Kesan kepada pembiakan serangga bagi menjadikan habitat makro untuk RBW yang kondusif.


Habitat makro ialah kawasan persekitaran rumah burung walit. Faktor persekitaran adalah penting dalam industri ternakan walit. RBW yang dibina dalam persekitaran yang kondusif untuk walit akan mempercepatkan kejayaannya.

Banyak telah dibincangkan mengenai habitat makro ini khususnya sumber makanan untuk burung walit. Serangga terbang adalah makanan utama untuk burung walit meneruskan kehidupan. Suatu petang diatas rimbunan pohon rambutan disebelah rumah saya terdapat ribuan burung walit berpusar-pusar. Anak-anak dan jira turut keluar rumah melihatnya. Keadaan ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Selepas diperiksa rupanya terdapat anai-anai bersayap keluar daripada busut yang terdapat disekitar pokok rambutan tersebut.

Punca makanan yang enak menjadi daya tarikan kepada walit untuk datang. Jikalah anai-anai ini boleh dibiakkan untuk memancing walit tentunya dapat menjadikan habitat makro yang lebih kondusif untuk burung walit. Jika RBW dibangunkan dikawasan tersebut kadar suksesnya akan lebih cepat. Perkara ini telah lama diketahui umum. Apakah dengan membiak anai-anai ini akan membawa kesan yang positif kepada ekonomi keseluruhannya.

Anai-anai ialah sejenis serangga perosak yang memakan kayu lalu merosakkan tiang, lantai, dinding rumah, buku dan perabot rumah. Rupanya seakan-akan semut dan warnanya putih, tetapi anai-anai bukanlah jenis semut. Badan anai-anai tidak bersayap berwarna putih dan lembut. Ia juga mempunyai bahagian mulut dan sesungut.

Anai-anai hidup berkumpulan dengan tiga kasta anai-anai iaitu raja dan ratu tugasnya membiak, anai-anai pekerja mencari makan dan anai-anai askar bertugas mempertahankan kumpulannya apabila diserang semut.

Raja dan ratu anai-anai ialah anai-anai yang paling sempurna. Raja anai-anai bersayap dan warnanya kelabu, mempunyai mata dan boleh melihat. Ratu anai-anai berabdomen besar, berwarna kekuningan dan boleh membesar sehingga 4 sentimeter. Tugas ratu anai-anai ialah mengeluarkan telur dengan banyaknya.

Kebanyakan daripada anak-anaknya menjadi anai-anai pekerja, beberapa ekor menjadi askar dan yang lainnya menjadi raja dan ratu. Anai-anai hidup di dalam sarang yang diperbuat daripada tanah, yang disebut busut. Kadang-kadang busut ini boleh dibina setinggi melebihi dua meter.

Masalah besar timbul jika rumah anda diserang anai anai. Anai-anai boleh merosakkan perabut seperti almari, rak, dan juga pintu, pakaian, buku, dokumen, pakaian, syiling, dinding rumah dan lain-lain lagi.

Dengan itu adalah tidak praktikal jika kita membiak anai-anai semata-mata untuk menjadikan habitat makro yang kondusif untuk burung walit kerana ia akan member kesan kepada jiran-jiran yang tidak ada kepentingan dalam industry walit.

Namun begitu saya rasa terdapat beberapa kaedah lain untuk menjadikan habitat makro yang lebih kondusif untuk industri burung walit ialah dengan membiakkan lalat buah (Drosophila sp.).. Lalat buah jiga adalah makanan kegemaran burung walit. Lalat buah mudah untuk dibiakkan . Banyak cara yang telah diketahui untuk membiakkan lalat buah ini. Cara yang paling mudah adalah dengan meletakkan buah-buahan seperti nanas, tomato, dan pisang yang sudah masak disekitar RBW dan biarkan begitu. Dalam masa satu minggu kemudian, lalat buah akan berkembangbiak. Cuma kita kena pastikan buah-buah itu tidak kering. Kerana jika buah-buahan tersebut sudah kering, lalat buah tidak akan berkembangbiak lagi.

Saya difahamkan di Indonesia pernah dicuba untuk memelihara walit secara kurungan atau didalam sangkar yang besar. Serangga dibiakkan untuk diberi makan kepada burug walit ini. Namun katanya kaedah berkenaan tidak ekonomik berbanding dengan kaedah semula jadi. Jangan tertipu dengan kaedah yang ingin memancing duit anda yang sebegini.

Menurut Pak Hartono yang pernah melaksanakan pembiakan serangga disekitar rumah walitnya mendapati bahawa seranga yang dibiak telah mengubah ekosistem dipersekitaran sehingga menyebabkan makanan diwarung-warung dan dirumah tetangga cepat basi.

Posted on 30 April, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: