Adakah anda berminat untuk tanam pokok gaharu. Mari kita bersama berkongsi ilmu.


Mengapa anda perlu tanam gaharu ?. Kerana pokok gaharu mempunyai nilai yang sangat tinggi. Katakan purata setiap pokok bernilai antara RM 2 000 hingga RM 5 000 sebatang selepas 6 tahun. Jadi jika kita menanam sekurangnya 1000 batang pokok bagi keluasan tanah satu ekar.

Ini bermakna :

INGAT: 1000 BATANG X RM 3 000 = RM 3 000 000

Masa : 6 tahun (purata pendapatan RM500 ribu setahun)

Jika anda berminat untuk tanam karas atau gaharu dapatkan ilmu sebaik mungkin. Kejayaan hanya boleh diperolehi jika ada ilmu. Jangan tanam jika anda tiada ilmu berkaitan dengannya. Disini saya perturunkan sedikit pengalaman saya untuk dikongsi bersama.

Sebelum menanam, tanah hendaklah dibersihkan dari semak samun. Pembajakan untuk digemburkan tanah harus dilakukan. Bagi keluasan tanah satu ekar atau 0.4 hacter boleh ditanam sebanyak 430 pokok jika jarak penanaman adalah 10 kaki x 10 kaki (430,000 kaki persegi / 100 kaki persegi). Sebaliknya jika jarak penanaman adalah 6 kaki x 6 kaki bilangan pokok yang dapat ditanam adalah 1000 pokok.

Terpulang kepada anda untuk memilih kaedah mana. Walau bagaimana pun saya memilih jarak 6 kaki x 6 kaki kerana tidak mahu pokok terlalu rendang. Yang penting adalah batangnya. Jarak yang dekat akan menjimatkan kos semasa membuat inokulasi nanti. Ini dapat mengurangkan kos untuk memanjat dari pokok ke pokok.

Penandaan jarak lubang dilakukan sebelum proses penggalian. Lubang digali berdiameter 0.5m dan pada tahap kedalaman 0.5m. Baja kompos atau baja organik seperti najis ayam kotoran burung walit boleh digunakan untuk membantu mempercepatkan pembesaran anak karas.

Sekiranya anak benih yang tingginya 3 kaki kayu pancang digunakan untuk mengelakkan anak pokok senget semasa proses pembesaran.

Jika penanaman pada musim kemarau kaedah penyiraman secara titisan melalui polypaip yang dipasang bagi menjaga kelembapan tanah. Jika penanaman dimusim hujan penyiraman tidak diperlukan lagi jika pokok telah hidup diladang.

Semakin besar anak pokok, penjagaan semakin berkurangan. Elakkan penggunaan baja yang terlalu kerap kerana pokok yang terlalu subur akan banyak menghasilkan daun dari pembesaran batang. Oleh itu proses pemangkasan dahan harus dilakukan semasa pokok masih kecil lagi.

Posted on 13 February, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: