Terengganu dijangka menjadi pembekal utama sarang burung walit berkualiti tinggi ke China


Terengganu pembekal utama sarang burung

Terengganu kini dalam proses menjadikan industri sarang burung sebagai satu lagi prospek pendapatan kerajaan negeri” Ahmad Said (MenteriBesar)
Permintaan tinggi dari China galak industri: Ahmad ; Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
Kuala Terengganu 19 April 2010
Terengganu dijangka menjadi pembekal utama sarang burung walit berkualiti tinggi ke China, berdasarkan permintaan tinggi dari negara itu terhadap sarang burung dari negeri ini yang kini mengeksport antara 50 hingga 100 kilogram (kg) sebulan ke republik itu.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata kunjungan rombongan kerajaan negeri ke Guangzhou, China selama lima hari bermula semalam, selain mewujudkan penerbangan terus dari bandar itu ke Kuala Tereng¬ganu dan meninjau peluang pelaburan baru, bertujuan melihat aspek pemasaran sarang burung yang boleh ditembusi.

Beliau berkata, Terengga¬nu kini dalam proses menjadikan industri sarang burung sebagai satu lagi prospek pendapatan kerajaan negeri dan sebagai permulaan akan membuka kawasan industri sarang burung walit seluas 20 hektar di Telaga Papan, Setiu untuk menampung permintaan yang semakin meningkat.

“Kita tahu sarang burung ini berharga mahal mencecah RM7,000 untuk gred 1. Sarang burung dari Terengganu menerima permintaan tinggi dari China kerana produk kita berkualiti tinggi berbanding negara lain seperti Indonesia kerana kita tidak ada pencemaran seperti di sana.

“Melihatkan potensi sarang burung walit ini, kita sudah mengenal pasti beberapa kawasan untuk dijadikan kawasan perindustrian burung walit dan untuk permulaan di Telaga Papan. Kita juga berhasrat menjadikan industri ini sebagai pendapatan untuk warga miskin yang akan kita mulakan tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini, sebelum berlepas bersama 177 anggota rombongan ke Guangzhou. Misi kunjungan itu antara lain mempromosi sektor pelancongan negeri, mencari peluang perniagaan dan perdagangan serta mendedahkan usahawan tempatan dalam pengurusan perniagaan.

Rombongan itu dianjurkan Dewan Perdagangan Malaysia China (Terengganu) bersama syarikat swasta, Value Reward Sdn Bhd dan Travelsight. Hadir sama pada sidang media itu Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Toh Chin Yaw dan Pengarah Eksekutif Berita dan Ope-rasi Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A Talib.

Sementara itu, Ahmad berkata, dalam kunjungan ke China kali ini juga kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Guangzhou serta Jabatan Perancang Bandar danLandskap untuk mengadakan dialog, termasuk mengenai perusahaan burung walit, pembangunan Tasik Kenyir sebagai lokasi memancing dan pelancongan serta peluang pelaburan dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Katanya, selain itu, rombongan berkenaan juga akan menyertai Ekspo Komoditi Eksport dan Import (Canton), iaitu acara perdagangan terbesar di Asia yang diadakan dua kali setahun dan menarik lebih 200,000 peniaga dari seluruh dunia, dengan jumlah dagangan pameran dianggarkan bernilai lebih RM106 bilion setiap kali pen-ganjurannya.

Beliau berkata, selain Guangzhou, kerajaan negeri juga merancang mengadakan penerbangan terus ke Shanghai, serta Phuket dan Bangkok, dalam usaha meningkatkan sektor pelan¬congan negeri dan menjadi¬kan LTSM sebagai terminal penerbangan antarabangsa di Pantai Timur.

Posted on 19 April, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: