Alfatihah untuk ayah. Jasa Mu akan dikenang sepanjang zaman.


Ayahda adalah idola yang tiada tolak bandingnya. Dia lah guru, pemimpin, pendorong, ketua dan segala ilmu yang ada semuanya bermula daripada ayah. Tanpa seorang ayah pastinya seorang anak tidak mampu melihat dunia. Pengorbanan seorang ayah ayah tidak mampu dibalas dengan harta didunia ini..

Ayah bercita-cita besar, ia mahu anaknya berjaya melebihi orang lain. Ayah tidak mahu anaknya mewarisi kesusahannya membanting tulang empat kerat mencari rezeki. Katanya biarlah rezeki itu datang tanpa bersusah payah dengan keringat yang ada. Biarlah rezeki datang sendiri.
Ayah seorang yang kreatif dan inovatif. Buatlah sesuatu yang baru, dimana orang lain tidak pernah buat lagi. Saya mula terlibat dengan ternakan walit juga dengan restu ayah. Walaupun pada ketika itu , ternakan walit begitu asing bagi kami. Ayahlah yang member semangat.

Hebatnya ayah, ia punya pemikiran yang jauh kehadapan melebihi pemikiran rakan-rakannya yang lain. Ayah juga tidak pernah mengalah dalam mengejar cita-citanya. Rakan-rakan seusianya banyak meminta nasihat daripada ayah.

Ayah adalah pakar dalam pentadbiran kampung. Lebih separuh usianya dihabiskan untuk berkhidmat kepada masyarakat kampong. Ayah bukanlah pemimpin besar tetapi ia tahu denyut nadi masyarakat kampong. Ayah tahu setiap inci tanah dikampung. Tanah milik siapa dimana perenggan dan sempadannya ayah tahu. Sejarah tanah tersebut semuanya dalam kepala ayah.

Bila musim padi tuan tanah hanya beritahu ayah bila untuk membajak atau menuai padi. Tuan tanah tidak perlu turun sendiri untuk tunjukkan tanahnya. Memadai ayah sahaja yang menguruskan jentera pembajak dan penuainya. Ayah tidak pernah menrungut. Pasrah segalanya.

Ayah tidak pernah membantah dan sentiasa terbuka dengan idea yang diajukan oleh anal-anak kerana ayah juga mempunyai wawasan tersendiri. Kalau boleh wawasan kita biar ingin menakluk dunia. Jika berada dihutan ketika menembak biarlah sasarannya adalah bintang dilangit. Jika itu tidak mampu dicapai biarlah pucuk pokok yang paling tinggi dihutan menjadi sasaran kita.

Kini ayah telah tiada. Tanggal 12 Jun jam 3.30 pagi ia menghembuskan nafasnya yang terakhir meninggalkan dunia pana ini dalam usia 72 tahun.Selepas 3 malam dimasukkan kehospital. Ayah meninggal akibat diabetis dan komplikasi jantung. Kami adalah jenerasi pewaris yang akan meneruskan perjuangan ayah. Kehilangan ayah amat terasa. Kerana itu blog jahaniwalit d tidak dikemaskini sekian lama. Harap pengunjung muslim dapat hadiahkan alfatihah untuk arwah ayah.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan. yang membantu semasa pengkebumiah ayah. Semuga Allah mencucuri rahmat keatas roh ayahda dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin

Posted on 16 June, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: