Apakah mampu manusia menyediakan makanan untuk burung walit ?.

Burung walit dari pagi hingga ke petang kerjanya terbang memburu makanan. Menangkap serangga untuk makanan sendiri dan untuk menyuapkan anak-anaknya. Sebab itu burung walit akan terbang ketempat yang banyak serangga . Sudah pasti kawasan yang tiada serangga akan dijauhinya. Ini adalah fitrah kejadian alam yang telah ditentukan oleh Allah. Allah yang mencipta makhluknya pastinya menyediakan makanan untuknya. Masakan mampu manusia mahu mengambil tugas Allah SWT untuk menyediakan makanan kepada burung walit. Betapa agungnya Allah dengan ciptaannya.

Serangga yang dimakan oleh walit adalah serangga yang terbang dan berkulit lembut sifatnya. Sambil terbang burung walit akan menyambar makanan.Sekiranya musim ia memberi makanan kepada anak-anaknya serangga itu akan disimpan dalam rongga mulutnya untuk dibawa pulang.

Ketika keluar dari rumah dipagi hari walit akan terbang rendah melewati kawasan sawah dan perladangan. Ketika angin yang bertiup tidak begitu kencang burung walit akan terbang rendah, serendah rimbunan pokok yang biasanya terdapat banyak serangga. Lebih-lebih lagi pada musim pokok berbunga.

Kadang-kadang burung walit terbang diatas permukaan air. Perairan seperti persisiran pantai atau sepanjang aliran sungai untuk memburu serangga yang terbang diatas permukaan air. Serangga aquatic yang muncul diatas permukaan air juga dapat disambar oleh burung walit yang terbang diatas permukaan air tadi.

Memandangkan begitu banyaknya serangga yang dimakan oleh walit dalam setiap hari, saya berpendapat sangat sukar untuk manusia menyediakan makanan untuknya. Apakah mampu manusia membina kawasan yang besar dan mengurungnya untuk diberi makan?. Tak terdaya manusia menyuapnya makanan. Mungkin ada yang ingin dan telah mencuba. Tetapi itu adalah kerja yang sia-sia. Mengadakan makanan pada musim kemarau pun amat sukar kerana dimusim begini serangga sangat berkurangan. Begitu juga pada musim banjir yang telah saya bincangkan dalam posting yang lalu.

Oleh itu cara yang dapat membantu walit adalah dengan menjaga alam sekitar dengan menanam pokok bagi mengekalkan kehijauan. Dengan ini serangga untuk burung walit dapat berkembang biak dengan baik.

Kawasan perairan pula dijaga agar tidak tercemar dengan sisa kilang dan sampah sarap.penggunaan racun yang berlebihan dalam pertanian juga amat tidak wajar dalam menjaga alam sekitar.

Kaedah menyediakan serangga melalui pembiakan serangga secara moden hanya akan menggangu ekologi semula jadi dan akan member kesan sampingan yang lain. Masalah yang lebih besar akan berlaku. .

Posted on 2 January, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: