Inokulasi pokok gaharu yang ditanam untuk menghilangkan fobia terhadap perladangan hutan yang tidak berjaya pada pandangan masyarakat.


Perjalanan ke ladang karas mengambil masa 20 minit. Daripada persimpangan Merchang ke Durian Pahit melalui jalan bertar. Daripada jalan berturap kita melalui jalan ladang kelapa sawit dan kebun getah. Jika menggunakan kereta kita tidak mampu sampai ke Ladang Karas kerana jalannya curam dan berbukit. Lebih-lebih lagi bila lepas musim hujan jalan licin dan bahaya.

Hari itu En Wahab pegawai penjaga tunggu diluar simpang beliau membawa kami dengan pacuan empat roda (Landrover) Jabatan Perhutanan. Peralatan yang akan digunakan terpaksa dibawa dengan landrover.

Diantara peralatan yang diperlukan ialah mesin dril dan engine generator , bekas pengisi bahan inokulasi, tangga dan lain-lain peralatan yang mungkin diperlukan. .

Ketibaan kami diladang disambut oleh 10 orang kakitangan jabatan perhutanan. Kami dibawa keblok sampel yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari pejabat ladang . Jabatan Perhutanan Terengganu membenarkan kami membuat inokulasi sebanyak 5 pokok. Pokok pokok yang dipilih ini ditanam pada 2005. Umur pokok yang berusia 6 tahun ini belum lagi dibuat inokulasi.

Kebadiran kami adalah untuk membantu Jabatan Perhutanan menilai beberapa teknologi inokulasi yang boleh memberi kejayaan. Kami sangat berharap percubaan inokulasi kami berjaya dan ianya akan dapat berkongsi bersama jabatan dan rakyat.

Saya percaya bahawa jika teknologi ini berjaya ia akan dapat membantu masyarakat untuk terlibat dalam industri ini. Banyak tanah-tanah milik yang dibiarkan kosong bukan kerana tanah tidak subur atau kurang modal. Tetapi rakyat hilang keyakinan terhadap tanaman buah-buahan atau lain-lain projek pertanian yang boleh dikomersialkan. Menanam pokok buah buahan tidak berbaloi kata mereka kerana harga buah-buahan amat murah sehinggakan upah memetik buah lagi mahal daripada harga buah itu sendri. Sebagai contoh buah duku. Bila musim duku berbuah ramai pemilik kebun duku membiarkan sahaja buah duku memburuk dipokok. Begitu juga pimilik kebun durian, rambutan dan sebagainya.

Industri pertanian yang diyakini pada masa ini adalah getah dan kelapa sawit. Walau pun hasilnya tidak besar tetapi industri getah dan kelapa sawit telah cukup matang dimata masyarakat. Tidak siapa yang boleh mempertikaikan kejayaan kedua-dua tanaman ini.

Tetapi berbeza dengan tanaman gaharu secara perladangan hutan ini agak baru, masyarakat pula masih fobia dengan projek anjuran kerajaan sebelum ini seperti sentang, akasia, jati emas dan sebagainya. Langkah ujian inokulasi ini diharapkan dapat membantu masyarakat menghilangkan fobia tersebut.

Posted on 15 April, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 1 Comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: