Terengganu lokasi kondusif untuk pertumbuhan industri walit di rantau ini

Seorang sahabat lama bekas ADUN Ajil, kini mengendalikan PLKN di Cheneh, Kemaman berhasrat untuk membina projek rumah walit di Terengganu. Rakan sekolah kini bertugas sebagai guru membuat keputusan untuk bersara awal  kerana ingin bergiat cergas dalam perniagaan. Walaupun sebelum ini telah bergiat dalam perniagaan. Juga ingin terlibat dalam industri walit sebagai sebahagian daripada cawangan bisnesnya. Seorang lagi rakan sekolah  yang kini bertugas di Kuala Lumpur menghubungi saya kembali semata-mata kerana walit.

Walit menghubungkan kembali kawan-kawan lama saya. Minat yang mendalam dalam industri ini telah merapatkan semula persahabatan yang telah lama terjalin. Mereka menghubungi saya untuk membantu. Kesemua mereka dari Terengganu dan menyedari bahawa industri walit sangat berpotensi disini. Suasana yang kondusif industri walit di Terengganu telah menarik minat banyak pihak untuk melabur di Terengganu. Pihak pemerintah sendiri memberi respon yang cukup positif dalam industri ini. Bekas Exco kerajaan Terengganu adalah Pengerusi Persatuan Saudagar Burung Walit Terengganu. Ramai di kalangan ketua jabatan di Terengganu cukup faham tentang industri ini. Kesepakatan dan kesepaduan pengusaha dan kerajaan menjadikan Terengganu adalah lokasi yang terbaik untuk industri walit. Agensi agensi kerajaan telah mula menunjukkan minat untuk terlibat secara langsung dalam industri walit.

Ditambah lagi dengan sejarah walit. Terengganu adalah satu-satunya negeri yag telah lama mendiami oleh burung yang mendiami gua-gua yang berada di kepulauan Terengganu seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Tinggul. Walit yang mendiami gua ini menjadikan kawasan daratan di Pendalaman Terengganu sebagai lokasi mencari makan mereka selepas keluar daripada gua pada pagi hari dan kembali semula pada sebelah petang. Arus terbang burung walit gua menuju ke lautan kedua ia itu Tasik Kenyir. Begitu juga setelah burung-burung ini mendiami centra walit yang terjadi di bandar-bandar seperti Kuala Terengganu, Dungun, Kemaman dan Jertih arus terbang burung juga menuju ke Tasik Kenyir sebagai destinasi terakhir. Sepanjang perjalanan tersebut walit melalui kawasan kehijauan ladang kelapa sawit dan hutan.

Lebih kondusif lagi kawasan sungai-sungai di Terengganu tiada pencemaran menjadikan serangga hidup segar dan ini menghasilkan sumber makanan yang banyak untuk burung walit. Kawasan wetland yang luas di Merang Setiu dan Marang satu lagi kawasan sumber makanan yang banyak kepada burung walit. Keseluruhan kawasan di Terengganu tidak dicemari oleh lepasan asap industri kerana tidak banyak kawasan industri disini.  Sebab itu burung-burung walit di Terengganu sangat segar dan mampu menghasilkan sarang yang bermutu tinggi. Jika sebelah Panti Barat Semenanjung Malaysia. Berat I KG sarang burung adalah dalam jumlah 114 biji hingga 120 biji. Tetapi di Terengganu adalah antara 90 biji hingga 100 biji untuk satu KG sarang.

Posted on 7 November, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: