Persoalan lazim mengenai pembinaan rumah burung walit dan bagaimana untuk meningkatkan sarang dalam RBW yang telah berhasil.

Teknologi pembinaan rumah burung walit telah dicuba dengan berbagai kaedah. Daripada rekabentuk hinggalah penggunaan material. Apakah material atau bahan binaan yang paling sesuai untuk mendirikan rumah burung walit . Material yang lazim digunakan ialah bata merah (bata tanah), bata semin, bata blok atau dinding ‘foam’ (bata ringan)?

Penggunaan bata merah (bata tanah) adalah paling sesuai berbanding bata semin, bata blok kerana ianya terbukti dapat menstabilkan suhu dalaman rumah burung pada waktu siang dan malam serta mempunyai aroma atau bau tanah yang bersesuaian dengan kehendak burung. Sebaliknya dinding ‘foam’ (campuran simen + pasir + bahan kimia) sesuai juga kerana kosnya lebih murah tetapi kurang selamat berbanding dengan bata tanah atau bata semin. Ianya lembut dan mudah dicerobohi pencuri. Walau bagaimana pun jika digunakan pada tingkat atas ia tiada masaalah. Penggunaan di kawasan pendalaman dan kosnya lebih murah tetapi tidak begitu sesuai di kawasan terbuka.

Rekabentuk yang selalu digunakan ialah penggunaan rumah monyet pada bahagian atas bertujuan untuk meninggikan kedudukan lubang masuk khususnya dikawasan kebun yang terdapat banyak pokok bagi mengelakkan ganguan pada lubang masuk. Sekali gus dapat mengawal cahaya terang kedalam rumah burung. Kaedah penggunaan lubang terjun juga sesuai untuk burung-burung yang tua. Bagi memancing burung muda lubang terjun tidak berapa sesuai. Lubang terjun biasa digunakan untuk rumah walit dikawasan bandar atau pekan bagi mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa dan orang ramai.

Apakah caranya untuk meningkatkan mutu dan kuantiti sarang burung dalam sebuah rumah burung yang telah mempunyai hasil?. Mutu sarang burung dapat ditingkatkan dengan mengawal suhu pada kadar 25-29 darjah Celcius dan kelembapan antara 85-90% di samping kebersihan
dan keadaan dalam rumah burung perlu dititikberatkan. Kuantiti sarang burung pula dapat ditingkatkan dengan menambah kayu sirip (perbanyakkan tempat untuk burung menginap) samada secara rak berlapis atau bertingkat atau ditambah satu lapisan lagi tetapi ketinggian rumah burung tersebut mestilah melebihi 6 kaki. Di samping itu hasil sarang burung juga harus dituai berulang kali dalam sebulan jika sarang telah banyak. Ini bagi mengelakkan burung bersarang ditempat yang sama.

Posted on 27 February, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: