Gaharu tanaman integrasi dengan rumah burung walit, impian strategik dimasa hadapan

Dua hari berturut-turut saya ke kebun gaharu yang ditanam lebih dua tahun yang lalu. Kesempatan cuti raya bersama keluarga kesana untuk membaja dan membersih kebun. Ranting-ranting yang tidak diperlukan perlu di pruning. Pembesarannya boleh membankitkan semangat untuk berkebun. Pokok –pokok gahru ini perlu beri baja tiga kali dalam setahun.

Lebih mengembirakan lagi dikawasan kebun ini terdapat begitu banyak burung-burung walit berterbangan memburu makanan. Kawasan ini memamang sesuai untuk dibuat ladang integrasi antara gaharu dan walit. Insya Allah jika ada rezeki impian tersebut akan menjelma menjadi realiti. Tiada halangan hanyalah peluang . Jika kita berusaha pasti kita akan mendapatnya.

Gaharu adalah sejenis kayu yang unik dengan berbagai bentuk dan warna yang has serta mengandungi bahan sari atau resapan damar wangi. Kandungan sari yang merdapat dalam Gaharu terdiri daripada jenis ester dan terpena iaitu bahan bukan olimer yang dikenali sebagai hasilan semulajadi. Bahan ini biasanya mudah meruap dan sering juga disebut sebagai pati minyak. Pati minyak ini digunakan secara meluas dalam industri minyak wangi. Bahan- bahan terpena ini dapat diasingkan secara besar-besaran melalui pengekstrakan pelarut atau penyulingan stim untuk diperdagangkan sebagai minyak wangi.

Gaharu kebanyakannya berasal dari pokok karas atau Aquilaria yang tumbuh secara semuiajadi dalam hutan tropika dan mempunyai nilai dagangan yang tinggi. Gaharu terbentuk akibat daripada proses infeksi yang terjadi baik secara semulajadi atau buatan pada pokok Karas. Berasal dari bahasa Sanskrit iaitu “Aguru” yang bermaksud kayu berat (tenggelam apabila direndam dalam air). Gaharu juga dikenali sebagai Agarwood, Aloeswood, Eaglewood, Garoowood, Ch’en hsiang, Jin-Koh, Oudh atau Kalambak. Kayu Gaharu boleh diperolehi dengan berbagai bentuk dan saiz.

Pokok Karas atau Aquilaria spp. adalah terdiri daripada 15 spesies pokok genus Aquilaria Indomalasian dalam keluarga Thymelaeaceae. la adalah sejenis pokok tumbuhan hijau dengan ketinggian yang boleh mencapai melebihi 15-30 meter dan mempunyai bunga berwarna putih. Pokok Karas ini tidak mempunyai nilai balak kerana struktur batangnya tidak begitu keras sebagaimana balak yang biasa.

Namun begitu apabila pokok ini diserang penyakit akibat daripada fungus atau kulat, struktur kayu dan warnanya akan berubah. Bahagian yang berpenyakit kerana diserang fungus ini mengandungi sejenis bahan cecair cepat sejat atau damar wangi. Bahan cecair/pati minyak/resin atau lendir pokok ini berkumpul dalam sel khas pada bahagian tertentu pokok. Malah ianya juga kedapatan lebih daripada satu bahagian pada sesuatu pokok. Bahan cecair atau lendir ini akan mengeras menjadi damar/resin dan dikenali sebagai gaharu.

Gaharu akan matang bersama matangnya pokok Karas tersebut. Namun begitu tidak semua pokok Karas menghasilkan Gaharu tetapi Gaharu hanya boleh diperolehi daripada kesan infeksi terhadap pokok Karas. Pokok mengeluarkan pati minyak / resin untuk tujuan mendiri (keselamatannya). Jika bahagian yang diserang penyakit ini banyak maka pokok induk akan mati dan yang tinggal adalah gaharu.

Posted on 16 September, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: