Penglibatan VIP dan Pertubuhan Kebajikan dalam perusahaan sarang burung walit.

Bila agensi kerajaan terlibat dalam industri sarang burung walit maka bermulalah satu gelombang baru . Jika dahulu tiada siapa yang mengambil peduli melihat burung walit yang berterbangan di udara. Sebaik saja keluar ucapan dari mulut presiden UMNO untuk memberi nilai tambah sektor pertanian melalui perusahaan sarang burung walit. Semacam bom yang meledak jadinya. Ramai yang becakap dan ramai yang bertanya. Bagaimana untuk terlibat, pada siapa untuk dirujuk bagi mendapatkan maklumat. Jika tiada potensi besar masakan Dato’ Najib menyebut dalam mengulung perbahasan di perhimpunan agong yang menjadi fokus seluruh negara.

 

Bagi kawan saya YB Alias Abdullah yang telah pun terlibat secara langsung dalam industri ini pada tahun 2008 pasti terseyum lebar kerana telah menyahut langkah Dato’ Najib lebih awal lagi. Perancangan awal yang dibuat untuk membina sarang burung walit berukuran 35’ X 75’ dengan ketinggian 5 tingkat sejajar dengan langkah kerajaan untuk memperkasakan industri  asas tani. Sesungguhnya penglibatan beliau memberi suatu motivasi dan semangat baru kepada orang-orang lain khususnya orang melayu untuk memartabatkan bangsa melalui ekonomi. Model yang ditunjukan oleh YB Alias ini boleh dijadikan contoh kepada pejuang bangsa yang lain. Perjuangan politik melayu bukan sekadar laungan tetapi dipraktikan melalui usaha yang bersungguh-sungguh untuk memperkasakan ekonomi orang melayu. Begitu juga terdapat dua  tiga orang lagi YB di Terengganu yang terlibat dalam industri burung walit ini.

 

Sekalong tahniah juga kepada En. Mohd Zabri bin Nawang yang telah terpilih menjadi Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Pengusaha Burung Walit Kemaman, walau pun keahlian orang melayu hanya 3 orang sahaja. Kepercayaan yang diberi itu hendaklah digalas sebaik mungkin agar kerjasama yang erat diantara pengusaha melayu dengan pengusaha cina yang telah lama terlibat dalam bidang ini. En. Mohd Zabri juga adalah Bendahari Persatuan Penternak Burung Walit Melayu Terengganu. Sebagai konsultan burung walit adalah wajar En. Zabri terlibat dengan persatuan-persatuan tersebut.

 

Persatuan Saudagar Burung Walit Terengganu yang di pengerusikan oleh Dato’ Toh Ten Sai bekas Exco Negeri Terengganu juga bertujuan membantu ahli dan kerajaan untuk mengembangkan industri burung walit ini. Persatuan persatuan ini ditubuhkan adalah menjaga kebajikan ahli dan penhubung diantara kerajaan dan pengusaha. Supaya berlakunya kerjasama erat untuk kebaikan bersama.

 

Saya juga telah dihubungi pihak Pertubuhan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA) yang juga turut berminat dalam industri burung walit ini. Begitu juga sebuah Sekolah Agama Rakyat di Batu Pahat Johor telah pun membuat lawatan ke Terengganu untuk melihat potensi projek walit di Terengganu untuk dimanfaatkan oleh mereka.

 

Saya cukup yakin bahawa apabila VIP dan pemimpin masyarakat, pertubuhan kebajikan dan koperasi turut terlibat, tentunya masa depan industri walit sangat cerah dan peluang untuk melaksanakan industri hiliran memberi momentum yang besar. Saya juga telah dimaklumkan oleh seorang GM sebuah agensi kerajaan yang turut berminat dalam industri ini.

 

Advertisements

Posted on 1 April, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: