Bantuan kerajaan untuk membangunkan industri walit perlu mencapai sasarannya.


.Industri burung walit adalah industri yang paling menguntungkan. Operasinya paling mudah dan ringkas. Diantara Negara yang terdapat industri burung walit ialah Indonesia, Malaysia, Kemboja, Thailand Selatan, Burma, Vietnam dan Filipina ia itu jajaran kepulauan Andaman hingga ke Filifina. Kesemua negara ini adalah negara-negara Asia Tenggara.


Pada awalnya idea untuk menyediakan tempat untuk burung walit membuat sarang adalah idea gila. Ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak tahu tentang rahsia industri burung walit ini. Kesepaduan dan sokongan kerajaan telah membuka sedikit mata untuk penglibatan rakyat 1Malaysia dalam industri ini. .

Difahamkan bahawa kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM5 juta dana untuk tujuan tersebut. Tetapi malangnya peruntukan tersebut akan diagihkan dalam bentuk bantuan teknikal kepada pengusaha yang terpilih atau golongan berpendapatan rendah. Keadaan ini seolah-olah menurunkan taraf industri setaraf dengan bantuan projek kepada PPRT yang bernilai RM10,000 kebawah. Nampaknya tak kemana juga, Anggapan bahawa buatlah bangunan macam mana pun burung walit tetap bersarang juga. Macam buat rumah untuk PPRT itu. Jangan nanti kegagalan akibat daripada salah anggap ini akan memberi kesan yang negatif kepada mereka-mereka yang ingin terlibat .

Bayangkan kos untuk menghadiri seminar potensi industri walit mencapai kos lebih daripada RM500 tak kanlah projek rumah walit boleh dibuat dengan kos hanya RM10,000 sahaja. Nampaknya kesungguhan kerajaan untuk membantu industri tak ke mana juga. Bak kata orang ala kadar sahaja. Macam ternakan lain seperti ayam itik sahaja. .

Bagi yang bermasalah dalam menguruskan rumah walit mengharapkan bantuan kerajaan untuk memulihkan rumah walit nampaknya hanya tinggal harapan sahaja. Diantara masalah yang dihadapi oleh pemilik rumah walit yang sedia ada ialah kesalahan memilih lokasi. Rekabentuk rumah walit yang tidak kondusif. Kesilapan dalam menentukan lubang masuk burung. Kesilapan memilih suara yang baik untuk memancing burung walit masuk dan sebagainya. .

Kesungguhan kerajaan untuk mengembangkan industri walit sepatutnya tidak disalah tafsir sebagai hangat -hangat tahi ayam. Jangan nanti ia dianggap sebagai jumud dan kaku dalam perkembangan industri ini. Menteliti pelaksana bantuan (pegawai kerajaan) sekadar melepas batuk ditangga dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab perkhidmatan sahaja. Jika peraturan dalam industri walit dikuatkuasakan yang tidak membantu pasti akan menjejaskan industri walit ini. .

Peraturan seperti syarat tanah yang rigit tidak akan membantu. Sekiranya batuan yang akan diberi nanti mensyaratkan pemberian lesen atau permit perlu diperolehi terlebih dahulu pasti akan mewujudkan karenah birokrasi dalam urusan bantuan kerajaan. Begitu juga jika syarat lokasi tapak mesti mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan terlebih dahulu, pasti akan menyulitkan pengusaha baru kerana peraturan PBT agak ketat dalam soal pembinaan bangunan.

.

Posted on 3 March, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: