Merealisasikan impian dalam perladangan gaharu

Saya akan menulis semula mengenai walit bila masalah blog ini akan selesai sepenuhnya. Harap maaf

Merealisasi impian menjadi realiti bermakna menetapkan visi dan misi agar impian yang belum pasti akan menjelma sebagai sebagai kenyataan. Merencanakan wawasan ini hendaklah bermula seawal mungkin. Untuk menjadi jutawan gaharu seharusnya bermula dengan pemilihan spesis yang hendak ditanam ia itu pemilihan benih yang betul. Bagi penanaman secara komersial jangan tersilap membuat pilihan dari peringkat awal lagi kerana projek gaharu akan mengambil masa 5-7 tahun untuk mendapat keputusan sama ada pilihan anak benih yang dibuat tersebut tepat atau tidak.

Pilihan yang hendak dibuat hendaklah berdasarkan kepada rekod kejayaan penanam gaharu secara ladang yang telah berjaya menghasilkan produk damar atau resin gaharu dan minyak berkualiti yang diterima di pasaran antarabangsa dengan harga yang tinggi. Amatlah malang sekiranya spesis yang kita tanam masih lagi diperingkat percubaan atau belum ada rekod kejayaan samada untuk penghasilan resin gaharu atau minyak berkualiti. Sepertimana yang sedia maklum gaharu yang terbaik adalah dari hutan asli. Tetapi ia mengambil masa yang panjang untuk menghasilkan gaharu ia itu 30 hingga 40 tahun untuk menghasilkan gaharu. Spesis begini tidak praktikal untuk perladangan.

Bagi mereka yang ingin merealisasikan impian menjadi jutawan gaharu, pemilihan anak benih sering menjadi persoalan. Ada yang mengatakan spesis X lebih baik dari spesis Y dan ada yang sebaliknya kerana ia lebih popular dan murah atau lebih mahal. Seharusnya kita meneliti semula beberapa kajian. Pokok karas sebenarnya mempunyai method yang berbeza dengan pokok lain. Pokok yang sihat dan membesar dengan cepat menghasilkan resin gaharu yang sedikit berbanding pokok yang sakit dan diganggu. Ia sebenarnya selari dengan kejadian semulajadi gaharu di dalam hutan. Pokok yang berada di kawasan berbatu dan mengalami tindakbalas kecederaan yang teruk menghasilkan gaharu yang lebih bermutu. Kita juga harus melihat kepada permintaan pasaran iaitu spesis manakah yang menjadi pilihan pembeli dan mempunyai harga yang tinggi. Spesis Aquilaria Agallocha Roxb (AAR) adalah merupakan spesis yang mempunyai nilai komersil yang tinggi ( kajian pasaran:www.thechimhyang.co.kr/eintro.html).

Perlu diingatkan, tanpa teknologi ini pokok karas tidak akan membentuk damar gaharu di dalamnya. Berbeza dengan pokok semulajadi, gaharu terbentuk pada usia pokok 30 – 40 tahun melalui gangguan fizikal atau microrganisme. Kerana itu bagi tanaman gaharu secara ladang species A. Agallocha Roxb sahaja yang diketahui kini mampu menghasilkan gaharu dan minyak bermutu tinggi yang mendapat pasaran peringkat antarabangsa. Maklumat lanjut boleh didapati pada carian google “DO BAU HUONG”.

Pengalaman Syarikat Do Bau Huong menunjukkan setiap pokok menghasilkan gaharu bernilai di antara RM 4,000 – RM10,000. Mungkin tidak keterlaluan jika kita meletakkan RM2,000 sahaja untuk sepokok yang menghasilkan gaharu. Bayangkan anda menanam 1,000 pokok dan anda berpeluang menjadi jutawan, InsyaAllah. Malahan jika hanya 50% sahaja yang menjadi, jumlah pendapatannya masih lumayan! Akan tetapi kita perlu menilai samaada spesis yang ditanam dan kaedah suntikan yang di buat itu telah berjaya atau diperingkat percubaan.

Kami bukan along tapi mahu tolong. Kami bukan pembekal anak benih tetapi kami ingin berkongsi teknologi.

Posted on 28 July, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: