Penghasilan gaharu dari pokok karas.


Gaharu adalah bahagian yang terjadi hasil daripada tindakbalas biologi dalam pokok karas bila berlaku serangan fungi atau virus keatas pokok. Resin yang terhasil dalam pokok karas tersebut adalah kayu gaharu. Ia akan didapati dalam bentuk teras atau minyak.

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan Gaharu daripada pokok Karas. Antaranya adalah sepertimana berikut:

Jika didapati terdapat Gaharu pada sebatang pokok Karas maka pokok Karas ditebang keseluruhannya dan bahagian yang terdapat Gaharu dipotong segera dan dibersihkan
serta diasingkan mengikut kandungan damarnya. Ini menyebabkan pokok Karas musnah dan mati.

Jika terdapat Gaharu hanya pada dahan pokok Karas maka bahagian dahan sahaja dipotong tanpa menebang keseluruhan pokok tersebut. Ini memberi peluang terbentuknya Gaharu pada bahagian lain pokok itu dan pokok Karas tidak mati.

Pokok Karas yang sudah dikenal pasti ada Gaharu akan ditebang keseluruhannya dan dibiarkan reput kerana struktur pokok ini yang tidak begitu keras akan mudah mereput. Manakala bahagian yang menjadi Gaharu tidak akan reput kerana kayu Gaharu lebih keras strukturnya daripada pokok induk.

Namun begitu cara ini tidak begitu digemari kerana memerlukan masa yang lama untuk pereputan pokok induk dan adanya persaingan antara pencari-pencari gaharu. Namun begitu kini terdapat teknik moden iaitu teknik inokulasi yang lebih berkesan begitu meluas diamalkan. Teknik moden ini berfungsi dengan merangsang pembentukan gaharu pada pokok Karas yang masih hidup dalam keadaan asal melalui penggunaan mikro-organisma seperti menyuntik fungi.

Antara fungi yang biasa digunakan adalah Penicillium citrinum, Aspergilluss spp. , Fusarium solani, Phytium spp. , Libertela spp., Lasiodiplodia spp., Thielaviopsis spp. dan Chaetum globosum.

Teknik inokulasi merupakan teknik yang sesuai untuk menghasilkan gaharu pada pokok yang biasanya berusia 5 tahun dan ke atas serta mencapai ukuran diameter batang antara 8cm hingga 10cm. Kemajuan teknik inokulasi ini akan membolehkan kita mengawal dan mengeluarkan kualiti gaharu yang dikehendaki. Teknik ini telah digunakan secara meluas di Thailand, Vietnam, Mynmar dan China.

Dipercayai pada masa hadapan beberapa kaedah baru dan lebih berkesan akan ditemui oleh para penyelidik bagi mengstimulasi pokok Karas untuk menghasilkan resin gaharu. Pokok Karas yang mempunyai resin yang tinggi akan menghasilkan teras (heartwood) gaharu yang bermutu tinggi. Bagi pokok Karas yang mempunyai resin yang rendah akan
menghasilkan teras gaharu yang bermutu rendah dan akan diproses untuk ekstraksi minyak. Dalam hal ini, terdapat 2 jenis pemprosesan gaharu iaitu : Proses menjadikan kepingan gaharu dan proses untuk menghasilkan minyak.

Posted on 18 September, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: