Kunjungan seseorang yang pernah berniaga gaharu menyebabkan saya tersentak dan kaget!..


Marang 06 Disember 2011 Sebentar tadi saya dikunjungi oleh seorang kenalan baru jahaniwalit.com dari Johor Baharu. En Mohamed dan isteri datang ke Kuala Terengganu kerana ada urusan disini. Mereka datang untuk mengenali lebih rapat lagi dengan saya khusus untuk bertanya tentang walit dan gaharu.

En Nik Zulkifli membawa mereka bertemu saya. Berkenalan melalui internet dengan membaca tulisan di blog kini bersua muka. Pertemuan kami berlangsung lebih satu jam, mencetuskan banyak idea yang boleh dikongsi bersama.

En Mohamed adalah adalah seorang peniaga dalam dan luar negara. Suatu ketika dahulu pernah terlibat dalam perdagangan gaharu. Mendapat bekalan dari Papua New Guinea dan mengekspotnya ke Timur Tengah melalui Singapura.
Pasaran untuk kayu gaharu sangat tinggi sehingga mencecah Singapore dollar 20K /kg. (untuk perkiraan kadar pertukaran dengan RM adalah 2.40 ini bermakna pasaran gaharu gred super AA + adalah hampir RM50K perkilo. Wow!… Terangkat saya mendengarnya. Terbayang saya pokok gaharu yang saya tanam 2000 pokok itu apa akan terjadi 6 tahun akan datang selepas dilaksanakan proses inokulasi.

Boleh dah kot…. Untuk saya berimpian dari sekarang…??.??….
Bukan itu sahaja menurut En Mohamed , harga pasaran untuk minyak gaharu pun sangat mahal sekitar harga 200 hingga 300 dollar Singapore/tola. Satu Tola adalah 12 ml. Mahal tu kata saya. Saudara Nik senyap tak terkata. Terperanjat atau tersentak saya tak tahulah. Buat masa ini saudara Nik masih tidak berminat untuk projek gaharu ini.

Sebagai seorang yang berpengalaman En Mohamed turut membakar kayu gaharu yang ada dengan saya (foto) yang disiarkan dalam posting sebelum ini)?. Ia disahkan asli tetepi masih muda. Memang masih muda kerana baru 6 bulan proses inokulasi dilaksanakan. En Mohamad turut mengucapkan syabas dan tahniah diatas kejayaan research yang kami lakukan itu.

Terima kasih kepada En Mohamed kerana mengunjungi saya, harap perkenalan ini berpanjangan hingga ke hujung umur.

Posted on 6 January, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. muhamad rizzuan mohd noh

    salam….
    saya salah seorang yang berminat dgn pelaburan dalam penanaman gaharu..
    pada mula nya saya diperkenalkan dgn gaharu pada pertengahan tahun lepas…
    selepas itu saya mula mencari pengetahuan berkenaan dgn pelaburan gaharu dalam internet…
    boleh tahan juga bisnes nie….
    bagaimana hendak melabur & memulakan dalam bidang gaharu ini sedangkan saya lansung tiada tempat(tanah).
    ada tak pakej yang menarik untuk saya memasuki bidang penanaman gaharu ini.

  2. manzoor hussain

    Salam muhamad rizzuan mohd noh,

    Saya mempunyai proposal jika saudara berminat utk melabur di dalam bisnes Gaharu. Saya mempunyai 2 ekar ladang Gaharu di negri Sembilan.

    Jika berminat, sila hubungi saya di manzoor.hui@gmail.com atau 0123158115 segera.

    Wassalam,
    Manzoor

Leave a comment