Lawatan EXCO Pertanian Terengganu ke Ladang Gaharu di Vietnam bersama rakan niaga MZN Niaga di Vietnam

Potensi besar penanaman gaharu di saksikan sendiri oleh YB En. Rozi Mamat. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri Terengganu bersama  rombongan, semasa melawat projek perladangan gaharu di Vietnam pada 20 – 23 April 2009. yang lalu Lawatan tersebut diatur oleh MZN Niaga Kuala Terengganu bersama rakan kongsi di Vietnam , adalah untuk meninjau species yang bermutu tinggi untuk perladangan gaharu. Lawatan itu juga untuk meninjau sistem dan kaedah yang dilaksanakan oleh syarikat perladangan gaharu Vietnam melalui sistem kontrak farming. Melalui kaedah tersebut petani  menanam anak benih yang dibekalkan oleh syarikat. Petani bertanggungjawab menjaga pokok tersebut dengan baik. Apabila pokok mencapai umur 5 tahun syarikat membeli semula pokok tersebut dan akan melaksanakan proses inokulasi .

YB. Rozi dan rombongan dibawa melawat ladang dan kilang untuk nmemproses kayu gaharu di negara tersebut. Adalah difahamkan kaedah ini akan menguntungkan petani yang terlibat. Menurut Rozi system ini juga sesuai dilaksanakan di Malaysia. Di Malaysia terdapat banyak tanah-tanah kelompok yang terbiar dan tidak diusahakan oleh pemiliknya. Tanah-tanah ini merupakan tanah anugerah Kerajaan Negeri kepada rakyat yang tidak mempunyai tanah untuk diusahakan dengan dusun buah-buahan dan sebagainya. Memandangkan penanaman dusun buah-buahan tidak mempunyai daya maju, maka tanah tersebut terbiar dan tidak diusahakan. Adalah tidak menguntungkan jika tanah kelompok ini diusahakan dengan tanaman yang tidak berdaya maju.

Sebagai EXCO Pertanian inisiatif yang dilakukan oleh Rozi patut dipuji. Meninjau usaha yang dilaksanakan oleh Vietnam adalah satu usaha yang murni dan seharusnya diberi sokongan oleh semua pihak. Vietnam adalah Negara yang baru selesai perang dan cepat membangun. Projek perladangan gaharu yang dilaksanakan oleh Negara tersebut telah menunjukkan kejayaan yang amat cemerlang. Penyelidikan pembangunan yang dilaksanakan di Negara Tersebut telah meletakkan Vietnam sebagai sebuah Negara pengeluar kayu gaharu yang utama didunia. Apalah salahnya jika teknologi yang telah terbukti di sana kita gunakan untuk memberi nilai tinggi dan nilai tambah kepada sector pertanian di Malaysia. Tidak salah untuk kita meniru sesuatu yang baik. Itu adalah lebih baik dan menjimatkan kos daripada melaksanakan sendiri R&D dalam perladangan gaharu.

Saya percaya sekiranya kerajaan Terengganu dapat melibatkan diri sepenuhnya dalam projek gaharu ini, ia akan meletakkan Terengganu sebagai pengeluar kayu gaharu yang utama dinegara ini. Saya fikir dua kaedah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan negeri ia itu dengan memberi anak benih percuma kepada petani yang memiliki tanah kelompok yang tidak diusahakan. Petani dikehendaki menanam dan menjaganya dengan baik. Manakala kerajaan negeri sebagai pihak yang memiliki pokok yang ditanam oleh petani tadi membuat perjanjian kontrak dengan syarikat yang membekalkan anak benih tadi untuk membeli semula pokok tersebut bila mencapai umur 5 tahun untuk dibuat rawatan inokulan. Dengan ini kerajaan akan mendapat pendapatan dan pemilik tanah juga akan mendapat faedah.

Posted on 24 April, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: