Menyediakan habitat yang kondusif untuk burung walit membuat sarang

Rekabentuk RBW dibuat dengan mengambil kira keperluan yang kondusif untuk burung walit membuat sarang. Ciri-ciri Rumah Burung Walit (RBW) hendaklah meliputi suasana / cahaya dalaman RBW, tahap Kelembapan, suhu dan pengudaraan yang sesuai. Bagi memancing burung walit masuk bersarang RBW hendaklah di lengkapi dengan peralatan memikat burung berautomatik, sistem kelembapan berautomatik, sistem audio, penataan tweeter dalam dan luar yang betul, lagu burung yang berkualiti, sistem penggera keselamatan dan CCTV.

Sesebuah RBW yang hendak dibina haruslah mewujudkan keadaan suasana yang menyamai keadaan di dalam gua yang asli. Ia haruslah meliputi faktor-faktor kelembapan, suhu udara dan cahaya. Dalam rekabentuk RBW pengusaha perlu mengambil kira kaedah mengawal kegelapan / cahaya, kerana ia merupakan faktor penting dalam membuat RBW. Ini kerana walit gemar membuat sarang dalam keadaan tanpa cahaya. Selain dari itu Burung walit ini mempunyai keistimewaan deria sonar yang mampu terbang di tempat gelap untuk navigasinya. Tahap kegelapan yang dikehendaki dengan kadar cahaya / sinar maksimum 0.02 lux (2 cahaya lilin).

Bagi mengawal suhu supaya sentiasa diparas yang dikehendaki, pemilihan bahan binaan seperti batu bata dan ketebalannya adalah penting. Suhu yang sesuai di dalam RBW antara 26C – 28 C.

Kelembapan dalam Rumah Sarang Burung walit amat penting bagi mewujudkan suasana seperti di dalam gua. Kelembapan yang sesuai dalam RBW ialah diantara 85% – 95%. Kelembapan boleh disukat menggunakan alat Hydrometer. Kelembapan boleh dikawal dengan membina kolam takungan air atau menggunakan pum semburan air yang halus di dalam bangunan Rumah Burung Walit.

Posted on 11 December, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: