Monthly Archives: September 2010

Projek rumah burung walit dan gaharu ramai yang berminat…..?.


Terima kasih diatas sokongan penjenguk blog yang dikasihi sekelian. Sokongan tuan telah memberi kekuatan untuk terus membuat catatan disini.

Impian yang akan menjelma sebagai realiti benar-benar terjadi dan terus mengalir. Emas putih dari langit. Begitu juga emas hitam dari hutan tropical . Paling tidak bila perancangan dibuat kita tidak berangan-angan seperti angan-angan Mat Jening.

Saya perturunkan beberapa email yang saya terima untuk tatapan bersama :-

Salam Tuan…

Saya telah baca laman web tuan dan banyak informasi yang saya perolehi…
sekarang ne saya ada tanah pertanian lebih kurang 1.7 ekar di mukim Lentang, Bukit Besi Dungun, Terengganu… dalam jarak lebih kurang 5 km dari tanah tu saya tengok dah ada projek rumah burung walet ne…

Sekarang ne cuma saya nak tanya dari pihak tuan jika ada projek usahasama dengan pihak tuan untuk bangunkan rumah walit ataupun pohon gaharu ne…. kekangan saya ialah saya bekerja di putrajaya dan tidak dapat utk bangunkan sesuatu projek disitu secara sepenuh masa…

Terima Kasih:

Jawapan saya : Kepada pembaca yang budiman, sekiranya ada keinginan untuk melabur bagi projek diatas bolehlah hubungi saya untuk perbincangan. Saya sememangnya tidak mempunyai modal yang cukup untuk membantu saudara. Terima kasih.

Email agar tuan-tuan tonton talian hayat ntv7.

Sila tonton Talian Hayat 7.30 malam Jumaat ini di ntv7…ada kupasan tentang aduan dari aktiviti perladangan burung walit…harap dapat beri penjelasan kepada persoalan yang dilontarkan…

Selepas menontonya sila hantar komen kepada saya.

Email seterusnya ialah.

Salam,

saya Nadia dari Taiping, Perak. saya sangat berminat dengan penternakan burung walit, tetapi saya tidak tahu dari mana mahu mulakan & bagaimana.

Berapakah kos pertenakan burung walit dan bagaimanakah dengan urusan pemasarannya. terima kasih.

Email dari Miri, Sarawak.

Terima kasih banyak-banyak diatas nasihat dan pandangan Tuan Haji. Ditempat saya harga kayu belian gred biasa sama dengan meranti merah (RM2800.00 satu tan). Satu tan meranti merah dan satu tan meranti kuning sudah saya keringkan untuk nesting plank nya nanti. Bahan-bahan lainnya seperti tiang, beam, papan, dinding dan atap saya akan menggunakan kayu belian keseluruhannya.Bata merah dan cement sheet akan saya gunakan untuk double wall bagi tujuan mengontrol habitat dalaman

Insya Allah tuan kita memang sudah pun bersahabat dan bersaudara kerana rumpun bangsa dan agama kita..cuma kita saja yang tidak menyadarinya, betul tak tuan? Hehe..Apalah sangat cuma laut Cina Selatan saja yang menjadikan jarak pemisah.

Hanya saya sedih sangat pada tarikh yang tuan sebutkan itu saya tak ada di rumah. Saya ni pekerja luar pantai (offshore worker) tuan. Ni ha baru masuk kerja lepas cuti raya dua hari lepas
Hujung bulan November nanti baru balek ke darat cuti dua minggu. Masa tu lah nanti saya bercadang nak dirikan RBW saya tu. Mungkin belum rezki; kita tak dapat bersua muka kali ini ya tuan. Insya Allah mudahan kita semua masih sehat ada izin dari Nya di lain kesempatan adalah tu.

Wassalam,

Mengapa saya lebih suka tanam Spesis Aquilaria malaccencis.


Mengapa saya tanam Spesis Aquilaria malaccencis tidak yang lain. Walaupun terdapat berbagai spesis lain yang diperkenalkan di Malaysia. Terdapat pihak-pihak tertentu mencadangkan supaya menanam spesis Agaloncha Robx dari Vietnam dan sebagainya. Namun saya lebih suka spesis tempatan kerana ia lebih sesuai dengan cuaca dan iklim tempatan. Spesis lain mungkin tumbuh dengan subur, namun masalah yang mungkin terjadi dimasa akan datang belum diketahui lagi.

Samalah dengan pokok durian. Peladang lebih suka menanam pokok veriati baru yang ditemui dengan hasil yang lebih baik. Buahnya enak dan cepat besar. Namun ternyata ketahananya tidak utuh seperti baka asli yang boleh bertahan lama. Saya menaruh kebimbangan kalau-kalau pokok karas juga mengalamami masalah yang sama. Terserahlah kepada anda untuk membuat pilihan sendiri.

Pokok karas atau Aquilaria spp. dalam family Thymelaecae boleh menghasilkan ”agarwood” atau lebih dikenali dengan Gaharu. Spesis Aquilaria malaccencis adalah merupakan salah satu spesis yang mempunyai nilai komersil yang tinggi dan merupakan spesies yang sesuai ditanam di Malaysia. Kajian yang telah dilakukan oleh FRIM menunjukan Aquilaria malaccensis menunjukan pertumbuhan yang baik dalam apa jua keadaan tapak tanaman di Malaysia. Aqualiria spp. mempunyai ciri-ciri seperti berikut;

Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40cm.

Pokok Karas di hutan semulajadi mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan pokok dan tindakbalas kecederaan pokok.

Hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750 m dari aras laut, dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi.

Maaf jua dipinta kerana tidak menulis tentang walit buat sementara waktu. Email yang saya terima berkaitan walit akan saya ulas kemudian nanti.

Terdapat 5 spesies pokok karas yang mempunyai nilai komersial di Malaysia

Di Malaysia terdapat 5 spesies yang dikenalpasti mempunyai nilai komersil yang tinggi dari segi kayu dan kualiti gaharu. Antara spesies yang dikenalpasti dan ciri-ciri yang terdapat pada pokok berkenaan adalah seperti Jadual di bawah;

Tanam gaharu untuk pencen dengan penuh bergaya.


Bila menanam pokok gaharu perlu juga dibuat pemantauan diperingkat awal untuk memastikan pokok tidak mati. Jika terdapat mana-mana pokok yang mati diganti dengan anak pokok yang hampir sebaya (oleh itu adalah di cadangkan supaya semasa tempahan 10%- 20% lebih dari keperluan).

Diladang anak-anak pokok liar dan pokok pepanjat perlu dibuang. Jika tidak pokok-pokok ini akan mengangu pertumbuhan pokok gaharu. Sebaiknya pokok-pokok musuh ini perlu ditebas dan diracun.

Tanah dikeliling pokok gaharu perlu gemburkan pada kadar 0.8 – 1m disekeliling pokok. Sangat baik jika ia dilakukan bagi 3 tahun pertama umur pokok.

Pembajaan tambahan pokok sebanyak 50g NPK (2:1:1) atau baja organik pada kedudukan tengah tiga segi. Sekali satahun untuk 3 tahun pertama.
Bagi pokok gaharu yang ditanam dibawah teduhan, teduhannya hendaklah mulai potong salepas tahun ketiga untuk membiarkan pokok gaharu terdedah sapenuhnya dengan cahaya apabila pokok berumur empat tahun.

Jika terdapat serangga yang menyerang pokok jika boleh Jangan mengguna racun serangga, racun perosak. Sebaiknya gunakan kaedah biologi seperti membiakkan kerengga yang boleh memakan ulat-ulat yang menyerang daun tadi. Jika hendak menggunakan racun serangga gunakan Trebon 1.5-2ml dalam 1 liter air atau Fastac SEC untuk dispray pada pokok.

Awas, pokok gaharu mudah terbakar, oleh itu jauhi sebarang aktiviti pembakaran diladang.

Tanaman gaharu mempunyai risiko pelaburan sangat minima sekiranya dibuat secara yang betul.

Kejayaan Tanaman gaharu berkait rapat dengan pernilihan anak benih yang tepat, kaedah menanam , bahan Inokulasi dan segmen pemasaran. Pastikan juga anda mempunyai rantaian dengan mereka-mereka yang terlibat dalam industri ini.

Sangat penting untuk mereka-mereka yang berminat untuk melabur dalam industri gaharu mendapatkan ilmu dan pendedahan secara praktikal tentang Industri gaharu sabelum kita muiakan projek.

Dicadangkan projek tanaman gaharu menjadi Industri milik kita semua maka tanamlah satu projek gaharu untuk satu famili.

Projek gaharu dan walit paling ideal bagi mereka yang akan pencen atau berhenti bekerja; retire young retire rich dalam tempuhmasa 5-6tahun anda akan pencen dengan penuh Bergaya

Pondok tempat berehat semasa kerja penjagaan ladang gaharu.

Penghasilan gaharu dari pokok karas.


Gaharu adalah bahagian yang terjadi hasil daripada tindakbalas biologi dalam pokok karas bila berlaku serangan fungi atau virus keatas pokok. Resin yang terhasil dalam pokok karas tersebut adalah kayu gaharu. Ia akan didapati dalam bentuk teras atau minyak.

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan Gaharu daripada pokok Karas. Antaranya adalah sepertimana berikut:

Jika didapati terdapat Gaharu pada sebatang pokok Karas maka pokok Karas ditebang keseluruhannya dan bahagian yang terdapat Gaharu dipotong segera dan dibersihkan
serta diasingkan mengikut kandungan damarnya. Ini menyebabkan pokok Karas musnah dan mati.

Jika terdapat Gaharu hanya pada dahan pokok Karas maka bahagian dahan sahaja dipotong tanpa menebang keseluruhan pokok tersebut. Ini memberi peluang terbentuknya Gaharu pada bahagian lain pokok itu dan pokok Karas tidak mati.

Pokok Karas yang sudah dikenal pasti ada Gaharu akan ditebang keseluruhannya dan dibiarkan reput kerana struktur pokok ini yang tidak begitu keras akan mudah mereput. Manakala bahagian yang menjadi Gaharu tidak akan reput kerana kayu Gaharu lebih keras strukturnya daripada pokok induk.

Namun begitu cara ini tidak begitu digemari kerana memerlukan masa yang lama untuk pereputan pokok induk dan adanya persaingan antara pencari-pencari gaharu. Namun begitu kini terdapat teknik moden iaitu teknik inokulasi yang lebih berkesan begitu meluas diamalkan. Teknik moden ini berfungsi dengan merangsang pembentukan gaharu pada pokok Karas yang masih hidup dalam keadaan asal melalui penggunaan mikro-organisma seperti menyuntik fungi.

Antara fungi yang biasa digunakan adalah Penicillium citrinum, Aspergilluss spp. , Fusarium solani, Phytium spp. , Libertela spp., Lasiodiplodia spp., Thielaviopsis spp. dan Chaetum globosum.

Teknik inokulasi merupakan teknik yang sesuai untuk menghasilkan gaharu pada pokok yang biasanya berusia 5 tahun dan ke atas serta mencapai ukuran diameter batang antara 8cm hingga 10cm. Kemajuan teknik inokulasi ini akan membolehkan kita mengawal dan mengeluarkan kualiti gaharu yang dikehendaki. Teknik ini telah digunakan secara meluas di Thailand, Vietnam, Mynmar dan China.

Dipercayai pada masa hadapan beberapa kaedah baru dan lebih berkesan akan ditemui oleh para penyelidik bagi mengstimulasi pokok Karas untuk menghasilkan resin gaharu. Pokok Karas yang mempunyai resin yang tinggi akan menghasilkan teras (heartwood) gaharu yang bermutu tinggi. Bagi pokok Karas yang mempunyai resin yang rendah akan
menghasilkan teras gaharu yang bermutu rendah dan akan diproses untuk ekstraksi minyak. Dalam hal ini, terdapat 2 jenis pemprosesan gaharu iaitu : Proses menjadikan kepingan gaharu dan proses untuk menghasilkan minyak.

Gaharu tanaman integrasi dengan rumah burung walit, impian strategik dimasa hadapan

Dua hari berturut-turut saya ke kebun gaharu yang ditanam lebih dua tahun yang lalu. Kesempatan cuti raya bersama keluarga kesana untuk membaja dan membersih kebun. Ranting-ranting yang tidak diperlukan perlu di pruning. Pembesarannya boleh membankitkan semangat untuk berkebun. Pokok –pokok gahru ini perlu beri baja tiga kali dalam setahun.

Lebih mengembirakan lagi dikawasan kebun ini terdapat begitu banyak burung-burung walit berterbangan memburu makanan. Kawasan ini memamang sesuai untuk dibuat ladang integrasi antara gaharu dan walit. Insya Allah jika ada rezeki impian tersebut akan menjelma menjadi realiti. Tiada halangan hanyalah peluang . Jika kita berusaha pasti kita akan mendapatnya.

Gaharu adalah sejenis kayu yang unik dengan berbagai bentuk dan warna yang has serta mengandungi bahan sari atau resapan damar wangi. Kandungan sari yang merdapat dalam Gaharu terdiri daripada jenis ester dan terpena iaitu bahan bukan olimer yang dikenali sebagai hasilan semulajadi. Bahan ini biasanya mudah meruap dan sering juga disebut sebagai pati minyak. Pati minyak ini digunakan secara meluas dalam industri minyak wangi. Bahan- bahan terpena ini dapat diasingkan secara besar-besaran melalui pengekstrakan pelarut atau penyulingan stim untuk diperdagangkan sebagai minyak wangi.

Gaharu kebanyakannya berasal dari pokok karas atau Aquilaria yang tumbuh secara semuiajadi dalam hutan tropika dan mempunyai nilai dagangan yang tinggi. Gaharu terbentuk akibat daripada proses infeksi yang terjadi baik secara semulajadi atau buatan pada pokok Karas. Berasal dari bahasa Sanskrit iaitu “Aguru” yang bermaksud kayu berat (tenggelam apabila direndam dalam air). Gaharu juga dikenali sebagai Agarwood, Aloeswood, Eaglewood, Garoowood, Ch’en hsiang, Jin-Koh, Oudh atau Kalambak. Kayu Gaharu boleh diperolehi dengan berbagai bentuk dan saiz.

Pokok Karas atau Aquilaria spp. adalah terdiri daripada 15 spesies pokok genus Aquilaria Indomalasian dalam keluarga Thymelaeaceae. la adalah sejenis pokok tumbuhan hijau dengan ketinggian yang boleh mencapai melebihi 15-30 meter dan mempunyai bunga berwarna putih. Pokok Karas ini tidak mempunyai nilai balak kerana struktur batangnya tidak begitu keras sebagaimana balak yang biasa.

Namun begitu apabila pokok ini diserang penyakit akibat daripada fungus atau kulat, struktur kayu dan warnanya akan berubah. Bahagian yang berpenyakit kerana diserang fungus ini mengandungi sejenis bahan cecair cepat sejat atau damar wangi. Bahan cecair/pati minyak/resin atau lendir pokok ini berkumpul dalam sel khas pada bahagian tertentu pokok. Malah ianya juga kedapatan lebih daripada satu bahagian pada sesuatu pokok. Bahan cecair atau lendir ini akan mengeras menjadi damar/resin dan dikenali sebagai gaharu.

Gaharu akan matang bersama matangnya pokok Karas tersebut. Namun begitu tidak semua pokok Karas menghasilkan Gaharu tetapi Gaharu hanya boleh diperolehi daripada kesan infeksi terhadap pokok Karas. Pokok mengeluarkan pati minyak / resin untuk tujuan mendiri (keselamatannya). Jika bahagian yang diserang penyakit ini banyak maka pokok induk akan mati dan yang tinggal adalah gaharu.