Taukeh emas buka lombong emas putih di Kemaman

Kemaman 31 Oktober 2008. Perjalanan ke Kemaman untuk urusan peribadi menghabiskan cuti mingguan. Singgah sebentar di Dungun untuk meninjau dan melihat sendiri projek yang dikelolakan oleh Jeff dan Zabri. Nampaknya banyak juga pengubahsuaian yang dilaksanakan untuk menjadikan rumah burung yang asalnya hanyalah rumah tumpangan kepada hotel bertaraf 5 bintang untuk burung walit menginap. Bukan sahaja struktur dinding, lantai dan lubang masuk terpaksa diubah suai malah dog kenel juga dibuat baru. Nampaknya banyak juga belanja yang terpaksa dikeluarkan. Nasib baik pekerja yang dupah sanggup bekerja siang malam agar kerja yang sepatutnya siap dalam tempuh satu bulan, dapat disiapkan dalam masa dua minggu sahaja.

Selesai membuat tinjauan di Dungun saya bertolak ke Bandar Cheneh bertemu sahabat baru Ustaz Azahar. Kawasan Cheneh dan Cherul adalah kawasan pendalaman Kemaman, kawasan dimana burung-burung walit mencari makan. Kawasan ini selain tanaman  kelapa sawit terdapat banyak tanah-tanah terbiar tanpa diusahakan oleh pemiliknya. Bukan tanah tidak subur tetapi tidak mampu untuk diusahakan. Nak tanam kelapa sawit, modal besar. Nak buat kebun buah-buahan harga buah  murah orang Terengganu kata tak jadi harga. Saya cadangkan kepada mereka supaya tanam pokok karas atau gaharu kerana potensinya besar. Mengikut kajian 1 ekar tanah mampu menghasilkan pendapatan RM 1 juta.

Di Cheneh seorang taukeh emas Encik Rani menemui saya di Cheneh Rekreation Resort ajak melawat projek rumah burung beliau di Kampung Lubuk Batu, Kemaman. En. Rani memiliki 2 buah kedai emas di Cheneh dan Kuantan. Dulu En. Rani pernah datang kerumah bertanyakan potensi industri burung walit. Lepastu senyap, saya sangkakan beliau tak berminat. Rupa-rupanya beliau mencari maklumat. Beberapa orang taukeh cina yang beliau kenali telah pun membuat rumah burung di Kuantan dan Kemaman. Beliau mendapat bimbingan rakan-rakan cina beliau. Baguslahtu. Taukeh emas ….. sudah buka lombong emas. Bukan lombong emas biasa tetapi emas putih dari udara. Tahniah kerana tuan menjadi contoh kepada bangsaku dalam membangunkan ekonomi. Bukan  cakap tapi buat.

 Berbalik kepada rumah burung yang beliau bangunkan, pada mulanya saya sangka projek bangunan  kerajaan yang diseliakan oleh JKR. Struktur bangunannya macam projek JKR tiangnya sahaja 8” X 8” kukuh sungguh. Saya fikir kalau berlaku gempa bumi pun RBW beliau tak terjejas. Rupanya En Rani adalah bekas Juruteknik JKR. Patutlah En. Rani minta kawan cinanya membuat pelan bangunan rumah burung mengikut standard JKR.  Saya fikir lagi… tentu kosnya juga tinggi.

En. Rani minta saya komen terhadap struktur yang dibuatnya. Saya  tak berani memberi komen kerana beliau memdapat bimbingan daripada beberapa pihak termasuk taukeh-taukeh cina yang telah membuat rumah burung di Kemaman dan Kuantan. Walau pun pada pandangan saya banyak perkara-perkara utama yang tidak sependapat dengan saya.  Berdasarkan pengalaman saya rumah burung beliau akan  terpaksa diubahsuai semula akan datang. Ia itu selepas beberapa tahun apabila beliau mendapati hasilnya tidak memuaskan. Itu pun ramalan saya sahaja betul atau tidak wallahualam…. Saya tidak sampai hati untuk pulang begitu sahaja, saya beri juga pandang saya tetapi pasti beliau tidak akan ikut cadangan saya. Saya tidak boleh paksa beliau kerana kami tidak ada apa-apa komitmen. Saya maklumkan kepada beliau sepatutnya khidmat nasihat dan pengelolaan sehingga burung bersarang. Saya doakan semuga beliau berjaya.

Posted on 2 November, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. SALAM ENCIK. Saya selalu melawat blog En. setelah saya berminat menceburi bidang ini. Terima kasih kerana banyak memberi info berguna

    tapi sy terkejut besar apabila melihat abg ipar saya En. Rani tersiar di dalm blog ini. Sebenarnya saya juga mempunyai sedikit share di dalam RBW yg dibina oleh En. Rani dan kakak saya(isterinya Kak Zan) tersebut. Bolehkah saya tahu apa kelemahan2 yg En. nampak di dalam design RBW di Cheneh itu? Jika maklumat sgt sulit boleh email aizuddinyusof@yahoo.com. Terima kasih banyak2

  2. Quote ‘saya fikir lagi … tentu kosnya juga tinggi’

    saya pun minat nak buat RBW ni.Kos tinggi sebab ape ye?
    kalau kosnya tinggi sebab guna bata merah, ada cara lain ke yang boleh diguna? Sape2 ada guna bata autoclave lightweight concrete atau pun guna simen Lightweigt construction methods, tolong komen skit tentang harga dan kelebihan2nya.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: