquilaria parvifolia 17. Aquilaria pentandra 18. Aquilaria rostrata Ridl. 19. Aquilaria rugosa 20. Aquilaria sinensis 21. Aquilaria subintegra 22. Aquilaria urdanetensis 23. Aquilaria yunnanensis

Di Malaysia terdapat 5 spesies yang dikenalpasti mempunyai nilai komersil yang tinggi dari segi kayu dan kualiti gaharu. Antara spesies yang dikenalpasti dan ciri-ciri yang terdapat pada pokok berkenaan adalah ;

1. Aquilaria hirta
Kawasan taburan semulajadinya Sepanjang Pantai timur Semenanjung Malaysia ia itu Terengganu, Pahang dan Johor. Pokok Kecil dalam lingkungan 15m tinggi, permukaan bawah daun berbulu, daun berbentuk ovate oblong.

2. Aquilaria beccariana
Kawasan taburan semulajadinya Kebanyakkan tumbuh di bahagian selatan (Johor) Pokok sederhana dalam lingkungan 20m, urat kedua daun lebih jelas, daun berwarna kelabu tidak berkilat.

3. Aquilaria rostrata
Kawasan taburan semulajadinya di Pahang (G. Tahan), habitat gunung. Ciri-cirinya mempunyai urat kedua daun tidak jelas.

4. Aquilaria malaccencis
Kawasan taburan semulajadinya terdapat di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak kecuali kedah dan perils. Ciri-ciri yang boleh dikenali ialah permukaan daun berkilat, runcing dan bujur.

5. Aquilaria microcarpa
Kawasan taburan semulajadinya terdapat Johor dan kawasan bakau. Ciri-cirinya pokok besar dalam lingkungan 36 m, buah kecil berbentuk hati..

Pembudidaya rumah burung walit (RBW) seharusnya memahami habitat makro dan habitat mikro.


Masalah utama pembudidaya walit ialah bagaimana untuk memancing lebih banyak walit datang dan mendiami RBW yang disediakan. Mengikut pengalaman pembudidaya yang lama-lama, memancing walit pada peringkat awal tidak menjadi masalah. Walit biasanya tertarik dengan suasana baru. Nanulri ingin tahu walit mendorongnya datang untuk memeriksa lokasi baru sesuai atau tidak untuk dihuni.

Oleh itu cara untuk meningkatkan populasi walit dikenali sebagai daya tarik dan faktor pendorong untuk walit tinggal dalam rumah burung walit (RBW). Faktor-faktor inilah yang perlu dikenal pasti dan diteliti keperluangnya. Mungkin sesetengah RBW bernasib baik mempunyai pendorong yang semula jadi.

Sebab itulah bagi memastikan agar rumah walit dapat dihuni dengan lebih ramai walit. Pembudidaya perlu melaksanakan kaedah-kaedah tertentu. langkah pertama adalah mengetahui faktor-faktor yang dapat menarik dan mendorong walit masuk ke dalam rumah walit. Faktor-faktor tersebut, dapat diperolehi melalui pengalaman dan ilmu mengenai sifat dan tabiat burung walit.

Secara umumnya kehidupan burung walit terbahagi kepada dua habitat. Dikalangan ilmuan walit ia dikenali sebagai habitat makro dan habitat mikro. Habitat mikro adalah habitat dalaman rumah walit. Manakala habitat makro adalah kawasan diluar atau disekeliling rumah walit. Ia adalah tempat burung walit mencari makan.

Oleh itu langkah pertama dalam membudidaya walit adalah penentuan lokasi terlebih dahulu. Pemilihan lokasi yang tepat member kesan yang amat besar terhadap kejayaan sesebuah RBW. Jika ini berlaku bermakna habitat makro telah dipilih dengan ideal. Namun begitu tidak mudah bagi seorang pembudidaya mampu memilih lokasi yang tepat. Kemampuan memilih lokasi ini bergantung kepada tanah yang dimiliki oleh seseorang pembudidaya walit.

Walau bagaimana pun habitat makro sahaja tidak mencukupi tanpa dibantu oleh habitat mikro juga. Habitat mikrolah factor utama yang menentukan daya tarikan untuk walit terus menghuni RBW tersebut atau tidak. Selalunya dalam area habitat mikro yang ideal akan terdapat banyak persaingan dalam mendirikan rumah walit. Kekuatan yang terdapat dalam habitat mikro inilah yang akan menentukan kemenangan dalam persaingan.

Antara lain keperluang dalam habitat mikro ialah suhu udara. kelembapan, tempat walit membuat sarang, aroma, ketenteraman dalam bangunan, suara koloni, cahaya dan ruang pusingan. Di dalam rumah walit, faktor-faktor tersebut harus diciptakan dan distabilkan pada kondisi yang ideal

.
Apabila pembudidaya mendapati perkembangan populasi rumah walit lambat atau tidak bertambah populasinya. Mungkin semakin berkurangan atau menjadi kosong maka ada beberapa faktor yang tidak kena dengan RBW tersebut. Penyebabnya perlu dikenal pasti dan diatasi segera.

Harga pasaran tanah meningkat dalam kawasan yang terhadap RBW


Mengapa populasi walit perlu bertambah dari masa kesemasa. Populasi walit sepatutnya bertambah dengan cara yang berganda. Seorang pengusaha pernah memberitahu kepada penulis bahawa rumah burung anda dikatakan sukses sekiranya populasi walit bertambah dengan cara berganda. Pada peringkat awal pembudidayaan walit telah mula menghuni dalam RBW bermakna ia telah memenuhi keperluan asas sebuah RBW. Pada bulan-bulan yang pertama rumah walit beroperasi andai kata terdapat sepasang walit membuat sarang ia dikira telah Berjaya. Tuan punya RBW dah bleh mengadakan kenduri besar.

Secara perkiraan mathematiknya. Dua ekar membuat sarang dan bertelor dua biji. Selepas anak-anak ini dewasa ia akan mencari pasangan masing-masing. Ini bermakna bilangan walit telah bertambah menjadi empat. Bertelor lagi dan beranak lagi dan seterusnya. bertambah secara berganda.

Sekiranya pertambahan begini berlaku secara vertkal ini, pembudidaya tidak menjadi masalah kerana populasinya sentiasa bertamabah. Namun begitu gambaran itu adalah theory yang paling aidil. Hakikat sebenarnya tidaklah seperti andaian tadi. Kadang-kadang cerita sedap ini hanyalah untuk memberi motivasi kepada pengusaha baru.

Populasi dalam RBW perlu dipertingkatkan kerana tujuan pembudidaya ialah untuk mendapatkan keuntungan yang berganda. Populasi burung walit yang ramai tentunya menggambarkan bilangan sarang juga banyak. Jumlah sarang yang terdapat dalam rumah walit tentunya ada perhubungan yang erat dengan populasi walit .

RBW yang mempunyai jumlah walit yang ramai didalamnya akan menaikkan harga pasaran untuk RBW itu sendiri. Begitu juga daerah atau kawasan yang mempunyai ramai walit tentu sekali menikkan harga pasaran tanah-tanah yang terdapat dalam kawasan tersebut. Apabila suatu daerah telah dikenal pasti berpotensi untuk budidaya walit maka harga tanah di sekitarnya akan naik. Juga.

Swiftlet farming rules to be out in two months


Thursday April 1, 2010

By OH ING YEEN

ingyeen@thestar.com.my

THE state government will come up with guidelines on swiftlet farming within two months, Kajang Municipal Council (MPKj) president Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman said at the full board meeting yesterday.

He was replying to councillor Tan Han Kuo’s question about guidelines for swiftlet farming as Tan said he had received complaints from residents.“The swiftlet farming issue is not serious in Kajang. It is carried out in commercial areas in Semenyih and, as far as I know, there are no such activities in residential areas,” he said.

On the issue of abandoned houses, councillor Lee Ah Seng said he once called a houseowner informing him that the council will take action to rid the premises of overgrown weeds. “However, the owner threatened to sue us for trespassing into private property,” he said.

Hassan said that a permit could be applied for cleaning the compound.“The owner will first be informed and if there is no action taken to clear the compound, MPKj has the right to enter the premises to clean the area and the cost will be charged to the owner. The police will also be informed,” he said. Hassan also said that senior citizens and the disabled in Kajang will enjoy free bus services next year.

“The community bus service, which costs RM200,000 a year, will be done via a privatisation programme. “It is currently in the planning stages. There will be 60 pick-up points and so far 30 have been identified, including the Menara MPKj and the Kajang hospital. “The locations are proposed by the company and the council will make the final decision for the location of the other pick-up points,” he said.

On the issue of collecting rent from night market vendors, Hassan said that the council is looking into revising the rent collection methods. The rates will also be reduced from the current RM5 to RM4. “Instead of having MPKj officers collecting the rent daily, we are looking into allowing the market organisers to carry out the collection.

“The state government decides on the collection rates, the council only decides on the method of collection,” he said. Meanwhile, councillor S. T. Chandramohan suggested that councillors be part of the crime lab programme in the Safe City initiative by the Housing and Local Government ministry.

In reply to the issue of old mini buses raised by a few councillors, Hassan said that the council will submit a list of old mini buses, particularly those over 15 years, to the Commercial Vehicles Licensing Board and Road Transport Department soon – BERNAMA

Serangan lipas dalam rumah burung walit.


Jika anda masuk kedalam RBW mendapati tiada sarang pada ruangan tertentu walaupun terdapat banyak kotoran najis walit pada lantai. Melihat pada tompokan najis adalah tidak munasabah burung walit tidak bersarang disitu. Jangan cepat menuduh RBW anda telah dimasuki pencuri.

Kehilangan sarang tersebut adalah angkara lipas. Serangan lipas cukup merungsingkan pemilik RBW .Pemusnah sarang walit ini begitu rakus membaham sarang hingga licin. Kerakusan lipas membaham sarang hingga tiada sisa lagi amat mengecewakan. Kedapatan lipas dalam rumah yang dihuni oleh manusia adalah perkara biasa. Ia adalah sangat sukar untuk dikawal. Lipas adalah serangga yang sangat jijik dan ditakuti oleh ramai kaum wanita.

Bila lipas menyerang rumah burung walit ia sudah menjadi ancaman ekonomi. Kepantasan pembiakan lipas dalam rumah burung amat cepat kerana medium pembiakannya adalah najis burung. Lebih-lebih lagi bila keadaan najis yang kering dan lambat dibersihkan. Lipas akan bertelor dalam najis burung. Anak-anak lipas terus membiak. Sarang burung adalah makanan yang sangat digemari lipas.

Bila lipas sudah membiak dalam RBW ia sangat sukar untuk dikawal. Penggunan racun lipas yang banyak biasanya menghasilkan bau asing yang tidak digemari oleh burung walit.
Pengunaan makanan lipas yang dicampurkan racun boleh menghapuskan lipas. Namun begitu racun lipas yang terdapat dalam pasaran harga agak mahal juga.

Bagaimana cara untuk menghapuskan lipas ini. Sebagaimana yang sedia maklum tempat-tempat kotor adalah menjadi tempat kegemaran lipas, maka RBW perlu dibersihkan selalu bagi mengelakkan pembiakan lipas. Kesemua lubang-lubang yang menjadi laluan masuk lipas hendaklah ditutup. Penyemburan racun serangga yang tidak mengeluarkan bau boleh digunakan secara berkala. Racun anai-anai (PEDONA) boleh juga digunakan .

Perlantikan jahaniwalit.com sebagai salah seorang penal hakim pertandingan blog pelancungan Negeri Terengganu adalah pengikhtirafan yang besar kepada penulis oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Sebentar tadi ada majlis perlancaran pertandingan blog pelancungan bertemakan ‘ Terengganu Di Hatiku” berlansung di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu. Suatu usaha hebat Kerajaan Negeri Terengganu untuk mempromosikan sector pelancungan Terengganu. Bertujuan mengenal pasti sumber ekonomi baru bagi Negeri Terengganu. Tentunya ia adalah sebahagian daripada Model Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato’ Najib Razak.

Pelancaran di sempurnakan oleh YB En Razif Abd Rahman yang mewakili YAB Menteri Besar. Terengganu yang tidak dapat hadir bersama. Pertandingan yang julong kali diadakan itu diharapkan dapat menarik sekurang-kurangnya 1000 peyertaan dari blogers sekali gus dapat memperkenalkan Terengganu ke persada dunia sebagai sebuah destinasi pelancungan yang menarik.

Itulah kehebatan Terengganu menggunakan setiap ruang dan peluang yang ada bagi menjana ekonomi rakyatnya. Tentunya dengan kreativiti itu akan dapat membantu agensi-agensi khususnya yang terlibat dengan sektor pelancungan bagi mengeksploitasi aset pelancungan yang ada. Melalui kreativiti dan inovasi ini akan dapat meningkatkan pendapatan KDNK . Model ekonomi baru yang dirangkakan dan bakal melahirkan sumber pendapatan baru bagi negeri ini.

.
Walau pun jahaniwalit.com tidak banyak pengalaman dalam bidang penulisan tetapi usaha yang dibuat dengan menulis blog burung walit sejak tahun 2006 lagi telah mendapat pengiktirafan dari Kerajaan Negeri Terengganu. Mungkin diatas pengalaman tersebut kepercayaan telah diberi kepada jahaniwalit.com untuk dilantik sebagai salah serang penal hakim kepada pertandingan blog perlancungan Negeri Terengganu.

Semasa menyampaikan ucapan yang mewakili Menteri Besar menyatakan bahawa Kerajaan Terengganu mensasarkan kedatangan pelancong seramai 3.5 juta tahun ini berbanding 3.2 juta tahun lalu.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata, dalam usaha memajukan sektor pelancongan di Terengganu, kerajaan negeri merupakan pelabur terbesar yang bertanggungjawab menggerakkan sektor berkenaan dan sebahagian besar hasilnya akan dinikmati oleh rakyat. Menteri Besar yakin dengan kesediaan kerajaan menerajui pembangunan sektor pelancongan di Terengganu dengan membangunkan tarikan-tarikan baru, jumlah pelancong akan terus meningkat.

Antara tarikan-tarikan baru yang bakal menjadi tumpuan pelancong ialah “Kenyir Island Hopping”, Santuari Kelah, Santuari Gajah, Pusat Tekstil, Taman Negara berhampiran Gua Bewah di mana telah dijumpai artifak, iaitu rangka manusia tertua di Malaysia berusia 16,000 tahun.

“Industri-industri kecil yang sedia ada seperti tenunan songket dan batik serta kraftangan berasaskan tembaga dan ukiran tradisional kayu, akan terus menjadi tarikan,” ujarnya.

Beliau menyatakannya pada perasmian Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu, di Dewan Gamelan, Primula Beach Resort, semalam.

Teks ucapan dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman. Tambah Ahmad Said: “Memandangkan potensi sektor pelancongan dalam menjana ekonomi, Kerajaan Negeri membelanjakan sebahagian besar bajet tahunan untuk menyediakan prasarana untuk menarik lebih ramai pengunjung.”.

.
Terengganu kini telah banyak berubah. Rumah burung walit yang lima tahun dahulu tidak banyak kelihatan kini telah mungcul diseluruh pelusuk negeri. Tidak terhad di bandar dan pekan malah di luar badar juga telah dibina orang. Pihak kerajaan seolah-olah telah memberi pengiktirafan kepada indusrtri walit. Walau pun pengubahsuaian rumah kedai menjadi rumah walit menyalahi Akta Kerajaan Tempatan tetapi pihak berkuasa seolah-olah mendiamkan diri dalam soal tersebut. Itu pun sudah dikira perkembangan yang positif. Sepertimana kata seorang pegawai dari jabatan Veterinar jika kerajaan mahu melihat industri walit berkembang maju, Pihak Berkuasa Tempatan seharusnya tidak bertindak melulu terhadap RBW yang terdapat di Pekan dan Bandar di Seluruh Negara.

Ramai pengusaha rumah burung walit mengharapkan kerajaan negeri lain mencotohi Kedah yang telah mengeluarka lesen untuk RBW dengan kadar RM180.00 setahun tanpa mengikut saiz bangunan. Negeri-negeri lain bila lagi.

Pengubahsuaian RBW yang kurang sukses memerlukan data yang tepat.


Andy Chong bawa saya melihat RBW bapa mertuanya yang bermasalah dua tahun yang lalu telah berjaya dipulihkannya.Rumah kedai satu tingkat itu mula diubahsuai beliau pada tahun 2007 . Semasa mengambil alih dari bapa mertuanya RBW tersebut terdapat 10 biji sarang namun begitu tuan punya tetap tidak berpuas hati.

Selepas mengambil alih pengubahsuaian terpaksa dilakukan oleh Andy Chong. Menurutnya lagi sebelum pengubahsuaian dilakukan proses pengumpulan data dilakukan terlebih dahulu. Data ini penting supaya sebarang masalah yang berlaku dapat dikesan. Mengatasi masalah seharusnya tepat bagi mengelakkan pengubahsuaian secara try and error. Data-data yang dikutipnya ialah temprature, humidity, suara dan rekabentuk.

Setiap inchi habitat dalaman RBW ditembak dengan infra red untuk mendapatkan bacaan suhu yang tepat. Bahagian siling yang merupakan bahagian yang penting dimana terdapatnya nesting plank sangat penting diambil suhunya.Bahagian siling adalah bahagian yang paling hampir dengan walit. Disinilah tempat ia berehat dan membiakkan populasinya. Suhu yang sesuai dan sestabil penting pada bahagian ini. Kepanasan yang yang dihasilkan dari siling menyebabkan RBW ini tidak kondusif untuk walit tinggal dan membuat sarang.

Bahagian yang menerima terus pancaran matahari akan menjadi panas . Sekiranya tiada bahan penebat dalaman RBW akan menjadi cukup panas. Sebab itu Andy terpaksa pastikam kesan kepanasan terik itu tidak terus mengangu habitat dalaman. Banyak bahan yang boleh digunakan sebagai penebat.

Kajian terhadap suara dilakukan untuk mereka cipta suara yang sesuai untuk RBW. Suara harus tepat mengikut kehendak burung.
Kini RBW tersebut sangat sukses dan memberangsangkan. Terima kasih Andy