Isu rumah burung walit di Kuala Terengganu

null

Kuala Terengganu – 080808 Sebuah blog melapurkan “ Aduan demi aduan dibuat oleh penduduk berkenaan kepada Pegawai Penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Jabatan Kesihatan serta wakil rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Toh Chin Yaw yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri Terengganu. Namun, pihak berkuasa tempatan didakwa sengaja ‘membutakan mata dan menutup telinga’ terhadap aduan penduduk di Jalan Tok Lam yang menghadapi masalah akibat gangguan beribu-ribu ekor burung layang-layang.

 

Namun, pihak berkuasa tempatan didakwa sengaja ‘membutakan mata dan menutup telinga’ terhadap aduan penduduk di Jalan Tok Lam yang menghadapi masalah akibat gangguan beribu-ribu ekor burung layang-layang.  Tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap masalah yang timbul dari aktiviti penternakan burung ‘walit’ (layang-layang) yang giat dilakukan orang beberapa pengusaha serta ‘taukeh’ sarang burung tersebut sejak lima tahun lalu.
Masalah gangguan bunyi bising dan pencemaran najis burung yang berbau busuk telah menjejaskan tahap kesihatan penghuni terbabit.”

 

 

Apakah benar dakwaan diatas. Apakah bunyi burung walit lebih bising dari bunyi kenderaan yang mengaung siang dan malam. Apakah najis burung walit terlalu banyak dilepaskan dimerata tempat hingga mencemarkan persekitarannya. Adakah terdapat bukti burung walit membawa penyakit seperti yang didakwa. Atau pengadu hanya cemburu dan iri hati kepada pengusaha burung.

 

Burung walit adalah sejenis burung yang cukup istimewa. Ia membawa sumber kekayaan kepada mereka yang mengusahakannya. Bukan calang-calang kekayaan malah pengusahanya bakal menjadi jutawan. Penduduk sekitar seharusnya berterima kasih kepada pengusaha burung walit. Kerana dengan adanya burung walit di kawasan bandar maka spesis burung layang-layang sampah yang membuat sarang di coreng atap telah hilang dari kawasan. Jika tidak kaki lima bangunan dicemari oleh najis burung layang-layang sampah ini. Burung walit membuat roving sebelum masuk ke rumahnya. Jika terlepas najisnya pun tidaklah terlalu banyak berbanding dengan jumlah koloninya. Jika semua najisnya dibuang diluar rumah pasti kereta pengadu telah tenggelam oleh najis burung.

 

Saya tidak percaya pihak berkuasa tempatan sengaja ‘membutakan mata dan menutup telinga’terhadap masalah yang dihadapi. Pastinya pihak berkuasa telah memikirkan cara-cara yang terbaik mengatasinya supaya ianya dapat menguntungkan kedua-dua pihak, termasuk kerajaan juga. Langkah mengenalpasti kawasan diluar bandar sepertimana yang dibuat oleh kerajaan Terengganu adalah suatu langkah yang baik.

 

 

Posted on 9 August, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: