Monthly Archives: January 2010

Lawatan ke Negara China dapat memberi gambaran jelas mengapa permintaan untuk sarang burung walit sangat tinggi di Negara China.

Sarang burung walet mempunyai nilai tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa . Kekurangan bekalan sarang burung walit menyebabkan Malaysia hanya mampu memenuhi 10 peratus nilai eksport sarang burung walit ke China dengan nilai eksport RM1 bilion setahun. .

China, Hong Kong dan Taiwan merupakan pasaran terbesar pasaran sarang burung walit dunia. Menurut laporan mereka lebih berminat dengan sarang burung walit dari Malaysia berbanding Indonesia, selatan Thailand dan selatan Vietnam kerana negara ini telah disahkan bebas dari wabak selesema burung..

Di Malaysia hanya terdapat sekitar 50,000 rumah burung walit . Premis ini dijadikan tempat perusahaan sarang burung walit di seluruh negara . Permintaan yang tinggi pihak kerajaan berharap lebih ramai rakyat negara ini terlibat dalam industri ini. Dengan penglibatan lebih ramai rakyat Malaysia diharapkan dapat memenuhi permintaan dari pengguna di Negara China, Hong Kong dan Taiwan. .

Ketika ini Malaysia hanya mampu menyumbang 10 peratus kadar pengeluaran sarang burung walit untuk pasaran antarabangsa berbanding Indonesia (70 peratus) dan Thailand (20 peratus).
Sarang burung walit boleh mencecah RM4,000 sekilogram bagi yang belum dibersihkan dan RM7,000 jika sudah dibersihkan. .

Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang pasaran sarang burung walit di Negara China maka baru-baru ini jahaniwalit.com telah membuat lawatan ke Hong Kong dan China. Lawatan ini sesungguhnya telah member gambaran yang jelas mengenai pembangunan dan budaya masyarakat yang menjadi pengimport terbesar sarang burung walit didunia itu. .

China adalah sebuah negara yang paling ramai penduduk didunia. Penduduknya mencecah 300,000,000 orang. Kerajaan terpaksa mengekang pertumbuhan penduduk yang pesat. Sebuah keluarga dibenarkan mempunyai satu orang anak sahaja. Dengan itu China telah berjaya melahirkan keluarga yang berkualiti. Kualiti rakyat ini seimbang dengan pembangunan fizikal yang begitu pesat sekali. .

China membangun secara saintifik dan berusaha mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan mantap. Walaupun krisis kewangan sedang merebak di seluruh dunia, China berusaha mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan mantap, meningkatkan daya saing dan keupayaan membangun secara berterusan dan saintifik. China telah bertindak pantas mengubahsuaikan cara pembangunan, berusaha menjimat sumber tenaga dan membangun masyarakat yang mesra persekitaran, mempertahankan dasar pintu terbuka, berusaha menjamin dan meningkatkan kehidupan rakyat serta melindungi kepentingan asas rakyatnya. .

Pada pendapat saya kejayaan China meningkatkan kualiti kehidupan rakyatnya inilah yang menyebabkan pasaran sarang burung walit begitu tinggi permintaannya di Negara tersebut. .

Sebahagian daripada lensa yang dapat dirakam di China

Saat paling baik untuk memancing anak-anak burung walit muda untuk menghuni RBW.

Sudah dua hari kelihatan kehadiran burung walit amat luar biasa. Lebih kurang 10 meter dari RBW saya terdapat kebun rambutan dan pisang tetangga, Ditepi pagar terdapat busut (sarang anai-anai) . Sudah dua petang kira-kira jam 6.00 petang dikawasan rimbunan pokok rambutan kekatu (anai-anai bersayap) berterbangan. Burung walit berlegar-legar mengejar kelkatu. Kehadiran burung walit ke RBW saya juga luar biasa. Andainya anai-anai ini boleh dibiakan diluar RBW pasti ia membantu memancing walit masuk ke RBW. .


RBW yang strategi memancing walit siap dengan peralatan yang mampu mengawal suhu dan kelembapan. Suasannya harus menghampiri kondisi gua asli. Dinding dapat menghalang haba luar dari menyerap kedalam. Ventilasi yang sering digunakan ialah dengan paip “L” dengan saiz 4” diameter. Lubang yang tidak digunakan hendalah ditutup bagi memastikan ventilasi berjalan lancar. .

RBW yang besar dan luas lebih disukai oleh walit. Lubang keluar masuk walit harus direka bentuk sedemikian rupa agar cahaya matahari tidak terus masuk kedalam RBW. Suasana dalam RBW akan jadi lebih gelap agar remang-remang cahaya dua batang lilin. Ketinggian lantai yang lebih tinggi disenangi oleh burung walit. Ketinggian antara lantai dengan veriasi 6’ – 15’ adalah paling sesuai. Ini bermakna jarak minima antara lantai ialah 6 kaki tinggi. Manakala jarak maksima ialah 15 kaki. .

Rumah burung walit seharusnya tidak dikelilingi oleh pepohon besar, kerana ia akan menganggu arus terbang burung semasa keluar dan masuk. Dinding RBW sebaiknya diplaster dengan nisbah campuran kapor yang lebih pada bahagiaan dalam. Jika menggunakan bata tanah bole saje dibiarkan begitu tanpa plaster. Kerana penggunaan plaster akan member bau semin yang kuat. Bagi rumah burung yang baru bau simen dapat dihilangkan dengan basuhan yang kerap menggunakan nenas dan sebagainya. Penggunaan cat alas yang tidak berbau kuat boleh digunakan juga. .

RBW yang baik adalah menggunakan bumbung atap genting. Penggunaan slab akan memerangkap haba dan haba ini akan terus memanaskan tingkat atas. Sebab itu walit lebih suka menginap pada bahagian bawah berbanding dengan bahagia atas. Keluasan minima rumah burung walit yang standard ialah 20’ X 40’.atau keluasan lantai 800 kaki persegi. RBW perlu disediakan roving room dan nesting room.

Musim anak-anak walit mula terbang seharusnya dimanfaatkan oleh pembudidaya. Ketika ini burung walit muda mengintai-gintai RBW baru untu dijadikan tempat huniaan. Ketika inilah pembudidaya harus memasang strategi untuk memancing walit.

Mengekalkan habitat mikro dengan cara mengekalkan iklim mikro dalam RBW


Menjadikan Rumah Burung Walit (RBW) yang kondusif adalah melalui inovasi dan kreativiti. Perkara penting yang harus dipersiapkan untuk RBW ialah iklim mikro yang konstan. . Suhu seharusnya 28 – 30 C manakala kelembapan ialah 85% – 95%. Jika ini dapat dilakukan pasti dapat memikat agar burung walit terus menginap dalam RBW.

Berbagai kaedah dan cara boleh digunakan untuk menetapkan iklim mikro ini. Material yang digunakan untuk membangunkan RBW dapat mengawal suhu dan kelembapan. Ketebalan dinding dapat menghalang udara panas diluar menyerap masuk kedalam RBW. Ikatan bata 9 inci tebal untuk dinding adalah lebih baik dari ketebalan dinding 4”. Kepanasan matahari yang memancar kedinding dapat dihalang dari menyerap kedalam RBW bila ketebalan dinding yang besar. Disamping itu bata ikatan sembilan berguna untuk ciri-ciri keselamatan kerana ia sukar dicerobohi pencuri. Rumah burung yang terpencil biasanya menggunakan ikatan Sembilan untuk tingkat bawah. Ketebalan dinding yang tebal juga boleh mengekal iklim mikro yang konstan dalam RBW.

RBW yang membujur sinar mentari adalah lebih sejuk daripada RBW yang melintang sinaran mentari. Bila kedudukan RBW membujur bermakna bahagian permukaan yang terdedah kepada sinaran matahari kecil. Dengan itu daya serap kepanasan matahari juga kecil. Jika kedudukan RBW melintang turun naik matahari akan memdedahkan permukaan yang lebih luas. Daya serap kepanasan adalah lebih besar. Ini tidak baik untuk RAW. Susun atur RBW mampu memerangkap sinar matahari yang banyak atau sedikit.

Membangunkan RBW pada lereng bukit dapat membantu RBW dari mendapat sibaran matahari yang kuat. Sekiranya anda mahu membangunkan rumah walit dilereng bukit, cerun bukit perlu ditarah terlebih dahulu dan sebahagian dinding RBW tadi mengadap kebukit. Ini akan member I kelebihan kepada RBW anda kerana ia lebih sejuk. Penanaman pokok-pokok disekeling RBW dapat menyejukkan lagi bangunan. RBW yang ditanam dengan pokok-pokok pisang dapat menyejukan bangunan RBW.

Material yang digunakan harus mampu menahan udara panas luar dari menyerap pantas kedalam RBW. Penggunaan bata tanah adalah lebih baik dari menggunakan bata semin. Penggunaan bata ringan juga baik untuk mengawal iklim mikro RBW. Material dari jenis bata ringan ini tidak sesuai untuk tingkat bawah kerana ia adalah material yang lembut. Material seperti ini mudah dicerobuhi pencuri. Penggunaan material dari jenis bata rengan disyurkan untuk tingkat pertama atau diatas.

Lubang keluar masuk burung juga boleh bertindak sebagai pengawal kelembapan melalui ventilation. Udara panas yang ringan akan berda diatas. Dengan itu udara panas berda diatas boleh ditolak keluar melalui lubang keluar masuk burung. Jika perlu lubang keluar masuk boleh diadakan dua buah. Ia bertindak sebagai ventilasi udara. Saiz lubang keluar masuk juga dapat mempengaruhi peredaran udara dalaman RBW.

Penggunaan penyembur kabus (humidifier) sangat baik untuk mengawal kelembapan dan suhu. Jenis penyembur kabus yang digunakan akan memberi kesan kepada iklim mikro. Penyembur kabus yang dapat mengeluarkan air yang berasap dan tidak membasahkan lantai sangat baik digunakan. Jika akan mempunyai penyembur kabus yang biasa, ia boleh diubah suai dengan menggunakan sistem “Y” untu menjadikan kabus yang dikeluarkan berasap.

Pemilik RBW harus memasang strategi untuk memikat walit yang lebih tuntas.


Kemarau kehadiran walit telah berlalu. Kemeriahan menjelma kembali, mentari menampakan sinarnya, musim bah telah berlalu, pokok dan tanaman mula menghijau. Burung walit berkicau riang lebih-lebih lagi pemilik yang tidak sabar-sabar menunggu.

.
Baru-baru ini pemilik rumah burung runsing dan risau kerana RBW tidak dikunjungi burung walit lagi. Keriagan dan kegembiraan diawal operasi yang amat memberansangkan., luntur begitu sahaja. Selepas 6 bulan operasi kegembiraan dahulu telah menjadi episuk duka. Tetekala musim banjir yang lalu tidak ada langsung burung walit datang berkunjung. Apakah gerangan yang berlaku.

.

Apakah kesalahan dan kesilapan yang berlaku. Hendak bergantung kepada nasib semata-mata pun tak boleh juga. Rezeki ni kena ikhtiar dan usaha baru tuhan beri. Bagaimana nak berusaha. Siapa yang boleh membantu. Cuba-cuba menjenguk internet. Maklumat kabur untuk dijadikan panduan. Apalah nasib yang malang sekali. Nasib baik terjenguk jahaniwalit.com terubat juga sedikit hati yang gundah.

.

Apa sebenarnya yang berlaku?. Burung walit yang menghuni gua asli dan gua tiruan RBW sebenarnya berkembang biak sepanjang tahun. Pembiakan berlaku lebih pantas pada musim kemarau berbanding dengan musim hujan. Pada musim kemarau proses mengawan biasanya berlaku. Diudara kelihatan walit berputar-putar mengejar pasangannya. Proses mengawan biasanya berlaku disarangnya. Tetapi kadang-kadang berlaku diudara ketika terbang. Burung walit dewasa menyiapkan sarangnya dalam masa 40 hingga 80 hari. Walit betina biasanya mengeluarkan telur 2 biji sahaja setiap kali mengawan.

.
Walit meletakan telor dalam sarang yang diperbuat dari sulivanya. Selepas 2-5 hari bertelor walit mula mengeramkan telornya. Tempoh pengeraman berlaku dalam masa 18 hingga 24 hari. Walit jantan dan betina membuat sarang berpasangan. Begitu juga pengeraman juga berlaku berpasangan. Koloni walit adalah makhluk yang intim dan setia dengan pasangannya. Penjagaan anak yang menetas juga secara berpasangan dan bergiliran antara keduanya. Mereka menyuap anak bersama sehingga anak-anaknya boleh terbang sendiri.

.
Anak-anak walit boleh terbang sendiri kira-kira 40 hari selepas menetas. Sifat atau tabiat biasa burung walit beterbangan secara berkelompok atau berkoloni. Mereka terbang pada kawasan terbuka untuk memburu serangga yang menjadi makanan burung walit.

.
Burung walit keluar dari kediaman huniannya seawal pagi dan kembali lewat petang. Ketika inilah pemilik RBW harus memasang strategi untuk memikat walit yang lebih tuntas. Suara memanggil biar tajam gemersik. Kondisi dan habitat dalaman RBW amat kondusif agar bertaraf lima bintang. Lubang masuk yang cukup strategi mampu dilihat dengan jelas oleh walit ketika pulang. Lubang antar lantai juga menyenangkan dan tidak berliku bagi memudahkan walit meneroka dari satu lantai kesatu lantai dan terus menginap

Lembaga aneh dalam rumah burung walit

Dungun. 11 Januari 2010 .Lembaga aneh dalam rumah burung walit?. Seorang pembudidaya walit berbangsa Cina mendakwa dalam RBW beliau terdapat lembaga aneh yang menakutkan. Lembaga ini kerap ditemui oleh pekerja Bangla di RBW . Lembaga manusia tanpa kepala kelihatan merayau-rayau didalam RBW.

Walaupun beliau bukan muslim, tetapi percara ia boleh diselesaikan mengikut kaedah Islam. Diantara ikhtiar yang telah dibuat adalah dengan meminta imam masjid dan orang kampong yang berhampiran menunaikan solat hajat. Kebimbangan dan ketakutan memang telah menghantui beliau ketika ini. Beliau dan pekerja Bangla tersebut tidak berani lagi untuk masuk kedalam RBW . Tidak pula dipastikan sama ada burung walit terjejas atau tidak akibat kehadiran makhluk aneh ini.

Mungkinkah pengaruh cerita-cerita seram atau cerita hantu yang sering kelihatan dikaca TV telah mempengaruhi pekerja dan pemilik RBW tersebut untuk mempercayai memang benar-benar terdapat makhluk halus tersebut. Percaya atau tidak dengan cerita sebegini terserahlah kepada anda.

Menurut seorang sahabat yang mengamalkan kaedah perubatan traditional, kejadian seperti itu adalah perkara biasa. Makhluk halus jin dan saitan memang terdapat dalam masyarakat manusia. Beliau yang berpengalaman dalam bidang tersebut bersedia membantu bagi mengatasi masalah tersebut. Saya melihat sendiri kaedah pengubatan beliau yang mengunakan ayat Al-Quran telah dapat membantu pesakit terkena ganguan makhluk halus ini.

Kawasan terpencil dan gelap seumpama gua ini tidak mustahil ditumpangi oleh makhlum halus seperti diatas. Kewujudannya banyak sebab. Samada secara kebetulan atau tempat tersebut sememangnya tempat tinggal makhluk seperti ini sebelum terbinanya RBW tersebut.

Kehadiran makhluk halus ini mungkin ada hikmahnya. Mereka boleh jadi jaga atau penungu RBW tersebut dari dicerobuhi pencuri. Keselamat RBW menjadi masalah besar kepada RBW yang sukses. Harga sarang burung walit yang amat tinggi telah mengundang pencuri untuk memasuki RBW dan menceri emas putih didalamnya. Berbagai cara digunakan untuk mengatasi masalah kecurian ini. Diantaranya ialah dengan mengupah pengawal keselamatan dan juga memasang penggera keselamatan. Pemantauan denagan CCTV juga dilakukan.

Dalam menjaga keselamatan dari dicerobuhi pencuri tidak ramai yang terfikir untuk menggunakan kaedah spiritual. Membina pagar dan tembuk secara hakikat atau secara maya. Kaedah ini dapat dilakukan dengan bantuan pengamal perubatan tradisional seperti kawan saya tadi. Sahabat saya telah menggunakannya dan setakat ini menurut beliau amat memberansangkan.(Catatan: Pendedahan kaedah kawalan secara spritual ini bukan untuk tujuan komersial).

Pengaruh kelembapan relatif dalam rumah burung walit


Rumah burung yang sukses bukan sekadar mengadaptasi habitat dalaman yang kondusif sepertimana habitat asal digua-gua batu kapur. Ia perlu mempunyai roving room, nesting room dan kayu sirip yang sesuai. Sistem bunyi yang sesuai adalah faktor menarik burung walit untuk bersarang.

.

Penelitian digua persisiran air mendapati kelembapan gua sangat diminati oleh burung walit berbanding dengan gua yang kering. Gua Hujan di Pulau Redang, Terengganu paling banyak didiami burung walit berbanding dengan enam buah gua yang lain. Lantai gua adalah lautan yang mana keadaannya sentiasa dipukul ombak menjadikannya seperti hujan. Keadaan ini menyebabkan kelembapan yang terdapat dalam gua tersebut tinggi.

.

Kelambapan udara (humidity) adalah jumlah wap air yang dikandung udara. Kelembapan dapat diukur dengan alat Higrometer. Dua istilah yang selalu digunakan untuk kelembapan ia itu kelembapan relatif (relative humidity) dan Kelembaban mutlak (absolute humidity). Kelembapan relatif adalah bilangan yang menunjukkan perbandingan antara jumlah wap air yang dikandung udara dengan jumlah maksimun wap air yang dapat dikandung udara pada suhu dan tekanan yang sama. Kelembapan mutlak adalah jumlah wap air yang terdapat dalam 1 m3 udara ( gram/m3 ). Kelembapan mutlak dinyatakan dalam gram.

.

Mengapa kelembapan penting dalam rumah burung walit ?. Berapa pula kelembapan relative yang diperlukan . Banyak pendapat yang mengatakan bahawa keperluan kelembapan adalah untuk menjadikan rumah burung artificial ini menyamai habiat asal dalam gua. Manakala kelembapan relative yang di[erlukan ialah 85% hingga 95%.

.

Tetapi mengapa kelembapan relative yang setinggi itu diperlukan ?. Apakah ada kaitan dengan struktur sarang walit agar lebih kukuh dan kuat. Rumah burung walit yang kering dengan kelembapan rendah, menjadikan sarang rapuh dan mudah pecah. Telor dan anak-anak walit akan mudah jatuh. Titisan air dalam udara akan menjadikan sarang lebih kuat berpegang pada kayu plank dan dinding gua.

.

Dalam udara lembab pembinaan sarang akan lebih tersusun dan bentuknya lebih baik kerana urat-uratnya dapat ditarik dengan baik semasa proses mengabungjalinya oleh walit jantan dan betina. Udara kering menyebabkan suliva cepat kering. Ini menyulitkan proses pembuatan sarang.

.

Apakah kelembapan relatif ini ada kaitan dengan penetasan telor ?. Allah kurniakan burung walit dengan keistimewaannya sendiri. Burung walit bukan sahaja dapat bergelak dalam gelap malah dapat mengesan perubahan yang berlaku dipersekitarannya. Kelemapan dan suhu yang kondusif dapat dipantau oleh mereka. Samalah juga macam manusia sebelum membina rumah untuk keluarga, akan memantau dari setiap espek keperluan-keperluan yang diperlukan. Begitulah juga dengan burung walit. Mereka akan memastikan telor mereka boleh menetas dengan baik dan anak-anaknya tidak mati kekeringan selepas menetas tadi.

.

Kelembapan yang terlalu tinggi telor sukar untuk menetas. Sebab itu pada musim hujan tidak banyak walit membuat sarang.

Memahami ekosistem burung walit dan manusia untuk merancang pembangunan ekonomi mampan


Bumi merupakan sistem tempat tinggal. Tempat tinggal di Bumi ini disebut biosfier. Biosfier adalah suatu tempat di bumi yang mengandungi kehidupan.

Biosfier sangat kompleks. Ahli ekologi dan ilmuwan membagi-bagi biosfier menjadi bahagian-bahagian yang lebih kecil untuk dipelajari. Bahagian-bahagian kecil dari biosfier ini disebut ekosistem. Sesungguhnya ekosistem juga sangat kompleks.

Ekosistem adalah interaksi antara organisme dan persekitarannya . Semuanya yang berada di dalam suatu ekosistem saling kait-mengait satu dengan yang lain dengan cara-cara tertentu.
Ekosistem terbahagi kepada dua jenis, iaitu: makhluk hidup dan benda tidak hidup.
Misalnya, burung walit membuat sarang dibangunan rumah burung walit (RBW) yang bertingkat-tingkat tingginya dan lembab. Itu merupakan ekosistem dari burung walit. Tetapi, bangunan itu juga menjadi tempat tinggal manusia. Maka, ekosistem burung walit ada hubungkait dengan ekosistem perumahan manusia.

Apabila ramai orang mendirikan bangunan RBW dalam kawasan Bandar menyebabkan jutaan burung walit hidup berdampingan dengan manusia. Sebelumnya tidak pernah terjadi begitu. Dengan itu ekosistem juga telah berubah.

Perubahan ini kadang-kadang berlaku dengan cepat kadang-kadang lambat. Perubahan yang terjadi pada suatu ekosistem mempengaruhi ekosistem yang lain. Misalnya, di Jalam Tok Lam dan Kampong China, Kuala Terengganu. Kita akan mendengar suara burung walit sepanjang hari sama ada suara asli atau suara memanggil. Sudah tentu, bagi penduduk yang kurang selesa dengan bunyi burung walit akan rasa tergangu. Setiap perubahan pada suatu ekosistem akan mempengaruhi ekosistem yang lain dan ini menyebabkan ekosistem itu berubah untuk menyesuaikan diri dengan ekosistem yang baru. Perubahan seperti ini disebut adaptasi.

Dengan memahami ekosistem ini pasti akan membantu kita untuk merancang dalam melaksanakan sesuatu pembangunan. Sekiranya perancangan yang kemas dan jitu tidak dilaksanakan maka ekosistem baru akan berlaku dengan tidak teratur. Sekiranya pada suatu ketika dahulu sebuah bandar baru dibangunkan untuk tujuan komersial dengan hiruk pikut manusia berurus niaga akan berumah dengan kebisingan suara burung walit. Bagi manusia yang tidak menyenanginya akan berpindah mencari lokasi baru untuk berurus niaga. Lama-kelamaan bandar baru ini tidak lagi dihuni manusia tetapi menjadi hunian burung walit. Bandar tersebut akan menjadi seperti bandar hantu.

Pihak berkuasa seharusnya bertindak dengan pantas dalam menangani masalah ini. Sekiranya tindakan yang strategik tidak dilaksanakan ia akan mendatangkan kesan yang besar pada masa akan datang. .

Burung walit sebagai kaedah biologi untuk kawalan serangga dalam mengawal serangga perosak tanaman.

Berapa banyak serangga yang ditangkap walit dalam bergantung kepada saiz burung walit. Seorang pengkaji, David Luck mendapati bahawa family Apodidae yang panjangnya 10 cm. mendapati bahawa seekor induk burung walit yang mempunyai anak memerlukan makanan 50 gram sehari. Tangkapan serangga yang dibuat lebih daripada 40 kali.

Jenis-jenis serangga yang dimakan oleh walit ialah :

Order Hymenoptera. Famili yang terkenal dalam order ini adalah Aculeata yang terdiri atas lebah, semut dan lain-lain. Serangga o Hymenoptera disukai burung walit.
Order Hemiptera – Serangga penghisap cairan tanaman dan pengisap darah haiwan Himoptera dan Heteroptera. Serangga dalam order ini adalah lalat buah.
Order Ephemenoptera – Serangga aquatic dalam bentuk nymph dan larva . Ia hidup dalam kawasan berair seperti dipermukaan air.
Orrder Ephemenoptera – Serangga ini lebih dikenali dengan nama lalat sehari (dayfly atau mayfly).
Order Diptera – Serangga jenis nyamuk
Order Isoptera – Serangga jenis merayap yang dapat terbang
Order Odonata – Serangga t aquatik.

Order Psocoptera
Coleoptera – Serangga seperti kumbang, kepik, dan kunang-kunang.
Terdapat juga serangga yang tidak termasuk insecta yang juga dimakan oleh burung walit, ia itu laba-laba
Oleh itu burung walit dalam sektor pertanian boleh digunakan sebagai kawalan biologi untuk mengawal serangga yang merosakkan tanman. Dikatakan bahawa lebih dari 70% makanan burung walit terdiri daripada serangga yang merosakan tanaman, seperti, akar, batang, , bunga, buah, dan sebagainya. .

Membiak serangga untuk menyediakan makanan tambahan kepada burung walit

Manusia tidak mampu untuk menyediakan makanan untuk burung kerana ia adalah hidupan liar yang terbang bebas diudara. Hanya penjagaan alam sekitar yang mampu membantu mengekalkan makanan yang cukup untuk walit. Walau bagaimana pun walit boleh juga dipancing untuk datang ke kawasan yang mempunyai banyak serangga dengan cara membiakan serangga disekitar rumah walit.

Pokok yang banyak mengeluarkan bunga akan didatangi oleh serangga, untuk menghisap madu dan sekali gus sebagai agen pendebungaan. Kawasan tanaman sayur dan buah-buahan juga terdapat banyak serangga, Serangga sayur biasanya serangga yang menghisap cairan sayur. Buah-buahan yang berkulit lembut juga sangan disukai oleh serangga terutamanya lalat buah. Kawasan sawah padi,pula terdapat banyak serangga apabila jerami padi mula memburuk. Oleh itu jerami padi boleh digunakan untuk membiak serangga.

Membiak serangga dengan menggunakan jerami padi sangat mudah. Jerami padi ini dilonggokan berhampiran rumah burung. Bagi mempercepatkan ia memburuk dan berbau seeloknya ia disiramkan dengan air sekali sekala. Apabila cerami ini buruk dan berbau akan menarik serangga datang.

Cara lain untuk membiakan serangga ialah dengan menggunakan buah jenis masam bila buruk. Buah yang sesuai digunakan ialah nenas, mempelam , pisang dan sebagainya. Buah-buah ini dipotong-potang dan dimasukan dalam bekas. Kepingan buah-buahan buruk ini direndam dalam air. Tetapi awas jangan sampai ia tenggelam. Dalam bekas rendaman buah-buahan tadi bleh dimasukan sedikit makanan ayam. Tetapi ingat rendaman makanan ayam ini akan mengeluarkan bau yang sangat busuk. Bau tahi atau bangkai. Ia digunakan untuk menjadi sumber protin serangga tadi agar cepat membiak. Buah-buahan tadi digunakan untuk menarik serannga buah (lalat buah). Manakala makanan ayam akan menjadi mendium pembiakan serangga.

Diatas adalah salah satu cara untuk menyediakan makanan tambahan kepada burung walit. Disamping itu tanaman seperti tomato dan sayuran lain akan membantu untuk menambahan makanan kepada burung walit. Serangga selain daripada itu formula medium untuk membiakkan serangga juga terdapat dalam pasaran. Penggunaannya juga cukup mudah dan mendatangkan yang positif kepada burung walit.

Berbagai jenis jenis serangga yang ditangkap burung walet dari masa kesemasa berbeza-beza , bergantung kepada musim, kawasan tempat burung mencari makan, dan siklus musim dalam kehidupan serangga. Dengan penglihatan yang sangat tajam dan dengan kecepatan serta pantasan terbang, burung walit dapat menangkap ribuan serangga dalam sehari. Jika serangga yang ditangkap serangga kecil , jumlah serangga yang dimakan supaya kenyang harus lebih banyak daripada serangga yang ditangkap berukuran besar..

Apakah mampu manusia menyediakan makanan untuk burung walit ?.

Burung walit dari pagi hingga ke petang kerjanya terbang memburu makanan. Menangkap serangga untuk makanan sendiri dan untuk menyuapkan anak-anaknya. Sebab itu burung walit akan terbang ketempat yang banyak serangga . Sudah pasti kawasan yang tiada serangga akan dijauhinya. Ini adalah fitrah kejadian alam yang telah ditentukan oleh Allah. Allah yang mencipta makhluknya pastinya menyediakan makanan untuknya. Masakan mampu manusia mahu mengambil tugas Allah SWT untuk menyediakan makanan kepada burung walit. Betapa agungnya Allah dengan ciptaannya.

Serangga yang dimakan oleh walit adalah serangga yang terbang dan berkulit lembut sifatnya. Sambil terbang burung walit akan menyambar makanan.Sekiranya musim ia memberi makanan kepada anak-anaknya serangga itu akan disimpan dalam rongga mulutnya untuk dibawa pulang.

Ketika keluar dari rumah dipagi hari walit akan terbang rendah melewati kawasan sawah dan perladangan. Ketika angin yang bertiup tidak begitu kencang burung walit akan terbang rendah, serendah rimbunan pokok yang biasanya terdapat banyak serangga. Lebih-lebih lagi pada musim pokok berbunga.

Kadang-kadang burung walit terbang diatas permukaan air. Perairan seperti persisiran pantai atau sepanjang aliran sungai untuk memburu serangga yang terbang diatas permukaan air. Serangga aquatic yang muncul diatas permukaan air juga dapat disambar oleh burung walit yang terbang diatas permukaan air tadi.

Memandangkan begitu banyaknya serangga yang dimakan oleh walit dalam setiap hari, saya berpendapat sangat sukar untuk manusia menyediakan makanan untuknya. Apakah mampu manusia membina kawasan yang besar dan mengurungnya untuk diberi makan?. Tak terdaya manusia menyuapnya makanan. Mungkin ada yang ingin dan telah mencuba. Tetapi itu adalah kerja yang sia-sia. Mengadakan makanan pada musim kemarau pun amat sukar kerana dimusim begini serangga sangat berkurangan. Begitu juga pada musim banjir yang telah saya bincangkan dalam posting yang lalu.

Oleh itu cara yang dapat membantu walit adalah dengan menjaga alam sekitar dengan menanam pokok bagi mengekalkan kehijauan. Dengan ini serangga untuk burung walit dapat berkembang biak dengan baik.

Kawasan perairan pula dijaga agar tidak tercemar dengan sisa kilang dan sampah sarap.penggunaan racun yang berlebihan dalam pertanian juga amat tidak wajar dalam menjaga alam sekitar.

Kaedah menyediakan serangga melalui pembiakan serangga secara moden hanya akan menggangu ekologi semula jadi dan akan member kesan sampingan yang lain. Masalah yang lebih besar akan berlaku. .

Faktor-faktor yang menyebabkan sarang walit rosak dan cara mengatasinya.

Siang tadi pemborong sarang telefon “ Ada tak sarang yang hendak dijual?. Harga hari ini terbaik dari bulan lepas. Harga yang agak baik ini akan bertahan sehingga 15 Januari 2010”. Benarlah teori pasaran yang mengatakan hubung kait antara permintaan dan penawaran. Bila penawaran kurang permintaan akan tinggi. Sepertimana yang saya bincang sebelum ini Gelombang banjir yang melanda negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia telah menyebabkan sarang walit sangat berkurangan. Nk buat macam mana kena terima je! Lah keadaan yang berlaku.

Sarang walit yang baik adalah sarang walit yang bentuknya sempurna. Bentuk mangkuknya dan dasar yang sempurna. Uratannya sangan rapid an teratur sekali jalinannya. Sarang begini terhasil dari walit yang sihat dengan pemakanan yang cukup. Begitu juga kondisi tempat walit membuat sarang juga cukup kondusif. Manakala sarang walit yang tidak sempurna adalah jalinan tidak mantap. Dasar atau tapak sarang tidak rata , seperti bucu dan bonggul. Sarang begini grednya rendah. Pembeli biasanya membayar dengan harga separuh daripada harga gred super tadi.

Keadaan yang tidak sempurna ini terjadi kerana beberapa faktur. Diantaranya ialah kerana sarangnya telah dimakan oleh lipas. Saya telah bincang bagaimana untuk mengatasinya dalam artkel yang lalu. Sarang juga rosak kerana dimakan semut dan juga cicak rumah. .

Kerosakan juga berlaku kerana kesilapan semasa memungut sarang. Ini sering terjadi semasa musim kemarau, sarang berkeadaan kering menyebabkan ia mudah pecah. Walaupun pada asal sarang gred super A. Apabila pecah harganya akan jatuh merudum. Harganya pecah juga seperti pecahnya sarang tadi. Sarang dapat dielakan daripa pecah semasa memungut sarang melembabkan sarang terlebih dahulu. Gunakan semburang air pada bahagian tapak .

Sarang walit juga boleh pecah semasa pengendalian dan penghantaran penghantaran. Oleh itu ia hendalah dibuat dengan berhati-hati. Penggunaan semburan air bersih boleh membantu tetapi jika pembeli menyedari terdapat semburan air. Potongan berat timbangan pasti dilaksanakan oleh pembeli. Oleh itu penyimpana didalam bilik yang lembab boleh mengelakan sarang daripada pecah akibat kekeringan. .

Pastikan juga semasa menyimpan sarang sebelum dijual ia tidak disimpan secara timbunan. Jika tibunan terlalu banyak sarang dibawah akan patah dan hancur. Keadaan ini terjadi kepada sarang yang dibawa masuk untuk diseludup. Berlaku penyeludupan sarang dari[ada Thailand ke Malaysia melalui sempadan. Pembeli di Malaysia membeli dengan harga yang lebih tinggi berbanding dengan Thailand. Sayang sekali banyak sarang yang gred super telah pecah dan pembeli akan membayar dengan harga yang rendah.
Oleh yang demikian jadikanlah rumah burung anda yang kondusif untuk walit menghasilkan sarang gred super A. Ini dapat dilakukan dengan mengurangkan bucu, bonggulan, paku wire, tweeter dan material yang djadikan sarang bantu untuk memancing walit muda. .