Mengimbau kembali pengalaman 34 tahun yang lalu semasa menjalani latihan praktikal dengan Jabatan Perhutanan Terengganu.


Sekitar tahun 1977, ketika itu saya menjalani latihan praktikal di Jabatan Perhutanan Terengganu. Sebagai pelajar perhutanan kami seharusnya belajar aktiviti jabatan berkaitan pengurusan hutan. Saya ditempatkan dibawah Jabatan Hutan Daerah Kuala Terengganu. Diatara aktiviti yang terpaksa saya belajar ialah mengenal jenis-jenis hasil daripada hutan. Selain daripada balak, rotan dan sebagainya, saya juga dimaklumkan bahawa sarang burung layang-layang juga adalah hasil hutan.


Bagi memberi pendedahan yang lebih mendalam mengenai perkara ini pihak jabatan membawa saya ke Pulau Redang bagi meninjau aktiviti memungut sarang burung layang-layang dari gua di Pulau Redang. Saya masih ingat ketika itu , bersama Forester Kuala Terengganu yang diketua oleh Renjer Hutan yang saya telah lupa namanya. Kami bertolak dari jeti Merang dengan menaiki bot nelayan. Perjalanan mengambil masa hampir tiga jam. Sesampainya kami di salah sebuah gua yang dikenali sebagai gua hujan. Renjer memberitahu bahawa kami akan masuk kedalam gua tersebut untuk melihat bagaimana pemajak mengutip sarang burung walit dari gua tersebut.

Bot nelayan yang saya naiki rupa-rupanya tidak boleh rapat kepintu gua. Kami dibawa oleh pemajak menghampiri gua dengan menaiki sampan kecil. Sampai sahaja dipintu gua sekali lagi saya terperanjat kerana pintu gua tidak kelihatan. Bagaimana kami semua mahu masuk. Saya terfikir adakah kami terpaksa memanjat batu-batu tinggi untuk masuk kerana pada bahagian atas seolah-olah nampak suatu lubang.

Kami diberitahu oleh pemajak bahawa untuk masuk kedalam gua, kita terpaksa menyelam kerana pada ketika itu air laut sedang pasang dan pintu gua telah ditenggelami air. Jadi kami tiada pilihan dan terpaksa juga menyelam. Suasana dalam gua tersebut terasa sejuk dan terdapat titisan air yang turun dari lelangit gua. Pemajak menunjukan kaedah mereka mengutip sarang yang berada dilelangit gua dengan memanjat batang buluh yang dikenali sebagai ‘sigar’ atau tangga buluh.

Itulah kisah pertama kali saya mengenali sarang burung layang-layang yang kini dikenali sebagai burung walit. Saya percaya bahawa sejarah awal rumah burung walit dibina di Terengganu adalah di Kampong China. Pada ketika itu rumah-rumah yang dibina dikampong China adalah mempunyai ruang bungbung yang tinggi. Struktur begitu masih kelihatan hingga kehari ini. Ruang bumbung inilah yang dihuni oleh burung-buruing walit yang keluar mencari makan didaratan tetapi tidak sempat kembali ke gua dengan menjadikan bangunan waisan ini temapat tinggal mereka. Mungkin ketika itu kaedah mengubahsuai bangunan untuk menternak burung walit ini tidak diketahui lagi.

Penduduk di Kampong China ketika itu mungkin tetah memungut sarang-sarang tersebut sebagai sumber pendapatan mereka. Tetapi rahsia ini tidak terbongkar.

Dahulu temat yang saya berdiri untuk merakam gambar ini adalah lautan muara sungai Terengganu. Hari ini ia telah ditebus guna menjadi daratan yang boleh dilalui dengan kereta dan juga dijadikan tempat parking untuk ke Pasar Payang.

Hari ini rumah-rumah warisan di Kampong China telah berubah wajah hampir 90% adalah rumah burung walit. Itulah keunikan dan keindahan Bandar Raya Persisir Air Kuala Terengganu.

Posted on 5 January, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: