Pokok karas/depu atau Aquilaria spp. dalam family Thymelaecae boleh menghasilkan ”agarwood” atau lebih dikenali dengan Gaharu. Spesis Aquilaria malaccencis adalah merupakan salah satu spesis yang mempunyai nilai komersil yang tinggi dan merupakan spesies yang sesuai ditanam di Malaysia.


Pokok karas/depu atau Aquilaria spp. dalam family Thymelaecae boleh menghasilkan ”agarwood” atau lebih dikenali dengan Gaharu. Spesis Aquilaria malaccencis adalah merupakan salah satu spesis yang mempunyai nilai komersil yang tinggi dan merupakan spesies yang sesuai ditanam di Malaysia. Kajian yang telah dilakukan oleh FRIM menunjukan Aquilaria malaccensis menunjukan pertumbuhan yang baik dalam apa jua keadaan geografi di Malaysia.

Aqualiria spp. boleh membesar sehingga 40 meter tinggi dengan diameter 40cm. Pokok asli yang terdapat dihutan akan menghasilkan gaharu hanya pada usia 20 – 45 tahun. Penghasilan gaharu hanya berlaku hasil tindakbalas bakteria atau fungus apabila terdapat kecederaan pada pokok. Pokok karas boleh hidup di tanah pamah dan juga kawasan berbukit sehingga ketinggian 750 meter dari paras laut.

Hanya pokok Depu/Karas/Aquilaria yang akan menghasilkan Gaharu, dan ia hanya boleh tumbuh di kawasan Asia Tenggara serta Selatan India dan China. Di Malaysia pokok tersebut boleh didapati di kawasan hutan dan boleh tumbuh di semua jenis tanah kecuali kawasan berair. Di Selatan Thailand ia ditanam di dalam Ladang Getah yang di selang seli oleh pokok Aqularia. Gaharu hanya boleh dihasilkan dari pokok ini dan tidak boleh dihasil secara artificial, oleh sebab itu permintaan dari Barat dan Asia Barat amat tinggi sehingga ia mempunyai nilai lebih mahal dari emas.

Oleh kerana permintaan dan nilainya yang amat tinggi, aktiviti pengambilan gaharu dari hutan asli di Malaysia banyak dilakukan dan ianya banyak menimbulkan masalah pencerobohan dan aktiviti haram yang sukar dikawal. Dengan aktiviti pengambilan hasil gaharu dari hutan asli yang berleluasa maka adalah dikhuatiri spesies pokok berkenaan akan pupus dari hutan asli jika langkah-langkah pencegahan dan altenatif lain tidak dilakukan segera.

Negara jiran seperti Vietnam, Thailand, Indonesia, Myanmar terdapat teknik penghasilan gaharu dari pokok karas ini dengan kaedah inokulasi. Teknik ini juga boleh dilaksanakan di Malaysia. Hasil kajian yang dilaksanakan oleh UPM, FRIM, MIND dan juga pihak swasta mendapati penhasilan gaharu juga boleh dihasilkan dari spesies Aqualaria Malaccensis.

Penggunaan kayu karas atau Aqualaria spp. dalam industri perkayuaan di mana kayunya digunakan dalam industri pembuatan kotak pembungkus, papan lapis, cenderamata, perabot, kasut wanita, sarung senjata, chopstick dan lain-lain.
Lain-lain kegunaan pokok karas dari jenis Aquilaria adalah untuk penghasilan teh dari daun tanaman tersebut yang dicampur dengan minyak gaharu. Bahan minuman tersebut adalah baik untuk kesihatan dan dipercayai boleh mencegah penyakit kanser.

Produk-produk yang telah dipasarkan dari Gaharu adalah seperti minyak wangi, sabun, lilin, kosmetik wanita iaitu gincu dan lotion. Disamping itu batang dan kulit kayu Aquilaria juga digunakan untuk penghasilan kertas yang dikhususkan untuk menghasilkan wang kertas.

Keistimewaan kayu gaharu atau aqualaria spp. Ialah kandungan kimia yang terdapat dalam gaharu merupakan komponen-komponen yang terdiri daripada sesquiterpenes, sesquiter-pene alcohol, kompoun oxygenated dan chromone. Selain itu, ia juga terdiri daripada komponen-komponen agarospiral, jinkohol-eramol, jinkool yang menghasilkan aroma gaharu.

Kegunaaan gaharu banyak kepada upacara keagamaan Cina, Unanai, Ayurvedic dan upacara kaum di Tibet. Ia digunakan sebagai pengharum rumah di Timur Tengah manakala di Papua New Guinea menggunakannya sebagai ubat-ubatan tradisional oleh masyarakatnya. Di masa sekarang ia turut digunakan dengan meluasnya sebagai bahan wangian dan kosmetik.

Terdapat lebih 15 spesies Aquilaria dikenalpasti terdapat di dunia ini yang mana mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Diantara spesies yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut;

1. Aquilaria acuminata 2. Aquilaria apiculata 3. Aquilaria baillonii 4. Aquilaria banaensae 5. Aquilaria beccariana 6. Aquilaria brachyantha 7. Aquilaria citrinicarpa 8. Aquilaria crassna 9. Aquilaria cumingiana 10. Aquilaria filaria 11. Aquilaria grandiflora 12. Aquilaria hirta 13. Aquilaria malaccensis 14. Aquilaria microcarpa 15. Aquilaria ophispermum 16. Aquilaria parvifolia 17. Aquilaria pentandra 18. Aquilaria rostrata Ridl. 19. Aquilaria rugosa 20. Aquilaria sinensis 21. Aquilaria subintegra 22. Aquilaria urdanetensis 23. Aquilaria yunnanensis

Di Malaysia terdapat 5 spesies yang dikenalpasti mempunyai nilai komersil yang tinggi dari segi kayu dan kualiti gaharu. Antara spesies yang dikenalpasti dan ciri-ciri yang terdapat pada pokok berkenaan adalah ;

1. Aquilaria hirta
Kawasan taburan semulajadinya Sepanjang Pantai timur Semenanjung Malaysia ia itu Terengganu, Pahang dan Johor. Pokok Kecil dalam lingkungan 15m tinggi, permukaan bawah daun berbulu, daun berbentuk ovate oblong.

2. Aquilaria beccariana
Kawasan taburan semulajadinya Kebanyakkan tumbuh di bahagian selatan (Johor) Pokok sederhana dalam lingkungan 20m, urat kedua daun lebih jelas, daun berwarna kelabu tidak berkilat.

3. Aquilaria rostrata
Kawasan taburan semulajadinya di Pahang (G. Tahan), habitat gunung. Ciri-cirinya mempunyai urat kedua daun tidak jelas.

4. Aquilaria malaccencis
Kawasan taburan semulajadinya terdapat di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak kecuali kedah dan perils. Ciri-ciri yang boleh dikenali ialah permukaan daun berkilat, runcing dan bujur.

5. Aquilaria microcarpa
Kawasan taburan semulajadinya terdapat Johor dan kawasan bakau. Ciri-cirinya pokok besar dalam lingkungan 36 m, buah kecil berbentuk hati..

Posted on 9 April, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: