Author Archives: jahaniwalit

Sarang burung walit sajian kaum bangsawan dizaman Dinasti Ming


Sejarah penggunaan sarang burung walit sebagai makanan yang berkhasiat telah diketahui oleh masyarakat China sejak berates tahun yang lalu.Penggunaan sarang burung untuk kesihatan ini sudah terkenal sejak zaman Dinasti Ming (1368-1644) lagi.

Pengemar utama makanan ini adalah masyarakat Chini yang berada diseluruh dunia. Masyarakat di negara China merupakan pengasas yang mempopularkan sarang burung walit ke seluruh dunia. Sebenarnya sarang burung ini jarang ditemui dan ia tergolong dalam makanan yang sukar untuk didapati. Di Negara China tidak terdapat burung walit. Namun masyarakat China telah tahu mengenai khasiatnya. Semasa lawatan saya ke kilang perubatan traditional China baru-baru ini. Thabit yang mempromosikan ubat traditional mereka, terus memberhentikan promosi bila diberitahu saya memakan sarang burung walit untuk kesihatan. Harga sarang burung walit yang dipamirkan di Pharmasi di China satu pax sebanyak 6 biji sarang dijual dengan harga 3800 Yuang atau RM1700 .

Pada zaman dahulu kala untuk mendapatkan sarang burung ini, orang-orang Cina terpaksa untuk mengharungi ombak Laut China Selatan. Mengikut fakta ratusan tahun dahulu, burung walit ini banyak membina sarangnya di gua-gua batu karang di kawasan pantai Laut China Selatan. Saudagar China pada zaman dahulu menjadikan sarang burung walit sebagai hadiah utama kepada maharaja China. Pada ketika itu sarang burung adalah hidangan utama golongan bangsawan. Rakyat biasa tidak mampu untuk memakannya. .

Perdagangan China dari zaman dahulu sudah berkembang luas ke seluruh penjuru dunia. Pedagang-pedagang China yang berdagang ke negara lain telah memperkenalkan sarang burung walit ke Eropah dan Amerika sebagai barangan yang eksklusif. Masyarakat berketurunan Cina di seluruh dunia juga membantu mempopularkan sarang burung ini. Pedagang dari China sanggup membelinya dengan harga yang tinggi.Oleh itu, pemburu sarang burung walit mulai muncul dengan banyak di kawasan-kawasan berdekatan dengan gua-gua yang dihuni oleh burung-burung ini. Kawasan pantai benua Asia menjadi terkenal kerana mempunyai banyak gua burung walit terutamanya di Asia Tenggara. Sepanjang pantai-pantai di Thailand, Malaysia dan Indonesia yang mempunyai puluhan malah ratusan dan boleh mencecah jutaan penghuni burung walit. Misalnya Gua Niah di Sarawak yang pernah dihuni oleh dua juta ekor burung walit , Gua Gumungtung di Sabah dan Gua-gua di Pulau Redang Terengganu. .

Kehadiran laksamana Chen Ho dan Puteri Hang Li Po dizaman kesultanan Melaka juga dikatakan ada kaitan dengan sarang burung walit. Wallahualam…

Khasiat sarang walit


Dari kajian yang telah dilakukan, setiap 100 gram sarang burung ini mengandungi komposisi zat makanan seperti berikut:

Kalori 281 Kalori
Protein 37.5 g
Lemak 0.3 g
Karbohidrat 32.1 g
Kalsium 485 mg
Fosfor 18 mg
Besi 3 mg
Vitamin A 0
Vitamin Bl 0
Vitamin C 0
Air 24.8g

Kandungan protein sarang burung walit cukup tinggi (37.5%),sedangkan kandungan lemaknya boleh dikatakan sangat rendah(0.3%)Justeru,sarang burung walit diperkenalkan sebagai makanan yang mempunyai sumber zat untuk tumbesaran tubuh yang baik. Sarang burung walit tidak berbahaya bagi penderita penyakit darah tinggi atau obesiti kerana mengandungi kandungan lemak dan kolesterol yang sangat rendah.Selain itu, ia juga mengandungi zat-zat lain yang diperlukan oleh tubuh seperti kalsium dan fosfor untuk pembentukan tulang serta zat besi yang diperlukan untuk pembentukan darah merah. Sarang burung walit bukan merupakan makanan penyumbang vitamin kerana vitamin yang terkandung di dalamnya terlalu sedikit.

Masyarakat biasanya percaya bahawa burung walit mempunyai khasiat yang tinggi untuk kekuatan tubuh. Para pengumpul sarang burung walit yang selalu bekerja seharian, memakan sarang tersebut untuk mendapatkan sumbertenaga. Selama mereka bekerja, mereka hanya memakan makanan dari sarang burung yang telah dipungut kerana tidak mampu untuk membawa bekalan makanan (oleh kerana anggota badan seperti tangan cuma mampu membawa obor, galah, bakul dan peralatan lain). Mereka akan memakan sarang burung mentah yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Rasanya kurang enak tetapi oleh kerana untuk memenuhi keperluan harian maka sarang burung tersebut dimakan juga untuk menghilangkan rasa lapar dan mengembalikan tenaga. .

Sarang burung walit dipercayai dapat dijadikan ubat awet muda.lndividu yang memakannya percaya sarang burung walit mampu memberikan stamina dan ketahanan hidup yang lebih lama. Para pengumpul sarang burung walit yakin dengan memakan sarang tersebut, mereka dapat bekerja dengan lebih lama. .

Selain dipercayai dapat dijadikan ubat awet muda, sarang burung walit juga dianggap mampu mempercepatkan proses penyembuhan gangguan pernafasan seperti batuk, asma atau gangguan kerongkong. .

Dipetik dari buku Penghasilan dan pemasaran sarang burung..

Menyediakan habitat dalaman yang kondusif untuk burung walit bersarang.

Pengamatan dan penelitian terhadap beberapa Rumah Walit yang. bermasalah didapati berpunca daripada habitat dalaman RBW yang tidak kondusif. Design yang dibuat kadang mengikut fikiran pemilik RBW yang mengambil kira rancangan masa depannya. Pemilik bercadang untuk mengubahsuai RBW ini menjadi bagunan lain sekiranya ia gagal dihuni oleh walit. Projek gagal.

Dalam pengubahsuaian bangunan lama untuk dijadikan RBW bahgian berhampiran bilik air biasanya menjadi tempat pilihan untuk tempat burung walit membuat sarang. Dinding pada bahagian ini lebih lembab berbanding dengan bahagian lain. Bau-bauan dinding telah lama hilang. Bau hancing (ammonia) menjadi sinonim pada kawasan ini. Bau hancing ini menghampiri bau aroma najis walit. Suasana kawasan ini biasanya lebih kondusif daripada kawasan lain. .

Rumah lama atau bangunan kedai lama terdapat banyak bilik yang telah sedia ada. Bilik-bilik yang ada ini menjadi sekatan untuk burung walit meneroka dari suatu tempat ketempat yang lain. Penerokaan hanyalah melalui pintu bilik yang sedia ada. Namun begitu penerokaan sebegini adalah menyulitkan. Seharusnya burung walit diberi kebebasan untuk roving.

Kehidupan burung walit adalah berkoloni. Kumpulan koloni ini kadang kala besar. Tetapi ada juga jumlahnya kecil. Setiap koloni suka mencari tempat tinggal yang sama. Penerokaan dalam rumah walit yang Berjaya dipancing membawa koloninya ketempat yang dikira kondusif untuk dihuni. Walit menggunakan system echolocation untuk membuat pemeriksaan bagi mencari tempat tinggal yang paling kondusif. Dalam suasana yang remang-remang cahaya lilin tidak menjadi masalah kepada walit menemui tempat yang sesuai untuk tinggal. .

Burung walit sukan tempat tersembunyi. Ramai juga pemilik RBW berfikir tempat tersembunyi ini bilik-bilk yang sedia ada. Maksudnya tidak begitu, bilik yang ada menyukarkan walit dan kolononinya membuat penerokaan. Kawasan roving haruslah luas dan terbuka. Hanya kawasan nesting sahaja yang tersembunyi. Sekatan melalui kaedah hanging partition adalah lebih baik. Ini kerana bahagian bawah partion tadi adalah roving yang luas dan selesa untuk walit berputar dan mengunakan echolocation tadi mencari tempat yang terbaik dan kondusif. .

Pemilk juga gemar untuk membuat lubang antara lantai yang berbeza. Sebagai contoh lubang antara lantai tingkat tiga sebelah kanan maka lubang antara lantai tingkat dua pula sebelah kiri.Lebih jelas lagi kedudukan lubang ini berada dalam keadaan zig zak. Begitu juga tangga untuk pemilik turun naik yang berebut dengan ruang yang digunakan oleh walit untuk roving dari atas kebawah dan dari atas kebawah. Dalam keadaan dimana RBW yang penuh. Lubang masuk begini akan menjadi ganguan kepada walit. .

Adalah dianjurkan kepada pemilik rumah walit yang bermasalah dilperhatikan dahulu reka bentuk dalaman RBW anda. Adalah lubang antara lantai dan juga sekatan-sekatan yang ada agar ianya lebih kondusif untuk wali..

Adaptasi bangunan RBW untuk memancing walit mengembangkan populasinya

. Menjadi lumrah alam bahawa setiap yang hidup mempunyai tempat tinngal atau membiak dan mengembangkan jenerasinya. Setiap mahluk hidup yang membiak memerlukan tempat yang aman dan tenteram tanpa digangu oleh hidupan lain samada musuh atau sebaliknya. Setiap makhluk mahu kebebasan dan keamanan. Tidak terkecuali dengan burung walit, juga akan memilih tempat yang aman dan tenteram. Kawasan yang bebas
dari gangguan, terlindung dari tiupan angin, hujan dan ribut menjadi pilihan untuk membuat sarang. Begitu juga tempat yang tidak terdedah dengan kepanasan matahari. Tempat yang tersembunyi dan sunyi. Dengan sebab itu burung walit menjadikan gua-gua batu dan batu kapor yang terdapat dipersisiran pantai untuk dijadikan tempat mengembangkan jenerasinya. .

Penyelidik yang membuat kajian berkaitan dengan habitat semulajadi burung walit digua-gua batu kapor dan gua-gua batu dihutan hujan teropika mendapati bahawa
bersuhu 26-29 C, manakala berkelembapannya ialah diantara 80-90. Kawasan gua kaya dengan sumber makanan untuk burung walit. Pengkaji juga mendapati bahawa semakin sunyi, aman dan tenteram semakin banyak ia dihuni oleh populasi burung walit. .

Pembudidaya walit seharusnya mengkaji sifat semulajadi burung walit ini untuk diadaptasikannya dalam RBW yang dibina.Bagaimana lubang masuk yang digunakan oleh burung walit untuk masuk kedalam gua. Mengapa ia masuk melalui lubang yang sama?. Ini juga perlu dibuat kajian. Mana yang lebih baik diantara lubang dinding dan lebang terjun. In juga memerlukan perbincangan yang lebih dalam. .

Benarkan burung walit memunyai tabiat yang sama dengan induknya. Jika induk masuk melalui lubang terjun maka anak-anaknya juga masuk melalui lubang terjun. Mana yang lebih baik lubang terjun akan bergantung kepada tabiat walit yang berada dihabitat tersebut. Jika anda memancing burung walit dari kawasan hunian yang banyak menggunakan lubang terjun maka saya berpendapat lubang terjun adalah lebih baik. .

Oleh sebab itu diperlukan suatu kaedah tertentu untuk memancing walit atau menjaga dan mengembangkan populasi walit pada RBW yang sudah dimasuki walit. PKaedah khusus itu pada dasarnya adalah membina RBW yang sesuai dengan habitat walit setempat. Secara teori , kaedah khusus ini seperti: ukuran bangunan, takungan air, lubang ventilasi, ukuran lubang masuk, aroma walit, system kelembapan, pemakanan (serangga), Aturan suara walit dan lainnya. Semua teori itu adalah benar untuk memancing atau menjaga dan mengembangkan populasi walit karena memang bertujuan untuk membuat bangunan agar sesuai dengan habitat walit.

Suratan takdir telah menentukan segalanya. Pembudidaya walit yang berjaya sememangnya telah ditentukan rezeki untuknya.

Pembudidaya burung walit yang berjaya adalah dikalangan mereka yang bersabar dalam usaha mereka. Sabar menerima kritikan. Saya masih ingat dua tiga tahun yang lalu bila saya bercakap dengan beberapa orang kontraktor kecil bumiputera Melayu agar melabur dalam industry walit. Kebanyakan mereka mengatakan tidak yakin boleh Berjaya. Pada ketika itu anggapan mereka membudi daya walit adalah kerja yang membazir. Maklumlah tidak ramai orang melayu yang telah membuktikan keberhasilannya.

Dua hari yang lalu saya bertemu kembali dengan salah seorang daripada mereka yang telah membina rumah burung walit kerana percaya dengan cakap saya dahulu. Katanya sekarang barulah saya faham apa yang En. Jahani katakan dahulu. Bahawa pelaburan dalam industri walit ini lebih baik daripada melabur dalam bidang yang lain seperti kelapa sawit dan sebagainya. Sebagai contoh katanya, jika kita tanam kelapa sawit bila pokok mencapai umur 25 tahun kena tanam semula. Sebaliknya sarang burung walit sekali buat pelaburan boleh diwarisi hingga keanak cucu. Inilah yang dikatakan pelaburan bijak. Terima kasih kerana membuka minda saya dahulu.

Begitulah keadaannya bila manusia itu dibuka minda yang selama ini terlindung dari pengetahuannya. Kerana dalam hidup ini tidak semua perkara yang kita tahu. Hidup memerlukan orang lain untuk membantu kita. Bahagian yang terlindung dalam diri kita memerlukan orang lain untuk menyedarkan kita. Kadang-kadang sememangnya kita tidak menyedari tentang potensi yang ada pada diri kita sehinggalah kita disedarkan oleh orang lain.

Perkara-perkara yang umum tentang diri kita tidak memerlukan orang lain untuk menyedarkan kita, kerana kita sendiri sedar dan kenal tentang diri kita. Begitu jigalah orang lain mereka juga Nampak yang yang ada pada diri kita. Dalam situasi ini kita tidak memerlukan orang lain untuk dijadikan cerminan diri seseorang kerana kita sedar dan arif tentang apa yang ada pada diri kita. Ini adalah perkara-perkara yang umum sahaja.

Pada diri seseorang juga terdapat suatu lagi keadaan dimana hanya kita sendiri yang tahu tentang diri kita. Rahsia hidup kita tiada orang lain yang tahu melainkan kita sendiri. Berapa kali sudah kita gagal dalam usaha kita, hanya kita seorang yang lahu. Perkara-perkara buruk dan negative yang pernah kita lakukan hanya kita seorang yang tahu. Orang lain tidak berhak untuk mengetahuinya. Inilah yang ditakan rahsia diri. Ini jugalah maruah diri kita.

Terdapat satu lagi keadaan dimana kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku terhadap diri kita. Orang lain juga tidak tahu tentang diri kita. Yang maha mengetahui hanyalah Allah SWT. Jodoh pertemuan kita tdak tahu. Ajal maut juga kita tidak tahu melainkan Allah. Begitu jugalah rezeki telah ditentukan oleh Allah. Jika telah ditetapkan menjadi rezeki kita, bila sampai masa dan ketikanya tetap Allah akan berikan kepada kita.

Rezeki pembudidaya walit telah ditentukan oleh Allah. Sebab itu seorang pembudidaya walit tidak boleh angkuh dan takabur. Takut-takut nanti Allah tarik semula rezeki yang hendak Allah berikan kepada kita. Sesungguhnya dunia ini hanya pinjaman sementara sahaja. Jika Allah nak beri dia akan beri dalam berbagai cara yang mana kita tidak pernah terfikir sebelum ini. Suratan takdir telah menentukan segalanya..

Burung walit adalah hidupan liar yang paling sukar untuk dipikat.

Terdapat perbezaan antara burung walit dan burung layang-layang. Layang-layang membuat sarang daripada rumput dan sampah.diluar rumah . sarangnya tiada nilai pasaran malah mengotorkan kakilima bangunan. Menyakitkan pemandangan serta menggangu persekitaran dengan najisnya.

Burung walit adalah burung yang istimewa, membuat sarang dari cairan sulivanya. Sarang yang dibuat hanya untuk meletakan telur untuk diram oleh induk. Sarang bukan untuk tempat tinggalnya. Burung walit tidur bergayut disarang dan dinding plank atau didinding gua. Tidak bersarang diluar bangunan atau tempat terbuka. Sarangnya mempunyai nilai komersial yang tinggi. Di Indonesia dikenali sebagai burung wallet. Wallet adalah dompet duit. Burung walit adalah burung dopet duit kepada pembudidayanya.

Burung rezeki yang Allah berikan rezeki kepada manusia melalui udara. Namun begitu bagi pembudidaya untuk memikat walit adalah sesuatu yang amat sukar. Burung walit adalah hidupan liar yang amat sukar dijinakan. Hakikatnya untuk memikat walit untuk datang kerumah walit tidak mudah seperti yang disangka kebanyakan orang. Apatah lagi untuk memindah burung walit dari suatu rumah ke rumah yang lain. Kegairahan untuk membangunkan rumah burung walit amat tinggi pada masa ini. Pertumbuhan rumah walit lebih laju dari pertumbuhan populasi burung walit itu sendiri.

Ramai yang kecewa dan putus asa kerana rumah walit yang baru dibina tidak Berjaya memikat burung walit. Ramai yang menyangka buat bangunan kemudian tutup segala lubang yang ada atau jadikan bangunan itu gelap, pasti akan dihuni oleh walit. Banyak reka bentuk dibangunkan untuk rumah walit. Model mana yang terbaik masih memerlukan kajian yang lebih mendalam..

Lawatan ke Negara China dapat memberi gambaran jelas mengapa permintaan untuk sarang burung walit sangat tinggi di Negara China.

Sarang burung walet mempunyai nilai tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa . Kekurangan bekalan sarang burung walit menyebabkan Malaysia hanya mampu memenuhi 10 peratus nilai eksport sarang burung walit ke China dengan nilai eksport RM1 bilion setahun. .

China, Hong Kong dan Taiwan merupakan pasaran terbesar pasaran sarang burung walit dunia. Menurut laporan mereka lebih berminat dengan sarang burung walit dari Malaysia berbanding Indonesia, selatan Thailand dan selatan Vietnam kerana negara ini telah disahkan bebas dari wabak selesema burung..

Di Malaysia hanya terdapat sekitar 50,000 rumah burung walit . Premis ini dijadikan tempat perusahaan sarang burung walit di seluruh negara . Permintaan yang tinggi pihak kerajaan berharap lebih ramai rakyat negara ini terlibat dalam industri ini. Dengan penglibatan lebih ramai rakyat Malaysia diharapkan dapat memenuhi permintaan dari pengguna di Negara China, Hong Kong dan Taiwan. .

Ketika ini Malaysia hanya mampu menyumbang 10 peratus kadar pengeluaran sarang burung walit untuk pasaran antarabangsa berbanding Indonesia (70 peratus) dan Thailand (20 peratus).
Sarang burung walit boleh mencecah RM4,000 sekilogram bagi yang belum dibersihkan dan RM7,000 jika sudah dibersihkan. .

Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang pasaran sarang burung walit di Negara China maka baru-baru ini jahaniwalit.com telah membuat lawatan ke Hong Kong dan China. Lawatan ini sesungguhnya telah member gambaran yang jelas mengenai pembangunan dan budaya masyarakat yang menjadi pengimport terbesar sarang burung walit didunia itu. .

China adalah sebuah negara yang paling ramai penduduk didunia. Penduduknya mencecah 300,000,000 orang. Kerajaan terpaksa mengekang pertumbuhan penduduk yang pesat. Sebuah keluarga dibenarkan mempunyai satu orang anak sahaja. Dengan itu China telah berjaya melahirkan keluarga yang berkualiti. Kualiti rakyat ini seimbang dengan pembangunan fizikal yang begitu pesat sekali. .

China membangun secara saintifik dan berusaha mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan mantap. Walaupun krisis kewangan sedang merebak di seluruh dunia, China berusaha mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan mantap, meningkatkan daya saing dan keupayaan membangun secara berterusan dan saintifik. China telah bertindak pantas mengubahsuaikan cara pembangunan, berusaha menjimat sumber tenaga dan membangun masyarakat yang mesra persekitaran, mempertahankan dasar pintu terbuka, berusaha menjamin dan meningkatkan kehidupan rakyat serta melindungi kepentingan asas rakyatnya. .

Pada pendapat saya kejayaan China meningkatkan kualiti kehidupan rakyatnya inilah yang menyebabkan pasaran sarang burung walit begitu tinggi permintaannya di Negara tersebut. .

Sebahagian daripada lensa yang dapat dirakam di China

Saat paling baik untuk memancing anak-anak burung walit muda untuk menghuni RBW.

Sudah dua hari kelihatan kehadiran burung walit amat luar biasa. Lebih kurang 10 meter dari RBW saya terdapat kebun rambutan dan pisang tetangga, Ditepi pagar terdapat busut (sarang anai-anai) . Sudah dua petang kira-kira jam 6.00 petang dikawasan rimbunan pokok rambutan kekatu (anai-anai bersayap) berterbangan. Burung walit berlegar-legar mengejar kelkatu. Kehadiran burung walit ke RBW saya juga luar biasa. Andainya anai-anai ini boleh dibiakan diluar RBW pasti ia membantu memancing walit masuk ke RBW. .


RBW yang strategi memancing walit siap dengan peralatan yang mampu mengawal suhu dan kelembapan. Suasannya harus menghampiri kondisi gua asli. Dinding dapat menghalang haba luar dari menyerap kedalam. Ventilasi yang sering digunakan ialah dengan paip “L” dengan saiz 4” diameter. Lubang yang tidak digunakan hendalah ditutup bagi memastikan ventilasi berjalan lancar. .

RBW yang besar dan luas lebih disukai oleh walit. Lubang keluar masuk walit harus direka bentuk sedemikian rupa agar cahaya matahari tidak terus masuk kedalam RBW. Suasana dalam RBW akan jadi lebih gelap agar remang-remang cahaya dua batang lilin. Ketinggian lantai yang lebih tinggi disenangi oleh burung walit. Ketinggian antara lantai dengan veriasi 6’ – 15’ adalah paling sesuai. Ini bermakna jarak minima antara lantai ialah 6 kaki tinggi. Manakala jarak maksima ialah 15 kaki. .

Rumah burung walit seharusnya tidak dikelilingi oleh pepohon besar, kerana ia akan menganggu arus terbang burung semasa keluar dan masuk. Dinding RBW sebaiknya diplaster dengan nisbah campuran kapor yang lebih pada bahagiaan dalam. Jika menggunakan bata tanah bole saje dibiarkan begitu tanpa plaster. Kerana penggunaan plaster akan member bau semin yang kuat. Bagi rumah burung yang baru bau simen dapat dihilangkan dengan basuhan yang kerap menggunakan nenas dan sebagainya. Penggunaan cat alas yang tidak berbau kuat boleh digunakan juga. .

RBW yang baik adalah menggunakan bumbung atap genting. Penggunaan slab akan memerangkap haba dan haba ini akan terus memanaskan tingkat atas. Sebab itu walit lebih suka menginap pada bahagian bawah berbanding dengan bahagia atas. Keluasan minima rumah burung walit yang standard ialah 20’ X 40’.atau keluasan lantai 800 kaki persegi. RBW perlu disediakan roving room dan nesting room.

Musim anak-anak walit mula terbang seharusnya dimanfaatkan oleh pembudidaya. Ketika ini burung walit muda mengintai-gintai RBW baru untu dijadikan tempat huniaan. Ketika inilah pembudidaya harus memasang strategi untuk memancing walit.

Mengekalkan habitat mikro dengan cara mengekalkan iklim mikro dalam RBW


Menjadikan Rumah Burung Walit (RBW) yang kondusif adalah melalui inovasi dan kreativiti. Perkara penting yang harus dipersiapkan untuk RBW ialah iklim mikro yang konstan. . Suhu seharusnya 28 – 30 C manakala kelembapan ialah 85% – 95%. Jika ini dapat dilakukan pasti dapat memikat agar burung walit terus menginap dalam RBW.

Berbagai kaedah dan cara boleh digunakan untuk menetapkan iklim mikro ini. Material yang digunakan untuk membangunkan RBW dapat mengawal suhu dan kelembapan. Ketebalan dinding dapat menghalang udara panas diluar menyerap masuk kedalam RBW. Ikatan bata 9 inci tebal untuk dinding adalah lebih baik dari ketebalan dinding 4”. Kepanasan matahari yang memancar kedinding dapat dihalang dari menyerap kedalam RBW bila ketebalan dinding yang besar. Disamping itu bata ikatan sembilan berguna untuk ciri-ciri keselamatan kerana ia sukar dicerobohi pencuri. Rumah burung yang terpencil biasanya menggunakan ikatan Sembilan untuk tingkat bawah. Ketebalan dinding yang tebal juga boleh mengekal iklim mikro yang konstan dalam RBW.

RBW yang membujur sinar mentari adalah lebih sejuk daripada RBW yang melintang sinaran mentari. Bila kedudukan RBW membujur bermakna bahagian permukaan yang terdedah kepada sinaran matahari kecil. Dengan itu daya serap kepanasan matahari juga kecil. Jika kedudukan RBW melintang turun naik matahari akan memdedahkan permukaan yang lebih luas. Daya serap kepanasan adalah lebih besar. Ini tidak baik untuk RAW. Susun atur RBW mampu memerangkap sinar matahari yang banyak atau sedikit.

Membangunkan RBW pada lereng bukit dapat membantu RBW dari mendapat sibaran matahari yang kuat. Sekiranya anda mahu membangunkan rumah walit dilereng bukit, cerun bukit perlu ditarah terlebih dahulu dan sebahagian dinding RBW tadi mengadap kebukit. Ini akan member I kelebihan kepada RBW anda kerana ia lebih sejuk. Penanaman pokok-pokok disekeling RBW dapat menyejukkan lagi bangunan. RBW yang ditanam dengan pokok-pokok pisang dapat menyejukan bangunan RBW.

Material yang digunakan harus mampu menahan udara panas luar dari menyerap pantas kedalam RBW. Penggunaan bata tanah adalah lebih baik dari menggunakan bata semin. Penggunaan bata ringan juga baik untuk mengawal iklim mikro RBW. Material dari jenis bata ringan ini tidak sesuai untuk tingkat bawah kerana ia adalah material yang lembut. Material seperti ini mudah dicerobuhi pencuri. Penggunaan material dari jenis bata rengan disyurkan untuk tingkat pertama atau diatas.

Lubang keluar masuk burung juga boleh bertindak sebagai pengawal kelembapan melalui ventilation. Udara panas yang ringan akan berda diatas. Dengan itu udara panas berda diatas boleh ditolak keluar melalui lubang keluar masuk burung. Jika perlu lubang keluar masuk boleh diadakan dua buah. Ia bertindak sebagai ventilasi udara. Saiz lubang keluar masuk juga dapat mempengaruhi peredaran udara dalaman RBW.

Penggunaan penyembur kabus (humidifier) sangat baik untuk mengawal kelembapan dan suhu. Jenis penyembur kabus yang digunakan akan memberi kesan kepada iklim mikro. Penyembur kabus yang dapat mengeluarkan air yang berasap dan tidak membasahkan lantai sangat baik digunakan. Jika akan mempunyai penyembur kabus yang biasa, ia boleh diubah suai dengan menggunakan sistem “Y” untu menjadikan kabus yang dikeluarkan berasap.

Pemilik RBW harus memasang strategi untuk memikat walit yang lebih tuntas.


Kemarau kehadiran walit telah berlalu. Kemeriahan menjelma kembali, mentari menampakan sinarnya, musim bah telah berlalu, pokok dan tanaman mula menghijau. Burung walit berkicau riang lebih-lebih lagi pemilik yang tidak sabar-sabar menunggu.

.
Baru-baru ini pemilik rumah burung runsing dan risau kerana RBW tidak dikunjungi burung walit lagi. Keriagan dan kegembiraan diawal operasi yang amat memberansangkan., luntur begitu sahaja. Selepas 6 bulan operasi kegembiraan dahulu telah menjadi episuk duka. Tetekala musim banjir yang lalu tidak ada langsung burung walit datang berkunjung. Apakah gerangan yang berlaku.

.

Apakah kesalahan dan kesilapan yang berlaku. Hendak bergantung kepada nasib semata-mata pun tak boleh juga. Rezeki ni kena ikhtiar dan usaha baru tuhan beri. Bagaimana nak berusaha. Siapa yang boleh membantu. Cuba-cuba menjenguk internet. Maklumat kabur untuk dijadikan panduan. Apalah nasib yang malang sekali. Nasib baik terjenguk jahaniwalit.com terubat juga sedikit hati yang gundah.

.

Apa sebenarnya yang berlaku?. Burung walit yang menghuni gua asli dan gua tiruan RBW sebenarnya berkembang biak sepanjang tahun. Pembiakan berlaku lebih pantas pada musim kemarau berbanding dengan musim hujan. Pada musim kemarau proses mengawan biasanya berlaku. Diudara kelihatan walit berputar-putar mengejar pasangannya. Proses mengawan biasanya berlaku disarangnya. Tetapi kadang-kadang berlaku diudara ketika terbang. Burung walit dewasa menyiapkan sarangnya dalam masa 40 hingga 80 hari. Walit betina biasanya mengeluarkan telur 2 biji sahaja setiap kali mengawan.

.
Walit meletakan telor dalam sarang yang diperbuat dari sulivanya. Selepas 2-5 hari bertelor walit mula mengeramkan telornya. Tempoh pengeraman berlaku dalam masa 18 hingga 24 hari. Walit jantan dan betina membuat sarang berpasangan. Begitu juga pengeraman juga berlaku berpasangan. Koloni walit adalah makhluk yang intim dan setia dengan pasangannya. Penjagaan anak yang menetas juga secara berpasangan dan bergiliran antara keduanya. Mereka menyuap anak bersama sehingga anak-anaknya boleh terbang sendiri.

.
Anak-anak walit boleh terbang sendiri kira-kira 40 hari selepas menetas. Sifat atau tabiat biasa burung walit beterbangan secara berkelompok atau berkoloni. Mereka terbang pada kawasan terbuka untuk memburu serangga yang menjadi makanan burung walit.

.
Burung walit keluar dari kediaman huniannya seawal pagi dan kembali lewat petang. Ketika inilah pemilik RBW harus memasang strategi untuk memikat walit yang lebih tuntas. Suara memanggil biar tajam gemersik. Kondisi dan habitat dalaman RBW amat kondusif agar bertaraf lima bintang. Lubang masuk yang cukup strategi mampu dilihat dengan jelas oleh walit ketika pulang. Lubang antar lantai juga menyenangkan dan tidak berliku bagi memudahkan walit meneroka dari satu lantai kesatu lantai dan terus menginap

Lembaga aneh dalam rumah burung walit

Dungun. 11 Januari 2010 .Lembaga aneh dalam rumah burung walit?. Seorang pembudidaya walit berbangsa Cina mendakwa dalam RBW beliau terdapat lembaga aneh yang menakutkan. Lembaga ini kerap ditemui oleh pekerja Bangla di RBW . Lembaga manusia tanpa kepala kelihatan merayau-rayau didalam RBW.

Walaupun beliau bukan muslim, tetapi percara ia boleh diselesaikan mengikut kaedah Islam. Diantara ikhtiar yang telah dibuat adalah dengan meminta imam masjid dan orang kampong yang berhampiran menunaikan solat hajat. Kebimbangan dan ketakutan memang telah menghantui beliau ketika ini. Beliau dan pekerja Bangla tersebut tidak berani lagi untuk masuk kedalam RBW . Tidak pula dipastikan sama ada burung walit terjejas atau tidak akibat kehadiran makhluk aneh ini.

Mungkinkah pengaruh cerita-cerita seram atau cerita hantu yang sering kelihatan dikaca TV telah mempengaruhi pekerja dan pemilik RBW tersebut untuk mempercayai memang benar-benar terdapat makhluk halus tersebut. Percaya atau tidak dengan cerita sebegini terserahlah kepada anda.

Menurut seorang sahabat yang mengamalkan kaedah perubatan traditional, kejadian seperti itu adalah perkara biasa. Makhluk halus jin dan saitan memang terdapat dalam masyarakat manusia. Beliau yang berpengalaman dalam bidang tersebut bersedia membantu bagi mengatasi masalah tersebut. Saya melihat sendiri kaedah pengubatan beliau yang mengunakan ayat Al-Quran telah dapat membantu pesakit terkena ganguan makhluk halus ini.

Kawasan terpencil dan gelap seumpama gua ini tidak mustahil ditumpangi oleh makhlum halus seperti diatas. Kewujudannya banyak sebab. Samada secara kebetulan atau tempat tersebut sememangnya tempat tinggal makhluk seperti ini sebelum terbinanya RBW tersebut.

Kehadiran makhluk halus ini mungkin ada hikmahnya. Mereka boleh jadi jaga atau penungu RBW tersebut dari dicerobuhi pencuri. Keselamat RBW menjadi masalah besar kepada RBW yang sukses. Harga sarang burung walit yang amat tinggi telah mengundang pencuri untuk memasuki RBW dan menceri emas putih didalamnya. Berbagai cara digunakan untuk mengatasi masalah kecurian ini. Diantaranya ialah dengan mengupah pengawal keselamatan dan juga memasang penggera keselamatan. Pemantauan denagan CCTV juga dilakukan.

Dalam menjaga keselamatan dari dicerobuhi pencuri tidak ramai yang terfikir untuk menggunakan kaedah spiritual. Membina pagar dan tembuk secara hakikat atau secara maya. Kaedah ini dapat dilakukan dengan bantuan pengamal perubatan tradisional seperti kawan saya tadi. Sahabat saya telah menggunakannya dan setakat ini menurut beliau amat memberansangkan.(Catatan: Pendedahan kaedah kawalan secara spritual ini bukan untuk tujuan komersial).

Pengaruh kelembapan relatif dalam rumah burung walit


Rumah burung yang sukses bukan sekadar mengadaptasi habitat dalaman yang kondusif sepertimana habitat asal digua-gua batu kapur. Ia perlu mempunyai roving room, nesting room dan kayu sirip yang sesuai. Sistem bunyi yang sesuai adalah faktor menarik burung walit untuk bersarang.

.

Penelitian digua persisiran air mendapati kelembapan gua sangat diminati oleh burung walit berbanding dengan gua yang kering. Gua Hujan di Pulau Redang, Terengganu paling banyak didiami burung walit berbanding dengan enam buah gua yang lain. Lantai gua adalah lautan yang mana keadaannya sentiasa dipukul ombak menjadikannya seperti hujan. Keadaan ini menyebabkan kelembapan yang terdapat dalam gua tersebut tinggi.

.

Kelambapan udara (humidity) adalah jumlah wap air yang dikandung udara. Kelembapan dapat diukur dengan alat Higrometer. Dua istilah yang selalu digunakan untuk kelembapan ia itu kelembapan relatif (relative humidity) dan Kelembaban mutlak (absolute humidity). Kelembapan relatif adalah bilangan yang menunjukkan perbandingan antara jumlah wap air yang dikandung udara dengan jumlah maksimun wap air yang dapat dikandung udara pada suhu dan tekanan yang sama. Kelembapan mutlak adalah jumlah wap air yang terdapat dalam 1 m3 udara ( gram/m3 ). Kelembapan mutlak dinyatakan dalam gram.

.

Mengapa kelembapan penting dalam rumah burung walit ?. Berapa pula kelembapan relative yang diperlukan . Banyak pendapat yang mengatakan bahawa keperluan kelembapan adalah untuk menjadikan rumah burung artificial ini menyamai habiat asal dalam gua. Manakala kelembapan relative yang di[erlukan ialah 85% hingga 95%.

.

Tetapi mengapa kelembapan relative yang setinggi itu diperlukan ?. Apakah ada kaitan dengan struktur sarang walit agar lebih kukuh dan kuat. Rumah burung walit yang kering dengan kelembapan rendah, menjadikan sarang rapuh dan mudah pecah. Telor dan anak-anak walit akan mudah jatuh. Titisan air dalam udara akan menjadikan sarang lebih kuat berpegang pada kayu plank dan dinding gua.

.

Dalam udara lembab pembinaan sarang akan lebih tersusun dan bentuknya lebih baik kerana urat-uratnya dapat ditarik dengan baik semasa proses mengabungjalinya oleh walit jantan dan betina. Udara kering menyebabkan suliva cepat kering. Ini menyulitkan proses pembuatan sarang.

.

Apakah kelembapan relatif ini ada kaitan dengan penetasan telor ?. Allah kurniakan burung walit dengan keistimewaannya sendiri. Burung walit bukan sahaja dapat bergelak dalam gelap malah dapat mengesan perubahan yang berlaku dipersekitarannya. Kelemapan dan suhu yang kondusif dapat dipantau oleh mereka. Samalah juga macam manusia sebelum membina rumah untuk keluarga, akan memantau dari setiap espek keperluan-keperluan yang diperlukan. Begitulah juga dengan burung walit. Mereka akan memastikan telor mereka boleh menetas dengan baik dan anak-anaknya tidak mati kekeringan selepas menetas tadi.

.

Kelembapan yang terlalu tinggi telor sukar untuk menetas. Sebab itu pada musim hujan tidak banyak walit membuat sarang.

Memahami ekosistem burung walit dan manusia untuk merancang pembangunan ekonomi mampan


Bumi merupakan sistem tempat tinggal. Tempat tinggal di Bumi ini disebut biosfier. Biosfier adalah suatu tempat di bumi yang mengandungi kehidupan.

Biosfier sangat kompleks. Ahli ekologi dan ilmuwan membagi-bagi biosfier menjadi bahagian-bahagian yang lebih kecil untuk dipelajari. Bahagian-bahagian kecil dari biosfier ini disebut ekosistem. Sesungguhnya ekosistem juga sangat kompleks.

Ekosistem adalah interaksi antara organisme dan persekitarannya . Semuanya yang berada di dalam suatu ekosistem saling kait-mengait satu dengan yang lain dengan cara-cara tertentu.
Ekosistem terbahagi kepada dua jenis, iaitu: makhluk hidup dan benda tidak hidup.
Misalnya, burung walit membuat sarang dibangunan rumah burung walit (RBW) yang bertingkat-tingkat tingginya dan lembab. Itu merupakan ekosistem dari burung walit. Tetapi, bangunan itu juga menjadi tempat tinggal manusia. Maka, ekosistem burung walit ada hubungkait dengan ekosistem perumahan manusia.

Apabila ramai orang mendirikan bangunan RBW dalam kawasan Bandar menyebabkan jutaan burung walit hidup berdampingan dengan manusia. Sebelumnya tidak pernah terjadi begitu. Dengan itu ekosistem juga telah berubah.

Perubahan ini kadang-kadang berlaku dengan cepat kadang-kadang lambat. Perubahan yang terjadi pada suatu ekosistem mempengaruhi ekosistem yang lain. Misalnya, di Jalam Tok Lam dan Kampong China, Kuala Terengganu. Kita akan mendengar suara burung walit sepanjang hari sama ada suara asli atau suara memanggil. Sudah tentu, bagi penduduk yang kurang selesa dengan bunyi burung walit akan rasa tergangu. Setiap perubahan pada suatu ekosistem akan mempengaruhi ekosistem yang lain dan ini menyebabkan ekosistem itu berubah untuk menyesuaikan diri dengan ekosistem yang baru. Perubahan seperti ini disebut adaptasi.

Dengan memahami ekosistem ini pasti akan membantu kita untuk merancang dalam melaksanakan sesuatu pembangunan. Sekiranya perancangan yang kemas dan jitu tidak dilaksanakan maka ekosistem baru akan berlaku dengan tidak teratur. Sekiranya pada suatu ketika dahulu sebuah bandar baru dibangunkan untuk tujuan komersial dengan hiruk pikut manusia berurus niaga akan berumah dengan kebisingan suara burung walit. Bagi manusia yang tidak menyenanginya akan berpindah mencari lokasi baru untuk berurus niaga. Lama-kelamaan bandar baru ini tidak lagi dihuni manusia tetapi menjadi hunian burung walit. Bandar tersebut akan menjadi seperti bandar hantu.

Pihak berkuasa seharusnya bertindak dengan pantas dalam menangani masalah ini. Sekiranya tindakan yang strategik tidak dilaksanakan ia akan mendatangkan kesan yang besar pada masa akan datang. .

Burung walit sebagai kaedah biologi untuk kawalan serangga dalam mengawal serangga perosak tanaman.

Berapa banyak serangga yang ditangkap walit dalam bergantung kepada saiz burung walit. Seorang pengkaji, David Luck mendapati bahawa family Apodidae yang panjangnya 10 cm. mendapati bahawa seekor induk burung walit yang mempunyai anak memerlukan makanan 50 gram sehari. Tangkapan serangga yang dibuat lebih daripada 40 kali.

Jenis-jenis serangga yang dimakan oleh walit ialah :

Order Hymenoptera. Famili yang terkenal dalam order ini adalah Aculeata yang terdiri atas lebah, semut dan lain-lain. Serangga o Hymenoptera disukai burung walit.
Order Hemiptera – Serangga penghisap cairan tanaman dan pengisap darah haiwan Himoptera dan Heteroptera. Serangga dalam order ini adalah lalat buah.
Order Ephemenoptera – Serangga aquatic dalam bentuk nymph dan larva . Ia hidup dalam kawasan berair seperti dipermukaan air.
Orrder Ephemenoptera – Serangga ini lebih dikenali dengan nama lalat sehari (dayfly atau mayfly).
Order Diptera – Serangga jenis nyamuk
Order Isoptera – Serangga jenis merayap yang dapat terbang
Order Odonata – Serangga t aquatik.

Order Psocoptera
Coleoptera – Serangga seperti kumbang, kepik, dan kunang-kunang.
Terdapat juga serangga yang tidak termasuk insecta yang juga dimakan oleh burung walit, ia itu laba-laba
Oleh itu burung walit dalam sektor pertanian boleh digunakan sebagai kawalan biologi untuk mengawal serangga yang merosakkan tanman. Dikatakan bahawa lebih dari 70% makanan burung walit terdiri daripada serangga yang merosakan tanaman, seperti, akar, batang, , bunga, buah, dan sebagainya. .

Membiak serangga untuk menyediakan makanan tambahan kepada burung walit

Manusia tidak mampu untuk menyediakan makanan untuk burung kerana ia adalah hidupan liar yang terbang bebas diudara. Hanya penjagaan alam sekitar yang mampu membantu mengekalkan makanan yang cukup untuk walit. Walau bagaimana pun walit boleh juga dipancing untuk datang ke kawasan yang mempunyai banyak serangga dengan cara membiakan serangga disekitar rumah walit.

Pokok yang banyak mengeluarkan bunga akan didatangi oleh serangga, untuk menghisap madu dan sekali gus sebagai agen pendebungaan. Kawasan tanaman sayur dan buah-buahan juga terdapat banyak serangga, Serangga sayur biasanya serangga yang menghisap cairan sayur. Buah-buahan yang berkulit lembut juga sangan disukai oleh serangga terutamanya lalat buah. Kawasan sawah padi,pula terdapat banyak serangga apabila jerami padi mula memburuk. Oleh itu jerami padi boleh digunakan untuk membiak serangga.

Membiak serangga dengan menggunakan jerami padi sangat mudah. Jerami padi ini dilonggokan berhampiran rumah burung. Bagi mempercepatkan ia memburuk dan berbau seeloknya ia disiramkan dengan air sekali sekala. Apabila cerami ini buruk dan berbau akan menarik serangga datang.

Cara lain untuk membiakan serangga ialah dengan menggunakan buah jenis masam bila buruk. Buah yang sesuai digunakan ialah nenas, mempelam , pisang dan sebagainya. Buah-buah ini dipotong-potang dan dimasukan dalam bekas. Kepingan buah-buahan buruk ini direndam dalam air. Tetapi awas jangan sampai ia tenggelam. Dalam bekas rendaman buah-buahan tadi bleh dimasukan sedikit makanan ayam. Tetapi ingat rendaman makanan ayam ini akan mengeluarkan bau yang sangat busuk. Bau tahi atau bangkai. Ia digunakan untuk menjadi sumber protin serangga tadi agar cepat membiak. Buah-buahan tadi digunakan untuk menarik serannga buah (lalat buah). Manakala makanan ayam akan menjadi mendium pembiakan serangga.

Diatas adalah salah satu cara untuk menyediakan makanan tambahan kepada burung walit. Disamping itu tanaman seperti tomato dan sayuran lain akan membantu untuk menambahan makanan kepada burung walit. Serangga selain daripada itu formula medium untuk membiakkan serangga juga terdapat dalam pasaran. Penggunaannya juga cukup mudah dan mendatangkan yang positif kepada burung walit.

Berbagai jenis jenis serangga yang ditangkap burung walet dari masa kesemasa berbeza-beza , bergantung kepada musim, kawasan tempat burung mencari makan, dan siklus musim dalam kehidupan serangga. Dengan penglihatan yang sangat tajam dan dengan kecepatan serta pantasan terbang, burung walit dapat menangkap ribuan serangga dalam sehari. Jika serangga yang ditangkap serangga kecil , jumlah serangga yang dimakan supaya kenyang harus lebih banyak daripada serangga yang ditangkap berukuran besar..

Apakah mampu manusia menyediakan makanan untuk burung walit ?.

Burung walit dari pagi hingga ke petang kerjanya terbang memburu makanan. Menangkap serangga untuk makanan sendiri dan untuk menyuapkan anak-anaknya. Sebab itu burung walit akan terbang ketempat yang banyak serangga . Sudah pasti kawasan yang tiada serangga akan dijauhinya. Ini adalah fitrah kejadian alam yang telah ditentukan oleh Allah. Allah yang mencipta makhluknya pastinya menyediakan makanan untuknya. Masakan mampu manusia mahu mengambil tugas Allah SWT untuk menyediakan makanan kepada burung walit. Betapa agungnya Allah dengan ciptaannya.

Serangga yang dimakan oleh walit adalah serangga yang terbang dan berkulit lembut sifatnya. Sambil terbang burung walit akan menyambar makanan.Sekiranya musim ia memberi makanan kepada anak-anaknya serangga itu akan disimpan dalam rongga mulutnya untuk dibawa pulang.

Ketika keluar dari rumah dipagi hari walit akan terbang rendah melewati kawasan sawah dan perladangan. Ketika angin yang bertiup tidak begitu kencang burung walit akan terbang rendah, serendah rimbunan pokok yang biasanya terdapat banyak serangga. Lebih-lebih lagi pada musim pokok berbunga.

Kadang-kadang burung walit terbang diatas permukaan air. Perairan seperti persisiran pantai atau sepanjang aliran sungai untuk memburu serangga yang terbang diatas permukaan air. Serangga aquatic yang muncul diatas permukaan air juga dapat disambar oleh burung walit yang terbang diatas permukaan air tadi.

Memandangkan begitu banyaknya serangga yang dimakan oleh walit dalam setiap hari, saya berpendapat sangat sukar untuk manusia menyediakan makanan untuknya. Apakah mampu manusia membina kawasan yang besar dan mengurungnya untuk diberi makan?. Tak terdaya manusia menyuapnya makanan. Mungkin ada yang ingin dan telah mencuba. Tetapi itu adalah kerja yang sia-sia. Mengadakan makanan pada musim kemarau pun amat sukar kerana dimusim begini serangga sangat berkurangan. Begitu juga pada musim banjir yang telah saya bincangkan dalam posting yang lalu.

Oleh itu cara yang dapat membantu walit adalah dengan menjaga alam sekitar dengan menanam pokok bagi mengekalkan kehijauan. Dengan ini serangga untuk burung walit dapat berkembang biak dengan baik.

Kawasan perairan pula dijaga agar tidak tercemar dengan sisa kilang dan sampah sarap.penggunaan racun yang berlebihan dalam pertanian juga amat tidak wajar dalam menjaga alam sekitar.

Kaedah menyediakan serangga melalui pembiakan serangga secara moden hanya akan menggangu ekologi semula jadi dan akan member kesan sampingan yang lain. Masalah yang lebih besar akan berlaku. .

Faktor-faktor yang menyebabkan sarang walit rosak dan cara mengatasinya.

Siang tadi pemborong sarang telefon “ Ada tak sarang yang hendak dijual?. Harga hari ini terbaik dari bulan lepas. Harga yang agak baik ini akan bertahan sehingga 15 Januari 2010”. Benarlah teori pasaran yang mengatakan hubung kait antara permintaan dan penawaran. Bila penawaran kurang permintaan akan tinggi. Sepertimana yang saya bincang sebelum ini Gelombang banjir yang melanda negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia telah menyebabkan sarang walit sangat berkurangan. Nk buat macam mana kena terima je! Lah keadaan yang berlaku.

Sarang walit yang baik adalah sarang walit yang bentuknya sempurna. Bentuk mangkuknya dan dasar yang sempurna. Uratannya sangan rapid an teratur sekali jalinannya. Sarang begini terhasil dari walit yang sihat dengan pemakanan yang cukup. Begitu juga kondisi tempat walit membuat sarang juga cukup kondusif. Manakala sarang walit yang tidak sempurna adalah jalinan tidak mantap. Dasar atau tapak sarang tidak rata , seperti bucu dan bonggul. Sarang begini grednya rendah. Pembeli biasanya membayar dengan harga separuh daripada harga gred super tadi.

Keadaan yang tidak sempurna ini terjadi kerana beberapa faktur. Diantaranya ialah kerana sarangnya telah dimakan oleh lipas. Saya telah bincang bagaimana untuk mengatasinya dalam artkel yang lalu. Sarang juga rosak kerana dimakan semut dan juga cicak rumah. .

Kerosakan juga berlaku kerana kesilapan semasa memungut sarang. Ini sering terjadi semasa musim kemarau, sarang berkeadaan kering menyebabkan ia mudah pecah. Walaupun pada asal sarang gred super A. Apabila pecah harganya akan jatuh merudum. Harganya pecah juga seperti pecahnya sarang tadi. Sarang dapat dielakan daripa pecah semasa memungut sarang melembabkan sarang terlebih dahulu. Gunakan semburang air pada bahagian tapak .

Sarang walit juga boleh pecah semasa pengendalian dan penghantaran penghantaran. Oleh itu ia hendalah dibuat dengan berhati-hati. Penggunaan semburan air bersih boleh membantu tetapi jika pembeli menyedari terdapat semburan air. Potongan berat timbangan pasti dilaksanakan oleh pembeli. Oleh itu penyimpana didalam bilik yang lembab boleh mengelakan sarang daripada pecah akibat kekeringan. .

Pastikan juga semasa menyimpan sarang sebelum dijual ia tidak disimpan secara timbunan. Jika tibunan terlalu banyak sarang dibawah akan patah dan hancur. Keadaan ini terjadi kepada sarang yang dibawa masuk untuk diseludup. Berlaku penyeludupan sarang dari[ada Thailand ke Malaysia melalui sempadan. Pembeli di Malaysia membeli dengan harga yang lebih tinggi berbanding dengan Thailand. Sayang sekali banyak sarang yang gred super telah pecah dan pembeli akan membayar dengan harga yang rendah.
Oleh yang demikian jadikanlah rumah burung anda yang kondusif untuk walit menghasilkan sarang gred super A. Ini dapat dilakukan dengan mengurangkan bucu, bonggulan, paku wire, tweeter dan material yang djadikan sarang bantu untuk memancing walit muda. .

Renovasi rumah kedai untuk dijadikan rumah burung walit


Bangunan komersial atau rumah kedai yang dibuat renovasi untuk dijadikan rumah walit seharusnya dilakukan dengan penutupan pintu, tingkap dan lubang-lubang yang tidak terpakai. Penentuan pintu masuk bergantung kepada kondisi RBW yang ada dipersekitaran. Sekiranya berjiran dengan RBW yang sedia ada seharusnya anda bijaksana dalam memancin burung RBW jiran. Sekiranya tidak berhati-hati anak-anak muda tidak akan terpancin masuk ke RBW anda.

Terdapat juga pengusaha menggunakan flying over atau lubang terjun. Penggunaan lubang terjun ini ada baik dan buruknya. Anak-anak walit muda tidak petah menggunakan lubang terjun kerana tidak biasa. Oleh kerana walit adalah burung yang setia kepada pasangannya dan rumah kediamannya walit dewasa sangat sukar dipancin masuk ke RBW yang baru walau pun kedudukannya bersebelahan. Berbeza dengan anak-muda mereka akan mencari RBW bersama pasangannya. Penggunaan lubang terjun, peratusan cahaya yang masuk lebih banyak berbandig dengan lubang masuk sisi. Biasanya suasana gelap lebih disukai oleh walit.

Bangunan yang besar lebih disukai oleh walit. Usaha kami merenovasi sebuah rumah kedai tiga pintu dan menjadikannya seumpama sebuah dewan yang berukuran 60’ X 70’ nampaknya lebih cepat didiami oleh burung walit berbanding dengan rumah kedai yang berukuran 20’ X 70’.ini bermakna lebih besar roving area lebih digemari walit.

Semakin tinggi ruang antara lantai dan bumbung lebih digemari oleh walit. Tentunya semakin baik RBW itu adalah lebih disukai oleh walit. Bahagian dalam dinding rumah kedai biasanya telah diplaster dengan campuran pasir , kapor dan simen. Rumah kedai yang baru dibina seharusnya menggunakan campuran 3:2:1 (kapor:pasir:semin) adalah sangat baik untuk mengawal suhu dan kelembapan udara. Rumah kedai yang baru siap dibina selalunya mengeluarkan bau simen yang kuat. Bau simen yang kuat ini tidak digemari oleh walit. Anda boleh menggunakan cat alas yang tidak berbau untuk mengatasinya. Disamping itu ia boleh juga untuk mengawal kepanasan luar masuk kedalam RBW. Ada juga rakan-rakan menggunakan cara traditional untuk menghilangkan bau semin dengan membasuh dinding menggunakan buah nenas.

RBW yang direnovasi tadi seharusnya dilengkapi dengan roving room sebagai tempat berputarputar dan resting room sebagai tempat untuk beristirahat dan bersarang. Lubang tempat keluar masuk burung berukuran 20×20 atau 20×35 cm2 dibuat di bahagian sisi atas.

Budidaya walit adalah menyediakan habitat baru untuk burung walit menghampiri habiatat asal digua-gua batu.

Membudidaya walit bermakna menyiapkan habitat baru atau mewujudkan system ekologi baru untuk kehidupan walit. Menyediakan system ekologi baru ini haruslah menyamai kondisi semula jadi habitat walit di gua-gua batu kapur di kepulauan atau hutan. Saya bersetuju menggunakan istilah membudidaya kerana pelaburan dalam industri walit sangat unit. Manusia hanya berbudi kepada walit dengan menyediakan haibitat baru dengan system ekologi yang baru. Manakala burung walit menghadiahkan air lior emasnya kepada manusia.

Pembudi daya menyiapkan bangunan dan peralatannya sahaja. Peralatan yang perlu disediakan dalam bangunan ialah untuk suhu, kembapan, kawalan pencahayaan, peredaran udara dan system bunyi. Keperluan peralatan ini adalah untuk menjadikan bangunan tadi menghampiri habitat asal atau suasana gua yang merupakan habitat semula jadi. Oleh kerana kehebatan manusia dan kekuatan fikir manusia keperluan tersebut dapat dipenuhi dengan baik.

Sangat sukar untuk mengawal suhu, kelembapan dan pengedaran udara (ventilasi). Terdapat berbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengawalnya. Menjadikan udara luar dan dalam rumah burung  yang berbeza amat sukar. Perbagai peralatan yang diguna . Kajian mendapati kemampuan mengawal udara dalam dari dipengaruhi oleh udara persekitaran menjadikan rumah burung walit tersebut lebih sukses

Penggunaan material untuk membina bangunan juga member kesan kepada suhu dalaman. Penggunaan batu bata tanah adalah lebih baikberbanding bata semin. Manakala bata konkrit ringan adalah lebih baik lagi. Jenis bahan binaan yang digunakan akan mempengaruhi kos. Bata tanah lebih mahal dari bata semin. Harganya mencecah sekali ganda. Bata konkrit ringan pula mempunyai masalah keselamatan. Lembut dan mudah ditembusi. Mungkin pakar-pakar dalam pembinaan boleh memberi cadangan dari segi material terbaik digunakan.

Sekiranya menggunakan bahan binaan yang murah tetapi dapat memberi tambah nilai kepada bahan tersebut mungkin dapat menyelesaikan masalah pengawalan suhu dalaman tadi. Umpamanya bahan tersebut dilapisi dengan stlyroform dibahagian dalam atau luar. Bahan-bahan konvensional seperti sekam padi atau atap rumbia mungkin dapat menjimatkan kos. Untuk rumah burung yang kecil mungkin kaedah ini dapat digunakan.

Lubang untuk ventilasi yang tepat dengan mengambil kira peredaran unara panas dan udara sejuk mungkin dapat membantu mengawal suhu dan kelembapan. Selain mengunakan peralatan seperti alat semburan kabus dan sebagainya. Apakah peralatan ventilasi yang boleh digunakan akan dibincangkan dalam artikel lain..

Memohon Allah turunkan rezeki dari langit. Nabi Muhammad telah ajar lebih dari 1400 tahun yang lalu.

Jodoh pertemuan, ajal maut dan rezeki adalah ketetapan Allah. Telah tersurat di Luhmafuz lagi . Walau bagaimana pun dua perkara Allah akan beri melalui usaha dan doa. Satu perkara lagi Allah akan beri bila tiba masa dan ketikanya. Tiada orang berusaha untuk maut. Jodoh dan rezeki kita kena berusaha bersungguh-sungguh. Salah satu punca rezeki ialah rezeki dari langit .

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar Pada tahun 2020 Malaysia dijangka mengeluarkan 500 tan sarang burung walit setahun daripada 100,000 buah premis rumah burung walit dengan nilai pasaran RM5 billon untuk pasaran dunia. Menurutnya lagi tahun lepas Malaysia telah mengeluarkan 250 tan sarang burung walit daripada 50,000 premis rumah burung walit diseluruh negara dengan nilai RM 1 billion. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu supaya industri sarang burung walit sebagai industri bernilai tinggi negara . (Bernama 27 Nov 2009)

Betapa besarnya potensi rezeki dari langit ini. Oleh itu usaha harus dipergiatkan untuk menarik rezeki dari langit .Usaha dan ikhtiar dilakukan dengan berbagai cara dan kaedah. Ini perlu dipergiatkan dengan cara yang betul dan tepat.

Pada kita orang Islam soal rezeki ini adalah ketentuan Allah swt. Allah boleh hantar punca rezeki kepada kita melalui berbagai sumber dari perut bumi, laut dan udara (langit).

Dulu saya sendiri tidak faham apakah maksud rezeki dari langit itu. Lebih 1400 tahun yang lalu Nabi Muhammad SAW telah mengajar ummat Islam supaya mengamalkan solat dhuha. Ia itu solat sunat dua rakaat yang dilakukan pada ketika matahari telah terbit setinggi sebatang lembing atau galah sehingga menjelang zuhor. Atau kira selepas 20 minit terbit matahari.

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim). Selepas solat disyurkan membaca doa seperti diatas dan maknanya seperti berikut:-

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu,
kecantikan itu ialah kecantikanmu ,
keindahan itu keindahanmu,
kekuatan itu kekuatanmu ,
kekuasaan itu kekuasaanmu dan
perlindungan itu perlindunganmu .
Ya Allah,
Jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan
Jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,
Jika sukar mudahkanlah,
Jika haram sucikanlah.
Jika masih jauh dekatkanlah.
Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu,
Limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

.

Jabatan Veterinar menjadi penyelaras ternakan walit?


Sehingga hari ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan daripada lebih 5,000 ujian dilakukan, mendapati spesies burung walit bebas daripada selesema burung dan penyakit sampar ayam.

JPV ialah agensi peneraju industri burung walit negara sejak status itu diputuskan Kabinet April lepas.

JPV sedang menyiapkan garis panduan penternakan burung walit yang akan dibawa kepada perhatian Jawatankuasa Pemandu Mengenai Industri Walit Negara, 14 Dis ini. .

Garis panduan yang dikenali sebagai “1GP” ini mewajibkan setiap premis burung walit didaftarkan dengan JPV.

Namun sebelum garis panduan itu diterima pakai PBT di negara ini, ia akan dibawa ke perhatian Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka Mac depan. .

“Garis panduan ini akan menjadi standard untuk semua PBT. Ia akan membantu para pedagang dan pemilik rumah burung untuk menceburi bidang ini dengan lebih teratur,” kata Pengerusi Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung walit, Datuk Beh Heng Seong. .

Mengenai garis panduan itu, Len Talif berkata kerajaan negeri Sarawak akan menerima garis panduan itu, selagi ia tidak bercanggah dengan ordinan negeri yang akan terus dikuatkuasakan. .

Difahamkan juga operasi penguatkuasaan di Sarawak tidak lagi merampas sarang burung, bagi mengelakkan populasi burung yang ada bersarang di bangunan berdekatan, kecuali mengenakan kompaun dan merampas peralatan berkaitan. .

Perkembangan ini dilihat indikasi positif dalam cara penguatkuasaan dilakukan namun ia bukan lesen untuk semua pihak terus membina premis burung tanpa kelulusan sah. .

Apa yang pasti, hasrat kerajaan untuk mempunyai 100,000 ladang burung walit dengan pengeluaran 500 tan sarang burung setahun bernilai RM5 bilion menjelang 2020 tidak akan menjadi kenyataan selagi isu perlesenan tidak diselesaikan dengan segera. .

Kerjasama semua pihak termasuk agensi berkaitan, kerajaan negeri dan pedagang sarang burung juga perlu untuk menjayakannya, sekiranya negara mahu menjadi pengeluar utama sarang burung walit setanding dengan Indonesia dan Thailand, negara pengeluar utama.

– BERNAMA 11 Disember 2009.

Mengambil peluang dalam keghairahan manusia untuk memiliki rumah walit.


Eko-Park lokasi hunian baru untuk walit ?. Alternatif kepada kepada lokasi hunian semula jadi kawasan bandar dan pecan. Asalnya kawasan ini mencadi centra walit tanpa perancangan . Wakit Eko-Park adalah sebuah kawasan yang dirancang dan dibangunkan khusus untuk menjadi habiat baru burung walit. Tentunya pelabur besar yang mempunyai modal dan . Perancangannya pasti mendapat sokongan kerajaan. Pembangunan yang jauh daripada kawasan perbandaran. Diluar kawasan operasi Pihak Berkuasa Tem[atan.

Kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah rumah walit kawasan bandar yang tiada berkesudahannya. Sehingga kini nampaknya tiada perkembangan yang serious untuk membendung kegiatan menjadikan rumah kedai sebagai premis burung walit. Rungutan penduduk bandar nampaknya dipandang sepi oleh pihak berkuasa. Maklumlahlah kebanyakan pemilik rumah walit kawasan bandar adalah individu yang ada hubungan dengan politik terentu. Paling tidaknya pembiaya aktiviti parti.

Namun begitu terdapat juga kesangsian adakah jaminan burung akan singgah dan bersarang di eko-park yang dibina itu, Pemilik Eko-Park adalah pemaju perumahan.Cuma konsepnya berbeza. Eko-park adalah pembangunan bandar baru untuk rumah burung walit. Saya pernah melawat sebuah Eko-Park yang besar Pontianak Indonesia. Kehebatan pembangunannya cukup mengkagumkan. Kalau di Malaysia bangunannya macam nak bina supermarket. Reka bentuk bangunan tidak sama bergantung kepada pemiliknya. Konsep pembangunan yang dilaksanakan ialah. Pemilik tanah menjual lot-lot tanah untuk bangunan rumah burung walit. Terdapat juga Eko-Park yang berkonsepkan bina dan jual.

Macam-macam pendekatan yang dilakukan untuk mendapat keuntungan. Terdapat juga usahawan yang berselindung disebalik persatuan. Konsultan pembangunan rumah walit dan pengerusi persatuan orang yang sama. Ahli persatuan membeli lot-lot pelaburan untuk rumah walit. Misalnya sebuah bangunan akan dimiliki oleh ramai ahli yang melabur mengikut kemampuan mereka. Terdapat ahli yang melabur lebih daripada satu lot. Nampaknya pemaju dapat mengaut keuntungan yang besar. Tahniah kerana kebijaksanaan mengambil peluang diatas kegairahan manusia untuk memiliki rumah burung.

Yang paling aneh ialah pemaju rumah burung walit yang tidak memiliki rumah burung walit. Mereka petah bercakap dan beerupaya mempengaruhi orang untuk percaya kehebatannya. Kursus dan seminar diseluruh pelusuk tanah air. Khabarnya banyak juga projek rumah burung walit yang diserah kepadanya gagal dibina. Maklumlah mereka bukan kontraktor , tiada pengalaman dalam pembinaan. Mengambil untung atas angin sahaja.

Keputusan yang tepat dan hebat apabila anda memutuskan untuk terlibat dalam industri walit.

Persekitaran mempenagaruhi kehidupan anda. Masyarakat, budaya , agama dan bangsa mempengaruhi seluruh kehidupan. Rasa rendah diri, rasa tidak dihargai , rasa tidak mempunyai apa-apa dalam kehidupan ini adalah kerana pengaruh persekitaran kehidupan ini. Syarikat-syarikat pengeluar produk mempengaruhi anda melalui iklan mereka . Ahli politik mempengaruhi anda supaya bergantung kepada program dan dasar mereka untuk berjaya dan selamat. Teman dan rakan amat besar pengaruhnya dalam kehidupan anda. Kehidupan anda terpengaruh dengan kehidupan orang lain.

Banyak pengetahuan dan kemahiran boleh anda pelajari dalam kehidupan ini. Tetapi itu tidak akan bernilai jika anda tidak mempraktikannya. Umpama anda memiliki sebuah Lamborghini yang tersimpan dalam garage kereta anda. Memanglah Nampak hebat dan gah berkilat besinar banar. Hebat dan gah itu benar-benar bermakna bila hanya ia membawa anda meluncur dijalan raya.

Nilai diri adalah sebahagian daripada masalah yang dihadapi kebanyakan manusia. Jika anda tidak terasa nilai diri anda hebat. Anda akan merasa rendah diri. Oleh itu kita perlu menghargai diri sendiri. Walau bagaimana pun pengaruh masyarakat sekitar akan menyebabkan kita terpaksa menunjukkan kehebatan yang ada. Untuk meningkatkan nilai diri dan mencapai matlamat hidup kita terpaksa mempelajari beberapa kemahiran, dengan menghasilkan beberapa perbezaan dengan orang lain.

Pengaruh pandangan orang lain terhadap anda amat besar. Katakan seorang mengatakan kepada anda bahawa anda tidak berguna atau tidak bernilai. Ini berlaku berulang kali dan anda sendiri tidak membuat apa-apa untuk menafikannya . Akhirnya anda percaya bahawa memang diri anda tidak berguna. Sebenarnya dalam situasi ini anda harus bertindak balas terhadap diri anda sendiri dengan mengatakan bahawa anda orang berguna ada harga diri berulang-ulang kali pasti anda akan berjaya membuktikan bahawa anda ada hara diri akhirnya. Hanya anda boleh mengubah diri anda.

Menghargai diri sendiri sebenarnya banyak . Sebagai contoh, keyakinan bahawa anda cukup hebat anda memponyai idea, mempunyai pendapat, mempunyai hak bersuara, boleh memberi sumbangan dan anda memang orang penting. Keyakinan-keyakinan inilah yang menjadikan diri anda kuat dan tidak lagi bergantung kepada orang lain. Oleh itu pengaruh persekitaran tidak akan mampu menjadikan anda tiada harga diri. Oleh itu buatlah keputusan untuk diri sendiri tanpa dipengaruhi oleh orang lain.

Untuk menjadikan anda punya harga diri tidak ada sekolah yang terbaik melainkan sekolah diri anda sendiri. Malah sistem yang ada secara aktif berusaha untuk melemahkan diri anda , menghilangkan harga diri anda sehingga anda terpengaruh dengan nya. Oleh itu buktikan bahawa anda tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang ada. Lakukan setiap hari dengan mengatakan pada diri sendiri bahawa anda hebat, anda kuat , anda boleh dan sebagainya perkara-perkara yang positif. Pasti anda dapat yang anda inginkan. Ingat bahawa diri anda adalah milik anda.

Dugaan dan cabaran itu adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan. Keputusan yang anda lakukan untuk menceburkan diri dalam industry walit adalah keputusan yang hebat dan tepat. Semuga Berjaya.

Tiga kali gelombang banjir di Terengganu bukan sahaja menjejaskan kehidupan rakyat, tetapi juga mengurangkan jumlah kehadiran burung walit ke lokasi hunian.

Penghujung tahun 2009. Penganut Kristian menyambut hari natal. Pekerja kerajaan dan swasta bercuti bersama keluarga. Semua gembira menanti ambang tahun baru yang bakal menjelma. Anak-anak sekolah rindukan teman sekolah mereka. Sebulan sudah mereka bercuti. Usahawan walit tidak pernah bercuti saban hari dengan hobi mereka memerhati dan terus memerhati. Gembira, gusar, sedih, kelru dan celaru sentiasa bermain dikepala. Kehadiran walit ke rumah burung mereka tidak menentu.

Tahun lepas 2008, penghujung tahun macam ini juga berlaku. Tetapi tidaklah seteruk tahun ini. Penghujung tahun ini ketara benar kehadiran walit amat kurang sekali. Keluhan pengusaha walit di Kuala Terengganu. Apakah fenomina ini berlaku kerana gelombang banjir yang berulang-ulang. Gelombang pertama. Gelombang kedua dan ketiga malah sampai gelombang keempat berlaku di Kelantan.

Tumbuhan memerlukan hujan untuk tumbuh subur. Namun, jika hujan terlalu lebat dan mendatangkan banjir, akan membunuh serangga dan merosakan tumbuhan pula Dengan demikian, populasi serangga akan berkurang karena tidak dapat berkembang biak dengan baik.

Sifat semulajadi serangga beterbangan diudara. Namun jika hujan terlalu lebat serangga ini tidak dapat terbang dan berlidung disebalik daun dan rimbunan pokok-pokok. Burung walit mempunyai deria yang tajam, mempunyai hubungan dengan kejadian alam ini. Seorlahnya ia tahu bahawa sekiranya ia pergi berburu hasilnya akan sia-sia. Penat dan tidak berbaloi.

Jika hujan turun dengan lebat terus menerus beberapa hari amatlah menyulitkan untuk burung walit keluar memburu serangga pada tempat biasa lapangan pemburuannya. Oleh itu kawasan yang jauh akan menjadi pilihannya. Anak-anak walit yang belum petah terbang akan menderita kelaparan kerana kekurangan makanan. Oleh kerana itu pembiakan amat perlahan dalam musim hujan.

Hujan biasanya bersama angin yang bertiup kencang. Dalam situasi begini sarangga sangat berkurangan. Dengan itu burung walit sangat sukar untuk menangkap mangsanya. Walit lebih suka berlindung dari tiupan angin yang kencang tadi. Faktor ini juga menyumbang kepada kurangnya walit kembali ke rumah dalam kawasan hunian seperti biasa.

Habitat kembang biak serangga juga musnah akibat banjir seperti juga musnahnya tanaman kerana banjir. Selepas musim hujan tanaman akan kembali menghijau, dengan itu serangga akan berkembang biak semula.
Pembiakan serangga ini memberikan kelimpahan makanan untuk burung walit.

Pemilihan lokasi terbaik untuk pembangunan rumah burung walit.

Sesetengah orang membangunkan rumah walit diatas puncak bukit. Tidak menjadi masalah asalkan pada ketinggian tidak lebih dari ketinggian 1000 meter dari paras laut. Kawasaan yang melebihi 1000 m dari paras laut jika dibangunkan juga rumah walit akan melibatkan kos pengelolaan yang tinggi. Jika kos pengelolaan tinggi projek rumah walit sudah tidak berdaya maju. Jika walit mahu bersarang pun populasinya tidak mengalakan.

Sebaiknya pembangunan rumah walit pada lokasi yang aman dan tenteram. Kawasan sebaiknya bebas dari ganguan kebisingan. Dengan itu kawasan perusahaan tidak sesuai untuk membangunkan rumah walit. Bukan sahaja kerana kebisingan tetapi pencemaran dari sisa dan gas buangan. Asap kilang tidak sesuai untuk burung walit. Kawasan yang dicemari oleh sisa buangan kilang menghambat pembiakan serangga. .

Terengganu tidak terdapat kilang berbanding dengan Pantai Barat semenanjung Malaysia. Pembeli sarang walit mengatakan bahawa sarang-sarang di Terengganu adalah lebih besar dan tebal berbanding dengan sarang-sarang walit yang trdapat di Panatai Barat. Sarang gred Super Plus di Terengganu adalah 90 – 100 biji mempunyai berat timbangan 1 KG berbanding dengan sarang yang dipungut di Pantai barat 100 – 120 biji untuk berat yang sama. .

Keadaan ini berlaku kerana pencemaran udara yang mengancam ekologi serangga. Makanan yang tidak sihat memberi kesan kepada kesihatan burung. .

Pencemaran udara yang banyak dari asap kilang akan menjadikan air hujan lebih berasid (asid-rain) . Ini akan mengangu ekologi seperti tumbuhan dan rumpai air. Tumbuhan adalah pelinding kepada serangga. .

Begitu juga denagn sisa buangan kilang yang dilepaskan terus kedalam sistem pengairan akan membunuh telur dan larva serangga. .

Banyak serangga yang menjadi makanan burung walit adalah bergantung kepada air dan tumbuhan. .

Lokasi yang sentiasa kemarau dan panas juga tidak sesuai untuk membangunkan rumah walit. Ini kerana peningkatan suhu yang mendadak dengan perbezaan suhu rendan dan tinggi yang besar adalah sukar untuk dikawal. Keadaan ini menyebabkan populasi walit tidak bertambah. .

Suatu perkara lagi pada pandangan saya kawasan atau lokasi yang tidak sesuai untuk membangunkan rumah walit ialah kawasan pertanian secara agresif . Terlalu banyak racun serangga digunakan dalam penanaman sayur. Penggunaan racun serangga ini akan membunuh terus serangga termasuk telur dan larvanya sekali. .

Burung walit adalah burung liar dan tidak mungkin dengan kudrat manusia mampu menyediakan makanan yang secukupnya kepada burung walit. Kita tidak boleh menjinakkan burung walit. Biarlah walit terbang bebas diudara. Apa yang perlu pembudidaya perlu menentukan lpemilihan lokasa yang terbaik untuk perkembangan populasinya. .

Oleh itu lokasi yang paling digemari oleh burung walit ialah lokasi terdapat tumbuhan yang subur, sama ada lading-ladang seperti lading kelapa sawit atau pepohon hutan semula jadi yang tidak tercemar. Kawasan tumbuhan yang terbentang luas ini adalah syurga bagi walit. Apa lagi jika kawasan tersebut terdapat tasik dan sungai yang jernih dan bersih.

Itulah lokasi yang terbaik untuk pembangunan rumah burung walit. Hari ini adalah perjuangan. Besuk adalah pengharapan dan lusa adalah kejayaan.

Lokasi yang sesuai untuk pembangunan rumah burung walit komersial

Setelah mengetahui potensi dan peluang yang ada dalam industri burung walit, usahawan rumah walit akan melihat lokasi yang sesuai untuk membangunakan rumah walit komersial. Sekiranya usahawan tersebut mempunyai banyak pilihan factor lokasi sangat penting diberi perhatian.

Sebagai contoh usahawan dari Terengganu adalah wajar memilih lokasi perburuan untuk membina rumah walit. Walaupun pada dasarnya semua daerah di Terengganu sesuai untuk dibangunkan dengan industri walit. Bagi negeri Terengganu. Beberapa Bandar utama seperti Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Kuala Besut dan Jertih dikenali sebagai kawasan hunian atau centra walit. Dalam kawasan Bandar seperti diatas sangat sesuai bangunan komersial yang ada dijadikan rumah walit.

Kawasan pendalaman dalam lingkungan 30KM – 60 KM dari kawasan Bandar ini merupakan kawasan perburuan. Setiap pagi burung walit akan keluar dari rumah dan terbang menuju ke kawasan perburuan untuk memburu serangga sebagai makanannya. Laluan antara keduanya dikatakan kawasan laluan atau highway yang dilalui oleh walit sepanjang masa semasa terbang pergi dan kembali pada petang hari.

Kawasan perburuan dan kawasan highway juga sesuai untuk dibangunkan rumah burung walit. Namun begitu amatlah sukar untuk usahawan membangunkan rumah walit dalam kawasan Bandar, kerana anda akan berhadapan dengan pihak berkuasa tempatan dalam isu perlesenan. Kalau pembangunan rumah walit secara haram tanpa dikesan oleh Pihak Berkuasa Tempatan mungkin dapat dilakukan oleh pemilik bangunan komersial di dalam Bandar. Untuk membangunkan rumah walit dipinggir Bandar pun anda tidak akan terlepas dari ganguan pihak berkuasa.

Kawasan laluan atau highway tidak ramai burung walit yang akan singgah. Jika ada pun burung yang dalam koloni yang sama. Oleh itu kadar suksesnya tidaklah memberangsangkan anda. Oleh itu lokasi yang amat sesuai untuk dibangunkan rumah walit ialah kawasan perburuan. Dalam kes di Terengganu tadi kawasan Kuala Berang dan Kawasan pendalam Kemanan termasuk kawasan Ketengah dan juga Tasik Kenyir adalah kawasan perburuan. Kawasan ini sangat sesuai untuk membangunkan rumah walit. Untuk cacatan daripada maklumat yang diperolehi dari rakan-rakan yang membangunkan rumah walit dikawasan pendalaman di Terengganu, sangat cepat keberhasilannya berbanding dengan kawasan laluan.

Kawasan pendalaman seperti Kuala Berang, Setiu, Hulu Dungun dan Ketengah merupakan kawasan pertanian dan kawasan perburuan untuk burung walit mencari makan. Pembangunan rumah walit dalam kawasan pertanian tidak akan ada ganguan dari Pihak Berkuasa Tempatan atau Majlis Daerah. Malah ianya akan mendapat galakan daripada kerajaan.

R&D orang yang mula-mula membina rumah walit komersial sememangnya hebat. Tanpa mereka mungkin hari ini kita tidak tahu bagaimana membangunkan rumah walit.

Kawasan hunian atau centra walit adalah kawasan pekan lama atau kawasan bandar. Kawasan yang sebegini terdiri daripada bangunan lama atau traditional. Rumah-rumah walit tradisional sememangnya memberikan penghasilan yang besar bagi pemiliknya.

Berdasarkan pengalaman rumah-rumah walit traditional itu pembudidaya telah membangunkan rumah walit komersial. Pengalaman dari rumah walit traditional ini dipelajari kemudian diduplicate dalam rumah walit yang baru dibina. Ia dibuat secara perbandingan dan pada peringkat awalnya secara try and error.

Bukan setakat itu sahaja, melalui pemerhatian mereka mempelajari sifat-sifat burung walit. Bagaimana cara terbangnya, bunyi, luas putaran dan persekitaran tempat burung bersarang dalam rumah traditional. Mereka menkaji dan membuat penyelidikan berkaitan dengan burung walit. Memang mengkagumkan usaha mereka ini sehingga tercetusnya idea untuk membina rumah walit komersial.

Dengan petua-petua yang diperolehi tersebut maka pengusaha-pengusaha berlumba-lumba membangunkan rumah walit secara besar-besaran Maka timbul juga usaha membangunkan kawasan walit setempat untuk dijadikan kawasan hunian atau centra walit yang baru. Dengan itu timbullah kosep walit eko-park. Adalah menjadi harapan kepada pembudidaya ini bagi menyediakan habitat makro dan mikro yang bersesuaian dengan keinginan-keinginan dan kemahuan burung walit itu sendiri.

Catatan buat usahawan walit

Usahawan Walit

Dibumi ini engkau dilahirkan
Menagih usaha kuderat mu
Meroboh segala halangan
Mengisi impian semalam

Usahawan

Mengapa masih bermuram durja
Ayuh bangun dilangit terbuka
Kumpulkan segala tenaga
Kempalkan semangat yang ada

Usahawan

Bukan hamba dibumi sendiri
Antara ketakutan dan keberanian
Antara persoalan dan keinsafan
Setiap cabaran harus diterjah
Hilangkan dugaan langkah dipantau

Usahawan

Kejayaan dipundak mu
Eratkan gengaman
Pupukkan keazaman
Arahkan segala haluan
Keusahawanan ditangan mu
Kejayaan milik mu

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.